Вы находитесь на странице: 1из 20

Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah Pondok Cinta untuk

menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kemboja. Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat liberal dan terbuka dalam hal berkenaan seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah Pondok Cinta kecil dan menyuruh anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sehingga bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menngahwininya. Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk mencari suami terbaik untuk anak perempuan mereka yang mereka anggap akan menjadi pasangan sempurna. Mereka percaya,melalui cara ini , hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki. Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani remaja perempuan mereka. Menurut mereka, di zaman moden di mana perceraian dan pemerkosaan terlalu parah dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, menyebarkan kesedaran tentang seks yang selamat, ialah dengan menggunakan kondom. Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah pondok cinta di halaman belakang rumah orang tuanya. Dia mempunyai pandangan yang menarik tentang tradisi pondok cinta ini. Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami. Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan hubungan intim dengannya di pondok saya. Tetapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti melakukan seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke pondok saya ketika berusia 15 tahun, masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki. Saya tak mengira, berapa banyak lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga buat masa ini. Saya rasa tidak ada kewajipan untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi. Saya risau tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orang tua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil hasil daripada seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainya, maka dia akan mengahwini gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya

ADAT APAKAH INI? MACAM-MACAM ADA DI DUNIA INI

Oleh Afiq Hanif afiq@hmetro.com.my Perang paten antara dua gergasi elektronik popular, Apple dan Samsung berakhir dengan keputusan yang memihak syarikat dari Cupertino, Amerika Syarikat itu apabila menerima ganti rugi lebih RM3 bilion selepas menang dalam kes pelanggaran hak cipta menentang Samsung. Sembilan juri memutuskan kebanyakan ciri telefon pintar dan peranti mudah alih seperti tablet Samsung melanggar hak cipta rekaan Apple seperti inovasi paparan yang membolehkan pengguna memfokus dekat dan jauh apabila menyentuh skrin. Selain itu, juri juga memutuskan pelanggaran paten oleh Samsung yang dikatakan sengaja dilakukan dan mereka memaklumkan saman balas yang dikemukakan syarikat Korea sebanyak RM1 bilion itu disifatkan tanpa merit. Kes terbabit bermula apabila Apple mendakwa Samsung menciplak telefon mereka dengan pengeluaran Galaxy. Ia menyaksikan Apple dengan nama rasmi syarikat, Apple Corp memfailkan saman pada April 2011 dan membabitkan peguam hak cipta paling mahal untuk menuntut RM8 bilion daripada pesaingnya yang biasa dengan sistem operasi Android. Apple mendakwa Samsung mengakibatkan syarikat Cupertino kerugian jualan apabila pasarannya terpecah kepada dua dengan inovasi Apple. Tindakan itu juga mendorong Samsung di bawah Samsung Electronics Co bertindak balas dengan mengemukakan saman balas. Namun, pertembungan paten itu dijangka tidak akan berakhir dalam hanya selepas Samsung membayar jumlah yang ditetapkan apabila kes terbabit hanya disebut di satu mahkamah di Amerika Syarikat. Masih ada kira-kira sembilan negara yang terbabit dalam perang paten terbabit termasuk Jepun, Korea Selatan, Perancis, Belanda dan Australia, sekali gus menunjukkan perang paten tidak akan berakhir dengan jalan mudah. Namun, timbul persoalan sama ada perang paten terbabit akan memberi kesan kepada pengguna yang memilih telefon pintar, apatah lagi dua jenama terbabit boleh dikatakan pilihan masyarakat dunia ketika ini. Tanggapan mengenai keputusan kes itu yang akan menjejaskan pasaran komunikasi mudah alih mungkin terlalu awal untuk dijangkakan tetapi ia sedikit sebanyak menggambarkan sekatan atau rangsangan inovasi reka bentuk produk dan ciri baru. Ada yang berpendapat, ia menunjukkan Samsung dan mana-mana syarikat lain yang mahu memasuki pasaran telefon pintar perlukan inovasi baru dan bukannya salinan produk semata-mata. Secara positifnya, ia menunjukkan pengguna bakal mempunyai rekaan telefon yang berbeza-beza dan tidak terlalu bergantung kepada keupayaan skrin sentuh dan inovasi kreatif daripada pembangun pada masa depan. Tuntutan Samsung bahawa kerugian dalam saman itu hanya akan menyekat persaingan adalah tidak benar.

