Вы находитесь на странице: 1из 1

Dalam bab 1 CTU211; perkembangan sains dan teknologi dalam islam menyatakan bahawa pada zaman anbiya, penciptaan

sains dan teknologi adalah bertujuan untuk mendidik manusia berfikir. Selain itu, penciptaan sains dan teknologi pada zaman anbiya juga bertujuan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran sama ada yang baik atau pun buruk sebagai panduan dalam kehidupan manusia. Sains dan teknologi pada zaman Rasulullah s.a.w bertujuan meletakkan asas dalam sains dan teknologi berpandukan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah, kalimah tauhid menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain (Al-Baqarah (2): 22) dan pertapakan sains islam di MADINAH dan MEKAH. Contoh sains dan teknologi pada zaman Rasulullah s.a.w ialah aspek senibina, alat bercucuk tanam, sains angkasa lepas dan sains kesihatan. Perkembangan sains dan teknologi zaman kerajaan islam atau zaman khulafa AlRashidia adalah hasil perluasan wilayah islam sehingga ke Romawi dan Parsi dan pertembungan sains islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi. Sains dan teknologi kerajaan islam pada zaman kerajaan Umayyah lebih membangun dan meluas hasil perkembangan sains yang luas pengaruh sains dari Parsi, Yunani, India dan China, beberapa teknologi baru seperti perkapalan, alat peperangan dan pertanian juga tecipta dan bermulanya zaman terjemahan karya sains tamadun islam. Manakala sains dan teknologi kerajaan islam pada zaman kerajaan Abbasiyah adalah bertujuan untuk menjalankan penterjemahaan secara besar-besaran, penubuhan balai cerap, hospital dan kewujudan senibina-senibna seperti istana dan masjid yang indah. Sains dan teknologi kerajaan islam di Andalus berkembangan dalam sektor pendidikan, sektor pusat penterjemahan, sektor senibina dan sektor ekonomi. Faktor perkembangan sains dan teknologi dalam islam adalah disebabkan hubungan perdagangan, kewujudan institusi intelektual, faktor agama islam yang mengalakkan umatnya sentiasa berfikir, galakan pemerintah, peranan sarjana dan interaksi peradaban. Pengaruh sains dan teknologi islam kepada peradaban dunia ialah penciptaan ilmuan baru, memberi nafas baru kepada tamadun sebelum, kewujudan institusi penterjemahan, penubuhan institusi pendidikan, penubuhan institusi ulama dan sarjana dan pengunaan istilah arab atau islam dalam istilah saintifik di barat. Sains dan teknologi islam juga banyak memberi sumbangan kepada peradaban dunia contohnya dalam sektor astronomi, metamatik, perubatan, kimia, biologi, fizik dan lain-lain.

Вам также может понравиться