Вы находитесь на странице: 1из 51

BAB 4 DAPATAN

4.1 4.1.1

Latar Belakang Responden Peringkat Umur

Jadual 4.1.1

Taburan responden mengikut umur

Soalan

1. Peringkat umur

Item 1 : < 20 tahun 2 : 21 30 tahun 3 : 31 40 tahun 4 : 41 50 tahun 5 : > 50 tahun

Bil 29 46 25 15 5

% 24% 38% 21% 13% 4%

Rajah 4.1.1

Taburan responden mengikut umur

Jadual 4.1.1 dan Rajah 4.1.1 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Hasil kajian menunjukkan 24% responden berumur kurang daripada 20 tahun, 38% berumur 21 hingga 30 tahun, 21% berumur 31 hingga 40 tahun, 13% berumur 41 hingga 50 tahun dan 4% berumur melebihi 50 tahun.

4.1.2

Status Perkahwinan

Jadual 4.1.2 Soalan

Taburan responden mengikut status perkahwinan Item 1 : Bujang 2 : Berkhawin 3 : Duda / Janda Bil 67 48 5 % 56% 40% 4%

2. Status Perkhawinan

Rajah 4.1.2

Taburan responden mengikut status perkahwinan

Jadual 4.1.2 dan Rajah 4.1.2 menunjukkan status perkahwinan responden yang dikaji. Didapati sebanyak 56% yang masih bujang, 40% responden yang sudah berkahwin dan 4% responden yang memegang status duda atau janda.

4.1.3

Perbelanjaan Barangan Dapur

Jadual 4.1.3 Soalan

Taburan responden mengikut perbelanjaan barangan dapur RM 1 : 100 300 Barangan 2 : 301 500 3 : 501 700 4 : 701 1000 5 : > 1001 Bil 39 35 24 15 7 % 32% 29% 20% 13% 6%

3. Perbelanjaan dapur.

Rajah 4.1.3

Taburan responden mengikut perbelanjaan barangan dapur

Jadual 4.1.3 dan Rajah 4.1.3 menunjukkan taburan responden mengikut jumlah perbelanjaan dapur. Seramai 32% responden membelanjakan wang sebanyak RM100 hingga 300 sebulan untuk perbelanjaan dapur. Seramai 29% responden berbelanja

berjumlah RM301 hingga 500, 20% antara RM501 hingga 700, 13% berbelanja berjumlah RM701 hingga 1000 dan seramai 6% berbelanja berjumlah lebih RM1000.

4.1.4

Jantina

Jadual 4.1.4 Soalan 4. Jantina

Taburan responden mengikut jantina Item Lelaki Perempuan Bil 75 45 % 63% 37%

Rajah 4.1.4

Taburan responden mengikut jantina

Jadual 4.1.4 dan Rajah 4.1.4 menunjukkan jantina responden yang dikaji. Seramai 63% responden adalah lelaki manakala seramai 37% responden adalah wanita.

4.1.5

Bangsa

Jadual 4.1.5 Soalan

Taburan responden mengikut bangsa Item Bil %

5. Bangsa

1 : Melayu 2 : Cina 3 : India 4 : Lain-lain

82 17 14 7

68% 14% 12% 6%

Rajah 4.1.5

Taburan responden mengikut bangsa

Jadual 4.1.5 dan Rajah 4.1.5 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Seramai 68% responden yang dikaji berbangsa Melayu iaitu majoriti bangsa mengikut kajian. Selebihnya adalah 14% berbangsa Cina, 12% berbangsa India dan seramai 6% bangsa selain daripada 3 kaum terbesar di Malaysia.

4.2

Bahagian B: Kesedaran Pengguna Tentang Keburukan Beg Plastik

4.2.1

Soalan No1 Bahagian B

Jadual 4.2.1 Penggunaan beg plastik mendatangkan pelbagai keburukan Soalan 1.Penggunaan Item plastik 1 : Tidak Setuju 2 : Tidak Pasti Bil 7 6 % 14% 12%

beg

mendatangkan keburukan

pelbagai

3 : Setuju

32

74%

Rajah 4.2.1 Penggunaan beg plastik mendatangkan pelbagai keburukan

10

Jadual 4.2.1 dan Rajah 4.2.1 menunjukkan tahap kesedaran responden terhadap keburukan beg plastik. Seramai 14% responden menyatakan tidak setuju, 12% tidak pasti dan seramai 74% bersetuju bahawa beg plastik mendatangkan pelbagai keburukan.

