Вы находитесь на странице: 1из 37

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH AMBILAN 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA NO.KP KUMPULAM/UNIT KOD MATA PELAJARAN KURSUS NAMA PENSYARAH MENTOR

: MUNIRAH BT ALI @ ABU BAKAR : 770123025672 : PEMULIHAN KHAS : EDU 3103 : PPG AMBILAN FEB 2012 : PN. IZZAH BT ABU BAKAR : EN. AMERRUDIN B. OTHMAN

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) /UNIT BM/PAI/PJ/PRA SEKOLAH/TESL/PEMULIHAN TAJUK KURSUS : MURID DAN ALAM BELAJAR KOD KURSUS : EDU 3103 NAMA GURU PELATIH

SEMESTER : 2 (Ambilan Januari 2012)

TARIKH MULA

14 Ogos 2012

TARIKH HANTAR

14 September 2012

I 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Hasil Pembelajaran Kursus : Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran. Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanakkanak. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3 dan 5.

II 1. 2. 3. 4.

Objektif Projek Merancang satu permainan untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menjelaskan peranan dan kepentingan main dalam proses pembelajaran kanak-kanak Mengenal pasti dan memberikan huraian prinsip dua model pengajaran yang dipilih. Menghuraikan implikasi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan dua model pembelajaran yang dipilih

III

TUGASAN PROJEK (100%)

Bahagian A - Inovasi Permainan Berkumpulan 40 % Dalam kumpulan bertiga rancangkan satu permainan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Demonstrasikan permainan tersebut dan jelaskan justifikasi kepentingan permainan tersebut terhadap perkembangan kanak-kanak. Hasilkan satu dokumentasi yang lengkap (10 15 mukasurat) mengenai tugasan ini. Laporan anda hendaklah mengandungi: a) Gambar-gambar semasa permainan dilaksanakan. b) Huraian bagaimana permainan itu dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran. c) Justifikasi kelebihan permainan yang anda rancangkan itu terhadap perkembangan kanakkanak dari segi kognitif, psikososial dan psikomotor. Hasil kumpulan anda ini akan dinilai berdasarkan: a) Kreativiti dan originaliti b) Justifikasi kepentingan permainan tersebut terhadap perkembangan kanak-kanak. c) Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Laporan mesti ditulis mengikut gaya penulisan APA. Bahagian B - Penulisan esei - Individu 40 % Cari maklumat mengenai dua model pengajaran melalui pembacaan buku, jurnal dan carian internet. Hasilkan sebuah esei mengenai dua model pengajaran yang berbeza mengandungi komponenkomponen berikut: 1. Model pengajaran A: Huraikan secara komprehensif prinsip model pengajaran A. 2. Model pengajaran B: Huraikan secara komprehensif prinsip model pengajaran B. 3. Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran: Jelaskan bagaimana model-model ini memberi kesan terhadap rekabentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 4. Rumusan: Panjang esei adalah 15-20 mukasurat (tidak termasuk rujukan). Esei itu mesti ditulis mengikut gaya penulisan APA .

Kriteria Penilaian: Esei yang cemerlang mengandungi 1. Semua elemen yang diperlukan. 2. Penjelasan yang tepat mengenai kedua-dua model pengajaran. 3. Penjelasan mendalam mengenai implikasi terhadap rekabentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran. 4. Rujukan yang berkaitan (terdiri dari sekurang-kurangnya 3 sumber yang berbeza) 5. Penulisan adalah berdasarkan gaya penulisan APA. 6. Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Bahagian C Kuiz - 20% Menjawab 20 soalan objektif dari Tajuk 1 3. Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 Alam Belajar Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Teori Pembelajaran

Arahan Tugasan Bertulis 1. Tugasan yang dihantar berasingan a) Bahagian A - Inovasi Permainan b) Bahagian B - Penulisan Individu Tugasan ditaip menggunakan font jenis Arial saiz 12 dan langkau 1.5 spacing. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan. Contoh APA Sumber maklumat dalam penulisan perlu dipelbagaikan dan dinyatakan. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang dilarang sama sekali. Pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima Keseluruhan penulisan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan berbentuk ilmiah. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: a) NAMA PELAJAR b) ANGKA GILIRAN c) NO KAD PENGENALAN d) KUMPULAN KURSUS e) KOD DAN MATA PELAJARAN f) PENSYARAH PEMBIMBING g) TARIKH SERAHAN Disahkan oleh Ketua Jabatan

