Вы находитесь на странице: 1из 6

KANDUNGAN BUKU LOG PENGAKAP 1. 2. 3. 4. LOGO PENGAKAP m.s 2 PEMIMPIN PENGAKAP SMKKB m.s 3 GURU PENASIHAT PEMIMPIN m.

s 4 AJK PATROL m.s 5-6 Ketua Patrol Penolong Ketua Patrol Quarter Master Ahli Patrol 5. PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-undang Pengakap 6. UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Dipercayai Taat Berguna Sahabat Berbudi Kasihkan binatang Menurut perintah Sabar Berjimat Suci fikiran, bersih perkataan dan bersih perbuatan

Makna Lambang Persekutuan mesti dengan selalunya ditafsirkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut: * Rupa bentuk fizikal Lambang Persekutuan: 1. Lingkaran membentuk ikatan buku sila berwarna kuning: Melambangkan: >. Lingkaran tali bererti perpaduan yang erat dikalangan rakyat Malaysia. >. Ikatan Buku Sila bererti kekuatan perpaduan persaudaraan Pengakap sedunia yang tidak terganggu gugat.

______________________________________________________________________ 2. Pecahan tiga kelopak berwarna merah: Melambangkan Persetiaan Pengakap: >. Kelopak tengah bererti Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. >. Kelopak kiri bererti Menolong orang pada setiap masa >. Kelopak kanan bererti Menurut Undang-Undang Pengakap ______________________________________________________________________ 3. Dua butir pecah lima di kelopak kanan dan kiri berwarna hijau: Melambangkan: >. Pengakap mestilah sentiasa mempertahankan kebenaran dan pengetahuan. >. Undang-Undang Pengakap yang berjumlah sepuluh perkara. ______________________________________________________________________ 4. Kepala anak panah dan garisan lurus menunjuk ke atas berwarna hitam: Melambangkan seseorang Pengakap mestilah sentiasa berada pada arah yang lurus dan betul untuk dilaluinya. ______________________________________________________________________ 5. Ikatan mengikat 3 kelopak berwarna hijau: Melambangkan ikatan Persaudaraan Pengakap Sedunia. ______________________________________________________________________ 6. Sebutir bintang pecah 14 berwarna kuning: Melambangkan: >. Negara Malaysia. >. 14 buah negeri yang terkandung di dalam Malaysia. ______________________________________________________________________ 7. Anak bulan dan bintang berwarna kuning : Melambangkan Agama Islam yang merupakan Agama Rasmi Malaysia. ______________________________________________________________________ * Warna-warna di dalam Lambang Persekutuan: 1. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang : Melambangkan warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu Malaysia 2. Warna Kuning, Hijau dan Merah pada Lambang Persekutuan:

Melambangkan Unit-Unit Pengakap di Malaysia: 1. Warna kuning melambangkan Unit Pengakap Kanak-Kanak 2. Warna hijau melambangkan Unit Pengakap Muda 3. Warna merah melambangkan Unit Pengakap Remaja

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap. Taat kepada Tuhan. Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti sembahyang dan lain-lain. Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah memberi Reseki dan Rahmat. Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri

Taat kepada Raja Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati UndangUndang adat Istiadat Negara Malaysia. Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja. Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia. Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan; menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia. Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja kumpulan. Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam.

Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai. Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara, jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi latihan. Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal. Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka. Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.

Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpinpemimpin mestilah percayakan budak-budaknya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orangorang di bawahnya. Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa. Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara berpatrol. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi. Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak mengganggu jiran-jiran masa mengadakan pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan bertanya dari segi perbualan. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan. Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan. 8. Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan. Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti sukan. 9. Pengakap adalah jimat dan cermat. Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol (Patrol system).

Вам также может понравиться