Вы находитесь на странице: 1из 24

2.

1 Huraian Tentang Rekreasi Nombor


2.1.1 Petak Ajaib (Magic Square)

Petak ajaib ialah terdiri daripada segi empat sama yang berpetak-petak di mana turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor-nombor tersebut mengikut baris, lajur, dan pepenjurunya adalah sama (Mok Soon Sang, 1997). 3 x 3 sel 4 3 8 9 5 1 2 7 6 16 5 9 4 4 x 4 sel 3 2 13 8 12 1 17 23 4 10 11 24 5 6 12 18 5 x 5 sel 1 7 13 19 25 8 14 20 21 2 15 16 22 3 9

10 11 6 7

15 14

(Hasil tambah nombor-nombor pada lajur, baris dan pepenjuru adalah sama.)

10

SEJARAH PETAK AJAIB Ahli matematik Cina telah pun memperkenalkan petak ahjaib ini semenjak 650 tahun sebelum Masihi. Menurut lagenda, terdapatnya senaskah buku Cina yang dinamakan Lo Shu (Buku Sungai Lo) menceritakan kisah seorang Maharaja Cina telah terjumpa dengan seekor kura-kura yang mempunyai corak yang pelik pada cangkerangnya. Penemuan tersebut telah menyelamatkan kawasan sekitarnya daripada dimusnahkan oleh banjir pada ketika itu kerana rakyat Cina ketika itu telah menggunakan corak yang ditemui itu bagi mengatasi masalah banjir.

Ahli matematik Islam pula telah diperkenalkan mengenai petak ajaib ini dari India dan seterusnya, mereka telah berupaya menghasilkan petak ajaib yang lebih besar dan kompleks susunannya. Ahli astronomi daripada Arab pula telah menggunakan pola pada petak ajaib ini bagi melukis horoskop pada masa itu.

11

PERATURAN MEMBINA PETAK AJAIB Kebiasaannya, turutan nombor 1,2,3,4,5. n, digunakan sebagai susunan nombor dalam petak-petak segiempat sama. Oleh itu, segiempat sama ajaib turut disebut sebagai segiempat berperingkat n. Hasil tambah bagi nombor-nombor di sepanjang baris, lajur, atau pepenjurunya adalah bersamaan dengan rumus

.
Jadi, bagi sel 3 x 3, n = 3. Hasil tambah sepanjang baris, lajur dan pepenjuru, Langkah-langkah bagi membina petak ajaib dengan sel 3 x 3:Langkah 1: Susunkan turutan nombor 1 hingg 9 dalam petak-petak seperti berikut:1 4 7 2 5 8 3 6 9 = 15

Langkah 2: Tukarkan kedudukan nombor pada pepenjuru. 9 4 3 2 5 8 7 6 1

12

Langkah 3: Putarkan segiempat sama itu sebanyak 45 dan robohkannya sehingga membentuk satu petak ajaib dengan hasil tambah 15. 9 2 5 8 1 6 7 3 8 1 4 5 6 2 7

9 4 3

4 3 8

9 5 1

2 7 6

4 3 8

9 5 1

2 7 6

Langkah-langkah bagi membina petak ajaib dengan sel 4 x 4 :Langkah 1: Susunkan turutan nombor 1 hingga 16 dalam petak-petak seperti berikut:1 5 9 2 6 3 7 4 8

10 11 12

13 14 15 16

13

Langkah 2: Tukarkan kedudukan nombor-nombor yang berada pada pepenjuru. 16 5 9 4 2 6 3 7 13 8

10 11 12 14 15 1

Langkah 3: Tukarkan juga pepenjuru kepada segiempat yang lebih kecil pada pusat kotak tersebut. 16 5 9 4 2 6 3 7 13 8 16 5 9 4 2 11 7 14 3 10 6 15 13 8 12 1

10 11 12 14 15 1

APLIKASI PETAK AJAIB

Muzik Petak ajaib digunakan dalam menentukan rima muzik. Terdapatnya beberapa ahli muzik India yang menggunakan petak ajaib dalam muzik mereka. Mereka mengaitkan hubungan antara nombor pusat dengan hasil tambah kesemua nombor-nombor dalam petak ajaib dalam menentukan rima muzik:-