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tugasan disediakan oleh

_____________________________ ( IZZAH BINTI ABU BAKAR) Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tarikh: 10 Ogos 2012

____________________________

Tarikh:

KANDUNGAN : 1. PENGENALAN 2. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT 3. MODEL PERSONAL 4. IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5. RUMUSAN 6. REFLEKSI 7. BIBLIOGRAFI

PENGENALAN : Model pengajaran murujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran murid. Model pembelajaran merangkumi blueprint pengajaran. model ini ialah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasikan pengajaran yang penting.

Terdapat pelbagai model pengajaran dan setiap satunya berasaskan kepada satu teori pembelajaran tertentu. Teori yang berlainan memfokuskan terhadap aspek pelajar yang berbeza dan oleh itu, implikasi terhadap prosedur pengajaran juga berbeza. Terdapat empat model pengajaran iaitu Model Behaviorisme, Model Pemprosesan Maklumat, Model Sosial dan Model Personal. Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambah baikan.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT : 1. Menanggap ingatan manusia sama seperti computer.

2. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh computer iaitu menggunakan model input output.

3. Maklumat

- Input yang diperoleh daripada persekitaran pembelajaran. Diproses dan disimpan dalam ingatan Boleh menjadi output melalui proses retrieval.( kajian susur atur,simpan dan dikeluarkan dari ingatan.)

4. Operasi menta - Menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah (Galbraith, 1994) pemprosesan maklumat.

5. Terdapat tiga mode ingatan pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. a. Daftar deria/sensori b. Ingatan jangka pendek c. Ingatan jangka panjang

6. Maklumat diterima oleh daftar maklumat- malumat dikenal pasti dan diberi perhatian serta disalur kepada ingatan jagka pendek (working memory) dan diproses (pemikiran berlaku) jika latihan elaborative berlaku (terdapat perkaitan antara maklumat dengan apa-apa yang disimpan dalam ingatan jangka panjang) maklumat ini akan disalurkan ke dalam ingatan jangka panjang dan disimpan dalam skema.

7. Maklumat boleh dikeluarkan semasa diaktifkan dan diproses oleh ingatan jangka pendek sebelum dihasilkan sebagai output.

Jenis-Jenis Ingatan: i- Daftar Sensor/Deria Input utama daripada penglihatan dan bunyi Pemprosesan berlaku dalam ingatan 3 hingga 5 saat. Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar. Maklumat yang diterima dipantau pada tahap pemerhatian rendah dan respons juga secara terpilih. ii- Ingatan Jangka Pendek Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek berada dalam keadaan aktif selama 15 hingga 20 saat tanpa latihan dan lebih lama jika ada praktis. Kapasiti ingata jangka pendek terhad kepada 7 2 item. Kapasiti ingaan jangka pendek oleh ditambah dengan

chunking. Chunking meletakkan input dalam set kecil an boleh diingati sebagai unit berasingan. Ingatan jangka pendek adalah sama dengan working memory. Tiga cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan jangka pendek ialah chunk, bahagikan kepada bahagianbahagian kecildan diproses satu persatu pada satu ketika (pemprosesan serial). Kemahiran praktis sehingga mecapai tahap automatic. Maklumat boleh disimpan lebih lama jika seseorang mengulangi untuk mengingat maklumat berkenaan. (Maintenance rehearsal) Elaborative rehearsal satu lagi cara maklumat boleh disimpan lebih lama sebelum disalur ke dalam ingatan jangka panjang. (Menyimpan maklumat dengan menghubungkaitkan dengan sesuatu yang diketahui.)

Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang atau pudar jika tidak diulang selama 20 saat atau bilangan itemnya melebihi 5-9 unit.

iii- Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal. Mempunyai kapasiti dan tempoh mas ayang tidak terhad. Maklumat yang disimpan didalam ingatan jangka panjang akan berkekalan. Konsep disimpan dalam jaringan perkaitan bermakna secara hierarki (skema) Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang dikenal pasti iaitu semantic, episodic dan procedural. Ingatan semantic ingatan untuk makna yag disimpan sebagai proposisi(unit pengetahuan terkecil), imej dan skema. Jaringan proposisi saling berkaitan dengan maklumat antara satu sama lain. Imej merupakan perwakilan-perwakilan berdasarkan persepsi terhadap struktur maklumat. Imej tidak tetap rupa dan bentuk kerana persepsi bergantung pada pengalaman atau

pengetahuan. Ingatan episodic- Ingatan maklumat yang terikat kepada suatu tempat dan masa tertentu. Ingatan procedural- Ingatan bagaimana melakukan sesuatu.

Pengajaran Konsep. 1. Asas teori pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Bruner.- Kedua-dua teori amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran

konsep.

Konsep

merupakan

blok-blok

asas

dimana

pelajar

mengorganisasipemikiran dan komunikasi mereka.

2. Matlamat- membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran yang lebih tinggi.

3. Pengajaran konsep sekadar belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain.

4. Satu pengajaran konsep merangkumi empat fakta iaitu :a. Kemukakan matlamat. b. Contoh-contoh input. c. Ujian untuk pencapaian konsep. d. Analisis proses pemikiran pelajar.

5. Persekitarasn pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.

6. Guru seharusnya membuat penilaian tentang konsep yang ingin diajar dan pengajaran konsep perlu disusun dalam unit pembelajaran yang lebih besar.

7. Pengajaran konsep melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengorganisasikan maklumat ke dalam struktur kognitif yang kompleks.

8. Konsep boleh dikategorikan dan dilabel. ( Konsep konjuntif, konsep disjuntif, Konsep dimana strukturnya bergantung pada perkaitan atau perhubungan) a. Konsep konjuntif b. Konsep disjuntif Mempunyai ciri-ciri yang lebih luas dan membolehkan pelbagai alternative serta tiada peraturan struktur yang tetap. Konsep yang boleh dikategorikan dan dilabelkan.

c. Konsep perkaitan dan pehubungan Konsep dimana strukturnya bergantung kepada perkaitan dan perhubungan. Misalnya konsep emak saudara menghuraikan suatu pehubungan antara anak saudara dan anak-anak yang lain.

9. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk pengajaran konsep seperti pengajaran secara langsung dan pengcapaian konsep.

10. Guru beperanan dalam menganalisis dan memilih contoh untuk menerangkan konsep serta menentukan sekuen persembahan konsep semasa merancang pembelajaran konsep. 11. Guru memaklumkan tentang tujuan pengajaran, memotivasikan mereka dan sepanjang pelajaran, penyoalan serta perbincangan dilaksanakan oleh guru untuk membantu pelajar menganalisis proses pembelajaran guru pada akhir pelajaran. pemikiran dan mengintegrasi

Pengajaran Ekspositori 1. Dikemukan oleh Ausubel dipengaruhi oleh teori perkembangan kognitif Piaget.

2. Berkisar tentang bagaimana individu belajar banyak bahan yang bermakna daripada pelajaran verbal atau teks. 3. Menurut Ausubel (1968), factor yang paling penting mempengaruhi

pembelajaran bermakna ialah apa-apa yang telah diketahui oleh pelajar sudah mengetahui.

4. Proses utama dalam pembelajaran- subsumpsi (menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baharu dan idea sedia ada. 5. Dalam pengajaran ekspositori manusia memperoleh pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan dan bukan penemuan. (Konsep, prinsip dan idea dipersembahkan dan difahami bukan ditemukan.) 6. Menekankan pembelajaran verbal yang bermakna bukannya pembelajaran hafalan. 7. Menurut Ausubel, maklumat yang diberikan akan diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif pelajar dan pengajaran sebegini boleh dilaksanakan melalui kuliah dan ceramah. Pengajaran sebegini boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos. 8. Pembelajaran secara ekspositori menggunalkan pendekatan deduktif, iaitu daripada umum kepada spesifik. Pembelajaran begii bermula dengan penyusun awal.

Penyusun Awal 1. Merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran.