4.2.2

Soalan No2 Bahagian B

Jadual 4.2.2 Soalan

Penggunaan beg plastik boleh mencemarkan alam sekitar Bil 5 6 34 % 10% 12% 78%

Item 1 : Tidak Setuju 2. Penggunaan beg plastik boleh 2 : Tidak Pasti mencemarkan alam sekitar 3 : Setuju

11

Rajah 4.2.2

Penggunaan beg plastik boleh mencemarkan alam sekitar

Jadual 4.2.2 dan Rajah 4.2.2 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap keburukkan beg plastik kepada alam sekitar. Seramai 10% responden menyatakan tidak setuju, 12% tidak pasti dan seramai 78% bersetuju bahawa beg plastik boleh mencemarkan alam sekitar.

12

4.2.3

Soalan No3 Bahagian B

Jadual 4.2.3

Pembuangan beg plastik kedalam sungai boleh menyebabkan pencemaran

dan menghapuskan hidupan marin Soalan 3. Pembuangan kedalam Item plastik 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Pasti boleh Bil 2 6 42 % 4% 12% 84%

beg

sungai

menyebabkan pencemaran dan 3 : Setuju menghapuskan hidupan marin

13

Rajah 4.2.3

Pembuangan beg plastik kedalam sungai boleh menyebabkan pencemaran dan menghapuskan hidupan marin

Jadual 4.2.3 dan Rajah 4.2.3 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap tahap keburukkan beg plastik terhadap hidupan marin dan laut. Seramai 4% responden menyatakan tidak setuju, 12% tidak pasti dan seramai 84% bersetuju bahawa beg plastik boleh mengancam hidupan marin dan mencemarkan perairan.

14

4.2.4

Soalan No4 Bahagian B

Jadual 4.2.4 Soalan

Beg plastik memakan masa yang lama untuk dilupuskan Bil 1 4 45 % 2% 8% 90%

Item 4. Beg plastik memakan masa 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Pasti yang lama untuk dilupuskan 3 : Setuju

Rajah 4.2.4

Beg plastik memakan masa yang lama untuk dilupuskan

15

Jadual 4.2.4 dan Rajah 4.2.4 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap jangkamasa untuk melupuskan beg plastik. Seramai 2% responden menyatakan tidak setuju, 8% tidak pasti dan seramai 90% bersetuju bahawa beg plastik memakan masa yang lama untuk dilupuskan.

4.2.5 Soalan No5 Bahagian B

Jadual 4.2.5

Pencemaran udara tidak akan berlaku sekiranya tiada pembakaran beg

plastik secara terbuka Soalan Item 5. Pencemaran udara tidak akan 1 : Sangat Tidak Setuju berlaku sekiranya tiada 2 : Tidak Pasti 3 : Setuju 22 54% Bil 4 19 % 8% 38%

pembakaran beg plastik secara terbuka

16

Rajah 4.2.5

Pencemaran udara tidak akan berlaku sekiranya tiada pembakaran beg plastik secara terbuka

Jadual 4.2.5 dan Rajah 4.2.5 menunjukkan tahap pengetahuan responden mengenai kaitan antara pembakaran beg plastik dengan pencemaran udara. . Seramai 8% responden menyatakan tidak setuju, 38% tidak pasti dan seramai 54% bersetuju bahawa pembakaran beg plastik memberikan impak yang besar terhadap pencemaran udara.

17

4.3

Bahagian C: Keberkesanan Kempen Hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik

4.3.1 Soalan No1 Bahagian C

Jadual 4.3.1

Kempen hari tanpa beg plastik ini wajar dilaksanakan Bil 10 7 33 % 20% 14% 66%

Soalan Item 1. Kempen hari tanpa beg 1 : Sangat Tidak Setuju plastik ini wajar 2 : Tidak Pasti 3 : Setuju

dilaksanakan.

18

Rajah 4.3.1

Kempen hari tanpa beg plastik ini wajar dilaksanakan

Jadual 4.3.1 dan Rajah 4.3.1 menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastik. Seramai 20% responden menyatakan tidak setuju, 14% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Walaubagaimanapun, responden yang

19

bersetuju mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 66% bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

4.3.2

Soalan No2 Bahagian C

Jadual 4.3.2 dari awal lagi

Pada pendapat anda, kempen ini wajar dilaksanakan di Negara ini sejak

Soalan 2. Pada kempen

pendapat ini

Item anda, 1 : Sangat Tidak Setuju wajar 2 : Tidak Pasti 3 : Setuju

Bil 3 8 34

% 6% 16% 78%

dilaksanakan di Negara ini sejak dari awal lagi.

