Вы находитесь на странице: 1из 17

ULASAN DAN ANALISIS ISU KEGURUAN :

Guru Kerja 9 Jam Mulai 2012

Isu: Guru Bekerja 9 Jam Pada Tahun 2012 1.0 Pengenalan Dasawarsa ini, sistem pendidikan di Malaysia kini sering menuntut para guru membanting tulang dan bersengkang mata bagi memastikan kualiti pendidikan Malaysia berada di tahap yang memberansangkan di mata dunia. Selaras dengan kenyataan dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada bulan April 2012, bidang pendidikan Malaysia kini berada di tangga ke-21 berbanding pada 2010 di mana bidang pendidikan Malaysia berada di tangga ke-26. Ini merupakan satu pencapaian yang baik buat negara kerana bidang pendidikan berjaya melonjakkan nama Malaysia seiring dengan negara yang maju dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pujian harus diberikan kepada para guru di Malaysia kerana mereka merupakan satu komponen yang penting dalam menjayakan usaha ini. Tanpa para guru, pastinya sistem pendidikan Malaysia kini tidak akan mencapai pada kedudukan yang membanggakan kerana . Namun begitu, sistem pendidikan yang semakin kehadapan ini telah menyebabkan tugas guru di Malaysia semakin hari semakin meningkat

sehingga menjadi beban kepada mereka. Para guru sering dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas utama iaitu mengajar. Berdasarkan kajian Che Yaakob Che Amat (1996), beliau mendapati bahawa guru sekarang bukan sahaja mengajar malah mereka menjalankan pelbagai tugas lain seperti menjadi guru kelas,

menjalankan tugas pengkeranian, mengendalikan aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Hal ini menambahkan beban kepada para guru kerana terpaksa meluangkan masa rehat mereka untuk menyiapkan tugasan sampingan tersebut. Pada waktu yang sama, isu hangat yang diperkatakan dalam dada akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 yang bertajuk Guru Bekerja 9 Jam Sehari pastinya akan mendapat perhatian khusus oleh masyarakat di negara ini terutamanya bagi insan bernama guru kerana ia merupakan satu isu yang berkait rapat dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Sekiranya isu ini

dikupas dengan lebih mendalam, kita pasti dapat melihat pelbagai respon postif mahupun negatif dari pelbagai sudut pandangan.

2.0 Perkembangan Apabila mendengar isu mengenai sistem waktu kerja baru yang bakal dilaksanakan pada awal Januari 2012, ramai pihak tampil memberi pandangan yang berbeza terhadap perkara ini samada di dalam akhbar mahupun di dalam blog persendirian. Rata- rata mereka terdiri dari golongan pendidik yang tidak bersetuju terhadap isu guru perlu bekerja 9 jam ini dan mereka meminta supaya kerajaan menyelidik semula perkara ini supaya ia tidak memberi impak yang besar buat masyarakat di negara ini khususnya golongan pendidik. Hal ini disokong oleh kenyataan Ketua Penerangan PAS Parit Buntar,Fakhrurazi bin Hj. Khali yang meminta supaya kerajaan meneliti semula perkara ini dan mencari usaha untuk mengurangkan beban tugas guru dan bukannya menambahkan lagi beban guru untuk bekerja selama 9 jam. Bukan itu sahaja, malah seorang bekas guru yang pernah mengajar di sebuah sekolah di Parit Buntar juga turut menyatakan bahawa beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran yang menjadikan guru sebagai bahan uji kaji terhadap keberkesanan sesuatu teori. Oleh yang demikian, perkara ini lama kelamaan telah menjadi satu isu berbangkit dan mula mendapat rungutan dari pelbagai pihak. Merujuk kepada satu luahan hati yang disuarakan oleh seorang guru di dalam majalah Minda Pendidik Jan 2012, beliau berkata bahawa kerja 9 jam sehari adalah tindakan yang tidak wajar kerana sudah terlalu banyak kerja di sekolah yang perlu disiapkan seperti tugas-tugas pengkeranian, mengurus kelas tambahan dan sebagainya. Oleh yang demikian, isu guru bekerja 9 jam ini dilihat mendapat reaksi yang negatif daripada pelbagai pihak terutamanya golongan pendidik. Hal ini disokong oleh kenyataan presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) dalam akhbar Berita Harian bertarikh 21 November 2012 , Hashim Adnan yang berkata bahawa pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pendidik berhubung program guru bekerja 9 jam ini dan dilihat tidak
3