2. Digunakan untuk meyusun dan menginterpretasi maklumat baharu. 3. Bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea yang lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi baharu yang lebih mudah dan berkesan. (Boon dan Ragbir,1997) maklumat

4. Ciri-ciri penyusun awal :a. Dikemukakan pada tahap keabstrakan yang lebih tinggi dan gambaran umum. b. Mengintegrasi pengajaran. c. Gambaran umum dan kesimpulan dimana idea-idea utama ditekankan. d. Penyusun awal dalam bentuk gambaran umum yang berkesan harus mengarah perhatian kepada kandungan, mononjolkan perkaitan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang diketahui. e. Merupakan jambatan yang membian perkataan luar dengan pengetahuan sedia ada yang relevan. f. Merangsang asimilasi maklumat yang akan dipelajari ke dalam skema-skema yang sedia ada. g. Mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan mengingati maklumat yang kita sudah tahu. h. Menyediakan scaffolding, sokongan untuk maklumat baru. i. j. Memfokuskan apa-apa yang penting tentang bahan yang akan diajar. Dapat menghindarkan pelajar daripada menghafal. dan membuat perkaitan kandungan pelajaran sebelum

k. Penyusun awal yang konkrit adalah lebih baikdaripada yang abstrak.

5. Terdapat dua jenis penyusun awal : Penyusun awal perbandingan. Digunakan apabila maklumat baru hampir sama dan bertujuan untuk mengaktifkan maklumat sedia ada. Penyusun awal ekspositari Digunakan apabila pengetahuan yang akan diajar adalah baharu. Boleh digunakan dalam bentuk pernyataan atau dalam bentuk definasi yang umum.

Peringkat Pengajaran Ekspositori 1. Tiga fasa utama boleh dikenal pasti : Fasa Pertama - Penyusun awal dikemukakan Fasa Kedua Fasa Ketiga - Tugasan pembelajaran atau bahan dikemukakan. - Pengukuhan organisasi kognitif.

Fasa Pertama a. Penyusun awal menghubungkait maklumat baru dengan skema-skema sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar. Fasa Kedua a. Bahan baru disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem atau tugasan pelajar. b. Perkara penting adalah untuk mengekalkan perhatian pelajar dan organisasi yang jelas tentang bahan. c. Ausubel mencadangkan progressive differentiation, iaitu kemajuan langkah demi langkah daripada konsep umum kepada maklumat spesifik. Fasa Ketiga a. Merupakan pengukuhan organisasi kognitif, b. Guru mengaitkan maklumat maklumat baru kedalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal dengan mengingatkan pelajar bagaimana setiap aspek dihubungkaitkan dengan gambaran umum. c. Penilaian dilaksanakan dan berlakunya soal jawab untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pemahaman terhadap kandungan pelajaran.

LAMPIRAN DARIPADA INTERNET. Pengenalan Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat 1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 2) Pengaliran maklumat dua hala 3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. Perakam Deria ('Sensory Register') Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek. Lupaan dalam Ingatan Panjang ('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan. 1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa. 2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu. 3) Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference') Kumpulan A Belajar X-Y Belajar X-Z Ujian X-Z

---

X-Z

X-Z

Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat lama (X-Y) menggangu mengingat kembali maklumat baru (X-Z)

b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference') Kumpulan A B Belajar X-Y X-Y Belajar X-Z ---Ujian X-Y X-Y

Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat baru (X-Z) menggangu mengingat kembali maklumat lama (X-Y). Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1) Pengenkodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 2) Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 4) Lupaan ('forgetting') Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. (lihat penerangan lanjut tentang lupaan disebelah........) Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka,

satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak). Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory') Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Pengenkodan Malumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory) Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengegenkodan'? Pengenkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, didekod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian didekod. Bila kamu telah kenal pasti perkataan 'rumah'; bagaimanakah ia didekod. Adakah kamu dekodnya sebagai 'r_u_m_a_h' ? Ini mungkin dilakukan oleh individu yang tidak tahu Bahasa Melayu?. Bagaimanakah orang yang tahu Bahasa Melayu, mengenkod perkataan 'rumah'?. Pelbagai eksperimn telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengenkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dienkod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengenkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972. RUJUKAN: Baca website berikut yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang Model Pemprosesan Maklumat a) The Information Processing Approach Mengingat Kembali Maklumat Daripada Ingatan Jangka Panjang (Retrieval of Information from Long Term Memory) Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti: -- kita menambahkan maklumat, -- kita tinggalkan maklumat. Apakah yang menyebabkan kita berbuat demikian? Terdapt 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian. 1) Inferen Baca ayat ini "Untuk membaikki kerusi yang patah itu, Chong

