Вы находитесь на странице: 1из 3

Hadith Makmum Masbuq

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya". Dari Abu Bakrah bin Abdur Rahman bin al-Harith bin Hisyam, bahawa Abu Bakr asSiddiq dan Zaid bin Tsabit masuk masjid ketika imam sedang rukuk. Maka beliau berdua pun rukuk sambil berjalan masuk ke saf. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, 11/90. Menurut Sheikh al-Albani para perawinya tsiqah)

Penerangan slaid pertama pasal Umar

Umar begitu yakin bahwa kecurangan,kezaliman,kemunduran,kekalahan,kemelesetan ekonomi dan sebagainya mempunyai sebab musabah yang saling berkaitan dengan menjaga solat.Punca musibah yang menimpa umat Islam itu ialah kerana kelemahan iman dan malas mengerjakan secara praktikal ibadat yang sempurna kepada Allah terutama solat.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"

H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

Вам также может понравиться