Вы находитесь на странице: 1из 10

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KOMSAS Genre Kelas Masa Tajuk Bidang Objektif : Puisi Tradisional (Seloka)

: Tingkatan 4 Sains 1 : 80 minit : Seloka Pak Kaduk : Estetika dan Interpersonal : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat: i. ii. iii. iv. v. Menjelaskan maksud seloka Pak Kaduk Menghuraikan perwatakan Pak Kaduk Memberikan makna rangkai kata Membina ayat penyata yang gramatis berdasarkan kosa kata yang diberi. Menjawab 3 soalan pemahaman dengan lengkap.

FU FS

: 2.0, 2.1, 2.2, Aras 3(i). : 10.0, 10.1, 10.2, 10.4, Aras 1(i), (ii)

Sistem Bahasa :

Ayat Penyata, diksi, Kosa kata: bayu berpuput, menongkah pasang, menongkah surut, Kematian angin, tergadai, mudik, nyaris. Pengisian Kurikulum: : a) Ilmu : Kesusasteraan Melayu b) Nilai Murni : kerjasama c) Kemahiran Bernilai Tambah: KBKK, Konstruktuvisme, KP.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS SELOKA PAK KADUK LANGKAH SET INDUKSI (5 minit) AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan gambar yang berkaitan dengan watak Pak Kaduk Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar. Lampiran Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari ini Membaca seloka Pak Kaduk Guru membaca seloka diiringi paluan kompang (rakaman bunyi kompang) Pelajar lain diminta membacakan seloka tersebut dengan nada, gaya dan intonasi yang betul Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang maksud seloka Guru membuat pengukuhan tentang maksud seloka dengan tepat Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan kepada setiap kumpulan Kumpulan 1 - membincangkan maksud rangkai kata Kumpulan 2 - menghuraikan 3 perwatakan Pak Kaduk Kumpulan 3 -membina 5 ayat penyata daripada perkataan yang diberi Kumpulan 4 - menghuraikan 5 pengajaran daripada seloka Langkah 4 30 minit Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk melaporkan hasil perbincangan kumpulan Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi yang dibekalkan oleh guru. Guru membuat penilaian dan pengukuhan Penilaian Guru mengemukakan 3 soalan penilaian berdasarkan seloka Pelajar menjawab soalan-soalan tersebut CATATAN Menampalkan gambar di papan putih

Langkah 1 5 minit

Seni kata seloka (Lampiran 1 ) dipancarkan melalui LCD

Langkah 2 10 minit Langkah 3 10 minit

1.Kad Tugasan (Lampiran 2) .bentuk edaran dan melalui LCD 2.Kad Lembaran jawapan pelajar dalam bentuk transperansi (Lampiran 3)

Penggunaan OHP

Langkah 5 15 minit

Lampiran 4 LCD

Penutup 5 minit

Guru menjemput 5 orang pelajar untuk samasama mennyanyikan seloka Pak Kaduk Seorang pelajar diminta untuk menggayakan Watak Pak Kaduk dengan memakai kostum yang sesuai dengan perwatakan Pak Kaduk. Pelajar-pelajar lain dijemput menyanyi beramairamai Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini. Tugasan/Kerja Rumah Guru menayangkan tugasan-tugasan pengayaan sebagai kerja rumah mengikut kumpulan untuk disiapkan oleh setiap ahli kumpulan. Lampiran 5

Lampiran PERWATAKAN PAK KADUK

PAK KADUK

PENGAJARA N

BINA AYAT PENYATA DARIPADA PERKATAAN YANG DIBERI

PERKATAAN berpuput mudik nyaris bertandang tergadai

AYAT PENYATA

BERIKAN MAKSUD RANGKAI KATA RANGKAI KATA bayu berpuput menongkah pasang menongkah surut kematian angin bertandang duduk MAKSUD

SOALAN PENILAIAN ARAHAN: Jawab semua soalan berikut: 1. Mengapakah Pak Kaduk bernasib malang? (3 markah)

2. Andaikan anda Pak Kaduk, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk mengatasi nasib malang itu? (3 markah) 3. Huraikan mesej yang terdapat dalam seloka di atas. (3 markah)

PENGAYAAN

ARAHAN: Anda bebas menentukan perwatakan Pak Kaduk mengikut cita rasa anda sendiri. 1. 2. 3. 4. Setiap ahli Kumpulan 1 dikehendaki mencipta 3 rangkap pantun berdasarkan Seloka Pak Kaduk. Setiap ahli Kumpulan 2 dikehendaki mencipta 3 rangkap syair berdasarkan Seloka Pak Kaduk. Setiap ahli Kumpulan 3 dikehendaki mencipta 12 baris seloka berdasarkan Seloka Pak Kaduk. Setiap ahli Kumpulan 4 dikehendaki mencipta 12 baris gurindam berbentuk bebas berdasarkan Seloka Pak Kaduk.