mengetuk paku dengan kuat". Jika ditanya apakah Chong buat, ramai akan menjawab dia menggunakan tukul atau 'hammer' untuk memukuk paku. Manakala dalam ayat itu tidak disebut alat yang digunakan. Mungkin Chong menggunakan kayu, batu atau pun kasutnya untuk memukul paku itu. Secara tidak langsung kita telah bertambah maklumat apabila kita mengingat kembali daripada ingatan jangka panjang. Dengan perkataan lain, kita telah membuat inferen. Dalam satu eksperimen, subjek menonton satu filem berkenaan suatu kemalangan jalanraya antara dua buah kereta. Kemudian subjek disoal tentang apa yang mereka telah menyaksikan. Kumpulan 1: "How fast were the cars going when they hit each other? Kumpulan 2: "How fast were the cars going when they smashed each other? Seminggu kemudian, kedua-dua kumpulan ditanya sama ada terdapat cermin pecah di tapak kemalangan. Sebilangan ramai subjek dalam Kumpulan 2 menjawab ada terdapt cermin pecah walau pun dalan filem yang mereka menonton tidak menunjukkan cermin pecah. MENGAPA? Jawapan: Subjek telah membuat inferen bahawa perkataan 'smashed' (pelanggaran yang kuat) mencadangkan kaitan dengan cermin pecah. Implikasi fenomenon ini dalam kehidupan seharian: Bayangkan apa akan terjadi jika kita membuat inferen terhadap maklumat ketika kita menceritakan sesuatu peristiwa sebagai saksi dalam mahkamah. Selain mengenkod maklumat dengan memberi MAKNA atau MAKSUD, sama penting ialah individu mengenkod dengan memberi kiu-kiu yang sesuai. Sama ada sesuatu butir maklumat dapat diingat kembali tertakluk kepada bagaimana butir maklumat itu disimpan; iaitu sejauh manakah kiu-kiu itu sesuai. (Baca penerangan di bawah ini)

(Kumpulan 2) (Kumpulan 1) Teori Peringkat Pemprosesan (Levels of Processing Theory) Craik & Lockhart (1972) mengkaji 3 kumpulan pelajar yang diberikan satu senarai perkataan. Semasa mereka belajar: - Kumpulan 1 diminta menentukan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf besar. m.s. 'House, telephone, Car'

- Kumpulan 2 diminta memberi 'rhyme' bagi perkataan yang disenaraikan. m.s. 'house - mouse, car - bar'. - Kumpulan 3 diminta mengaitkan setiap perkataan dengan suatu peristiwa yang telah dialami. Kumpulan manakah berjaya mengingat lebih banyak perkataan? Jawapannya ialah Kumpulan 3. MENGAPA? Menurut Craik & Lockhart, ini ialah kerana pelajar dalam Kumpulan 3 telah memberi 'maksud' yang mendalam kepada perkataan semasa mereka mengenkod perkataan-perkataan berkenaan. Lebih mendalam maklumat dienkod ('deep processing'), lebih berkesan proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Teori yang diutarakan dipanggil TEORI PERINGKAT PEMPROSESAN ("Levels of Processing Theory"). Prinsip Pengkhususan Pengenkodan (Encoding Specificity Principle) Tulving & Thompson (1973) menunjukkan 2 kumpulan pelajar senarai pasangan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan sasaran ('target word') dan satu perkataan kiu ('cue word'). Kumpulan 1: diberikan perkataan sasaran ('malam') dan perkataan kiu yang kuat (spt. 'siang'). Kumpulan 2: diberikan perkataan sasaran ('malam') dan perkataan kiu yang lemah (spt. 'kelmarian'). Lihat graf di atas. Mengapa Kumpulan 1 berjaya mengingat kembali hingga 82% bilangan perkataan manakala Kumpulan 2 hanya mengingat kembali 62% bilangan perkataan?. -- maklumat sukar diingat kembali kerana semasa pengenkodan kita tidak letak bersama kiu ingat kembali ('retrieval cue') yang sesuai. -- kiu ingat kembali yang baik ialah iku yang digunakan pada awal pengenkodan maklumat berkanaan. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama: 1) Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Ciri-ciri iklim monsun tropika -- memori semantik Saya terjatuh semalam -- memori episodik

Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh. Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri "animals" (lihat rajah TLC dalam webiste berikut) Baca artikel ini bertajuk "Semantic Memory" yang menerangkan model TLC. Juga klik kepada 2 rajah yang menjelaskan model dan graf yang menunjukkan kadar respons subjek. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesutu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. RUJUKAN: Imagery in Working Memory & Long Term Memory Eksperimen yang dijalankan oleh Baddeley, Grant, Wright & Thomas (1975) yang menunjukkan perkataan yang tinggi imageri diingat kembali lebih kerap berbanding dengan perkataan yang rendah imageri atau konkrit. 2) Stereotaip Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Apabila kit aberjumpa dengan seseorang kita memutuskan orang itu adalah seorang ????? berdasarkan stereotaip yang kita pegang walau pun kita tidak tahu apa-apa pun berkenaannya. Contoh: "Rohani seorang peguam terkenal berumur 40 tahun belum bekahwin". Senarai stereotaip yang kamu kemukakan dalam kelas: - Dia seorang yang terlalu memilih! - Dia terkenal dan lelaki takut mendekatinya! - Dia anti-lelaki! - Dia adalah lesbian! - Dia mementingkan kariernya! Semua pernyataan-pernaytaan ini wujud beradasarkan stereotaip kita berkenaan 'wanita yang tidak kahwin'. Stereotaip yang disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan oleh kita untuk menerangkan / menjelaskan / memerihalkan berkenaan sesuatu.

3) Skema Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar. m.s. kamu mungkin mempunyai skema tentang apa yang disajikan di restoran McDonald. Tentu kamu tidak minta nasi kandar atau mee siam di restoran McDonald! Bartlett (1932) dalam kajiannya minta sekumpulan pelajar universiti mendengar cerita mengenai sepuak orang asli. Selepas sejam subjek diminta menulis semula apa yang mereka telah mendengar. Dia dapati: a) subjek menambahkan maklumat. m.s. orang asli membawa anak panah (dalam cerita tidak disebut tentang orang asli memiliki anah panah); kerana ingin menyesuaikan dengan apa yang didengar dengan skema yang perolehi berkenaan orang asli; mungkin apa yang telah dilihat dalam gambar-gambar atau filem. b) subjek meninggalkan sesetengah maklumat kerana subjek tidak memiliki skema yang sesuai berkaitan dengan apa yang telah didengar. RUJUKAN: Police Memory Berkenaan ketepatan dan kesahihan pegawai polis memberi keterangan tentang kejadian jenayah. Information Processing Model SAMBUNGAN KE RUJUKAN LAIN .............. SAMBUNGAN KE RUJUKAN LAIN ..............

MODEL PERSONAL : 1. Model Pembelajaran Personal bermula dari perspektif kendiri seseorang seseorang individu.

2. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar kea rah pencapaian yang lebih optimum daripada kini. 3. Model ini menekan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri, bertanggungjawab terhadap matlamat diri. 4. Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. 5. Matlamat utama ialah pembentukan individuserta pencapaian harga diri individu. 6. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

Pembelajaran Melalui Kaunseling. 1. Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajaryang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

2. Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong model kaunseling tidak direktif dan mereka percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia, berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Beliau menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

3. Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan merupakan satu perkataan antara guru dan pelajar. Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar kea rah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pelajaran mereka. 4. Antaranya, guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri, guru

memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada. Yang penting ialah guru mewujudkan pakatan dengan pelajar, bertujuan untuk membimbing da membantu mereka sepanjang penyelesaian masalah dan tugasan. 5. Mengikut Joyce et al, (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah : a. Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain. b. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar. Di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar. c. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

6. Sebagaimana yang termaktub dalam pengajaran mengikut Rogers, pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu persekitaran yang penuh dengan kasih saying, keyakinan, empati dan saling memahami.