Hasil tambah nombor dalam petak ajaib = nombor pusat x 9

14

Sudoku Sudoku telah diperkenalkan pada 1979 dan menjadi popular di Jepun pada 1980-an. Sudoku yang seterusnya menjadi satu permainan teka-teki yang popular di Eropah sebenarnya ialah salah satu bentuk kepada petak Latin. Petak Sudoku terdiri daripada sel 9 x 9 yang besar, dan di dalamnya mengandungi 9 buah subkotak kecil yang terdiri daripada sel 3 x 3. Setiap sub-kotak akan dipenuhi dengan nombor 1 hingga 9 sekali sahaj. Oleh itu, setiap baris, lajur dan sub-kotak akan menghasilkan jumlah yang sama sekiranya ditambah nombor-nombornya.

15

2.1.2

Nisbah Emas (Golden Ratio)

Matematik sering kali dikaitkan dengan keindahan. Salah satu contoh yang terdekat selain daripada keindahan alam semula jadi ialah keindahan atau pun kecantikan yang boleh kita lihat pada fizikal manusia. Hakikatnya, daya tarikan pada sifat-sifat fizikal sesuatu itu bergantung kepada nisbah. Manusia akan lebih tertarik kepada ciri fizikal individu lain sekiranya fizikal individu tersebut mempunyai simetri dan nisbah yang seimbang. Begitu juga pada raut wajah seseorang. Individu yang mempunyai raut wajah yang seimbang dan bertepatan dengan nisbah akan mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya. Lalu secara tidak sedar, mereka akan berpendapat bahawa individu tersebut mempunyai paras rupa yang jelita. Ahli saintis mempercayai bahawa dengan mempunyai tubuh badan yang seimbang ukurannya (yakni, sejajar dengan nisbah), seseorang itu memiliki tubuh badan yang sihat.

"Vitruvian Man" yang dilukis oleh Leonarda da Vinci menunjukkan nisbah emas yang ada dalam dimensi tubuh badan manusia.

16

Lukisan Leonardo da Vinci menekankan pada ukuran skala yang terdapat pada tubuh badan manusia. Skala atau pun nisbah yang dinyatakan di bawah merupakan satu Nisbah Emas(Golden Ratio): Kaki ke pusat : Pusat ke Kepala

Begitu juga bagi seni bina sesuatu bangunan. Kita akan medapati sesuatu bangunan tersebut lebih menarik sekiranya skala yang digunakan dalam rekaannya adalah bertepatan dengan Nisbah Emas. Nisbah Emas adalah berdasarkan kepada nombor Fibonacci, di mana setiap turutan nombor adalah merupakan hasil tambah bagi dua nombor sebelumnya. 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, ... Bagaimanakah nombor Fibonacci boleh membentuk Nisbah Emas? = 1.618 033 ...

17

Nisbah Emas boleh diperolehi dengan melihat nisbah bagi setiap nombor dalam Turutan Fibonacci 1/1 = 1 2/1 = 2 3/2 = 1.5 5/3 = 1.666... 8/5 = 1.6 13/8 = 1.625 21/13 = 1.61538... 34/21 = 1.61905... 55/34 = 1.61764... 89/55 = 1.61861...

Jika diteruskan, kita akan memperoleh satu nombor yang menarik yang dikenali sebagai phi dalam kalangan ahli matematik (Golden Ratio atau Golden Section): = 1.618 033 988 7...

18

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN FIZIKAL Bagaimanakah kita boleh mengatakan yang seseorang itu jelita? Kita ambil Jessica Simpson sebagai contoh. Ramai yang mengatakan bahawa Jessica Simpson mempunyai paras rupa yang cantik dan ideal. Mengapa?

Jessica Simpson

Ini adalah rekaan topeng wajah manusia yang direka berdasarkan Nisbah Emas. Ukuran skala yang terdapat pada hidung, kedudukan mata dan juga kepanjangan dagu adalah bertepatan dengan beberapa aspek yang ada pada Nisbah Emas.