Dalam dunia teknologi, peluang untuk mencipta, berinovasi dan mencipta perisian serta perkakasan baru seharusnya bermula dari awal dan bukan sekadar melihat trend saja. Pada masa sama, pengguna mempunyai pilihan yang lebih pada masa depan, mana tidaknya, keputusan terbabit bermakna beberapa syarikat lain mungkin akan lebih berhati-hati dalam mencipta rekaan mereka. Kita boleh melihat pengeluar telefon bermain dengan cara selamat atau mengubah rekaan mereka untuk mendapatkan reka bentuk dan paten berlainan daripada Apple. Bagi kes Samsung pula, tidak perlu menjangkakan perubahan ketara mengenai produk mereka di pasaran walaupun mereka kalah di Amerika Syarikat. Peranti yang melanggar paten reka bentuk mungkin tidak lagi dijual di Amerika Syarikat termasuk beberapa produk Galaxy. Beberapa penganalisis berkata, kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Apple menjelang pelancaran iPhone 5 dan boleh menguasai pasaran sebagai syarikat atau merebut semula pasaran yang dikaut syarikat berasaskan sistem operasi Google Android itu. Malah, mungkin dua pertiga pengeluar telefon di pasaran global terpaksa mempertimbangkan perubahan reka bentuk peranti mereka. Salah seorang juri mengenai kes di Amerika Syarikat, Velvin Hogan, 67, berkata, ia bukan keputusan yang mudah namun selepas meneliti kedua-dua hujah, Apple berhak menang. Beliau juga berkata, testimoni video daripada eksekutif kanan Samsung yang dibuat benar-benar menambah kejelasan kepada mereka bahawa pelanggaran itu dilakukan dengan sengaja. Hujah Apple mengenai keperluan untuk melindungi inovasi meyakinkan bilik juri. Kami tidak mahu memberikan kemenangan mudah kepada sebuah syarikat tertentu saja walau segah manapun nama mereka daripada melanggar harta intelek orang lain, Walau bagaimanapun, Hogan berkata, permintaan kerosakan Apple sehingga RM8.3 bilion adalah luar biasa kerana masih tidak jelas sama ada Apple mempunyai bekalan komponen yang cukup untuk menjual lebih banyak telefon. Pakar kerosakan Apple memberi keterangan bahawa Samsung memperoleh margin kira-kira 35.5 peratus produknya ketika tuntutan mahkamah menyebabkan kerugian pendapatan kira-kira RM25 bilion. Walau bagaimanapun, Hogan berkata, juri memikirkan peratusan Apple tidak betul-betul tepat. Hogan bekerja sebagai seorang jurutera selama beberapa dekad sebelum beliau bersara. Beliau berkata, juri dapat melengkapkan perbincangan mereka dalam masa kurang tiga hari, lebih cepat daripada yang diramalkan pakar undang-undang. Ia berikutan ada di kalangan mereka mempunyai pengalaman dalam kejuruteraan dan undang-undang yang membantu dengan isu yang kompleks. Kami mahu pastikan mesej yang kami hantar sebagai satu tamparan kepada manamana syarikat agar tidak sewenang-wenangnya meniru inovasi orang lain. Jangan salah faham, kami tidak hanya pergi ke dalam sebuah bilik dan mula memilih secara rambang untuk menentukan siapa yang salah. Kami merasakan keputusan kami adil, saya yakin kami sebagai juri tidak akan berat sebelah, Ada satu ketika pada hari kedua perbincangan, juri mematikan lampu dalam bilik untuk menyelesaikan perbahasan mengenai pengaruh potensi kecerahan skrin antara Apple dan Samsung dan mengambil keputusan reka bentuk skrin Apple lebih unik. Kes difailkan di Mahkamah Daerah AS, Daerah California Utara, dengan nama

