Вы находитесь на странице: 1из 2

Ada 2 Bahagian A dan B, A biasanya 50 soalan objektif B seperti contoh yang saya berikan ini.

Ini bukan soalan ramalan ya. Cuma formatnya sahaja. Contoh soalan 1. A. Berikan definisi surat. (2 markah) Surat adalah antara alternatif komunikasi dalam bentuk bertulis dari satu pihak kepada pihak yang lain, kebiasaannya mengandungi maklumat berupa pemberitahuan, pernyataan, perintah/arahan, permintaan/permohonan, laporan dan sebagainya. B. Nyatakan perbezaan antara surat rasmi peribadian dan surat rasmi tidak peribadian. (3 markah) Surat Rasmi Tidak Peribadi mempunyai subjek (tajuk surat) berkaitan perkara-perkara rasmi, awam dan perniagaan, penulis/pengirim surat juga kebiasaannya tidak mengenali pembaca/penerima secara peribadi dan tujuan penulisan surat kebiasaannya untuk mendapatkan sesuatu secara rasmi. Surat Rasmi Peribadian mempunyai subjek (tajuk surat) berkaitan perkara-perkara umum, tentang perniagaan, orang, perkara dan kejadian. Dan kebiasaannya , penulis/pengirim surat mengenali pembaca/penerima surat secara peribadi dan tujuan penulisan surat adalah untuk menghantar mesej atau mendapatkan sesuatu secara rasmi. 2. Jelaskan kepentingan memo dalam sesebuah organisasi . (5 markah) Penggunaan memo amat penting dalam sesebuah organisasi khususnya untuk memberitahu, mempengaruhi dan mengarahkan sesuatu perkara atau tugasan dengan kadar yang segera. Menurut Jones (1986), memo digunakan untuk; 1. Membuat Pengumuman 2. Membuat Permintaan atau cadangan 3. Memberi arahan 4. Menjelaskan maklumat yang lalu 5. Menyediakan maklumat atau penerangan, dan 6. Menyatakan pembetulan kecil tentang polisi syarikat 3. A. Apakah yang dimaksudkan dengan laras bahasa? (2 markah) Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya bahasa atau cara mengguna sesuatu bahasa atau kepelbagaian bahasa yang dipilih oleh pengguna dalam sesuatu situasi. Ure & Illis (1977) berpendapat laras sebagai language patterning regularly used a certain kind of situation (pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu). Halliday (1968) berpendapat bahawa laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.

Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Вам также может понравиться