membawa manfaat kepada guru sebaliknya hanya memberi tekanan kepada mereka. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan cadangan sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia ingin meneruskan program ini. Antara cadangan yang dinyatakan oleh pihak NUTP ialah menyediakan pembantu guru dan tidak mengadakan sebarang aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad. Namun begitu, ada segelintir pihak yang menyokong idea yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin berkenaan guru perlu bekerja 9 jam pada tahun 2012. Seorang guru bernama Mokhtar yang berasal dari Sabah telah menyuarakan

pendapatnya di dalam blog rasmi Utusan Malaysia Online berkata bahawa guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada melainkan mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Ramai guru di sekolah membebankan diri mereka dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans dan sebagainya. Beliau dalam kenyataannya juga turut merayu agar semua pendidik untuk menilai semula diri dan memahami fungsi seorang pendidik yang sanggup berkorban apa sahaja demi generasi akan datang.

3.0 Implikasi Berdasarkan hujah yang dikemukan oleh pelbagai pihak samada di dalam akhbar,majalah mahupun di dalam blog persendirian, terdapat banyak implikasi positif dan negatif yang boleh dilihat melalui isu ini. Menurut pendapat NUTP dalam laman web rasmi Berita Semasa, mereka tidak bersetuju terhadap idea yang diutarakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia dan mereka menyatakan empat sebab dan implikasi negatif sekiranya guru bekerja 9 jam. Pertama, guru yang bekerja 9 jam akan berasa lebih tertekan kerana terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru. Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh presiden NUTP, Hashim Adnan dalam kenyataannya yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 November 2011 iaitu ramai guru sudah berasa tertekan dan dikhuatiri akan mengganggu tugas mereka di sekolah . hal ini berlaku sebelum ia dilaksanakan lagi tetapi kita sudah melihat bahawa guru-guru sudah mula bersa tertekan
4

dapabila mendengar perubahan masa bekerja guru. Sekiranya kita dapat berfikir secara logik, pastinya guru-guru di Malaysia akan bertambah stress jika program ini diteruskan di negara ini sekaligus menganggu tugas guru di sekolah atas faktor ketidakrelaan mereka dalam menerima sesuatu perkara yang baru dan membebankan. Sebagai contoh, guru tidak dapat menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap pengajarannya kerana bimbang tiada masa terluang bersama keluarganya selepas pulang pada jam 5.00 petang. Akhirnya, guru berasa terbeban kerana tidak memenuhi aktiviti harian bersama keluarga sebaliknya hanya menggunakan masa terluang untuk menghabiskan kerja-kerja sampingan guru seperti menanda buku dan sebagainya. Selain itu, pihak NUTP juga menegaskan bahawa perlaksanaan dasar guru perlu bekerja 9 jam seperti penjawat awam lain tidak boleh digunapakai dalam pendidikan sekolah. Ini adalah kerana tugas seorang guru adalah berbeza sama sekali dengan tugas penjawat awam yang lain. Guru mempunyai pelbagai tugas yang perlu diselesaikan di sekolah. Selaras dengan kenyataan Syed Ismail bin Syed Mustafa dalam bukunya yang bertajuk Asas Kepimpinan dan Perkembangan Pofesional, guru bertindak sebagai pemudahcara pembelajaran, pemimpin pedagogi yang inovatif,pencetus pemikiran murid, pembimbing yang sentiasa berada di sisi murid untuk memandu pembelajaran murid,menjadi pengganti ibubapa,agen perubahan,agen sosial seterusnya membentuk

tingkahlaku murid supaya benar-benar menjadi manusia yang berguna pada negara. Kenyataan ini jelas membuktikan bahawa tugas guru terlalu banyak dan sememangnya tidak boleh disamakan dengan tugas penjawat awam yang lain. Lihat sahaja pada suasana tempat bertugas penjawat awam yang lain berbanding guru di sekolah. Penjawat awam yang lain enak bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin tetapi guru pula terpaksa bermandi peluh mengajar murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam yang perlu dikawal. Selain itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Idris Ahmad juga turut menyokong bahawa tugas guru adalah tugas guru adalah banyak dan tugas mereka bukan sahaja di sekolah malah berterusan sehingga pulang ke rumah. Guru perlu menyemak latihan murid-murid di waktu malam, menyediakan rancangan pengajaran dan
5

alat bantu mengajar. Budaya ini berlainan dengan penjawat awam yang bekerja di pejabat kerana mereka tidak perlu membawa kerja ke rumah apabila selesai waktu pejabat. Turut menyokong hujah ini iaitu presiden NUTP dalam Utusan Malaysia bertarikh 12 November 2012, guru dibebani dengan tugas

pengkeranian,bertugas untuk aktiviti unit beruniform, sukan dan mengendalikan kelas tambahan. Oleh yang demikian,jelaslah bahawa tugas guru adalah banyak dan waktu bekerja tidak boleh disamakan dengan penjawat awam yang lain. Sekiranya waktu bekerja guru dikekalkan dan tidak diubah kepada 9 jam, ia dapat memastikan kualiti tumpuan guru di dalam kelas adalah baik sekaligus membolehkan guru melahirkan modan insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara.