kes adalah Apple Inc vs Samsung Electronics Co Ltd et al, No 11-1846. Namun perang paten di Jepun pula menyaksikan Mahkamah Tokyo menolak dakwaan Apple Inc bahawa Samsung melanggar hak ciptanya. Samsung dari Korea Selatan, pengeluar telefon terbesar dunia, mengalu-alukan keputusan Mahkamah Daerah Tokyo bahawa teknologinya untuk menyesuaikan peralatan telefon bimbit dengan komputer tidak melanggar hak cipta Apple. Sudah lama kami berpendirian begitu dan kami akan terus menawarkan produk inovatif kepada pengguna serta meneruskan sumbangan kepada pembangunan industri telefon bimbit, Dalam sesi yang berlangsung selama beberapa minit, Hakim Tamotsu Shoji berkata, beliau tidak berasa produk Samsung menyamai teknologi Apple dan menolak saman berkenaan, yang difailkan Apple, Ogos tahun lalu. Keputusan itu adalah yang pertama dibuat di Jepun perbalahan perundangan kedua-dua pihak di seluruh dunia, tetapi teknologi lain turut dibawa ke mahkamah oleh kedua-dua syarikat itu dalam kes perundangan berasingan di Jepun. Lain pula kesnya di Korea Selatan apabila mahkamah memutuskan kedua-dua syarikat Apple dan Samsung bersalah menggunakan paten lawan masing-masing dan mengenakan pengharaman terhadap sebahagian produk dua syarikat berkenaan. Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan Apple menarik balik iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 daripada kedai di Korea Selatan manakala produk Samsung yang diharamkan ialah GalaxyS2. Produk iPhone 4S dan Galaxy S3 boleh terus dijual. Samsung pula diarah membayar kira-kira RM66,000 kepada lawannya manakala Apple diarah membayar pesaingnya, kira-kira RM109,353. Pengeluar produk elektronik seharusnya melindungi hasil ciptaan itu dengan mempatenkannya kerana ada peruntukan undang-undang mengenainya. Bahkan, paten hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu reka cipta sama ada suatu produk ataupun proses menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Disifatkan sebagai harta intelek, ia dapat ditafsirkan sebagai hasil ciptaan minda sama ada dalam bentuk reka cipta dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan serta ciptaan mahupun teknologi dan dilindungi undang-undang. Secara jujurnya, perang paten itu dijangka akan terus rancak, namun kita tidak akan menjangkakan Apple menyaman syarikat elektronik lain. Kesan kepada pengguna? TIADA! Sumber Harian Metro 10 September 2012

Rencana ini ditulis oleh : NOOR AINUL YAKIN MOHAMAD ISHAK Pernahkah terfikir di fikiran masing-masing untuk mendermakan organ kepada pihak yang memerlukan sekiranya anda meninggal dunia ataupun masih hidup? Mungkin ada antara kita, pernah mendengar mengenai pemindahan organ atau derma organ yang kini semakin diperlukan untuk tujuan kesihatan. Namun ada yang masih tertanya-tanya sama ada pemindahan organ atau derma organ tersebut dibolehkan dalam Islam atau tidak kerana ada yang mengatakan ia haram dilakukan dan ada juga yang dibolehkan mengikut beberapa keadaan. Penceramah bebas, Zaharuddin Abd Rahman berkata, bagi menjawab persoalan berkaitan pemindahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma dan pemindahan organ: 1. Pemindahan organ Memindahkan organ seseorang pesakit daripada satu bahagian daripada tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : Harus, dengan syarat : Kepastian manfaat yang bakal diperoleh adalah lebih tinggi daripada mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana-mana anggota yang diambil, hilang upaya daripada menjalankan fungsi asalnya. Memindahkan organ seseorang pesakit kepada pesakit lain. Hukumnya : Harus , dengan syarat : Ia terdiri daripada anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan akal dalam membuat keputusan tersebut. Memanfaatkan sebahagian anggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti kornea mata Hukumnya : Harus dengan syarat manfaat melebihi mudarat. Memindahkan organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti jantung

Hukumnya : Haram Memindahkan organ yang boleh menghilang upayakan fungsi anggota tersebut daripada tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : Haram, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah haram kecuali kiranya tersangat diperlukan. Memindahkan anggota mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : Harus, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya. Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya : Harus, dengan syarat haiwan yang halal dimakan dagingnya. Menjual organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya Hukumnya : Haram, kecuali jika si penerima atau mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

Maklumat tambahan: Organ tisu yang boleh didermakan - Jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas, Tisu - Injap Jantung, mata, tulang, kulit, usus, membuluh darah, muka Jenis Penderma/Penderma Hidup Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan sum-sum tulang saja. Terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri saja. Pendermaan ketika hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu: Pendermaan ada pertalian saudara Pendermaan tiada talian saudara Pendermaan kadaverik: Penderma Kadaverik ialah penderma yang sudah meninggal dunia. Pendermaan jenis ini amat digalakkan dan diutamakan:

Ia tidak memberikan risiko kepada penderma Penderma kadaverik terbahagi kepada dua kategori: Kematian otak penderma adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti kehidupan seperti pernafasan dan degupan jantung mati. Ini boleh berlaku akibat kecederaan otak yang menyebabkan otak membengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan seumpamanya. Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan otak organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata (kornea), tulang dan kulit. Kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati kerana jantung berhenti berdegup dan penderma ini hanya boleh mendermakan tisu sahaja. Hanya mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang meninggal di rumah, mereka hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu berkenaan di rumah. Sumber: Pusat Sumber Transplan Nasional 7 September 2012

Perkara yang paling memalukan bagi seorang lelaki ialah jika dia tidak berupaya menolong seorang wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata insan yang bernama perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir di pipi perempuan yang amat dikasihinya. Oleh sebab itu, air mata merupakan senjata bagi perempuan. Perempuan harus faham, lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimanapun rrupa dan pandangan luarannya.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melakukan rompakan bersenjata di sebuah bank di Izhevsk di sini. Bagaimanapun, perbuatannya itu berjaya digagalkan anggota polis. Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), gadis itu memakai topeng dan membawa

pisau yang digunakan sebagai senjata. Tindakannya berjaya ditangkis anggota polis ketika dia mengacukan pisau ke arah juruwang. Suspek meminta wang sebanyak 200,000 rubel (RM19,620) daripada juruwang berkenaan. Remaja terbabit mahu menggunakan wang itu untuk meninggalkan bandar dan membunuh diri, Menurut badan penyelidikan polis tempatan, Komsomolskaya Pravda sebagaimana dipetik daripada laporan CBN News, selepas disiasat, polis mengesahkan remaja itu ialah pelajar cemerlang di sekolahnya. Dia mengaku kecewa dengan sikap ibu bapanya yang terlalu mengongkongnya.

Seseorang yang ISTIMEWA, bukanlah yang selalu di depan mata dan bukan juga yang selalu di sisi kita, tetapi dia yang setia di HATI dan mengingat kita pada setiap bisikan DOAnya.. p/s salam jumaat dan selamat pagi kawan2 semua...

SEDALAM mana SAYANGkan seseorang, kita tidak boleh BERHARAP yang dia akan menjadi MILIK kita, biar kita sahaja yang tahu, KASIH SAYANG kita terhadap si dia, yang penting kita tahu bahawa kita SAYANGkan dia, satu hari nanti apabila dia telah KEHILANGAN kita, dia akan ingati segala PENGORBANAN yang telah kita lakukan, saat itu barulah dia sedar akan KEHILANGAN kita, biarlah dia menolak KASIH & CINTA kita, kerana lebih PERIT jika di MILIKI tapi tidak di HARGAI...

Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah Kerana ... dia tak minta ikan yang baru digoreng.. dia tak minta pinggan yang elok ketika makan.. dia tak minta air untuk membasuh tangan.. dia tak minta tisu untuk lap mulut.. dia hanya meminta sisa makanan kita yang tidak habis. tapi.. kenapa kita masih tidak bagi??..=(

"Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu. dan jangan menunggu DISAYANGI baru ingin menyayangi, tapi belajarlah menyayangi, maka kamu akan disayangi." jgn memandang yg putih itu suci, jgn menilai yg debu itu kotor, kerana semuanya bermula dari hati....

Persahabatan Itu Terbina Atas Ranting Kejujuran. Bertunjangkan Keikhlasan, Lalu Membuahkan Kemanisan Ikatan, Jika Terpesong, MakaPatahlah Ranting, Reputlah Akar lalu Rosaklah Buah...... TEMAN SEJATI BUKANLAH YG DEKAT DI MATA, YG DEKAT BICARANYA, TETAPI YG SETIA DIHATI DIINGATI DLM SETIAP BISIKAN DOANYA......

