Вы находитесь на странице: 1из 12

1.

0 Pengenalan Menurut Ahmad Sunawari Long (2006) , falsafah adalah gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah.Melalui buku beiau juga, terdapat beberapa pandangan tokoh yang lain, antaranya ialah Plato, falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Manakala Aristotle pula mendefinisikan falsafah sebagai kajian mengenai hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Seterusnya ialah al-Kindi, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Berdasarkan rujukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dasar untuk pendidikan di Malaysia pada waktu dahulu yang digunakan ialah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan telah digantikan dengan sistem yang terbaru di mana terdapat beberapa perubahan kecil menggantikan yang lama. Setelah dikemaskini,

falsafah sebelum ini telah bertukar nama menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang masih diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melalui FPK, segala aktiviti pendidikan dalam Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Setiap guru yang dilantik diwajibkan untuk memahami FPK agar setiap proses

pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh mereka sentiasa berada dalam landasan yang betul. Ciri-ciri utama yang dikenali dalam FPK ini ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Apa yang penting ialah bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Antara ciriciri yang diperlukan ialah percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada masyarakat, agama, dan Negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, dan yang terakhir ialah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Lazimnya perkataan falsafah dikenalpasti sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Ia dijalankan secara saintifik, bersistematik dan logikal.

2.1 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dihasilkan dengan beberapa matlamat. Tanpa matlamat, segala agenda dalam pendidikan negara tidak dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Antara matlamat FPK ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, melahirkan rakyat bersifat progresif, melahirkan rakyat yang memahami Rukun Negara dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum dalam Malaysia. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang

bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah sebuah negara yang hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia. Maksud bertanggungjawab di sini ialah sentiasa memastikan keadaan negara berada dalam keadaan harmoni tanpa berlaku sebarang masalah yang berlaku kerana kurangnya sifat tanggungjawab dalam jiwa rakyat. Matlamat kedua FPK ialah ingin melahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan mudah dijajah semula kerana pengkhianatan rakyatnya. Matlamat yang seterusnya ialah melahirkan rakyat yang memahami serta

mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Hal ini kerana, melalui

sifat bertolak ansur sesama rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Perpaduan antara kaum tidak akan wujud tanpa adanya sifat toleransi. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, matlamat FPK yang lain juga ialah ingin mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan atau pendidikan antara kaum. Pada zaman dahulu sejak zaman penjajahan British lagi telah terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Sebagai intiha, kaum Melayu dikehendaki duduk di kampung, kaum Cina duduk dan bekerja di lombong atau pecan,manakala kaum India ditempatkan di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina didapati lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada muridmurid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran dapat dicapai bersama.

2.2 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Seterusnya topik utama yang harus diketengahkan dalam tugasan ini ialah peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Malaysia. Dalam konteks pendidikan Malaysia,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan kaum dalam Malaysia. Peranan umum Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia adalah bagi

mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Rajah berikut memaparkan beberapa peranan penting Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang memberi manfaat kepada sistem pendidikan dalam Malaysia. Suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara.

1 2 3 4 5 6 7

Sebagai rujukan para pendidik memahami sistem pendidikan negara.


Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugasan pendidikan. Dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Rajah 1.0

i)

Antara peranan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah sebagai suluh

yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Perkara ini ibarat sebuah buku. Seandainya seseorang guru itu ingin mengajarkan sesuatu atau mengembangkan lagi pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran, sudah tentu guru tersebut memerlukan sebuah buku yang berkaitan dengan perkara yang ingin diajarkan olehnya. Begitu juga dengan falsafah pendidikan ini, di mana FPK membantu sebagai panduan untuk menyebarkan serta memantapkan lagi sistem pendidikan negara. ii) Seterusnya ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menetukan matlamat pendidikan negara. FPK sememangya merupakan dasar kepada pendidikan Malaysia di mana setiap aktiviti pendidikan di sekolah-sekolah hendaklah selaras dengan FPK. Oleh itu, dapat dikenali bahawa tanpa falsafah pendidikan ini, kemungkinan segala aktiviti pendidikan dalam negara kita tidak akan terurus dengan baik dan secara tidak langsung ianya mampu untuk mempengaruhi kesejahteraan negara. Seandainya falsafah pendidikan yang disediakan itu baik dari pelbagai aspek, maka dasar pendidikan negara juga akan lancar dan memudahkan lagi proses pendidikan untuk kanak-kanak. iii) Peranan falsafah pendidikan yang seterusnya ialah falsafah pendidikan sebagai rujukan para pendidik memahami sistem pendidikan negara. Falsafah pendidikan sememangnya wajib membaca, menaakul dan

