Вы находитесь на странице: 1из 14

Kesultanan Melayu Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Kesultanan Melayu Melaka


14021511

Wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

Ibu negara

Melaka

Bahasa

Bahasa Melayu

Agama

Islam

Kerajaan

Monarki

Sultan

Parameswara

Sultan Mahmud Shah

Sejarah

- Diasaskan

1402

- Penjajahan Portugis

1511

Mata wang

Mata wang emas dan perak

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia Kerajaan awal Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11) Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14) Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5) Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14) Kedah Tua Kemunculan Kesultanan Islam Kesultanan Kedah (1136sekarang) Kesultanan Melaka (14021511)

Kesultanan Sulu (14501899) Kesultanan Johor (1528sekarang) Era Penjajahan Barat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Perjanjian Burney (1826) Penempatan Selat (1826-1946) Perang Kelang (1867-1874) Perjanjian Pangkor 1874 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946) Perjanjian Inggeris-Siam 1909 Pertempuran Pulau Pinang (1914) Perang Dunia Kedua Perang Tanah Melayu (1941-1942) Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942) Perang Singapura (1942) Syburi (1942-1945) Kawat Kematian Sandakan (1945) Penjajahan Jepun di Tanah Melayu Peralihan Malaysia Malayan Union (1946-1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960) Peristiwa Bukit Kepong (1950) Rundingan Baling (1955) Malaysia selepas Merdeka Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966) Pemberontakan Brunei (1962-1966) Rusuhan Kaum 1964 (1964) Pemisahan Singapura (1965) Peristiwa 13 Mei (1969) Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Operasi Lalang (1987) Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88) Krisis Kewangan Asia (1997-98) Al-Ma'unah (2000) Perhimpunan Bersih (2007) Perhimpunan Bersih (2011) Perhimpunan Bersih (2012)

Portal Malaysia

Kesultanan Melayu Melaka ( ) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis

pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Parameswara 2 Perkembangan Melaka 3 Hubungan Dengan Negara China 4 Kegemilangan Kesultanan Melaka 5 Kejayaan Melaka 6 Kejatuhan Melaka 7 Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi 8 Tertib tarikh 9 Galeri 10 Lihat juga 11 Nota dan rujukan o 11.1 Nota o 11.2 Rujukan 12 Pautan luar

[sunting] Parameswara
Rencana utama: Parameswara Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[3][4] Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau

melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka". Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405. Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat

perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

[sunting] Perkembangan Melaka


Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Sultan Melaka Parameswara (Raja Iskandar Shah) Sultan Megat Iskandar Shah Sultan Muhammad Shah Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Shah Tempoh memerintah 1400 1414 1414 1424 1424 1444 1444 1446 1446 1456

Sultan Mansur Shah 1456 1477 Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Mahmud Shah 1477 1488 1488 1511

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di

bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

[sunting] Hubungan Dengan Negara China


Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut[5]. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthaya.[6] Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[7] Sebagai balasan upeti yang diberikan,maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka,[8] kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.[9]

[sunting] Kegemilangan Kesultanan Melaka


"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu". [nb 1] Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

[sunting] Kejayaan Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.


Rencana ini adalah sebahagian daripada

Sejarah Indonesia

Prasejarah Indonesia Kerajaan Hindu-Buddha


Kutai (abad ke-4) Tarumanagara (358669) Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11) Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9) Kerajaan Sunda (6691579) Kerajaan Medang (7521045) Kerajaan Kediri (10451221) Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14) Kerajaan Singhasari (12221292) Kerajaan Majapahit (12931500)

Kerajaan Islam
Kesultanan Ternate (1257kini) Kesultanan Melaka (14001511) Kesultanan Demak (14751548) Kesultanan Aceh (14961903) Kesultanan Banten (15261813) Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)

Era kolonialisme
Portugis (15121850) VOC (1602-1800) Belanda (18001942)

Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional (1899-1942) Pendudukan Jepun (19421945) Pengisytiharan Kemerdekaan (1945) Revolusi Nasional (19451950)

Pasca-merdeka
Era Order Lama (19501959) Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966) Gerakan 30 September (1965) Demokrasi Dipimpin (19591966) Era Order Baru (19661998) Era Reformasi (1998kini)
pbs

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya.

Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai abang tua dalam perdagangan dan agama, sentiasa berkirim salam dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

[sunting] Kejatuhan Melaka

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanakkanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

[sunting] Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi


Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi. Ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi. Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[10] Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.[11]

[sunting] Tertib tarikh


Rencana utama: Sejarah Melaka

[sunting] Galeri

Gambar ukiran gangsa Hang Tuah, pahlawan Melayu Melaka dahulu yang dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

[sunting] Lihat juga


Kesultanan Perak Kesultanan Johor

[sunting] Nota dan rujukan

[sunting] Nota
1. W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu edisi 1961 halaman 82.

[sunting] Rujukan
1. "Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01&spesifik_id=1&ttl_id=1. Capaian 2009-01-22. 2. Salasilah Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan 3. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32. 4. Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm. Capaian 2009-06-13. 5. Yuanzhi Kong, (2000), Muslim Tionghoa Cheng Ho: misteri perjalanan muhibah di Nusantara, Yayasan Obor Indonesia, ISBN 9794613614 6. Kenneth Warren Chase (2003). Firearms: a global history to 1700, edisi illustrated, Cambridge University Press. ISBN 0-521-82274-2. URL dicapai pada 14 December 2011. "The Chinese recognized Melaka as an independent state and warned the king of Thailand not to meddle with it... Nevertheless, the Chinese did not seek to establish colonies overseas, even when they anchored in places with large Chinese populations, like Sumatra and Java. They turned Melaka into a kind of protectorate and built a fortified warehouse there, but that was about it." 7. Gungwu, Wang (2003). Only connect!: Sino-Malay encounters, Eastern Universities Press. ISBN 9812102434. 8. Hooker, Virginia M. (2003). A Short History of Malaysia: linking east and west, Allen & Unwin. ISBN 1864489553. 9. Cleary, Mark; Kim Chuan Goh (2000). Environment and development in the Straits of Malacca, Routledge. ISBN 0415172438. 10. Utusan Online - Melaka ditubuh 1262, bukannya 1400 atau 1278? 11. TheStar Online - More research needed on new date of Malacca Sultanate

[sunting] Pautan luar


(Inggeris) Sumber Singapura 1 (Inggeris) Sejarah Singapura (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu daripada Majapahit (keluar dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik) (Inggeris) Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom Pires (Suma Oriental) mengenai hal ini Rencana The Melaka Empire di laman sabrizain.org

Вам также может понравиться