Orang yang ingin kaya, tapi malas belajar dan selalu menghindarkan diri dari melakukan pekerjaan. Orang yang seleranya tinggi, tapi semangat kerjanya rendah. Orang yang impiannya besar, tapi keberaniannya kecil. Orang yang ingin berubah menjadi lebih baik, tapi suka membantah dan mencemuh nasihat. Orang yang ingin dicintai, tapi kasar dan tidak peka terhadap perasaan orang lain. Orang yang ingin dipercaya, tapi tidak jujur. Orang yang ingin dipilih oleh belahan jiwa yang berkelas, tapi sikap dan perilakunya murahan. Orang yang iri dengan keberhasilan orang lain, dan bersikap memusuhi orang yang lebih pandai, lebih berhasil, atau yang lebih berbahagia. Orang yang ingin sihat dan panjang umur, tapi mempunyai tabiat buruk yang merosakkan kesihatan tubuh dan jiwanya. Orang yang ingin dicintai dan dikasihi, tapi tidak memperhatikan keindahan tutur dan pribadinya. 12. Orang yang ingin move on, tapi masih hang on. 13. Orang yang ingin melepaskan diri dari cinta yang palsu, tapi tidak bisa berlaku tegas karena alasan yang stupeod (stupid, tulul). 14. Orang yang ingin berhati damai, tapi suka mengulangi rasa sakit hati dan mengkhayalkan balas dendam. 15. Orang yang ingin diterima apa adanya, tapi banyak maunya. 16. Orang yang tidak percaya diri jika tidak memiliki barang bagus dan bermerk, atau jika tidak tampil bling-bling dan mewah. 17. Orang yang berkeluarga yang harus tumbuh dengan sejahtera, tapi membenci uang. 18. Orang yang salih secara pribadi, tapi tidak salih secara sosial. 19. Orang yang ingin disegani, bernama harum dan dikenal luas, tapi suka mengecilkan, bertengkar dan bermusuhan dengan orang lain.

20. Orang yang ingin sepenuhnya berserah kepada Tuhan, tapi masih sibuk mengatur apa yang akan dilakukan oleh Tuhan untuknya. 21. Orang yang memaafkan, tapi meminta Tuhan untuk membalas dengan setimpal. 22. Orang yang ingin berderma, tapi tidak ikhlas jika tidak diketahui bahwa dia yang menyumbang. 23. Orang yang menikah, tapi tidak menikmati kebersamaan. 24. Orang yang menuntut orang lain melakukan yang tidak dilakukannya. 25. Orang yang jauh dari Tuhan.

Selepas kehilangan bapa tercinta pada Mei tahun lalu, penerjun muda Britain, Tom Daley bingkas mengubah diri menjadi lebih matang. Dalam usia 18 tahun, Daley terpaksa memikul dua tanggungjawab utama, menjaga keluarga dan menggalas harapan negara. Menyifatkan ayahnya yang meninggal dunia akibat kanser otak sebagai sahabat baiknya, pemenang dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di India itu menjadikan segenap memori bersama ayahnya satu inspirasi untuk berjaya. Saya senang diajak berbicara soal ayah kerana setiap kali saya mengingatinya, ia mengembalikan kenangan manis. Tidak dinafikan pemergiannya amat mendukacitakan kami sekeluarga. Tanpa kerja keras ayah, saya tidak akan mencapai kejayaan hari ini, Begitulah kata-kata Daley yang mengukir kejayaan pada Olimpik lalu dengan pingat gangsa bagi acara 10 meter platform. Berbekalkan wajah comel ibarat ahli boyband fenomena, One Direction, Daley menjadi kegilaan ramai gadis. Paling menawan pada Daley adalah senyumannya yang mempamerkan barisan gigi yang putih dan teratur. Saya tidak merokok dan saya tidak suka minuman beralkohol. Kali pertama saya mencuba champagne adalah pada umur 16 tahun dan saya tidak menggemarinya. Jika ke parti saya hanya memilih jus oren atau kola, Daley yang dikatakan tidak boleh hidup tanpa iPhone. Pernah menjuarai kejohanan terjun dunia dan Eropah, atlet harapan United Kingdom (UK) pada Olimpik 2012 lalu itu menjadi rebutan label-label fesyen dan jenama kecantikan ternama untuk dijadikan wajah pelaris. Adidas tanpa ragu-ragu menyambar Daley sebagai duta produk penjagaan badan mereka yang baharu. Keremajaan Daley dan aura tenaganya menjadikan beliau contoh sempurna untuk lelaki aktif lain. Perlu diketahui, seluar renang (Speedo) yang dipakai Daley pada

