Вы находитесь на странице: 1из 5

1. Encik Khalid adalah pegawai yang mengurus tender Jabatannya.

Sebagai seo rang pegawai yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut, beliau perlu mengada kan publisiti bagi tender-tender berkenaan. Terangkan tujuan dan tatacara pengur usan publisiti sesuatu tender. i. Tujuan publisiti sesuatu tender dibuat adalah bertujuan supaya semua pem bekal yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan membolehkan Kerajaan mendapatkan tawaran yang terbaik. ii. Tatacara pengurusan publisiti sesuatu tender adalah seperti berikut :

a) Tender tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu (1) a khbar harian utama berbahasa Melayu. Walau bagaimanapun untuk tender antarabangs a sekurang-kurangnya di dalam dua (2) akhbar, di mana satu berbahasa Melayu dan satu berbahasa Inggeris. b) Walaupun publisiti meluas digalakkan bagi urusan tender, pertimbangan se wajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambil kira. Sekiranya kontraktor ya ng berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak lebih lima (5) kontraktor, iklan tidak perlu dibuat. Dalam hal demikian kelulusan Ketua Setiaus aha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah diperolehi terlebih da hulu. Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor yang di luluskan hendaklah dihantar dengan surat berdaftar.

2. Encik Yusri, Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sela ma 4 tahun dan hanya mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehk ah Encik Yusri memohon cuti haji pada tahun ini. Nyatakan kepada beliau syarat-s yarat permohonan cuti haji itu. Encik Yusri boleh cuti sebanyak 20 uhi syarat-syarat Sabah 2008 untuk memohon cuti haji tersebut biarpun beliau hanya mempunyai baki hari sahaja pada tahun ini. Tetapi encik Yusri hendaklah memat yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri memohon cuti haji tersebut iaitu :

a. Cuti haji yang dipohon sebanyak 40 hari. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti menunaikan Fardhu Haji bergaji penuh selama 40 hari sahaja termasuk hari re hat mingguan dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menu naikan Fardhu Haji di Mekah. Cuti fardhu haji ini merupakan cuti tanpa rekod yan g diberikan kepada pegawai yang beragama Islam yang ingin menunaikan Fardhu Haji sahaja. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari at as sebab-sebab tertentu, maka pegawai berkenaan bolehlah memohon untuk menggunak an cuti rehatnya atau cuti tanpa gaji. b. Cuti menunaikan Fardhu Haji boleh diluluskan sekali sahaja di dalam temp oh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang empat tahun dan telah disahkan dalam jawatannya.

3. Anda telah dilantik sebagai pegawai pengurusan sumber manusia di Jabatan anda. Bagi menjamin jabatan anda mempunyai anggota yang kompeten, beretika dan mengamalkan nilai-nilai murni, apakah pelan cadangan anda untuk memastikan aspek -aspek dalam mengurus modal insan tersebut dapat dicapai. Bagi menjamin jabatan yang mempunyai anggota yang kompeten, beretika dan mengama lkan nilai-nilai murni, berikut adalah merupakan pelan cadangan untuk memastikan aspek-aspek dalam mengurus modal insan tersebut dapat dicapai : a. Melengkapi diri pegawai sebagai pegawai pegurusan sumber manusia di dala m Jabatan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan. Perancangan perlu dibuat secara yang lebih strategik dengan daya fikiran yang lateral, jelas dan misi yang jitu. Falsafah perkhidmatan awam hendaklah ditekankan ke arah pen capaian kecemerlangan berlandaskan kepada rasional bahawa tugas utama kita adala h memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Langkah utama yang perlu diambil iala h membetulkan orientasi kita. Secara khususnya kita perlu mengetahui siapakah ki ta dalam perkhidmatan awam. Proses mengenal diri ini penting bagi memberi fokus kepada kita ke arah kecemerlangan. b. Membuat atau menghantar pegawai untuk mengikuti seminar, bengkel, atau k ursus yang disediakan oleh kerajaan seperti Seminar Nilai dan Etika, Seminar Keb angsaan Etika Professional, Latihan Pengurusan Kualiti dan banyak lagi. Ianya ad alah untuk memberi kesedaran kepada pegawai tentang nilai dan etika serta mengen al pasti nilai-nilai utama yang dapat diamalkan. Ia juga bertujuan untuk meningk atkan etika kerja kumpulan dan memberi pendedahan serta kefahaman tentang asas-a sas nilai universal, moral, konsep ilmu dan erti kebahagiaan sebenar. Ini juga m erupakan usaha untuk meningkatkan kualiti dikalangan pegawai.

