Вы находитесь на странице: 1из 8

EDU 3102 ISL MINGGU 15 Tugasan: mencari bahan di internet berkaitan dengan kanak-kanak keperluan asas

Pengenalan: Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegitan fizikal. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaanya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanakkanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. Antara program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk program Pendidikan Khas Bermasalah

Penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Khas Inklusif. Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun beliau akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak lain. Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendididkan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktorfaktor seperti perkembangan prenatal yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanakkanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Kategori Kanak-kanak keperlaun khas Masalah kecacatan fizikal Masalah penglihatan Masalah pendengaran Masalah pertuturan Masalah pembelajaran Masalah tingkahlaku Lembab ( slow learner) Terencat akal ringan Autisme Pintar cerdas Sindrom Down Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Disleksia

Ciri-ciri kanak-kanak kecacatan fizikal Masalah Kecacatan Fizikal: Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang

dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia. Kecacatan fizikal Cerebral palsy

Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar. Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan. Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas. Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna ini mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan nebulisec Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.

Epilepsi

Spina bifida

Muscular dystrophy

Limb deficiencies

Asthma

Diabetes

Leukemia

Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku. Masalah penglihatan Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanakkanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan . Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka. Implikasi kepada pengjaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on. Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran. Masalah pendengaran: Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanakkanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak

lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut. Implikasi Kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanakkanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan dimana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan. Masalah pertuturan Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi. Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti. Masalah pembelajaran akademik Membaca Ciri-ciri Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. Menterbalikkan perkataan misalnya b dan d, 21 dan 12 atau on dan no.

Menulis

Mengira

Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama. Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca. Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. Ejaan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan. Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor. Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor

Jadual 1: cirri-ciri masalah pembelajaran akademik.


Rujukan: 1. Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja. Dewan

Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Sekolah Rendah: Komponen 1&2, Psikologi Pendidikan & pedagogi. Mok Soon Sang, 2008. Kumpulan Budiman SDN BHD, Subang Jaya. 3. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009. Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. 4. Psikologi Kanak-kanak, Mohd Sharani Ahmad 2006, PTS PROFESSIONAL (Plublishing SDN BHD. ) 5. www.scribd.com 2.

Вам также может понравиться