Olimpik lalu direka khas oleh pereka fesyen prolifik, Stella McCartney. Kenyataan McCartney berhubung kesukaran menghasilkan seluar renang Daley kerana ruang yang kecil untuk berkarya turut mengundang sedikit kontroversi dan kelucuan. Tuah Daley tidak terhenti di situ sahaja. Selepas tamatnya Olimpik, jejaka itu bakal muncul di kaca televisyen sebagai pengacara untuk rancangan berbentuk dokumentari dan program realiti. Sumber dari sebuah syarikat penerbitan di UK, Twofour mengesahkan Daley telah menandatangani persetujuan untuk bekerjasama dalam beberapa projek sekali gus menandakan permulaan kepada karier televisyen Daley. Bukan orang biasa sahaja yang jatuh hati kepada jejaka muda itu malah penyanyi popular UK, Cheryl Cole secara terang menunjukkan minatnya kepada Daley. Menerusi laman Twitter, Cole memuji aksi Daley dan meminta atlet itu mengajarnya melakukan aksi terjun. Daley yang juga mengagumi Cole membalas tweet tersebut menyatakan persetujuan mengajar dengan syarat Cole menjadi pengikutnya (follower) di Twitter.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya Rupa2nya dahulu dia maknyah dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya. 14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu. 15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya. 16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk contoh lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.. 18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah walaupun saya sedang sarat mengandung.. 19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak. 20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya. 21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolokbergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2. 22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata takde duit. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana lemaknya. 23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi. 24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi bersangkak . 25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi. 26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya. 27. 3-4 bulan suami hilang itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena serkup waktu tengah tarik ganja dengan kawan2. 28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV. 29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola. 30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara. 31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah. 32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2. 33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini? 34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi jaga.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi. 35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat gigitan cinta perempuan lain di badannya. 36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak

lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital. 37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak. 38. Walaupun sudah lama masuk Islam mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat. 39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata 40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu isteri sekarang pengurus anak-anak. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang terhegeh-hegeh . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Rencana ini ditulis oleh : NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my Pada Selasa ini, 11 September 2012, satu peristiwa bersejarah bakal dilakarkan apabila dilancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 20132025. Laporan awal itu yang akan dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertujuan menghasilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Selepas pelancaran laporan awal dalam bentuk dokumen itu yang mengandungi pandangan, cadangan dan maklum balas untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara, ia akan dipaparkan untuk dilihat orang ramai. Orang ramai boleh meneliti dokumen awal tersebut dan mengemukakan pelbagai cadangan tambahan sebelum ia dimuktamadkan pada penghujung tahun ini. Sebahagian daripada cadangan itu diperoleh daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang telah diadakan di seluruh negara dengan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Mohd. Nordin. Sesi dialog itu telah membolehkan segenap lapisan masyarakat seperti golongan petani, pemandu teksi, pekerja kilang, peniaga, warga pendidik hinggalah kepada pelbagai latar belakang kumpulan profesional mengemukakan cadangan. Selain dialog, pandangan juga diperoleh melalui Twitter, Facebook dan laman-laman web. Ia juga mengambil kira pandangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, hasil kajian 12 panel bebas, empat panel antarabangsa yang dilantik, laporan daripada enam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sembilan makmal pendidikan. Dokumen awal PPP itu akan memaparkan pelbagai cadangan yang melibatkan sembilan bidang utama yang dianggap kritikal untuk mentransformasi pendidikan negara dan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Pertama, memartabatkan profesion keguruan. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada

usaha meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru. Di samping itu, kementerian akan menambah bilangan guru dengan nisbah satu guru bagi setiap 13 murid, iaitu melebihi purata antarabangsa satu guru bagi setiap 16 murid. Kedua, meningkat kualiti kepimpinan sekolah. Antara kaedah yang dilaksanakan adalah memberikan ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam meningkatkan prestasi sekolah. Ia juga melibatkan langkah memperkenalkan kaedah pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah yang berkesan. Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah yang sekali gus akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri sekolah berkualiti adalah yang mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Untuk tujuan ini, kerajaan akan meningkatkan kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan murid mengakses maklumat di dunia maya. Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan abad ke-21. Keutamaan yang diberikan adalah untuk membina satu kurikulum yang memenuhi piawaian antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing di peringkat global. Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid. Ia akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kepentingan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita. Langkah meningkatkan penguasaan bahasa ketiga seperti Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa antarabangsa lain adalah selaras dengan kemunculan kuasa baru ekonomi dunia yang sebahagiannya bertumpu di negara-negara Asia. Keenam, menekankan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan. Satu aspek yang diberikan penekanan dalam kajian semula pendidikan ini adalah peranan pihak berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid. Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Pelan pendidikan baru ini akan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya saing. Untuk tujuan itu, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid akan dilengkapkan dengan kemahiran abad ke-21 seperti kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan. Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. Ini bermakna, Kementerian Pelajaran akan mengurus sumber dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan sumber diagih secara optimum agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan. Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Ini bermakna, kualiti kepimpinan dan susunan urus tadbir kementerian