Selain itu, bagi masyarakat luar yang jauh dengan perkhidmatan ini dan pihak atasan mungkin tidak faham dengan beban tugas yang ditanggung oleh guru yang dianggap mempunyai masa terluang yang banyak termasuk cuti yang sedia ada. Apa tidaknya, cuti gurulah yang paling banyak kerana setiap kali sekolah cuti, guru pun bercuti dan inilah pandangan kasar bagi mereka yang jahil dan tidak berperikemanusiaan.

Sebenarnya, apa yang terjadi di sesetengah sekolah sekarang ini sememangnya sudah ada yang bekerja melebihi 9 jam. Ramai guru sekarang pergi ke sekolah pukul 7.00 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang kerana mempunyai pelbagai tugas sampingan yang perlu diselesaikan.Pukul 5.00 pula, ada lagi guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, badan uniform dan sukan.

Pada hakikatnya, kerja yang terbeban di sebalik itu masih lagi banyak yang terpaksa ditanggung oleh guru. Selain daripada kerja hakiki, menanda buku sampai kerumah, membuat persiapan mengajar, menceriakan kelas dan membuat kerja perkeranian, guru juga terpaksa dan dipaksa turun waktu cuti
6

atau hujung minggu bagi menghadiri mesyuarat sekolah yang biasanya diadakan pada hari Sabtu kerana ada segelintir pihak pentadbiran yang terlalu tegas dengan alasannya seperti tidak mahu menganggu waktu P&P.

Namun begitu, implikasi positif juga dapat dilihat sekiranya idea guru bekerja 9 jam dilaksanakan. Menurut pendapat seorang pekerja yang bekerja di universiti swasta, beliau mengemukakan pendapatnya dalam sebuah artikel di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 november 2012, beliau berkata tiada masalah sekiranya guru bekerja bekerja 9 jam sehari kerana mereka boleh menghabiskan semua kerja mengajar termasuk hal yang membabitkan pengurusan di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah. Beliau juga berpendapat bahawa perkara ini mungkin bermasalah pada permulaan perlaksanaan tetapi selepas ia dilaksankan, ia akan bertukar menjadi satu budaya yang baik. Pada pendapat saya berkenaan pendapat ini, perkara ini boleh memudahkan guru sekiranya guru bijak menggunakan masa 9 jam tersebut. Guru boleh menyiapkan semua tugasan yang ada seperti membuat data,menyemak kerja murid-murid dan menyediakan rancangan pengajaran pada tempoh 9 jam yang ditetapkan. Hasilnya, guru dapat pulang ke rumah selepas waktu bekerja dengan senang hati tanpa perlu memikirkan kerja di sekolah yang ada. Guru juga boleh meluangkan masa yang ada bersama keluarga sepenuhnya. Selain itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat(KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) turut bersetuju dengan sistem waktu guru bekerja 9 jam tetapi dengan dua syarat. Syarat-syarat yang dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ialah menyediakan pembantu guru terlebih dulu dan mengeluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad. Sekiranya syarat-syarat ini dipenuhi, guru-guru pasti tidak berhadapan dengan beban yang berat kerana terpaksa melakukan pelbagai kerja pengkeranian dan sebagainya.

