Вы находитесь на странице: 1из 9

ISI KANDUNGAN

1. PRAKATA 2.PENGENALAN 3. CARA DAN PERATURAN PERMAINAN 4. MATEMATIK DALAM CONGKAK 5. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM PERMAINAN CONGKAK 6. REFLEKSI

Rabiaatul Aishah

Page 1

PRAKATA
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Rabiaatul Aishah

Page 2

PENGENALAN
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Rabiaatul Aishah Page 3

Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai diperkenalkan melalui perdagangan hamba. Congkak turut dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Lazim congkak dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. Kemudian, kayu tersebut dibelah kepada dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. Seterusnya, kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Satu lubang besar ditebuk di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.Papan congkak akan disapu varnis dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Congkak begitu diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

Rabiaatul Aishah

Page 4

CARA DAN PERATURAN PERMAINAN

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Pegerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan. Pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya dengan mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut tetapi hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak. Jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Rabiaatul Aishah Page 5

6. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Rabiaatul Aishah

Page 6

MATEMATIK DALAM CONGKAK


Permainan congkak sangat baik untuk kanak-kanak. Melalui permainan ini, kanak-kanak telah belajar matematik secara tidak langsung. Ia penuh dengan konsepkonsep matematik seperti nilai, padanan satu dengan satu, banyak dan sedikit, dahulu dan kemudian, serta konsep sifar. Dalam bahasa matematik sebagai contoh, kanak-kanak telah mengunakan konsep tambah semasa permainan congkak.

Dari rajah di atas, sekiranya kanak-kanak ingin sampai ke rumah, dia perlu menggerakkan guli di lubang ke-4(kampung) supaya di lubang 2, akan menjadi dua biji guli. Dari situ dia telah menggunakan 1+1=2. Dengan ke-2 buah guli tadi, maka cukup untuk dia sampai ke rumahnya.

Rabiaatul Aishah

Page 7

Selain itu, kanak-kanak juga menggunakan kemahiran menaakul dalam permainan congkak. Sebagai contoh, diawal permainan, kesemua lubang atau kampung telah diisi dengan 7 biji guli. Maka, dia perlu memasukkan 6 biji guli ke dalam setiap kampung dan 1 biji untuk rumah. Jadi, dia perlu memilih lubang ke-7 untuk sampai kerumah dengan 7 biji guli secukupnya. Kanak-kanak juga menaakul dengan memilih kampung yang banyak guli supaya mereka dapat mengisi rumah masing-masing dengan guli yang banyak. Dalam penyelesaian masalah, kanak-kanak akan menggunakan semua aspek matematik supaya rumah dipenuhi dengan jumlah guli yang banyak. Contohnya, pemilihan bilangan guli haruslah padan dengan bilangan kampung supaya dapat sampai ke rumah. Oleh itu, kanak-kanak akan menambah dan mencongak dengan dengan cepat.

Rabiaatul Aishah

Page 8

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM PERMAINAN CONGKAK


Peringkat awal kanak-kanak dalam permainan ini adalah berdasarkan konsep membilang angka. Iaitu membilang 1 sampai 7 untuk mengisi 7 biji guli dalam setiap kampung. Kemudian, konsep banyak atau sedikit bagi meneruskan permainan supaya dapat bermain dengan lebih masa. Peringkat seterusnya, kanak-kanak akan mula menambah dan mencongak bijibiji guli untuk mendapatkan seberapa banyak guli di dalam rumah masing-masing. Kekerapan bermain pengiraan secara mental ini akan menambakbaik kemahiran asas matematik kanak-kanak. Dengan itu, kanak-kanak dapat mengembangkan kebolehan asas dalam kesedaran nombor serta pemikiran tentang matematik. Selain itu juga, permainan ini turut mengembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak itu. Mata dan tangan akan bergerak serentak. Ini turut melatih mata untuk fokus disamping pergerakan tangan menjadi lebih pantas. Ia juga dapat mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak kerana permainan ini memerlukan dua orang pemain. Jadi, kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sepermainannya. Oleh yang demikian, permainan congkak ini amat digalakkan untuk kanak-kanak kerana turut mewujudkan nilai-nilai seperti ketelitian, kecerdasan, kejujuran dan bersemangat kesukanan.

Rabiaatul Aishah

Page 9

Вам также может понравиться

  • Matematik Tahun 4
    Matematik Tahun 4
    Документ163 страницы
    Matematik Tahun 4
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Elemen TMK Tahun 1
    Elemen TMK Tahun 1
    Документ4 страницы
    Elemen TMK Tahun 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Perancangan RMT 2014
    Perancangan RMT 2014
    Документ8 страниц
    Perancangan RMT 2014
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Borang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan Di Google Drive
    Borang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan Di Google Drive
    Документ23 страницы
    Borang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan Di Google Drive
    Sharmila Thangaraju
    Оценок пока нет
  • RPT PK KSSR THN 1
    RPT PK KSSR THN 1
    Документ17 страниц
    RPT PK KSSR THN 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPH P Jasmani Tahun 2 Unit 28
    RPH P Jasmani Tahun 2 Unit 28
    Документ2 страницы
    RPH P Jasmani Tahun 2 Unit 28
    mosawa
    Оценок пока нет
  • SELESAIKAN
    SELESAIKAN
    Документ15 страниц
    SELESAIKAN
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPT BM KSSR THN 1
    RPT BM KSSR THN 1
    Документ34 страницы
    RPT BM KSSR THN 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • PKSR2 KHThn5
    PKSR2 KHThn5
    Документ13 страниц
    PKSR2 KHThn5
    Muhammad Afiq
    Оценок пока нет
  • RPT PK KSSR THN 1
    RPT PK KSSR THN 1
    Документ17 страниц
    RPT PK KSSR THN 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Darab
    Darab
    Документ3 страницы
    Darab
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPH Tahun 2...
    RPH Tahun 2...
    Документ3 страницы
    RPH Tahun 2...
    mosawa
    Оценок пока нет
  • Jadual Tahunan Sek 2014
    Jadual Tahunan Sek 2014
    Документ6 страниц
    Jadual Tahunan Sek 2014
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Kesihatan Gaya Hidup Sihat
    Kesihatan Gaya Hidup Sihat
    Документ31 страница
    Kesihatan Gaya Hidup Sihat
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPH TMK Tahun 5
    RPH TMK Tahun 5
    Документ1 страница
    RPH TMK Tahun 5
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPH TMK Tahun 5
    RPH TMK Tahun 5
    Документ1 страница
    RPH TMK Tahun 5
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Borang SPBT THN 1
    Borang SPBT THN 1
    Документ2 страницы
    Borang SPBT THN 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Meningkatkan Pendidikan Seni Visual
    Meningkatkan Pendidikan Seni Visual
    Документ14 страниц
    Meningkatkan Pendidikan Seni Visual
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    Документ3 страницы
    Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Laporan 3D
    Laporan 3D
    Документ10 страниц
    Laporan 3D
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • PJM3106 Kemahiran Mengusung Kayak
    PJM3106 Kemahiran Mengusung Kayak
    Документ11 страниц
    PJM3106 Kemahiran Mengusung Kayak
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Mte3112 Print
    Mte3112 Print
    Документ5 страниц
    Mte3112 Print
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Sukan Sepanjang Hayat
    Sukan Sepanjang Hayat
    Документ16 страниц
    Sukan Sepanjang Hayat
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Soalan Objektif BM THN 5
    Soalan Objektif BM THN 5
    Документ13 страниц
    Soalan Objektif BM THN 5
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • PKSR2 KHThn5
    PKSR2 KHThn5
    Документ13 страниц
    PKSR2 KHThn5
    Muhammad Afiq
    Оценок пока нет
  • Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    Документ11 страниц
    Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    jibmohd
    Оценок пока нет
  • Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    Документ11 страниц
    Soalan BM TAHUN 5 k3 Ogos 2011
    jibmohd
    Оценок пока нет
  • Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    Документ3 страницы
    Kerja Kursus MTE3111 - 2014
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • RPT PK KSSR THN 1
    RPT PK KSSR THN 1
    Документ17 страниц
    RPT PK KSSR THN 1
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет
  • Bap1m 2014
    Bap1m 2014
    Документ2 страницы
    Bap1m 2014
    aishah_azahar_3
    Оценок пока нет