19

Apabila topeng tersebut ditekap di atas gambar Jessica Simpson, dapat kita lihat bahawa topeng tersebut sangat berpadanan dengan raut wajahnya. Ukuran skala raut wajah yang terdapat pada topeng dapat dipadankan dengan sempurna pada wajah Jessica Simpson. Kejelitaannya adalah bersifat matematikal. Antara contoh wajah-wajah lain:-

20

NISBAH EMAS DALAM ALAM SEMULAJADI

Nisbah Emas turut boleh didapati melalui alam semulajadi, seperti pola dalam corak pada benih bunga matahari dan juga buah pokok cemara (pine cones). Ini adalah kerana Turutan Fibonacci merupakan satu cara yang paling berkesan untuk memampatkan sel-sel tumbuhan tersebut.

Corak pada serpihan benih bunga matahari.

Corak pada buah pokok cemara.

Sel-sel tumbuhan bercambah secara berlingkar. Lingkaran terjadi secara semula jadi kerana sel-sel baru akan tumbuh setiap satu pusingan. Berikut merupakan bentuk lingkaran bagi sel-sel benih bunga matahari berdasarkan nisbah dalam Turutan Fibonacci.

1.5

1.6666

1.625

21

1.625

1.61538

1.61905

1.61861

Nisbah Emas (1.61803) adalah ideal kerana sel-sel benih bunga matahari dapat dimampatkan dengan sempurna tanpa sebarang ruang di antara sel-sel tumbuhan tersebut.

22

APLIKASI NISBAH EMAS Seni Bina Nisbah Emas ini telah pun digunakan oleh orang Mesir dalam penciptaan piramid. Mereka telah menggunakan asas phi bagi mendirikan segi tiga bersudut tegak.

Pada zaman moden pula, Nisbah Emas dapat dilihat dalam pembinaan bangunan CN di Toronto; bangunan yang tertinggi di dunia. Nisbah antara tingkat pemerhati (observation deck) dengan keseluruhan tinggi bangunan tersebut ialah 0.618.

23

Rekaan Logo Semenjak dari Renaissance sehinggalah kepada zaman moden, pelukis dan ahli seni telah mengiktiraf phi sebagai satu ukuran yang boleh memberikan tarikan estetika kepada imbangan dan harmoni sesuatu reka bentuk.

Jika diteliti, setiap dimensi bagi setiap huruf di atas adalah direka berdasarkan nisbah phi (nisbah emas)

24

2.1.3

SEGI TIGA PASCAL


Salah satu Pola Nombor yang paling menarik adalah Segitiga Pascal. Segi tiga

Pascal merupakan sebuah segi tiga nombor atau segi tiga aritmetik yang terdiri daripada pekali bionomial. Segi tiga Pascal dinamakan sempena Blaise Pascal (1623-1662) seorang ahli matematik Perancis. Walaupun dinamakan sebagai segi tiga Pascal akan tetapi konsep ini telah pun digunakan bertahun lamanya oleh ahli matematik terdahulu sebelum Pascal dilahirkan lagi.

Untuk membina segitiga, dimulakan dengan "1" di bahagian atas, kemudian teruskan meletakkan nombor di bawah ini dalam pola segitiga. Berdasarkan gambar dapat dilihat nombor 1 berada pada kedudukan yang membentuk sebuah segi tiga. Manakala nombor yang lain merupakan hasil tambah dua nombor di atasnya. Contohnya 1 + 1 = 2. Setiap nombor hanya dua angka di atasnya ditambah bersama-sama. Walaubagaimanapun, nombor di petak tepi kesemuanya adalah 1. Setiap nombor hanya

25

dua angka di atasnya yang ditambah bersama-sama untuk mendapatkan nombor dibawah. Melalui segi tiga Pascal ini kita boleh mengenalpasti beberapa ciri-ciri unik yang terdapat pada segitiga ini.

Setiap nombor di tepi ialah 1

Gambar menunjukkan bahawa 1 + 3 = 4

26

Corak di dalam Segitiga Pascal

a) Diagonal

Diagonal pertama Diagonal pertama iaitu petak menyerong biru muda hanya mempunyai angka "1" .