20

Rajah 4.3.2

Pada pendapat anda, kempen ini wajar dilaksanakan di Negara ini sejak dari awal lagi

Jadual 4.3.2 dan Rajah 4.3.2 menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastik. Seramai 6% responden menyatakan tidak setuju, 16% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Walaubagaimanapun, responden yang

bersetuju mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 78% bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

21

4.3.3

Soalan No3 Bahagian C

Jadual 4.3.3

Hari Sabtu adalah hari paling sesuai untuk melaksanakan kempen ini. Bil 20 4 21 % 17% 3% 18%

Soalan Item 3. Hari Sabtu adalah hari 1 : Sangat Tidak Setuju paling sesuai untuk 2 : Tidak Pasti kempen 3 : Setuju

melaksanakan ini.

22

Rajah 4.3.3

Hari Sabtu adalah hari paling sesuai untuk melaksanakan kempen ini.

Jadual 4.3.3 dan Rajah menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastic dilaksanakan pada hari Sabtu. Seramai 17% responden menyatakan sangat tidak setuju, 3% tidak setuju dan 18% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Satu peratusan yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju juga mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 38% bersetuju dan 24% sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

23

4.3.4

Soalan No4 Bahagian C

Jadual 4.3.4

Caj 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik pada Hari Sabtu akan

disumbangkan pada ke badan kebajikan Soalan Item 4. Caj 20 sen bagi setiap 1 : Sangat Tidak Setuju penggunaan beg plastik 2 : Tidak Pasti pada Hari Sabtu akan disumbangkan pada ke badan kebajikan. 3 : Setuju 40 80% Bil 3 7 % 6% 14%

24

Rajah 4.3.4

Caj 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik pada Hari Sabtu akan disumbangkan pada ke badan kebajikan

Jadual 4.3.4 dan Rajah 4.3.4 menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastic pada hari sabtu dan wang tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan.. Seramai 6% responden menyatakan tidak setuju, 14% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan.

25

Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju juga mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 80% bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

4.3.5

Soalan No5 Bahagian C

Jadual 4.3.5

Perlaksanaan Kempen ini tidak dapat mengurangkan penggunaan

beg plastik dikalangan pengguna Soalan Item 5. Perlaksanaan Kempen ini 1 : Sangat Tidak Setuju tidak mengurangkan penggunaan beg plastik dikalangan pengguna. dapat 2 : Tidak Pasti 3 : Setuju 35 70% Bil 6 9 % 12% 18%

26

Rajah 4.3.5

Perlaksanaan Kempen ini tidak dapat mengurangkan penggunaan

beg plastik dikalangan pengguna

Jadual 4.3.5 dan Rajah 4.3.5 menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen yang dijalankan tidak dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Seramai 12% responden menyatakan tidak setuju, 18% tidak pasti dijalankan. Satu peratusan yang agak tinggi. dengan kempen yang

Walaubagaimanapun, responden yang

27

bersetuju juga mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 70% bersetuju bahawa dengan perlaksanaan kempen ini penggunaan beg plastik dikalangan pengguna kurang berkesan.

4.5

Bahagian D: Tanggapan menggantikan beg plastik

pengguna

terhadap

beg

alternatif

untuk

4.5.1 Soalan No1 Bahagian D

Jadual 4.5.1

Beg plastik tidak boleh dikitar semula Bil 6 % 12%

Soalan Item 1. Beg plastik tidak boleh 1 : Sangat Tidak Setuju

28

dikitar semula.

2 : Tidak Setuju 3 : Tidak Pasti

6 17

6% 82%

Rajah 4.5.1

Beg plastik tidak boleh dikitar semula

Jadual 4.5.1 dan Rajah 4.5.1 menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap beg alternatif dan tentang kebolehan beg plastic dikitar semula. Seramai 12% tidak bersetuju dan 6 % tidak pasti bahawa beg plastik tidak boleh dikitar semula. Seramai 82% pula bersetuju bahawa beg plastik tidak boleh dikitar semula.