4.0 Cadangan Pihak yang tidak menyokong bahawa guru perlu bekerja selama 9 jam telah mengemukakan beberapa cadangan jika kerajaan mahu meneruskan sistem waktu bekerja baru ini. Cadangan pertama yang dibincangkan oleh guruguru di dalam blog persendirian ialah menaikkan gaji seiring dengan kenaikan penambahan waktu bekerja. Guru-guru sangat bersetuju untuk bekerja selama 9 jam dengan kenaikan gaji yang setimpal dengan kerja mereka. Cadangan kedua ialah menghapuskan kelas tambahan terutamanya pada waktu malam. Walaupun hanya segilintir guru yang mengajar kelas tambahan pada waktu malam, tetapi mereka jugalah yang akan mengajar di sekolah pada keesokan harinya. Hal ini dikhuatiri akan mengganggu emosi guru kerana terlalu letih berkerja siang dan malam sekaligus menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak dapat berjalan dengan baik seperti guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran, tidak menyediakan bahan bantu mengajar dan sebagainya. Selain itu, guru-guru juga bercadang supaya cuti pada hari Sabtu dan Ahad tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti kokurikulum sepertimana yang sudah berlaku sebelum ini. Hal ini bagi member ruang kepada guru-guru untuk meluangkan masa rehat mereka dengan sehabis baik bersama keluarga. Oleh yang demikian, kerajaan perlu meneliti sehabis baik cadangan yang dikemukan oleh guru-guru di Malaysia supaya matlamat yang diinginkan kerajaan tercapai. Manakala bagi pihak yang menyokong idea Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin iaitu guru perlu bekerja 9 jam, mereka mencadangkan agar guru-guru menggunakan masa dengan sebaik-baiknya supaya semua tugas dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan itu. Selain itu, guru juga perlu memahami erti sebenar seorang guru dan berkorban apa sahaja untuk melahirkan generasi cemerlang yang akan datang. Bukan itu sahaja, guru juga perlu memahami erti Falsafah Pendidikan Negara,Falsafah Pendidikan Guru dan Tonggak 12 dengan penuh penghayatan. Jika perkara itu telah difahami, maka pastinya seorang guru tidak akan merungut jika kerajaan melakukan sesuatu perubahan secara tiba-tiba malah mereka menerima dengan ikhlas dan gembira.
8

5.0 Rumusan Secara keseluruhannya, saya melihat bahawa perkembangan isu guru perlu bekerja 9 jam sepertimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah negatif bersesuaian dengan kata Ketua Penerangan Parit PAS Parit Buntar yang turut menyokong gesaan NUTP agar kerajaan membatalkan projek perintis guru bekerja 9 jam kerana ia adalah satu tindakan yang membazir sekaligus gus kerajaan perlu mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan yang selesa. Hal ini kerana merekalah yang bakal melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang. Setelah ditimbal balik isu ini, saya berpendapat bahawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan jika sistem guru bekerja 9 jam ini diteruskan. Bagi saya, pihak yang mencadangkan usul ini seharusnya perlu lebih memahami persekitaran kerja golongan guru berbanding mereka yang bukan berada di dalam bidang guru. Guru kini sudah terbeban dengan pelbagai tugas.Tugas membentuk insan hingga menjadi intelektual, berakal dan berkeperibadian mulia sebenarnya bukanlah semudah yang dipandang. Benarlah kata pepatah, ibarat kacang lupakan kulit kerana golongan cerdik pandai sekarang yang dulunya pernah dididik, ditempa dan dibentuk oleh guru sehingga menjadi insan berguna tetapi mereka inilah yang menyelar guru mereka sendiri dengan menambahkan beban yang tiada penghujung ini. Mereka terlupa bahawa sewaktu mereka bersekolah dulu, guru mereka mengajar siang dan malam, bersengkang mata menyemak dan menanda kertas

peperiksaan,mengutip yuran, menanda buku kedatangan dan pelbagai lagi tugas yang perlu dilakukan demi memastikan anak murid mereka berjaya. Kini,mereka mula mempersoalkan cara dan waktu guru bekerja tanpa menyelidik dengan lebih mendalam. Pendek kata, sekiranya ingin mengetahui resam seorang guru, jadilah guru. Barulah kita boleh merasai betapa penatnya memikul tugas sebagai seorang insan yang bergelar guru. Oleh yang demikian, saya ingin menegaskan di sini bahawa waktu bekerja guru selama 6 jam sekarang sudah berkualiti jika dibandingkan dengan sistem waktu baru 9 jam yang akan dilaksanakan. Biarlah waktu guru bekerja selama 6 jam ini dikekalkan agar guru dapat melaksanakan
9

tugas mereka di sekolah dengan tenang tanpa sebarang bebanan yang digesa oleh pihak luar supaya mereka dapat bersungguh-sungguh melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

10

REFLEKSI

11

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Salina bt. Mokhtar untuk menyiapkan tugasan ini. Pada bulan 7, saya telah menerima tugasan daripada pensyarah berkaitan isu keguruan. Pada mulanya, saya merasakan bahawa tugasan saya ini agak sukar dan susah untuk dihuraikan isinya kerana ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencari rujukan berkaitan isu yang ingin dianalisis. Namun, setelah berbincang dengan pensyarah, saya telah memahami apa sepatutnya yang perlu saya lakukan. Kemudian, saya melaksanakan tugasan berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh pensyarah dengan mecari isu keguruan yang menarik, mengumpul maklumat melalui buku-buku kerana telah memberi peluang kepada saya

