Вы находитесь на странице: 1из 4

Modul Pembelajaran Membuat Keputusan

Tahun Bidang Tajuk : 1 : Sains Bahan : Timbul dan Tenggelam

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 11.1 : Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 11.1.1 Mengenalpasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Mengumpul maklumat tentang objek yang timbul dan tenggelam. Indikator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau 1.2.3 mengumpul dan mengenalpasti maklumat tentang timbul dan tenggelam 2. Imaginasi Meramal dan menyusun alternatif Indikator Amalan 2.1.1 Menghasilkan idea baru 2.2.5 Membincang penilaian Murid-murid diminta untuk menamakan objek di atas meja? a. batu f. duit syiling b. ping pong g. paku tekan c. gabus h. polystrine d guli ( cebisan ) e. daun kering Guru menyediakan sebuah akuarium yang kosong dan memasukkan semua objek ke dalam akuarium tersebut. CADANGAN AKTIVITI Guru meminta murid untuk menceritakan pengalaman mereka mandi di kolam, sungai atau laut Sediakan gambar atau suasana orang mandi di kolam. CADANGAN KOMUNIKASI Pernahkah kamu mandi di kolam, sungai atau laut? Adakah kamu pandai berenang? (Ya/Tidak) Jika Tidak Apakah yang akan kamu akan lakukan? (Sumbangsaran)

Apakah yang anda perhatikan di atas meja?

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada objekobjek di dalam akuarium jika air dituangkan ke dalam akuarium?

Murid-murid diarahkan untuk meramalkan objek yang tenggelam dan timbul apabila air dimasukkan ke dalam akuarium. Guru bersoal jawab jenis objek tersebut timbul atau tenggelam. 3. Perkembangan Menilai alternatif yang dipilih Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan. Murid diminta untuk memasukkan objek-objek yang disediakan ke dalam akuarium. Kemudian, air dituang ke dalam akuarium. Murid membuat pemerhatian dan mengenal pasti objek yang timbul dan tenggelam. Kaitkan dengan penggunaan pelampung untuk berenang. 4. Tindakan Membuat Keputusan Pelaksanaan Amalan 4.1.3 Menghasilkan idea baru Berterusan 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling 4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru Murid diarahkan memilih objek yang timbul dan tenggelam yang terdapat di dalam akuarium dan melengkapkan jadual yang telah disediakan. Murid membuat keputusan tentang konsep timbul dan tenggelam dengan memberikan contoh objek yang lain.

Apakah keadaan objek yang anda perhatikan?

Apakah yang dapat anda perhatikan?

Indikator Amalan 3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek 3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan berdasarkan bukti

Nyatakan objek-objek yang tenggelam? Nyatakan objek-objek yang timbul? Pilih objek yang boleh digunakan untuk berenang?

Nyatakan 1 objek lain yang timbul? Nyatakan 1 objek lain yang tenggelam? Terangkan mengapa anda pilih objek tersebut?

secara berterusan Pentaksiran Murid berupaya untuk mengenalpasti objek-objek yang tenggelam dan timbul. Murid menyiapkan lampiran kerja 1. KPS: Memerhati, Pengelasan Berkomunikasi Nilai dan Sikap Minat dan bersifat ingin tahu Jujur Bekerjasama

LAMPIRAN 1 Kelaskan objek-objek tersebut ke dalam jadual di bawah.

duit syiling ranting

paku

daun kering kunci

botol plastik

Objek yang timbul

Objek yang tenggelam

James Johnny / Noorzurianah Gedat / Ismail Biko

Вам также может понравиться