Diagonal Kedua Diagonal menyerong kedua yang berwarna coklat mempunyai Angka Berterusan (Counting Numbers) iaitu 1, 2, 3, dan seterusnya.

Diagonal ketiga Pada diagonal ketiga yang berwarna biru gelap, dapat dilihat bahawa segitiga ini mempunyai ciri-ciri nombor segitiga. Jumlah kotak setiap tingkat yang ditambah akan menghasilkan nombor segitiga.

27

1 1+2=3 1+2+3=6 1+2+3+4=10 1+2+3+4+5=15 1+2+3+4+5+6=21

Diagonal ketiga yang menghasilkan nombor segitiga.

b) Ganjil dan Genap Jika dilorekkan nombor ganjil dan nombor genap, ianya akan berakhir dengan pola yang sama seperti Segitiga Sierpinski.

Segitiga Pascal yang mempunyai pola yang sama seperti Segitiga Sierpinski

28

c) Jumlah Nombor Melintang Jika diperhatikan, jumlah nombor melintang atau horizontal membentuk satu pola yang menarik.

Hasil tambah nombor setiap horizontal adalah nombor kuasa dua.

d) Turutan Fibonacci Apabila ditambah nombor mengikut turutan kanan atas (seperti yang diilustrasikan) nombor turutan Fibonacci akan diperolehi.

(Turutan Fibonacci bermula "1, 1" dan kemudian berterusan dengan menambah dua nombor sebelumnya, misalnya 3 +5 = 8, maka 5 +8 = 13, dan seterusnya).

29

e) Simetris

Dan segitiga Pascal juga simetris. Angka-angka di sisi kiri ada nombor yang berpadanan sama di sisi kanan, seperti gambar cermin.

Secara ringkasnya, nombor Pascal mempunyai banyak keistimewaan dan ciri-ciri yang unik dan menarik. Segi tiga Pascal biasanya digunakan dalam algebra dan kebarangkalian. Melalui segi tiga Pascal ini juga kita dapat melihat bahawa matematik itu sesuatu yang unik yang perlu diterokai dan difahami. Segitiga Pascal merupakan salah satu antara keajaiban nombor di dunia. Rajah dibawah merupakan ringkasan yang menunjukkan antara beberapa ciri-ciri yang terdapat pada Segitiga Pascal.

30

31

2.1.4

Palindrom
Palindrome ialah kata atau frasa yang dibaca sama baik di depan mahupun

belakang. Palindrom pertama ditemui dalam bentuk tulisan pada petak batu yang ditanam di Herculaneum. Hasil penemuan itu dianggarkan ditanam pada tahun 72 AD. Perkatan yang ditulis di petak batu itu ialah Sator Arepo Tenet Opera Rotas. Ianya berbentuk segi empat (rujuk XXXX) dan ianya boleh dibaca dari arah tegak mahupun melintang tetapi tetap menghasilkan satu perkataan yang sama. Dari sudut Matematik pula, palindrom bermaksud jumlah nombor yang dibaca sama di depan dan dibelakang. Objektif i) Untuk mengukur kebolehan individu dalam menyelesaikan masalah palindrome. ii) iii) Menguji minda individu dalam menyelesaikan operasi matematik yang asas Melatih individu untuk mengira nombor dengan tepat

Cara-cara membuat palindrome: 1) Pilih satu nombor, contoh = 86 2) Nombor dari contoh di atas,86 diterbalikkan menjadi 68 3) Kedua-dua nombor kemudiannya ditambah 86 + 68 = 154 4) Jumlah 154 itu diterbalikkan tetapi nombor yang tengah dikekalkan. 5) Maka, jumlah 154 diterbalikkan menjadi 451 dan ditambah. 6) Hasil yang diperolehi ialah 605 dan jumlah ini diterbalikkan sekali lagi menjadi 506. 7) Hasil 605 + 506 = 1111 8) Hasil yang diperolehi ialah nombor yang sama dibaca di depan dan di belakang.

32

33

Вам также может понравиться