7. Proses pembelajaran sebegini selalunya bermula dengan guru membantu pelajar memperjelas masalah. Kemudian, pelajar dibantu ke arah

bertanggungjawab terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.

8. Guru juga akan membantu pelajar mencuba dan membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut. Di samping itu, pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaan empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran. 9. Fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directive. a. Fasa 1 - Kenal pasti dan mendifinisikan situasi. Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar. b. Fasa 2 Meneroka massalah. Pelajar digalak untuk menerangkan masalah. Guru nenerima dan memperjelaskan perasaan pelajar. c. Fasa 3 Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. d. Fasa 4 Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan. Guru memperjelaskan keputusan-keputusan yang mungkin diambil. e. Fasa 5 Integrasi kesepaduan. Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. f. Tindakan luar daripada temu bual Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.

LAMPIRAN DARIPADA INTERNET :

Biodata Pengasas Model Pengajaran Personal

CARL ROGERS

Nama sebenar beliau ialah Carl Ransom Rogers. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Bapanya bernama Walter A. Rogers iaitu seorang jurutera sivil dan ibunya, Julia M. Cushing seorang suri rumah yang warak dalam agama kristian. Beliau merupakan anak yang ke empat daripada enam orang adikberadik.

Rogers cukup cerdas dan boleh membaca dengan baik sebelum masuk ke sekolah. Setelah mendapat pendidikan di sebuah rumah pendeta agama, Jimpley dan etika persekitaran sebagai Putra Altar,beliau menjadi orang agak terpencil dan disiplin, dan memperoleh pengetahuan dan penghargaan terhadap kaedah saintifik dalam dunia praktikal. Pilihan kerjaya pertamanya adalah pertanian, di University of WisconsinMadison, diikuti pula oleh sejarah dan kemudiannya agama. Pada usia 20, beliau

meneruskan perjalanannya ke Peking, China, untuk menghadiri persidangan Kristian antarabangsa. Beliau mulai meragui keyakinan agamanya. Untuk membantu memperjelas pilihan kerjayanya, beliau menghadiri seminar yang bertajuk Kenapa saya masuk Kementerian?, Setelah itu ia memutuskan untuk menukar kerjayanya. Setelah dua tahun beliau meninggalkan seminar, beliau menghadiri ke Teachers College, Columbia University,bagi mendapat ijazah MA pada tahun 1928 dan seterusnya PhD pada 1931. Ketika menyiapkan tesis doktornya, beliau juga terlibat dalam kajian kanak-kanak. Pada tahun 1930, Rogers berkhidmat sebagai pengarah Masyarakat untuk program Pencegahan Kekejaman terhadap Anak-anak di Rochester, New York. Pada tahun 1935 hingga 1940, beliau mengajar di University of Rochester dan menulis buku bertajuk The Perubatan Klinik Anak Soal (1939) iaitu buku yang berdasarkan pengalamannya dalam pekerjaan dengan anak-anak bermasalah. Pada tahun 1940, Rogers menjadi profesor psikologi klinikal di Ohio State University, di mana beliau menulis buku keduanya, Kaunseling dan Psikoterapi (1942)

MODEL PERSONAL MELALUI CARTA Model ini menerapkan pendidikan supaya: - Memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.

Tujuan : Untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan keyakinan. Matlamat : Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Kesimpulan : Model personal terdiri daripada;
- Pendekatan untuk membentuk - Menyepadukan aspek emosi - Intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang

Pembelajaran melalui kaunseling

Model tidak direktif (non-direktif) pelopornya adalah Carls Roger (1982) yang mengaitkan teknik
pengajaran model personal

Tujuan model tidak direktif : Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisplin dan kesedaran
peribadi yang tinggi.

Konsep:
- Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif. - Fokuskan kepada hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. - Menggunakan terapi sebagai cara pengajaran. - Guru dianggap sebagai kaunselor : penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar. - Peranan guru : membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar memainkan peranan dalam pembelajaran mereka. - Sebagai contoh: guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri. - Proses perkembangan kendiri: guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah. - Guru mewujudkan pakatan dengan murid, bertujuan membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah.