29

4.5.2

Soalan No2 Bahagian D

Jadual 4.5.2 beg plastik

Penggunaan Beg Hijau (beg mesra alam) wajar menggantikan penggunaan

Soalan Item 2. Penggunaan Beg Hijau 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju (beg mesra alam) wajar menggantikan penggunaan beg Plastik 3 : Tidak Pasti

Bil 1 6 20

% 24% 14% 62%

30

Rajah 4.5.2

Penggunaan Beg Hijau (beg mesra alam) wajar menggantikan penggunaan beg plastik

Jadual 4.5.2 dan Rajah 4.5.2 menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap kewajaran Beg Hijau menggantikan beg plastik. Seramai 24% tidak bersetuju dan 14 % tidak pasti bahawa Beg Hijau wajar menggantikan beg plastik. bersetuju bahawa Beg Hijau wajar menggantikan beg Plastik. Seramai 62% pula

31

4.5.3

Soalan No3 Bahagian D

Jadual 4.5.3 wajar

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah kurang

Soalan Item 3. Penggunaan Beg Plastik 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju Kitar Semula (Beg Biodegrable) kurang wajar adalah 3 : Tidak Pasti

Bil 17 27 30

% 54% 6% 40%

32

Rajah 4.5.3

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah kurang wajar

Jadual 4.5.3 dan Rajah 4.5.3 menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap kewajaran penggunaan Beg Plastik Kitar Semula. Seramai 54% tidak bersetuju dan 6% tidak pasti bahawa penggunaan Beg Kitar Semula adalah kurang wajar. Seramai 40% bersetuju bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar Semula adalah kurang wajar.

4.5.4

Soalan No4 Bahagian D

Jadual 4.5.4

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) di setiap

pasaraya tidak wajar dihentikan Soalan Item 4. Penggunaan Beg Plastik 1 : Sangat Tidak Setuju Bil 2 % 12%

33

Kitar

Semula

(Beg 2 : Tidak Setuju

12

14%

Biodegrable) di setiap pasaraya dihentikan tidak wajar 3 : Tidak Pasti 29 74%

34

Rajah 4.5.4

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) di setiap pasaraya tidak wajar dihentikan

Jadual 4.5.4 dan Rajah 4.5.4 menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap kewajaran Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula dihentikan di setiap pasaraya. Seramai 12% tidak bersetuju, dan 14 % tidak pasti bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar Semula wajar dihentikan di setiap pasaraya. Seramai 74% bersetuju bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar semula disetiap pasaraya wajar dihentikan.

4.5.5

Soalan No5 Bahagian D

Jadual 4.5.5

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah lebih

selamat dan mesra alam berbanding penggunaan beg plastik biasa Soalan Item 5. Penggunaan Beg Plastik 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju Kitar Semula (Beg 3 : Tidak Pasti Biodegrable) adalah Bil 1 11 12 % 14% 14% 72%

lebih selamat dan mesra alam berbanding

35

penggunaan beg plastik biasa

Rajah 4.5.5

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah lebih

selamat dan mesra alam berbanding penggunaan beg plastik biasa

Jadual 4.5.5 dan Rajah 4.5.5 menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap penggunaan Beg Plastik Kitar Semula adalah lebih selamat berbanding penggunaan Beg Plastik Biasa. Seramai 14% tidak bersetuju dan 14 % tidak pasti bahawa penggunaan Beg Plastik kitar semula lebih selamat berbanding Beg plastic Biasa. Seramai 72% bersetuju bahawa Beg Plastik Kitar Semula lebih selamat berbanding Beg Plastik Biasa.

36

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1

Pengenalan

Beg plastik banyak memberi keburukan kepada alam sekitar dan menjejaskan ekosistem alam. Penggunaan beg plastik secara berterusan ini akan memberi impak yang besar terhadap keseimbangan alam. Pengurangan penggunaan beg plastik dikalangan pengguna amat digalakkan dan dapat menyelamatkan alam sekitar. Pengurangan penggunaan ini juga dapat mengurangkan tempat pelupusan sampah yang semakin hari semakin bertambah. Pusat pembuangan sampah yang bertambah ini mencemarkan alam sekitar dan mendatangkan pelbagai penyakit seperti taun, malaria, denggi, dan yang seumpamanya.

37

Langkah kempen yang telah dilancarkan oleh beberapa negara seperti Kanada, China, Amerika Syarikat, New Zealand dan terbaru negara kita Malaysia amat disokong oleh semua pihak dan kerajaan. Di Malaysia, kempen ini telah dimulakan di tiga buah negeri iaitu negeri Selangor, negeri Sarawak dan Pulau Pinang. Daripada kempen yang dijalankan, tercetuslah idea untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan kempen yang dijalankan di negeri Selangor. Daripada dapatan yang dibuat di Bab 4, terdapat pelbagai perbincangan yang boleh disimpulkan melalui soal selidik yang dijalankan oleh penyelidik, dapatan tersebut dibincangkan dalam Bab ini.