c. Nilai-nilai peribadi asas juga perlu diterapkan untuk memastikan aspek-a spek dalam mengurus modal insan tersebut dapat dicapai di dalam diri setiap pega wai. Nilai-nilai ini merupakan nilai-nilai asas yang perlu ada pada setiap penja wat awam. Nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah, bertanggu ngjawab, ikhlas, dedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun . Tanpa nilai-nilai seperti ini anggota yang kompeten, beretika dan mengamalkan nilai-nilai murni tidak akan dapat dicapai seperti yang diinginkan oleh sesebuah Jabatan.

4. Sebagai penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memantau penghant aran dan penerimaan dokumen terperingkat, nyatakan dengan jelas Peraturan Peneri maan Dokumen Rasmi Terperingkat Sulit/Terhad? Sebagai penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memantau penghantaran dan penerimaan dokumen terperingkat pegawai tersebut hendaklah mewujudkan satu sist em bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen-dokumen terperingk at supaya ianya diuruskan berasingan daripada suratan-suratan tidak berperingkat . Bahagian itu hendaklah dilaksanakan di satu tempat terasing yang dinamakan Pen daftaran Rahsia. Tugas dan tanggungjawab bagi menyelia bahagian ini hendaklah di berikan kepada seorang penjawat awam dalam jawatan tetap yang digelar Pendaftar Rahsia. Dalam pejabat-pejabat kecil mungkin tidak boleh ditubuhkan Pendaftaran R ahsia yang berasingan. Tetapi prinsip bahawa dokumen-dokumen terperingkat diteri ma, diproses, disimpan dan dihantar berasingan daripada suratan-suratan tidak te rperingkat hendaklah diikuti dan hanya boleh diuruskan oleh penjawat-penjawat aw am yang dibenarkan sahaja. Di dalam keadaan-keadaan tertentu selain daripada menubuhkan Pendaftaran Rahsia, satu atau lebih Pendaftaran Kecil Rahsia boleh diwujudkan. Tetapi rujukan kepad a Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat dahulu dalam perkara ini. Berikut merupakan Peraturan Penerimaan Dokumen Rasmi Terperingkat Sulit/Terhad : a. Pegawai atau kerani bilik mesin faksimili sahaja dibenarkan untuk meneri ma dokumen terperingkat. Sekiranya dokumen terperingkat dihantar melalui mesin f aksimili. Sekiranya bukan melalui mesin faksimili hendaklah pegawai atau kerani yang dilantik untuk menerima dokumen terperingkat tersebut sahaja dibenarkan unt uk menerimanya.

b. Menerima dan menyemak dokumen yang diterima serta merta dan dicop akuan terima. c. Mendaftarkan penerimaan dokumen tersebut di dalam buku daftar penerimaan dokumen (terperingkat). d. Menghubungi penghantar sekiranya maklumat dokumen tersebut tidak lengkap , tidak jelas dan sebagainya. e. Menghubungi penerima dokumen tersebut bagi tujuan serahan.

