Вы находитесь на странице: 1из 30

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

FOLIO PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BARU ORIENTASI GURU BARU 2011

DISEDIAKAN OLEH NORHANIM BT BASIRAN SJK (T) JENJAROM KUALA LANGAT SELANGOR

Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan sejuta kesyukuran kepada Allah s.w.t yang memberikan kekuatan untuk saya menjalankan program ini. Keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang memberikan sepenuhnya kerjasama untuk saya menjalani program ini. Saya berharap agar folio ini dapat memberikan saya gambaran yang lebih baik tentang tugas-tugas guru yang bakal saya lalui. Sekian.

Pengenalan
Pendahuluan
Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai: i. ii. iii. iv. Oleh badan pengawal kualiti pendidikan guru; badan profesional keguruan; memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan merancang dan menyelaras pelaksanaan 15 inisiatif Makmal NKRA Kualiti Guru. yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru

bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010. PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada GB agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. GB akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh
3

semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya GB di negara ini. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).

Definisi Program Pembangunan Guru Baharu


Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year . BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu GB membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

Rasional
Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia, namun satu program yang formal untuk membimbing GB yang baru ditempatkan di sekolah perlu dilaksanakan. Ironinya, banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk GB (Humphrey et al., 2007;Norasmah et al., 2007; Russell, 2006). Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Di samping itu, GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005). Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru memahami konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah. Di samping itu, seseorang guru harus terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. GB perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al., 2006).

Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey et al., 2007). Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran untuk membimbing GP telahpun diterapkan dalam profesion keguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti GB. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion keguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan. Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu memberi kesan yang positif terhadap GB yang kurang berpengalaman. GB yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al., 2006). Di samping itu, program pembangunan juga dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara GB dengan semua pihak di sekolah. Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah et al., 2007). GB seringkali menghadapi masalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah serta latar belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan. GB menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran. Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu menyarankan satu
5

program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan praperkhidmatan, program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani, 2002). Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009). Pada masa yang sama, kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang mengajar mereka. Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program pembangunan yang komprehensif dan bersepadu untuk membimbing dan melatih GB secara berterusan. Justeru, BPG selaku peneraju utama dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan bertanggungjawab untuk menyediakan satu program pembangunan yang berkesan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti GB yang ditempatkan di sekolah bagi memastikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat direalisasikan.

Objektif Program Pembangunan Guru Baharu


Objektif PPGB ini adalah untuk:
i.

membantu GB menyesuaikan diri dengan budaya, persekitaran, dan komuniti sekolah; menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB dalam melaksanaan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada pelajar kepada pengajar; meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah; meningkatkan kualiti pengajaran GB dan pembelajaran murid; menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB melaksanakan aktiviti kokurikulum; meningkatkan pengetahuan GB tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid; meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri GB; dan membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara GB dengan semua pihak (stakeholders).

ii.

iii.

iv.
v. vi.

vii. viii.

Hasil Pembelajaran
i. meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru;
6

ii. iii. iv. v. vi. vii.


viii.

melaksanakan amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan; meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran disekolah; meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri; menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran dan komuniti sekolah; melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan; lebih berpengetahuan tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwalmurid; dan menjalin kerjasama secara kolaboratif dengan semua pihak (stakeholder) yang terlibat di sekolah.

Biodata Guru
Nama Status Umur Tarikh lahir Alamat tempat tinggal No tel bimbit No tel rumah Alamat sekolah No tel sekolah Ijazah pertama Ijazah lanjutan Kelulusan ikhtisas : : : : : : : : : : : : Norhanim bt Basiran Berkahwin 34 tahun 24 Oktober 1978 No 8, Jalan Pahlawan 7, Taman Pahlawan, Batu 10 Kebun Baru, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. 019-2765662 03-31227227 SJK (T) Jenjarom, 42600 Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. 03-31917280 Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) pengkhususan Komunikasi Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat Diploma Perguruan TESL

Bahagian 1 Profil Sekolah

Bahagian 1: Profil Sekolah


Kod sekolah Nama sekolah Alamat sekolah JPN PPD Status No Telefon No Fax Sesi Jenis Bantuan Jenis Murid : : : : : : : : : : : BBD1055 SJK(T) JENJAROM SJK (T) JENJAROM, JENJAROM, 42600 SELANGOR Jabatan Pelajaran Negeri Selangor PPD KUALA LANGAT Beroperasi 0331917280 TIADA Pagi Sahaja Sekolah Kerajaan Lelaki dan Perempuan Bahasa Tamil Tiada Asrama Luar Bandar

Bahasa Pengantar : Jenis Asrama Lokasi : :

10

Bahagian 2 Pengurusan dan Pentadbiran

11

Bahagian 2: Pengurusan dan Pentadbiran


GURU BESAR Tugas Guru Besar A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
12

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. 11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan berkaitan dengan bidang ikhtisas.