5.2

Bahagian B: Kesedaran Pengguna Tentang Keburukan Beg Plastik

Melalui soal selidik yang dijalankan oleh penyelidik, rata-rata responden tahu akan keburukan beg plastik kepada alam sekitar mahupun kepada kepada pengguna sendiri. Hal ini terbukti dengan berpandukan kepada dapatan yang dibuat.

Rata-rata responden bersetuju menyatakan keburukkan beg plastik kepada alam sekitar. Responden juga mengetahui bahawa kesan penggunaan beg plastik amat buruk dalam jangka masa yang panjang.

5.2.1

Penggunaan beg plastik mendatangkan pelbagai keburukan

38

Melalui dapatan, menunjukkan tahap kesedaran responden terhadap keburukan beg plastik. Dapat disimpulkan, seramai 5% responden menyatakan sangat tidak setuju, 9% tidak bersetuju 8% tidak pasti, 49% bersetuju dan seramai 29% sangat bersetuju bahawa beg plastik mendatangkan pelbagai keburukan. Ini dapat menerangkan bahawa pengguna sedia maklum akan keburukan beg plastik disamping mengetahui akan bahaya yang bakal mengundang dengan penggunaan beg plastik secara berleluasa.

5.2.2

Penggunaan beg plastik boleh mencemarkan alam sekitar

Melalui soal selidik, menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap keburukkan beg plastik kepada alam sekitar. Seramai 0% responden menyatakan sangat tidak setuju, 4% tidak bersetuju, 14% tidak pasti, 45% bersetuju dan seramai 37% sangat bersetuju bahawa beg plastik boleh mencemarkan alam sekitar. Dengan majoriti yang ditunjukkan ini dapat menerangkan bahawa pengguna sudah sedia maklum akan keburukan beg plastik kepada alam sekitar.

5.2.3

Pembuangan beg plastik kedalam sungai boleh menyebabkan pencemaran dan menghapuskan hidupan marin

Soalan ini dapat menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap tahap keburukan beg plastik terhadap hidupan marin dan laut. Seramai 0% responden

39

menyatakan sangat tidak setuju, 4% tidak bersetuju, 21% tidak pasti, 28% bersetuju dan seramai 47% sangat bersetuju bahawa beg plastik boleh mengancam hidupan marin dan mencemarkan perairan. Pengguna sudah mengetahui akan kesan beg plastik kepada hidupan marin dan perairan seperti sungai, laut dan sebagainya. Pengguna sedar bahawa beg plastik yang terlepas ke perairan akan menyebabkan hidupan marin akan pupus dan mencemarkan sumber air.

5.2.4

Beg plastik memakan masa yang lama untuk dilupuskan

Soalan ini menguji tahap pengetahuan responden terhadap jangkamasa untuk melupuskan beg plastik. Seramai 0% responden menyatakan sangat tidak setuju, 4% tidak bersetuju, 19% tidak pasti, 38% bersetuju dan seramai 39% sangat bersetuju bahawa beg plastik memakan masa yang lama untuk dilupuskan.

Responden sedar akan jangkamasa untuk beg plastik dilupuskan memakan masa yang lama. Jangkamasa yang lama untuk beg plastik dilupuskan ini mungkin memakan masa sehingga 500 tahun. Kesimpulannya, beg plastik memang sukar dilupuskan atau terdapat juga beg plastik yang tidak dapat dilupuskan langsung dengan cara yang sendiri.

5.2.5 Pencemaran udara tidak akan berlaku sekiranya tiada pembakaran beg plastik secara terbuka

40

Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan responden mengenai kaitan antara pembakaran beg plastik dengan pencemaran udara. Seramai 0% responden menyatakan sangat tidak setuju, 16% tidak bersetuju, 15% tidak pasti, 37% bersetuju dan seramai 32% sangat bersetuju bahawa pembakaran beg plastik memberikan impak yang besar terhadap pencemaran udara.

Responden mengetahui bahawa pembakaran beg plastik juga boleh mencemarkan udara. Pembakaran beg plastik ini boleh mengakibatkan kesan rumah hijau dan lapisan ozon semakin nipis disebabkan kandungan kimia yang tinggi didalam beg plastik.

5.3

Bahagian C: Keberkesanan Kempen Hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik

Melalui soal selidik yang dijalankan, rata-rata pengguna sedar akan kempen yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor. dilaksanakan. Majoriti bersetuju kempen ini terus

Walaubagaimanapun, kempen yang dilancarkan sejak 9 mac iaitu pada setiap hari sabtu ini, responden merasakannya kurang sesuai ataupun kurang pasti tentang pemilihan Hari Sabtu tersebut sebagai hari tanpa beg plastik. Terdapat pertanyaan dan persoalan yang dinyatakan oleh responden kenapa tidak dijalankan pada hari- hari yang lain ataupun mungkin dijalankan setiap hari.

