Вы находитесь на странице: 1из 3

Seterusnya, hubungan masyarakat.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama mempunyai risiko untuk bercanggah, terutamanya dalam kalangan etnik yang sama. Dengan itu, pelbagai kemelut akan timbul. Masyarakat Malaysia perlu selalu menjaga perhubungan kaum agar dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas yang pertama supaya dapat menjaga keharmonian negara. Menurut (Fisher, 2000), polarisasi,

ketidakpercayaan dan permusuhan dalam antara kelompok-kelompok yang tidak sama menyebabkan percanggahan dalam masyarakat. Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab masyarakat plural negara ini susah untuk direalisasikan secare keseluruhan, di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai persepsi dan pemikiran yang negatif. Sebagai contohnya, peristiwa 13 Mei 1969. Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin kukuh dengan ada dasar pendidikan yang sistematik dan hubungan masyarakat yang erat. Penafian agama Islam sebagai agama rasmi merupakan salah satu cabaran masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun negara Malaysia selalu dipuji oleh dunia bahawa negara mempunyai kestabilan politik sebab dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi keutuhan nampaknya sudah goyah. Hal ini demikian kerana kedudukan dan status agama Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja dipersoalkan digugat malah digugatkan oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat tuntutan serta tafsiran yang tidak dapat diterima terhadap Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh masyarakat negara ini. Tambahan pula,Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain. Oleh itu, masyarakat negara Malaysia mempunyai kebebasan beragama. Pertikaian ini adalah tidak wajar dipersoalkan sedangkan agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah beratus-ratus tahun dahulu.

Tegasnya, keharmonian kaum dalam kalangan penduduk negara ini akan terjejas sekiranya isi pertikaian dan tindakan mengubah status agama Islam masih berterusan. Cabaran yang berikutnya ialah pengekalan perpaduan masyarakat.Memang tidak dinafikan bahawa pengekalan perpaduan dalam kalangan masayarakat merupakan misi yang sukar dilaksanakan. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang tidak sama untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama daripada sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. Untuk mengekalkan perpaduan merupakan cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan atau (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .

Bibliography
Fisher, S. (2000). Fisher, S. (2000). Mengelola Konflik.Ketrampilan & Strategi untuk Bertindak. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться