Вы находитесь на странице: 1из 2

Kewarganegaraan

Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.

"Taraf Kewarganegaraan Malaysia adalah merupakan satu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing."

Cara Memohon Kewarganegaraan

Semua permohonan taraf kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Bahagian III) yang dibenarkan memohon.

Borang permohonan boleh diperolehi dan diserahkan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19, pemohon disyaratkan menduduki ujian Bahasa yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Asas-asas pertimbangan bagi permohonan kewarganegaraan : Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah. Menetap dalam tempoh yang lama. Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini. Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara. Menyumbang kepada masyarakat dan Negara. Taat dan setia kepada Negara.

Sebab-Sebab Permohonan Warganegara Mengambil Masa

1/2

Kewarganegaraan

- Setiap permohonan akan dikaji dengan teliti. - Setiap permohonan akan menjalani proses Tapisan Keselamatan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia). - Untuk memastikan setiap permohonan adalah tulen.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).

Proses Memperoleh Semula Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut Atau Menolak Kewarganegaraan Malaysia

Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan (Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan) sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.

Borang permohonan boleh didapati di Kementerian Dalam Negeri.

Pemohon mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap (PR) untuk layak memohon. Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia yang masih belum memegang taraf Pemastautin Tetap (PR) bolehlah mengemukakan permohonan taraf Pemastautin Tetap (PR) di Jabatan Imigresen Malaysia melalui permohonan Permit Masuk.

2/2

Вам также может понравиться