f. Serahan dibuat kepada penerima dan diminta menandatangani di dalam buku daftar sebagai bukti serahan. g. Nombor rujukan dan tajuk fail terperingkat hendaklah ditandakan pada fai l. Peringkat keselamatan fail terperingkat ini hendaklah ditanda di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Nombor rujukan fail hendaklah ditulis di sebelah lu ar kulit hadapan. Tajuk fail terperingkat hendaklah dicatatkan di sebelah dalam kulit hadapan. Hanya tajuk fail Terhad sahaja boleh dicatatkan di sebelah luar k ulit hadapan. h. Dokumen sulit hendaklah diletakkan di dalam fail yang berwarna hijau pad

a kulit fail dan sementara bagi dokumen terhad pula diletakkan di dalam fail yan g berwarna putih pada kulit fail. i. Dokumen-dokumen terperingkat sulit/terhad hendaklah disimpan di dalam ka binet keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi berkunci.

5. Antara sebab Nilai-Nilai Murni diperkenalkan dalam perkhidmatan awam ial ah kerana azam Kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan. Pada pendapat anda mengapakah ketiga-tiga aspek itu dititikberatkan? Antara sebab Nilai-Nilai Murni diperkenalkan dalam perkhidmatan awam ialah keran a azam Kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan. Aspek k ecekapan, imej dan mutu perkhidmatan dititikberatkan kerana kejayaan sesebuah or ganisasi amnya atau negara khasnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya. Bagi menyokong kejayaan pelaksanaannya, setiap organisasi sama ada kecil atau be sar, terutamanya pentadbiran sesebuah negara mesti mempunyai jentera pentadbiran yang mantap. Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan k emajuan sesebuah negara. Oleh itu bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjal an dengan baik maka kakitangan yang menjalankan tugas mestilah mempunyai amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang telah digariskan. Sekiranya amalan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni tidak dihiraukan maka a kan berlaku berbagai kecurangan dan penyelewengan dalam jentera pentadbiran ters ebut. Ini menunjukkan imej yang tidak sihat kepada sesebuah pentadbiran. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan masalah di mana segala dasar-dasar dan program -program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu di sini jelas menunju kkan dengan mengamalkan etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang baik sangat penting dalam memastikan sesebuah pentadbiran itu berjalan dengan baik. Teras perkhidmatan awam berazam meninggikan mutu perkhidmatan. Ia bertujuan meng galakkan tiap-tiap kakitangan kerajaan mempunyai hasrat untuk meninggikan mutu perkhidmatannya. Seseorang itu tidak harus berpuas hati dengan apa yang dicapai setakat hari ini. Sebaliknya haruslah sentiasa berusaha untuk memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan kerjanya demi faedah rakyat dan negara. Dengan ini matlamat-matlamat yang telah ditentukan dapat dicapai dalam jangka masa yang dijadualkan. Etika Perkhidmatan Awam diperkenalkan juga demi untuk meningkatkan mutu perkhidm atan dari semasa ke semasa. Ia juga untuk mengekal dan memelihara kepercayaan ra kyat terhadap perkhidmatan awam. Selain itu nilai dan etika ini juga dapat memup uk tanggungjawab bersama di kalangan penjawat awam. Dengan itu akan wujudlah sua sana dan imej yang sihat dan cekap serta hubungan yang erat sesama kakitangan. S ememangnya azam kerajaan juga untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhid matan awam agar ia boleh berkembang maju selari dengan pembangunan negara. Dalam menjalankan tugas, pegawai awam di bekalkan dengan kuasa. Ia perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Dalam konteks yang lebih luas, etika ini juga diperkenalkan agar semangat rukun negara dapat dihayati secara bersama melalui pembentukan sikap dan pembawaan yan g di selaraskan dengan nilai-nilai murni. Bagi mencapai nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam ini kerajaan telah memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran. Ia meletakkan matlamat seperti berikut : Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang beramanah, beridentiti dan dis egani oleh masyarakat lain. Mewujudkan sebuah Negara yang bahagia. Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjaw abkan. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Вам также может понравиться