13

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN A. Bidang Tugas: 1. 2. 3. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Membantu Guru Besar dalam semua aspek pelaksanaan program dan projek sekolah. perancangan, pengurusan dan

4. 5. 6.

B. Senarai Tugas: 1. 2. 3. 4. 5. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik. Dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. Kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan djian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan. Menyelaraskan pengurusan dan pemulihan yang ada di sekolah. perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan

6.

7. 8. 9.

Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
14

10. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. C. Pentadbiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. dalam

Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.

10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah: 1. 2. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya boleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan: 1. 2. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

15

F. Kantin: 1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks: 1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain: 1. 2. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

3.

16

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A. Bidang Tugas: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas: Pentadbiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
17

C. Disiplin:

1. 2. 3. 4. 5.

Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin: 1. 2. 3. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

4. 5.

E. Program Perlindungan: 1. 2. 3. 4. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks: 1. 2. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
18

3. 4.

Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan: 1. 2. 3. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.

H. Kokurikulum: Sukan Dan Permainan: Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

Persatuan Dan Kelab: Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam: Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar: Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain: Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.

19

TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM A. PENGURUSAN KURIKULUM: 1. 2. 3. 4. 5. Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik. Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar. Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

B KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN KELAB): 1. 2. 3. 4. 5. Merancang takwim kegiatan setiap bidang. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

C. PENGURUSAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan. Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.

D. PEMBANGUNAN DIRI STAF: 1. Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.


20

2. 3. 4.

Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar. Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu.

E. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR: 1. 2. 3. Menyertai kursus kokurikulum. Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

F. SUKAN DAN PERMAINAN: 1. 2. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat. Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

G. KELAB/PERSATUAN: 1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

H. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM: 1. 2. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam. Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

I. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan. Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan. Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan. Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian. Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri. Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah. Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/MSSM.
21

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 1. Pengurusan kurikulum

merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya. melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. menggunakan ABM dengan betul dan sistematik. menentukan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani berjalan lancar. merancang program aunjuran keluar bilik darjah. merancang takwim permainan setiap bidang. memilih kumpulan peserta elit sekolah. menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid. mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah. menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang telah diambil. membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah. menyelaras hari ucapan dan perayaan sekolah. menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah. mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum. memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas untuk mereka. bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah. menganggotai jawatankuasa kokurikulum / kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid. bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. menyelaras kurikulum / kokurikulum bersepadu.
22

2. Kokurikulum : sukan, permainan, unit beruniform, persatuan & kelab.

3. Pengurusan

4. Pembangunan diri murid

5. Perkembangan kendiri (personel synergy) Menyertai kursus kokurikulum. Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

23

Bahagian 3: Fizikal dan Prasarana Sekolah

24

Bahagian 3: Fizikal dan Prasarana Sekolah

Kelas

Kantin sekolah

Pintu masuk pra sekolah

Bahagian dalam pra sekolah

Kawasan permainan pra sekolah

Kawasan permainan pra sekolah

25

Pintu masuk pusat sumber sekolah

Bahagian dalam pusat sumber sekolah

26

Bahagian 4: Penilaian Guru

27

Bahagian 4: Penilaian Guru


Refleksi Umum Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru dan juga untuk murid. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks. Staf-staf sokongan di pejabat banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan mesin tersebut. Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara bersemuka, melalui telefon. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat ibu bapa kerana ia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga keselamatan anak mereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan semua usul yang dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah. Kekuatan Pada pendapat saya, kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks memainkan peranan yang besar dalam pembangunan bahan-bahan mengajar untuk P&P. Guru-guru dapat membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas. Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan. Kelemahan Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemudahan perkhidmatan yang disediakan di dalam bilik guru adalah terhad. Terdapat dua mesin pencetak yang disediakan, tetapi tiada mesin fotostat untuk guru-guru gunakan bagi membuat salinan lembaran kerja. Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana

28

hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan. Pemancar LCD jarang digunakan oleh guru-guru termasuk saya mungkin kerana ia memakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. Secara umumnya, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi pengurusan ICT. Pada pendapat saya, guru-guru boleh diberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan pemancar LCD di dalam kelas secara maksima dan berkesan. Selain itu, saya mencadangkan supaya pemantauan dan penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan dengan lebih kerap supaya kemudahan akses kepada ICT dapat dipertingkatkan. Pengurusan ICT yang baik akan malancarkan perjalanan P&P, sekaligus memajukan lagi pembangunan sekolah ini. Sekolah juga boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-sama menyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. Dengan cara tersebut, ibu bapa dapat menonton video atau melihat gambar anak-anak mereka di samping memberi pendapat. Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang diaktifkan. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampal gambar-gambar penglibatan murid di papan kenyataan di sekolah untuk tontonan ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menghargai pencapaian sekolah dalam mendorong anak-anak mereka menjadi murid yang berjaya.

29

Bahagian 5: Lampiran Berkaitan

30

Вам также может понравиться