Вы находитесь на странице: 1из 1

Bendera Malaysia Jalur Gemilang adalah sebutan bagi bendera nasional Malaysia.

Bendera ini bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, bermula dengan garis merah di sebelah bawah, yang melambangkan jumlah anggota dalam persekutuan 13 negeri Kerajaan Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua pula memuat gambar bulan sabit tanda Agama Islam agama rasmi NegaraMalaysia. Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Gagasan awal Jalur Gemilang muncul pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dibentuk sebuah lembaga untuk mempertimbangkan dan membuat akun yang berhubung dengan rancangan bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Bagi tujuan itu diadakan kompetisi untuk merancang bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Dari jumlah itu, tiga rancangan bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih. Rancangan pertama adalah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rancangan kedua hampir mirip dengan reka bentuk pertama, tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang. Rancangan ketiga adalah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bagian tepi kiri. Nama bendera Malaysia diajukan oleh Tun Mahathir bin Mohammad pada malam 31 Ogos 1997 sehubungan dengan peringatan hari Kemerdekaan ke-40 di Dataran Merdeka. Jalur menggambarkan bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Jalur pada bendera Malaysia ini menggambarkan satu haluan yang lurus, arah tujuan yang sama yang diikuti oleh seluruh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang bererti bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh kerana itu, Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi kehidupan baik di dalam mahupun di luar negeri. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk meningkatkan cita-cita negara, dan sesungguhnya senantiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Вам также может понравиться