Вы находитесь на странице: 1из 1

CARA MENGHAFAZ ALQURAN Sebelum kita menghafaz Alquran, pastikan niat kita ikhlas semata-mat ker ana Allah,

serta mendapat keredhaanya. Disamping itu juga tiada tujuan untuk men cari kesenanganhidup didunia. Hendaklah kita menjauhi segala maksiat zahir dan batin dan memelihara pe rut kita daripada makanan yang shubahat kerana Alquran adalah nur dan jangan ia dicampur aduk dengan zulumat. Menghafal dengan kerelaan hati. Menetapkan satu masyhaf untuk hafazan kita. Sebaik-baik Alquran sudut ia itu Alquran yang pada setiap mukanya terdapat hujung ayat, kerana ianya membantu kita mengingati tempat-tempat berhenti. Taat kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar kita supaya diperolehi berkat dan memudahkan kagi penghafazan kita. Menghadkan kadar hafazan setiap hari. Memilih waktu melancarkan bacaan, menghafaz sebelum atau selepas subuh, kemudian mengulanginya di sebelah petang dan melancarkannya antara solat maghrib dan isyak. Sebelum menghafaz, pastikan ayat-ayat yang hendak dilafaz dilancarkan da n dibaca dengan hukum tajwid. Fahamilah maksud-maksud ayat-ayat yang hendak kita hafaz kerana ia memud ahkan kagi hafazan kita nanti. Setelah ayat dilancarkan maka proses menghafaz dilancarkan. Jangan berpindah keayat atau surah lain selagi tidak dapat menghafaz de ngan baik...!!!

Вам также может понравиться