41

Terdapat juga responden yang tidak bersetuju dengan bayaran 20 sen yang dikenakan oleh kerajaan dan meragui kesahihan yang mana wang tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan.

5.3.1

Hari Tanpa Beg Plastik ini wajar dilaksanakan

Soalan menerangkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastik. Seramai 9% responden menyatakan sangat tidak setuju, 11% tidak setuju dan 7% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Walaubagaimanapun, responden yang

bersetuju mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 41% bersetuju dan 33% sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

Terdapat percanggahan pendapat antara responden dengan adanya responden yang bersetuju dan tidak bersetu dengan kempen yang dijalankan. Bagi yang tidak bersetuju ini, mereka menganggap kempen ini sia-sia dan menyusahkan ramai pihak. Walaubagaimanapun, majoriti responden bersetuju untuk kempen ini terus dilaksanakan. Hal ini kerana mereka sedar akan kepentingan kempen yang dijalankan bukan hanya untuk kepentingan satu-satu pihak sahaja tetapi untuk kepentingan bersama.

42

5.3.2

Pada pendapat anda, kempen ini wajar dilaksanakan di negara ini sejak dari awal lagi.

Melalui kajian yang dibuat menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastik. Seramai 8% responden menyatakan sangat tidak setuju, 3% tidak setuju dan 13% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan.

Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 46% bersetuju dan 45% sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

Hal ini dapat disimpulkan bahawa responden menyokong kempen ini dan berharap kerajaan melaksanakan kempen ini sejak awal lagi kerana mereka sedar keburukkan beg plastic yang selama ini digunakan seharian.

5.3.3

Hari Sabtu adalah hari paling sesuai untuk melaksanakan kempen ini.

Dapatan menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen hari tanpa beg plastik dilaksanakan pada hari Sabtu. Seramai 17% responden menyatakan sangat tidak setuju, 3% tidak setuju dan 18% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Satu peratusan yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju juga

mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 38% bersetuju dan 24% sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

43

Responden bukan sahaja bersetuju kempen ini dijalankan pada hari sabtu malah berharap kempen ini juga mungkin perlu dipraktikan pada hari yang lain.

5.3.4

Caj 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik pada Hari Sabtu akan disumbangkan pada ke badan kebajikan.

Soalan ini menerangkan tentang respon daripada responden terhadap kempen yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik pada hari sabtu dan wang tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan.. Seramai 15% responden

menyatakan sangat tidak setuju, 5% tidak setuju dan 13% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju juga mencatatkan

peratusan yang tinggi iaitu 29% bersetuju dan 40% sangat bersetuju dengan kempen yang dijalankan.

Pengguna bersetuju bayaran 20 sen yang dikenakan akan disumbangkan kepada tabung kebajikan. Pengguna juga berharap pasaraya benar-benar melaksanakannya

dengan sempurna. Hal ini secara tidak langsung boleh membantu badan-badan kebajikan bukan untuk keuntungan pasaraya sahaja.

44

5.3.5

Perlaksanaan kempen ini tidak dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dikalangan pengguna.

Hasil dapatan menunjukkan respon daripada responden terhadap kempen yang dijalankan tidak dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Seramai 11% responden menyatakan sangat tidak setuju, 11% tidak setuju dan 15% tidak pasti dengan kempen yang dijalankan. Satu peratusan yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, responden yang bersetuju juga mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 42% bersetuju dan 21% sangat bersetuju bahawa dengan perlaksanaan kempen ini penggunaan beg plasti dikalangan pengguna kurang berkesan.

Responden sedar dengan adanya kempen ini, masih tidak dapat mengubah mentaliti pengguna lain untuk menggunakan beg plastik walaupun mereka mengetahui akan keburukannya. Kempen yang dijalankan juga masih diperingkat awal untuk Melaui pemerhatian juga, masih ramai

mengetahui sejaoh mana keberkesanannya.

pengguna masih menggunakan beg plastik semasa membeli belah.

5.4

Bahagian D: Gelagat Pengguna Terhadap Kempen

Gelagat pengguna terhadap kempen juga agak memberansangkan. bersetuju kempen ini diperluaskan.

