Вы находитесь на странице: 1из 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG 34700 SIMPANG, PERAK

PENYELIDIKAN DAN KOLOKIUM STPM 2011

TAJUK PENYELIDIKAN: SIKAP PELAJAR TINGKATAN 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG TERHADAP PENYELIDIKAN

NORAZSHIKIN BINTI NORDIN RAJA NORSYAZWANI BINTI RAJA HAMZAH SHAKINA BINTI SALIHUDDIN SITI KHATIJAH BINTI MOHD MADZLAN NURUL ASHIQIN BINTI MOHAMMAD NURULFATIN ATIKAH MOHAMAD DAHALAN QURRATU `AINI BINTI AHMAD ZABIDI

BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepentingan bidang penyelidikan menjadi semakin penting dalam era globalisasi dan k-ekonomi. Penyelidikan dalam apa bentuk bukan sahaja dapat meningkatkan daya saing sesebuah institusi pendidikan. Aktiviti penyelidikan yang terancang, sistematik dan bermutu membolehkan institusi pendidikan di Malaysia bersaing dengan manamana institusi pendidikan di Negara lain.

Justeru itu, mulai tahun 2010 komponen penyelidikan mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 didedahkan dengan ilmu penyelidikan dan mereka diminta membuat penyelidikan dan seterusnya mengemukakan laporan hasil penyelidikan yang dijalankan. Oleh kerana komponen ini merupakan sesuatu yang baru, tanggapan yang negatif terhadap pelaksanaannya mungkin wujud. Para pelajar seharusnya memperlihatkan sikap positif kerana penyelidikan amat signifikan kearah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Menyedari hakikat tersebut, maka satu penyelidikan tentang sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan penyelidikan di sekolah-sekolah perlu dilakukan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang adalah sebuah sekolah di negeri Perak Darul Ridzuan yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Secara statistiknya terdapat 1540 orang pelajar di SMK Simpang pada tahun 2011. Daripada jumlah tersebut 71 orang ialah pelajar-pelajar Tingkatan 6.

1.2 Pernyataan Masalah

Perasaan fobia boleh menjadi penghalang terhadap pelaksanaan sesuatu program baru. Woodrow (disebut di dalam Ahmad Fauzi Mohamed, 2005) menyatakan bahawa selain sokongan, sikap menjadi penentu kejayaan sebarang program dalam pendidikan. Menurut Dorinina (disebut di dalam Jusni Nasirun, 1995), kebanyakan penyelidik mendapati bahawa fenomena kerisauan merupakan salah satu factor yang telah mengurangkan keberkesanan penyerapan sesuatu program baru di dalam bilik darjah.

Dalam perkembangan berkaitan, Woodrow (disebut di dalam Ahmad Fauzi Mohamed, 2005) menegaskan bahawa sikap positif menjadi faktor utama untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu program. Justeru itu, gambaran yang komprehensif tentang sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan penyelidikan amat diperlukan. Penyelidikan ini perlu untuk memproleh maklumat tersebut.

1.3 Tujuan Penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan para pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang terhadap pelaksanaan penyelidikan. Justeru itu, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sikap pelajar-pelajar tersebut terhadap pelaksanaan penyelidikan di Tingkatan 6. Penyelidikan ini perlu untuk memprolehi maklumat tersebut.

1.4 Signifikan Penyelidikan

Walaupun baru dilaksanakan di Tingkan 6, bidang penyelidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan. Hakikatnya, penyelidikan telah dilaksanakan secara meluas disemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negara ini.

Penyelidikan ini ialah kajian sistematik dan akan menghasilkan data emperikal berhubung dengan tanggapan para pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang terhadap pelaksanaan penyelidikan. Hasil penyelidikan ini penting untuk membantu SMK Simpang mengenal pasti kekangan terhadap pelaksanaan penyelidikan dalam kalangan para pelajar dan seterusnya merancang program pengenalan secara lebih sistematik dan berkesan. Hasil penyelidikan ini juga penting untuk membantu mempercepatkan proses penerapan pelaksanaan komponen penyelidikan di Tingkatan 6.

1. 5 Persoalan Penyelidikan

Penyelidikan ini dibuat untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: (a) Sejauh manakah tahap keyakinan pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan penyelidikan. (b) Sejauh manakah tahap minat pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan penyelidikan. (c) Sejauh manakah tahap kerisauan pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaa penyelidikan.

1.6 Objektif Kajian

Secara amnya, penyelidikan ini adalah untuk menentukan sikap para pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang terhadap pelaksanaan penyelidikan. Justeru itu, objektif penyelidikan ini ialah:
(a) Untuk menentukan tahap keyakinan pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang

terhadap pelaksanaan penyelidikan yang boleh diaplikasikan di universiti. (b) Untuk menentukan tahap minat pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang terhadap pelaksanaan penyelidikan. (c) Untuk menetukan tahap kerisauan pelajar Tingkatan 6 di SMK Simpang terhadap pelaksanaan penyelidikan.

1.7 Definisi Operasional Sikap

Sikap dalam penyelidikan ini merujuk tanggapan terhadap tiga dimensi tingkah laku iaitu keyakinan, minat, dan kerisauan terhadap pelaksanaan penyelidikan. Ketigatiga dimensi tersebut digunakan untuk menentukan sikap pelajar Tingkatan 6 SMK Simpang terhadap pelaksanaan komponen penyelidikan. Dalam penyelidikan ini, skor min akan digunakan untuk mengkategorikan sikap pelajar.

Pelajar Tingkatan 6

Pelajar Tingkatan 6 dalam penyelidikan ini merujuk kepada pelajar lelaki dan perempuan yang sedang belajar di Tingkatan 6 atas di SMK Simpang pada tahun 2011.

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang merujuk kepada sebuah sekolah kerajaan yang terletak di luar bandar Simpang, di negeri Perak Darul Ridzuan.

1.8 Rumusan Bab 1 ini menerangkan secara menyeluruh latar belakang penyelidikan. Tinjauan lateratur dimuatkan di bab 2,sementara kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangan untuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam bab tersebut.

Вам также может понравиться