mengetahui falsafah pendidikan kerana melalui pemahaman yang tinggi

dalam falsafah pendidikan, hal ini sangat membantu para pendidik yang terdiri dari kalangan guru dan pensyarah untuk lebih memahami sistem pendidikan negara. Seandainya para pendidik tidak menjadikan falsafah pendidikan sebagai rujukan utama untuk pelaksanaan aktiviti pendidikan, secara tidak langsung hal ini akan memberi kesan mendalam kepada sistem pendidikan negara. Sebagai contoh, seorang pendidik yang menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai rujukan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran serta memahami sistem pendidikan, guru tersebut sudah tentu akan melahirkan murid-murid yang seimbang dari pellbagai sudut merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. iv) Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugasan pendidikan. Tugasan pendidikan yang dimaksudkan ialah tanggungjawab untuk

mengajar, membimbing dan membentuk jiwa kanak-kanak. Sememangnya, dalam falsafah pendidikan mempunyai pelbagai perkara yang membantu para pendidik untuk menjalankan tugasan pendidikan. Contoh yang mudah ialah di mana falsafah sebagai prosedur atau langkah untuk para pendidik baca dan fahami supaya ianya dapat membantu untuk melaksanakan tugasan dengan lebih efisien. Dengan bimbingan yang mantap melalui falsafah pendidikan ini, sudah semestinya hasil tugasan pendidikan akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti dalam membentuk kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri insan yang seimbang dan harmonis.

v)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berperanan sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. FPK menentukan segala sistem pendidikan dalam negara ini. Proses pengajaran dan pembelajaran, bahanbahan pelajaran dan kurikulum yang mantap dalam negara ini ditentukan oleh FPK. Sebagai contoh, kurikulum yang sedia ada pada zaman ini dibentuk berdasarkan rujukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum, P&P, dan bahan pelajaran sememangnya harus dibentuk berdasarkan FPK kerana dalam falsafah pendidikan tersebut merangkumi pelbagai aspek yang membantu dalam sistem pendidikan negara untuk memartabatkan lagi kemajuan pendidikan kanak-kanak.

vi)

Selain sebagai panduan, rujukan dan bimbingan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai peranan yang lain. Peranan tersebut ialah sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Tanpa peranan FPK sebagai pengawal aktiviti pendidikan, hal ini akan menjejaskan sistem pendidikan negara. Contoh penyelewengan aktiviti pendidikan seperti melaksanakan aktiviti pembelajaran yang bercanggah dengan dasar pendidikan dan tidak merujuk sepenuhnya kepada falsafah pendidikan. Penyelewangan seperti ini lazimnya tidak membantu negara untuk

membentuk insan yang seimbang dari aspek JERIS. Hal ini kerana falsafah pendidikan mengesyorkan para pendidik untuk melaksanakan aktiviti pendidikan yang sesuai bagi membentuk insan dan rakyat yang berkualiti. Oleh itu, dengan adanya falsafah pendidikan, hal ini membantu dalam

