Вы находитесь на странице: 1из 1

CTU211 (BAB 5) ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI Etika dari segi bahasa bermaksud teori tentang

perlakuan sama ada baik atau buruk yang berasal dari bahasa Yunani ethos. Dari segi istilah pula bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilainilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang (individu) atau sesuatu kumpulan, beretika bermaksud mempunyai atau berpegang kepada etika berakhlak dan bermoral. Akhlak dari segi bahasa yang berasal dari perkataan Arab khulq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku yang lahir secara semula jadi manakala dari segi istilah pula bermaksud sikap yang dihasilkan oleh keutuhan akidah dan kemantapan syariah yang diamalkan berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.Skop akhlak dalam islam ialah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T, menjaga hubungan sesame manusia, menjaga hubungan dengan alam dan menjaga hubungan dengan makhluk lain. Asas etika dalam islam ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Kepentingan etika islam dalam sains dan teknologi ialah sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka, membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan, sains dan teknologi tidak terlepas dari syariat islam dan sebagainya. Amalan etika islam dalam sains dan teknologi ialah yakin bahawa rezeki datangnya daripada Allah, ikhlas dan niat yang baik, bersifat ihsan dan sebagainya. Etika dalam penggunaan teknologi ialah menghasilkan teknologi yang tidak merosakkan, menggunakan teknologi yang tidak merosakan, menggunakan teknologi yang tidak mengabaikan aspek kemanusian dan sebagainya. Kesan pengabaian etika dalam sains dan teknologi ialah lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak beretika, berlakunya ekspoitasi alam tanpa kawalan kerana kerakusan sains, lahirnya teknologi mengikut kehendak komersil dan sebagainya. Sebab berlaku krisis nilai dan etika dalam sains dan teknologi ialah tidak memahami konsep islam sebagai al-Din, tidak jelas matlamat sains dan teknologi, kemampuan manusia terbatas dan sebagainya.

Вам также может понравиться