Pengguna

Pengguna juga bersetuju untuk membawa beg

45

alternatif sendiri pada hari sabtu mahupun hari yang lain sebagai langkah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Mengenai caj 20 sen yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Selangor, pengguna kurang pasti tentang hal tersebut samada ianya berpatutan atau tidak. Terdapat juga pengguna yang merasakan wajar bagi pengguna untuk dikurangkan 20 sen bagi setiap pembelian yang dijalankan sebagai langkah menyahut kempen ini.

5.4.1

Kempen ini perlu diperluaskan.

Dapatan menerangkan tentang gelagat pelanggan terhadap kempen hari tanpa beg plastik. Seramai 7% sangat tidak bersetuju, 3% tidak setuju dan 11% tidak pasti bahawa kempen ini perlu diperluaskan. Walaubagaimanapun, majoriti memihak kepada jawapan bersetuju iaitu 43% setuju dan 36% sangat bersetuju terhadap kempen ini perlu diperluaskan.

Majoriti responden bersetu kempen ini perlu diperluaskan kerana kempen ini dirasakan amat berguna untuk semua pengguna dan alam sekitar. Hal ini kerana, dengan pengurangan penggunaan beg plastik, alam sekitar juga akan kurang tercemar dan tempat pembuangan sampah berjadual juga boleh dikurangkan.

46

5.4.2

Pelanggan perlu membawa beg alternatif semasa membeli belah.

Melalui soal selidik dapat menerangkan tentang gelagat pelanggan terhadap keperluan pelanggan membawa beg alternatif semasa membeli belah. Seramai 13%

sangat tidak bersetuju, 16% tidak setuju dan 13% tidak pasti bahawa perlu membawa beg alternatif. Walaubagaimanapun, majoriti memihak kepada jawapan bersetuju iaitu 34% setuju dan 24% sangat bersetuju terhadap keperluan membawa beg alternatif semasa membeli belah.

Mengenai langkah membawa beg alternative sendiri yang disyorkan, pengguna yang tidak bersetuju mungkin merasakan harga beg alternative yang dijual agak mahal dan kurang mampu untuk membelinya. Walaubagaimanapun, majoriti responden bersetuju untuk membawa beg alternative sendiri. Hal ini terbukti dengan jualan beg kitar semula yang meningkat saban hari.

5.4.3

Caj 20 sen yang dikenakan ke atas pembelian beg plastik adalah berpatutan.

Hasil kajian menerangkan tentang gelagat pelanggan terhadap caj 20 sen yang dikenakan. Seramai 14% sangat tidak bersetuju, 8% tidak setuju dan 26% tidak pasti bahawa caj tersebut berpatutuan atau tidak. Seramai 25% setuju dan 27% sangat bersetuju caj yang dikenakan adalah berpatutan.

47

Hal ini kerana, pengguna merasakan kurang bersetuju dan tidak pasti dengan caj 20 sen yang dikenakan keatas setiap beg plastik yang digunakan pada hari sabtu berkenaan. pada hari sabtu berkenaan. Responden juga memberi cadangan mengapa

tidak cas 20 sen juga dikurangkan pada hari berkenaan jika pelanggan tidak menggunakan beg plastik.

5.4.4

Anda dapat menerima perlaksanaan kempen ini secara terbuka

Salah satu soalan yang ditanya adalah tentang gelagat pelanggan terhadap penerimaan responden terhadap kempen secara terbuka. Seramai 6% sangat tidak

bersetuju, 11% tidak setuju dan 13% tidak pasti tentang penerimaan responden terhadap kempen. Walaubagaimanapun, majoriti memihak kepada jawapan bersetuju iaitu 32% setuju dan 38% sangat bersetuju dan menerima kempen secara terbuka.

Responden majoriti bersetuju menyatakan kempen ini perlu diperluaskan kerana responden merasakan kempen ini amat perlu diperluaskan untuk menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.

5.4.5

Kempen yang dilaksanakan harus disokong oleh semua pengguna

Soalan juga menerangkan tentang gelagat pelanggan terhadap keperluan kempen disokong oleh semua pengguna. Seramai 4% sangat tidak bersetuju, 4% tidak setuju dan 14% tidak pasti tentang samaada kempen perlu disokong oleh semua atau tidak.

48

Walaubagaimanapun, majoriti memihak kepada jawapan bersetuju iaitu 41% setuju dan 37% sangat bersetuju dan menerima kempen secara terbuka serta menyatakan kempen perlu disokong oleh semua pengguna.

Sekali lagi majoriti responden bersetuju untuk memperluaskan kempen ini dan menyokong bahawa semua pengguna di Negara ini harus menyokong kempen yang amat bermanfaat ini kepada pengguna dan alam sekitar.