mencegah

penyelewengan

aktiviti

pendidikan

dan

membantu

untuk

mengemukakan pelbagai aktiviti daripada dasar pendidikan yang sesuai untuk membentuk jiwa kanak-kanak. vii) Peranan terakhir Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah berperanan dalam menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Peranan terakhir ini dianggap penting kerana falsafah pendidikan dianggap penting sebagai rujukan utama seandainya timbul keraguan dalam melaksanakan sesuatu agenda pendidikan. Berbalik semula kepada peranan FPK yang sebelumnya, peranan-peranan tersebut menyenaraikan FPK sebagai panduan dan bimbingan untuk para pendidik dan membantu dalam membentuk sistem pendidikan negara. Hal ini bermakna, peranan terakhir ini menerangkan bahawa pemahaman yang mendalam dalam bidang falsafah pendidikan ini amat penting bagi mengelakkan sebarang salah faham oleh kerana kurangnya merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara. Contoh situasi yang dapat digambarkan untuk peranan ini ialah kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar yang diperkenalkan pada tahun 2003 ini mendapat bantahan yang meluas oleh rakyat dan juga ahli bahasa. Hal ini kerana dasar ini tidak membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris, malah turut membawa kesan negatif kepada bahasa Melayu. Dasar ini juga dirangka dan dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa berlandaskan FPK sepenuhnya. Oleh itu, PPSMI kini telah dimansuhkan secara beransur dan

kembali semula kepada sistem pendidikan yang biasa di mana bahasa Melayu akan digunakan semula dalam subjek Matematik dan Sains di sekolah-sekolah. Pertelingkahan dan salah faham mengenai dasar PPSMI ini akan hilang dengan wujudnya falsafah pendidikan sebagai rujukan utama untuk meningkatkan lagi kesempurnaan jiwa murid-murid.

3.0 Ciri-Ciri Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Kriteria insan yang seimbang dan harmonis merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan FPK, terdapat beberapa ciri-ciri penting seperti berilmu pengetahuan, berakhlak, percaya kepada Tuhan, jiwa yang tenang, jasmani yang baik dan sebagainya. Ciri insan yang seimbang dan harmonis yang pertama ialah insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan pemikiran yang tenang, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Sememangya insan yang berkualiti memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi sepanjang melalui proses pendidikan. Asas untuk menjadi seorang yang berilmu, perlu menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Setelah berjaya menguasainya dan meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran tersebut melalui pelbagai peringkat, maka individu tersebut dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri sendiri dan orang lain serta membawa kepada kemajuan negara. Ciri yang pertama ini juga menerangkan bahawa untuk

menjadi insan yang seimbang dan harmonis, tubuh badan yang sihat yakni jasmani juga penting kerana tenaga fizikal boleh dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat. Selain itu, jasmani yang baik juga mampu meningkatkan daya pengeluaran demi sumbangan kepada kemajuan negara. Seterusnya, insan yang seimbang dan harmonis mempunyai ciri yang lain iaitu potensi individu juga diperkembangkan dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu pada tahap optimum. Intelek, jasmani, emosi dan rohani merupakan salah satu ciri yang terdapat dalam FPK. Sekiranya seseorang insan itu tidak mempunyai salah satu ciri tersebut, maka individu itu tidak memiliki ciri-ciri insan yang seimbang dan harmonis. Menurut penelitian berdasarkan FPK, intelek memerlukan individu untuk menguasai kemahiran 3M bagi memperoleh dan meningkatkan ilmu, jasmani menekankan kepada unsur menjaga kesihatan tubuh badan, manakala emosi ialah memperoleh perasaan tenaga dan tingkahlaku yang terkawal dan yang terakhir iaitu rohani menekankan perasaan kepada menyedari dan mengingati bahawa adanya Tuhan. Keempat-empat unsur tersebut merupakan ciri-ciri yang mantap harus dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak kecil bagi melahirkan insan yang berguna untuk kepentingan masyarakat dan negara. Untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis harus ada ciri memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara dan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan masalah dihadapi serta melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Ciri ini lebih tertumpu kepada peranan individu sebagai rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan dapat

memberi sumbangan. Rakyat yang berketrampilan adalah insan yang berilmu, berpandangan jauh, cekap dan mampu menyumbang ke arah pembangunan negara dengan menjalankan tugas secara sempurna. Insan yang baik juga merupakan anggota masyarakat yang memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersatu padu serta mengamalkannya dalam kehidupan bermasyarakat seharian. Individu yang seimbang dan harmonis juga mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dengan melaksanakan tugas secara amanah. Selain itu, mempunyai keupayaan daya ketahanan diri, berfikiran waras dan mahir mewujudkan hubungan yang baik merupakan ciri insan yang cemerlang dari aspek rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Akhir sekali, sebagai insan yang seimbang dan harmonis, seseorang individu itu dapat memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Вам также может понравиться