Tujuan model non-directive mengikut Joyce et al., (2002)


1. Memberi pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi: dengan membentuk keyakinan diri, perasaan empati terhadap orang lain serta penghargaan diri yang realistik. 2. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan inspirasi pelajar : pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.

3. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus : kreativiti dan ekpresi pelajar.

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of learning: Tools for Teaching,(edisi kedua) Buckingham:Open University Press.

Pembelajaran model Personal di dalam hirearki pengajaran dan pembelajaran

Rajah menunjukkan langkah-langkah yang menggunakan model Synectics :

Cara pandangan oleh Carl Roger dalam pembelajaran secara tidak langsung

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : 1. Input tentang pembelajaran amat penting.Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep dalam sesuatu topik pelajaran.

2. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajaran untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pelajaran baru.

3. Idea dan konsep baru harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar menerima pembelajaran yang berkesan.

4. Menambatkan konsep-konsep baru ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baru dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

5. Pembelajaran deduktif diamalkan dimana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. 6. Dalam mengaplikasikan model personal, persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesederan diri dan identity sejak awal lagi. 7. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan individu sebagai insane yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten. 8. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan Berjaya mencapai penghargaandiri serta keharmonian

kendiri. Maka adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personality seimbang. 9. Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Maka model ini bergantung pada faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. 10. Kesan pengajaran amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar, oleh itu guru perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.

RUMUSAN : Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim social bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid. Pelbagai model yang terdiri daripada model behaviorisme, model pemprosesan maklumat, model social dan model personal. Dalam model pemprosesan maklumat, pendekatan ekspositori dan pengajaran konsep amat berkesan dalam membantu pelajar menyimpan pengetahuan yang dipelajari. Manakala model personal, menekankan pembentukan kendiri seseorang individu danmendorong seseorang pelajar itu berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Antara pendekatan tersebut ialah pengajaran melalui kaunseling.

REFLEKSI : NAMA NO. K/P : MUNIRAH BT ALI @ ABU BAKAR : 770123025672

Allhamdulliallah , bersyukur saya kepada Allah kerana member kekuatan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Selain itu juga, saya berasa amat bertuah kerana mendapat sokongan yang jitu daripada suami dan anak serta rakan-rakan. Kerja kursus EDU 3103 yang berada di bawah kelolaan Puan Izzah Bt Abu Bakar cukup membuatkan saya rasa teruja sekali. Bagi saya cabaran dalam menyiapkan kerja kursus ini amat bermakna kerana tampa cabaran saya tidak mungkin dapat menguasai sebahagian daripada tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini. Terdapat dua bahagian yang perlu disiapkan bagi kerja kursus EDU 3103 ini. Bahagian A, memerlukan kemahiran serta pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu bahan projek inovasi itu berjaya dan boleh diguna pakai di dalam P&P yang sebenar. Saya bersama denga lagi dua orang rakan sepasukan, kami telah sepakat untuk membuat permainan bahasa, kami telah membuat permainan bahasa untuk konsonan kv + kv. Manakala tugasan di bahagian B iaitu kerja individu, saya ditugaskan menerangkan tentang Model Pemprosesan Maklumat dan Model Personal serta implikasinya terhadap P&P. Tugasan individu tidak begitu sukar kerana kita hanya perlu mencari bahan sama ada dari buku mahupun dari internet. Saya amat berharap dengan apa yang telah saya laksanakan ini memuaskan hati pihak puan. Ini kerana saya cuba sehabis baik menyiapkannya walaupun terdapat banyak halangan yang tiba. Antara halangan yang saya lalui ialah bapa mertua saya telah kembali kerahmatullah, sekolah saya sering dilawati oleh pihak JPN, selain itu

juga program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang terlalu padat. Banyak lagi komitmen saya kepada pihak sekolah kerana saya memegang banyak jawatan seperti guru pemulihan, guru linus, guru kesihatan, guru permainan dalaman, guru panitia pendidikan moral , setiausaha panitia matematik dan guru asset.

BIBLIOGRAFI : 1. Murid dan Alam Belajar, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2012, Siri Pendidikan Guru, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Choong L.K., 2011, Murid dan Alam Belajar(2 nd ed), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. ixoramariayam.blogspot.com 4. www.autorstream.com

Вам также может понравиться