Jawapan PERWATAKAN PAK KADUK

Bertindak terburu-buru

suka membazir

panas baran

PAK KADUK

Bernasib malang

suka berjudi

bodoh sombong

Kita hendaklah bersabar apabila menghadapai sesuatu masalah. Contohnya, Pak Kaduk hendaklah bersabar terhadap isterinya yang menegur perbuatan bodohnya. Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang memudaratkan diri. Contohnya, Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam yang menyebabkan kampungnya tergadai. PENGAJARAN Kita wajar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang membazir. Contohnya, Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan keluarganya. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi. Contohnya, Pak Kaduk, dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya dengan ayam raja. Kita hendaklah memanfaatkan masa yang terluang dengan betul. Contohnya, Pak Kaduk tidak seharusnya membuang masa luangnya dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia bersabung ayam dan suka bertandang ke rumah orang. BINA AYAT PENYATA DARIPADA PERKATAAN YANG DIBERI PERKATAAN AYAT PENYATA

berpuput mudik

Angin yang berpuput lembut menyebabkan saya mengantuk. Faizah mudik ke hulu untuk menziarahi datuknya yang sakit.

nyaris

Ali nyaris maut akibat dilanggar kereta jirannya.

bertandang

Pak Abu bertandang ke rumah besannya.

tergadai

Maruah Yazid tergadai apabila dia ditangkap polis kerana mencuri.

BERIKAN MAKSUD RANGKAI KATA RANGKAI KATA bayu berpuput menongkah pasang MAKSUD Angin berhembus/bertiup Melawan arus air yang sedang pasang

menongkah surut

Melawan arus air yang sedang surut

kematian angin

Angin berhenti bertiup/berhembus

bertandang duduk

Menumpang tinggal di rumah orang lain

SOALAN PENILAIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan berikut: 1. Mengapakah Pak Kaduk bernasib malang? 2. (3 markah)

Ayam Pak Kaduk menang sabung tetapi kampungnya tergadai. (1 markah) Ketika Pak Kaduk mudik, air surut dan ketika Pak Kaduk menghilir sungai, air pun pasang. (1 markah) Semasa Pak Kaduk belayar, angin berhenti bertiup dan ketika Pak Kaduk melabuhkan sauh, angin bertiup semula. (1 markah)

Andaikan anda Pak Kaduk, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk mengubah nasib malang itu? (3 markah)

Sekiranya saya Pak Kaduk, tindakan saya ialah: saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara. (1 markah) saya akan belajar ilmu pelayaran supaya saya dapat tahu arah tiupan angin. (1 markah) saya tidak akan berjudi atau menyabung ayam. (1 markah) saya akan meminta nasihat atau pandangan orang lain sebelum melakukan sesuatu perkara. (1 markah) saya akan mengamalkan sikap berjimat cermat. (1 markah) 3. Huraikan mesej yang terdapat dalam seloka di atas. (3 markah)

Kita hendaklah bersabar apabila menghadapai sesuatu masalah. Contohnya, Pak Kaduk hendaklah bersabar terhadap isterinya yang menegur perbuatan bodohnya. (1 markah)

Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang memudaratkan diri. Contohnya, Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam yang menyebabkan kampungnya tergadai. (1 markah) Kita wajar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang membazir. Contohnya, Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan keluarganya. (1 markah)

Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi. Contohnya, Pak Kaduk, dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya dengan ayam raja. (1 markah)

Kita hendaklah memanfaatkan masa yang terluang dengan betul. Contohnya, Pak Kaduk tidak seharusnya membuang masa luangnya dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia bersabung ayam dan suka bertandang ke rumah orang. (1 markah)

PENGAYAAN ARAHAN: 1. Setiap ahli Kumpulan 1 dikehendaki mencipta 3 rangkap pantun berdasarkan Seloka Pak Kaduk. 2. Setiap ahli Kumpulan 2 dikehendaki mencipta 3 rangkap syair berdasarkan Seloka Pak Kaduk. 3. Setiap ahli Kumpulan 3 dikehendaki mencipta 12 baris seloka lain berdasarkan Seloka Pak Kaduk. 4. Setiap ahli Kumpulan 4 dikehendaki mencipta 12 baris gurindam berbentuk bebas berdasarkan Seloka Pak Kaduk.

Вам также может понравиться