rujukan,akhbar,majalah dan internet. Walaupun tugasan yang diberikan ini sudah dipermudahkan oleh pensyarah, tetapi cabaran untuk menyiapkan tugasan ini sangat mencabar. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk meneliti dan menghuraikan setiap isi yang diperoleh. Selain itu, saya juga perlu menyiapkan tugasan lain di dalam masa yang singkat ini.Bukan itu sahaja, sepanjang menyiapkan tugasan ini saya sering berasa tertekan kerana saya sering tidak sihat sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan. Namun begitu, atas dorongon daripada orang tersayang yang sentiasa berada disekeliling saya disulamkan dengan semangat yang tidak
12

pernah putus asa, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Antara kejayaan yang telah saya perolehi sepanjang menghasilkan blog dan menganalisis isu keguruan ialah saya berjaya memahami isu keguruan berkaitan guru perlu bekerja 9 jam dengan baik. Melalui tugasan yang diberikan, saya perlu mengkaji dengan sebaik-baiknya mengenai isu ini dan banyak maklumat baru yang telah saya peroleh. Semasa membuat blog pula, saya dan kumpulan saya berjaya mewujudkan kerjasama yang baik antara kami dan saya sangat berbangga dengan setiap usaha yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan. Antara kemahiran baru yang telah saya peroleh ketika melaksanakan tugasan ini pastinya menghasilkan sebuah blog pendidikan yang menarik. Walaupun sebelum ini saya sudah menghasilkan blog persendirian,namun ia berbeza kerana blog pendidikan memerlukan bahasa yang skema untuk menterjemahkan isi blog supaya mudah difahami oleh para pembaca. Selain itu, saya juga lebih mahir untuk menulis rujukan dengan betul kerana sudah diterangkan dengan baik oleh pensyarah. Satu lagi, saya berjaya menulis refleksi mengikut kehendak yang ditetapkan dan ia nampak lebih teratur dan kemas. Secara kesimpulannya, saya merasakan bahawa setiap tugasan yang dilaksanakan memberi banyak kebaikan berbanding keburukan.Walaupun pada mulanya saya berasa tugasan ini adalah satu perkara yang menyusahkan, tapi selepas berjaya menyiapkannya,saya dapat merasakan satu kepuasan yang cukup indah dan ia adalah satu pengalaman yang paling menarik buat saya selama berada di maktab ini. Melalui tugasan ini lah saya banyak memepelajari pelbagai isu keguruan dan cara mengatasi dengan bijak. Sekiranya berlaku
13

sesuatu perkara semasa menjadi guru nanti, saya pasti akan mempraktikkan segala ilmu yang telah diperolehi di maktab dengan sebaik mungkin. Dan saya amat berharap agar suatu hari nanti saya dapat menjadi seorang guru yang cemerlang buat anak didik saya sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang di mata manusia.

14

RUJUKAN

15

Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid(2001).Nilai nilai murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd. Abdullah Hassan & Ainon Mohd(2006).Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Selangor:PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Che Yaacob bin Che Amat(1996). Punca Ketegangan Guru Matematik Sekolah Rendah Di Kelantan. Tesis Sarjana Sains Perguruan,Universiti Utara Malaysia. Jamiliah Abdullah(2011).Guru Kerja 9 Jam Mulai 2012.Utusan Malaysia. Salhah Abdullah & Ainon Mohd( 2007).Guru Sebagai Mentor. Selangor:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon (2010).Asas Kepimpinan& Perkembangan Profesional.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Majalah Minda Pendidik(2012). http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6558-pas-mahu-cadanganguru-kerja-9-jam-dimansuh http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sediapembantugurujikakerjasembila njam_/Article http://www.bharian.com.my/articles/Batalkerja9jam/Article/ http://beritasemasa.com/guru-kerja-9-jam-2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1112&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1120&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.html http://eyesnews.wordpress.com/2011/11/12/guru-kerja-9-jam-mulai-tahun-2012utusan/ http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2012/05/14-isu-beban-guruditangani.html

16

http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/11/isu-pendidikan-guru-kerja-9-jammulai.html http://mindapendidik.blogspot.com/2011/11/isu-kerja-9-jam-dari-luahan-hatiguru.html http://mindapendidik.blogspot.com/2011/11/pelaksanaan-program-rintis-kerja-9jam.html http://www.2dayblogger.com/blog/kenapa-ramai-guru-tidak-bersetuju-kerja-9jam-sehari/ http://pendidikmy.net/2011/11/20/kerja-9-jam-isu-pilihan-raya-atau-kebajikanguru/

17

Вам также может понравиться