5.5

Bahagian E: Tanggapan pengguna terhadap beg alternative unttuk menggantikan beg plastik

Mengenai tanggapan pengguna terhadap beg alternative yang dicadangkan pula adalah positif. Pengguna tidak bersetuju penggunaan beg plastic terus digunakan dan bersetuju bahawa beg plastic tidak boleh dikitar semula. Pengguna juga bersetuju bahawa penggunaan beg kitar semula adalah tidak wajar dan kurang pasti tentang tahap keselamatan jika menggunakan beg ini.

Penggunaan beg hijau yang dicadang juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Pengguna rata-rata bersetuju untuk membeli dan terus menggunakan beg hijau yang diwar-warkan.

49

5.5.1

Beg plastik tidak boleh dikitar semula.

Soalan pertama ini menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap beg alternatif dan tentang kebolehan beg plastik dikitar semula. Seramai 5% sangat tidak bersetuju, 5% tidak bersetuju, dan 14 % tidak pasti bahawa beg plastik tidak boleh dikitar semula. Seramai 46% bersetuju dan 30% pula sangat bersetuju bahawa beg plastik tidak boleh dikitar semula.

Bahagian ini menguji tahap pengetahuan pengguna terhadap kebolehan beg plastik dikitar semula. Daripada dapatan ini jelas menunjukkan rata-rata responden tidak

mengetahui tentang beg plastik boleh dikitar semula. 5.5.2 Penggunaan Beg Hijau (beg mesra alam) wajar menggantikan penggunaan beg Plastik

Soalan nombor dua ini menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap kewajaran Beg Hijau menggantikan beg plastik. Seramai 1% sangat tidak bersetuju, 5% tidak bersetuju, dan 17 % tidak pasti bahawa Beg Hijau wajar menggantikan beg plastik. Seramai 36% bersetuju dan 41% pula sangat bersetuju bahawa menggantikan beg Plastik. Beg Hijau wajar

Responden bersetuju menyatakan Beg Hijau ini wajar menggantikan beg plastik untuk kegunaan disemua pasaraya. pengguna. Beg ini ternyata lebih mesra alam dan mesra

50

5.5.3

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah kurang wajar

Dapatan

menerangkan

tentang tanggapan

pengguna terhadap kewajaran

penggunaan Beg Plastik Kitar Semula. Seramai 14% sangat tidak bersetuju, 23% tidak bersetuju, dan 25% tidak pasti bahawa penggunaan Beg Kitar Semula adalah kurang wajar. Seramai 27% bersetuju dan 11% pula sangat bersetuju bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar Semula adalah kurang wajar. Peratusan yang tidak bersetuju lebih tinggi menyatakan penggunaan Beg Plastik Kitar Semula beg ini kurang wajar. Hal ini kerana responden mengetahui bahawa beg ini juga selamat digunakan dan mesra alam.

5.5.4

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) di setiap pasaraya tidak wajar.

Soalan ini menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap kewajaran Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula dihentikan di setiap pasaraya. Seramai 2% sangat tidak bersetuju, 10% tidak bersetuju, dan 24 % tidak pasti bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar Semula wajar dihentikan di setiap pasaraya. Seramai 42% bersetuju dan 22% pula sangat bersetuju bahawa penggunaan Beg Plastik Kitar semula disetiap pasaraya wajar dihentikan.

51

Melalui soalan ini pula, responden bersetuju untuk menghentikan penggunaan beg kitar semula ini disetiap pasaraya.

5.5.5

Penggunaan Beg Plastik Kitar Semula (Beg Biodegrable) adalah lebih selamat dan mesra alam berbanding penggunaan beg plastik.

Dapatan menerangkan tentang tanggapan pengguna terhadap penggunaan Beg Plastik Kitar Semula adalah lebih selamat berbanding penggunaan Beg Plastik Biasa. Seramai 1% sangat tidak bersetuju, 9% tidak bersetuju, dan 10 % tidak pasti bahawa penggunaan Beg Plastik kitar semula lebih selamat berbanding Beg plastic Biasa. Seramai 40% bersetuju dan 40% pula sangat bersetuju bahawa Beg Plastik Kitar Semula lebih selamat berbanding Beg Plastik Biasa .

Rata-rata responden bersetuju menyatakan Beg Plastik Kitar Semula adalah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan beg plastik biasa. Beg Plastik Kitar Semula lebih selamat dan mesra alam untuk digunakan.

Вам также может понравиться