Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 Pengenalan Menurut tokoh Pettifor 2005, Pendidikan Jasmani adalahs satu proses dalam menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat serta menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang teratur dan berturutan. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dalam secara tidak langsung pengalaman tersebut dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif dan dapat mengaplikasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara holistik iaitu pembangunan secara menyeluruh dalam tiga domain utama iaitu afektif, psikomotor dan kognitif. Kesepaduan tiga domain ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang menyeluruh dan seimbang seterusnya mewujudkan satu masyarakat yang dinamik dan progresif. Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Pendidikan Jasmani di sekolah, strategi, kaedah, teknik dan pendekatan adalah penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.1 Strategi Yerk 1993 berpendapat bahawa pengetahuan dan tahap kefahaman guru amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Penggunaan strategi dalam pengajaran haruslah kemas dan berkesan serta wajib dikuasai oleh guru pendidikan jasmani pada masa kini. Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah serta teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Terdapat beberapa contoh strategi yang perlu diketahui oleh guru pada masa kini dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Antaranya ialah strategi belajar cara belajar, kemahiran berfikir, teori kecerdasan pelbagai, teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri, pembelajaran konstektual dan pembelajaran konstruktivisme.

1.1.1 Contoh Strategi Sesuai dalam Pendidikan Jasmani Salah satu contoh strategi pengajaran dan pembelajaran matapejalaran Pendidikan Jasmani ialah strategi belajar cara belajar. Strategi ini merupakan proses untuk memperolehi teknik belajar yang betul sama ada bersama guru atau tanpa guru. Sebagai contoh penggunaan strategi belajar cara belajar ialah situasi ketika pengajaran aktiviti kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar. Ketika berada di waktu kelas Pendidikan Jasmani, guru akan mengajar murid teknik-teknik yang betul untuk menguasai kemahiran tersebut. Setelah selesai mengajar kemahiran tersebut guru memberi arahan kepada murid agar murid membuat latihan dan mencari maklumat tambahan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teori-teori kemahiran bola tampar. Secara tidak langsung melalui arahan tersebut ia dapat membentuk keupayaan murid untuk belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai sumber untuk menguasai kemahiran dan seterusnya membuat penilaian dan aplikasi kemahiran tersebut dalam permainan sebenar.

1.1.2 Kepentingan Kepentingan strategi ini adalah untuk membentuk murid belajar mendapatkan maklumat tambahan di luar waktu

persekolahan serta meningkatkan keupayaan untuk belajar. Sehubungan itu juga, membekalkan murid dengan kemahiran belajar seumur hidup. Demikian itu, strategi ini turut bermanfaat dalam menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, membolehkan murid menggunakan sumber pembelajaran yang ada di sekeliling mereka untuk belajar, membolehkan murid membuat penilaian terhadap apa yang telah dipelajari serta membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran di dalam situasi lain.

1.2 Kaedah Selain daripada strategi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani, kaedah guru dalam melaksanakan strategi tersebut juga perlu diambil kira agar pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih sistematik, teratur dan berkesan. Menurut Edward M. Anthony 1963, kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikenhendaki dalam satu prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Dalam kata yang lain, kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi untuk mencapai perlaksanaan aktivti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Di samping itu, kaedah juga merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek. Ia juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran. Antara jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah kaedah gaya langsung, kaedah gaya gabungan dan kaedah gaya tidak langsung.

1.2.1 Contoh Kaedah Sesuai dalam Pendidikan Jasmani Kaedah gaya gabungan adalah kaedah yang

mengabungkan gaya pembelajaran berpusatkan kepada guru dan murid. Dalam kaedah ini guru akan memilih gaya pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum, ciri-ciri murid. Di sampin itu, pelajar akan menyelesaikan masalah dan guru perlu membimbing serta memberi motivasi dalam penyelesaian masalah. Contohnya, ketika ingin melaksanakan pengajaran pendidikan jasmani, guru perlulah mengambil kira ciri-ciri iaitu guru perlu mengetahui tahap, kebolehan atau kesesuaian aktiviti untuk murid. Sekiranya guru mengajar murid tahun 3 tahap 1 guru perlu tahu kemampuan murid tersebut dalam melakukan sesuatu aktiviti sama ada memberi mereka aktiviti berat ataupun ringan. Di samping itu, guru perlu memastikan murid dapat membanding beza perlakuan melalui aktiviti soal jawab. Dalam

kaedah ini guru perlu menghidupkan suasana dua hala antara murid dan guru untuk menjamin objektif tercapai.

1.2.2 Kepentingan Seperti yang ternyata di atas iaitu kaedah gaya gabungan adalah kaedah yang mengabungkan gaya pembelajaran

berpusatkan kepada guru dan murid. Dalam kaedah ini guru akan memilih gaya pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum dan ciri-ciri murid, pelajar menyelesaikan masalah dan guru membimbing serta memberi motivasi dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, kaedah ini menggalakkan pemikiran

dikalangan murid untuk mencuba dan berfikir secara kritis dan kreatif, memberi peluang kepada murid menunjukkan kebolehan masing-masing dan menggalakkan interaksi dua hala antara murid dan guru.

