Вы находитесь на странице: 1из 2

Komanwel Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang telahpun mencapai kemerdekaan.

Pertubuhan ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1931 oleh Parlimen British berasaskan idea Lord Rosebury, Menteri Luar Britain. Pertubuhan ini diketuai oleh Ratu England, Queen of Elizabeth II. Negara kita telah menyertai pertubuhan ini pada tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. Pada hari ini, Pertubuhan Komanwel mempunyai 49 anggota negara. Hanya 4 negara sahaja yang keluar dari Komanwel sehingga hari ini iaitu Ireland, Afrika Selatan, Pakistan dan Fiji. Negara kita mendapat banyak faedah daripada Komanwel seperti: 1. Bidang pertahanan Melalui Perjanjian Pertahanan Britain Tanah Melayu 1957, negara kita telah mendapat bantuan pertahanan dari Britain. Britain telah menempatkan angkatan tenteranya di negara kita untuk membantu negara kita dalam usaha membanteras ancaman komunis. Semasa Konfrontasi Indonesia, negara kita telah mendapat bantuan tentera dari New Zealand, Australia dan sebagainya. 2. Bidang perdagangan Sebagai salah satu ahli dalam pertubuhan Komanwel, barang eksport negara kita telah dikenakan kadar cukai yang rendah di Britain. Sebagai balasan, negara kita telah memberi keutamaan kepada kegiatan perdagangan di antara Britain dengan negara kita. 3. Rancangan Colombo Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan memberi bantuan teknik oleh negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur. Menerusi rancangan ini, negara kita telah memperolehi faedah seperti: a. Australia, New Zealand, Britain dan Canada telah memberi biasiswa kepada pelajar kita yang menuntut di institusi pengajian tinggi di sana. b. Negara penderma telah memberi bantuan kewangan kepada negara kita untuk menubuhkan pusat-pusat latihan teknik. c. Britain menghantar pakar-pakar insurans dan cukai untuk menolong negara kita dalam memajukan ekonomi negara. d. Canada membekalkan peralatan untuk membantu negara kita memajukan industri perikanan. e. Bantuan dari New Zealand dalam bentuk wang untuk membuka tanah baru.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945, beribu pejabat di New York. Trygve Lie menjadi Setiausaha Agung yang pertama. PBB ditubuhkan atas usaha Presiden Woodraw Wilson (Amerika Syarikat) dan Perdana Menteri Winston Churchill (Britain). Kini PBB mempunyai 166 buah anggota negara. Pada 17 September 1957, negara kita menjadi ahli PBB. Dari PBB, negara kita telah memperolehi pelbagai faedah, iaitu: 1. Dari UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) a. Pakar pendidikan telah dihantar ke Malaysia untuk membantu negara kita dalam rancangan pelajaran. b. Pengawal penyelidikan sains dihantar untuk membantu negara kita dalam penyelidikan sains. c. Bantuan telah diberi dalam penubuhan maktab teknik di Ipoh. 2. Dari WHO (World Health Organization) Nasihat telah diberi kepada negara kita untuk membantu negara kita dalam mencegah penyakit malaria, batuk kering, untut, demam kepialu dan sebagainya. 3. Dari FAO (Food and Agricultural Organization) Bantuan dalam bentuk kewangan dan kepakaran telah diberi untuk membantu negara kita meningkatkan pengeluaran makanan. 4. Dari ILO (International Labour Organization) a. Pakar telah dihantar untuk membantu negara kita meningkatkan taraf perusahaan negara kita. b. KWSP telah ditubuhkan untuk melindungi kaum pekerja atas saranan ILO 5. Dari WB (World Bank) a. Memberi bantuan kewangan kepada negara kita dalam melaksanakan projek-projek pembangunan negara. b. Pakar ekonomi dihantar ke negara kita untuk membantu negara kita menyelesaikan masalah ekonomi.

Вам также может понравиться