1.3 Teknik Perkara seterusnya yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru Pendidikan Jasmani ialah teknik guru tersebut. Teknik bermaksud kemahiran guru dalam mengelolakan dan melaksanakan pengajaran ketika kelas. Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah, teknik demonstrasi, kuliah,

perbincangan, latihan, penemuan, projek dan persembahan lisan. Kesemua contoh tersebut merupakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun demikian, dua teknik yang sering digunakan dan sesuai dalam pengajaran pendidikan jasmani iaitu teknik demonstrasi dan kuliah.

1.3.1 Contoh Teknik Sesuai dalam Pendidikan Jasmani Teknik demonstrasi merupakan teknik yang sering digunakan oleh guru di mana pada permulaan aktiviti guru akan menunjukkan contoh perlakuan aktiviti fizikal yang perlu dilakukan oleh murid dan selepas itu murid akan melakukan apa yang demonstrasikan oleh guru. Semasa guru melakukan demonstrasi, guru perlu menegaskan murid untuk menumpukan perhatian. Selain itu, guru juga perlu menerangkan setiap perlakuan sambil melakukan demonstrasi untuk menjamin keberkesanan penyampaian atau pengajaran. Sehubungan itu, guru harus tidak lupa untuk menggunakan kaedah ansur maju iaitu mengajar kemahiran tersebut mengikut urutan daripada mudah ke sukar.

1.3.2 Kepentingan Melalui kaedah ini, guru dapat mengelakkan murid daripada kekeliruan dalam melakukan aktiviti tersebut. Di samping itu juga, murid lebih jelas terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru kerana teknik ini melibatkan lisan dan penglihatan iaitu guru menerangkan setiap perlakuan sambil melakukan perlakuan tersebut. Demikian itu juga, murid dapat menguasai kemahiran dengan cepat. Jelas bahawa teknik ini amat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

1.4 Pendekatan Penggunaan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani juga adalah penting untuk memastikan guru dapat menumpuhkan perhatian terhadap objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menurut Edward 1963, pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu

matapelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, terdapat beberapa pendekatan yang biasa digunakan dalam mata pendidkan jasmani iaitu pendekatan tradisional, pendekatan humanistik dan pendekatan gabungan tingkahlaku dan sistem.

1.4.1 Contoh Pendekatan Sesuai dalam Pendidikan Jasmani Pendekatan humanistik adalah satu pendekatan yang menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Sehubungan itu, ia juga menekankan cara berfikir dan interpertasi pengalaman lalu untuk menguasai kemahiran yang baru. Selain itu juga, murid bebas untuk belajar dimana pendekatan ini menekan proses penemuan iaitu inkuiri. Dalam kata lain, penglibatan murid melalui pembelajaran melalui pengalaman adalah amat ditekankan dalam pendekatan ini. Murid akan melakukan sendiri aktiviti itu dan mempelajari berdasarkan pengalamannya. Guru pula berperanan sebagai fasilitor di mana guru perlu membimbing setiap perlakuan atau pembelajaran murid dalam Pendidikan Jasmani. Kebaikan pendekatan ini adalah murid dapat mengalami sendiri perlakuan yang ingin dilakukan atau dipelajari.

1.4.2 Kepentingan Kepentingan pendekatan ini adalah guru dapat menentukan kurikulum dan menetapkan matlamat selepas menganalisis murid-murid. Selain itu, guru dapat mencungkil potensi dan kebolehan murid serta memberi galakkan dan maklumbalas terhadap setiap perlakuan. Di samping itu juga, kaedah ini mementing pembelajaran berasaskan pengalaman sendiri. Oleh itu, pendekatan ini menggalakkan murid untuk mempelajari atau mencuba untuk melakukan perlakuan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru.

2.0 Kesimpulan Kesimpulannya, jelaslah betapa pentingnya kita sebagai seorang guru untuk memahami erti strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani. Apa yang dapat dilihat disini, apabila guru dapat mengait rapatkan kesemua aspek tersebut sudah tentu pengajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi lebih berkesan serta

menyeronokkan. Sehubungan itu juga, guru juga perlu terus bersifat progressif dan saintifik dalam meneroka strategi, kaedah, teknik dan pendekatan Pendidikan Jasmani dengan mendalam serta terkini. Guru perlu sedar mengenai hal ini kerana perubahan globalisasi pendidikan akan terus memberi cabaran kepada guru terutama sekali dalam aspek keberkesanan pengajarannya. Perubahan dalam globalisasi pendidikan akan secara tidak langsung memaksa guru untuk mencari atau mereka strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang lebih menjamin keberkesanan. Oleh itu, sifat guru yang progressif dan saintifik juga amat ditekankan dan perlu dipupuk oleh mana-mana guru pada masa kini tidak kira dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani atau matapelajaran yang lain.

Вам также может понравиться