akan diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan fungsi pegawai di setiap peringkat. Ia akan melibatkan kira-kira 10,000 pegawai di peringkat kementerian, 6,000 di peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan 420,000 guru di sekolah. Kepada orang ramai yang sedang menanti-nantikan pelancaran laporan awal PPP, marilah kita sama-sama mengemukakan pelbagai cadangan membina supaya ia menjadi pelan pendidikan yang melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya. Bahan ini diperoleh daripada : Akhbar Utusan Malaysia 08 September 2012

Rencana ini ditulis oleh : TAN SRI SYED HAMID ALBAR, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Persepsi adalah satu proses yang mana penerimaan naluri kita diterjemah dan digabungkan menjadi satu pandangan yang menyeluruh terhadap persekitaran kita. Walaupun semestinya berdasarkan kepada infomasi yang tidak lengkap dan tidak sahih, persepsi sering disamakan dengan realiti dan mewakili perangai kita. Hari ini kita lihat politik di serata dunia menjadi lebih bercelaru. Kita berdepan dengan persoalan tentang kebebasan serta pertembungan antara hak individu dan kepentingan masyarakat dalam konteks demokrasi dan hak asasi. Dalam order baru dunia, kuasa besar Barat berjaya membentuk hegemoni, politik dan ekonomi, tanpa adanya dunia multipolar. Serentak dengan itu, situasi ekonomi dunia terus tidak menentu; dan mengikut ramalan Bank Dunia, ekonomi dunia akan terus bergerak perlahan. Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat pula meramalkan ekonomi negara itu tidak akan bertambah baik, malahan akan terus meruncing. Berlatar belakang kedudukan ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan, bidang politik juga menyaksikan perubahan kerajaan sama ada melalui proses pilihan raya bebas atau melalui pemberontakan seperti mana yang telah tercetus khususnya di Asia Barat. 'Sumpitan' daripada kuasa dalaman kerajaan, kuasa luar akhirnya mengakibatkan kerajaan berkenaan digulingkan dengan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa di kalangan mereka yang terlibat dan tidak terlibat. Maka nyata bahawa persepsi ekonomi-politik hari ini sememangnya bercelaru. Soalnya adakah persepsi ini terancang agar akhirnya keadaan bercelaru ini menjemput campur tangan asing secara terang-terangan melalui ketetapan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB sebagai pengendorsnya untuk menghalalkan campur tangan dan perubahan. Jelas sekali campur tangan ke atas negara-negara Islam adalah amat ketara berbanding yang diberikan perhatian kepada negara-negara lain yang berkonflik contohnya di Amerika Latin. Namun apa yang dipanggil penyelesaian itu tidak menjamin keamanan dan keselamatan. Kuasa-kuasa besar Barat terus menggunakan kekuatan ketenteraan dan PBB dibawa bersama bagi mencorakkan order baru dunia di atas asas persepsi bahawa campur tangan kemanusiaan dan mahu mendemokratikkan negara-negara tersebut adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Walaupun perubahan yang mereka bawa tidak semestinya menjadi jawapan ataupun jalan penyelesaian kepada konflik dalaman sesebuah negara, ia tidak pula menjadi persoalan. Justeru masalah keselamatan, keamanan, ekonomi dan politik terus menekan dan membawa penderitaan kepada rakyat di negara-negara yang kononnya telah diselamatkan. Tapi apa yang jelas ia berjaya melahirkan negara-negara yang pro Barat dengan agenda demokrasi dan kebebasan. Persoalannya, sama ada hegemoni dan sistem

ekonomi kapitalis yang dieksport Barat dapat menangani segala kemelut termasuk ekonomi dan politik di Eropah belum lagi terserlah. Apa yang nyata ialah tersebarnya satu persepsi bahawa perlunya transformasi melalui sistem kapitalis, demokrasi dan globalisasi di negara-negara yang tidak mengenalnya sebelum ini. Tetapi realitinya masih lagi sangsi. Pendekatan sebegitu dianggap sebagai penjajahan cara baru yang bertukar hanya bentuknya. Tambahan lagi, banyak pendapat yang mengatakan sistem kapitalis, demokrasi dan globalisasi bukanlah satu penyelesaian muktamad untuk semua keadaan yang dihadapi oleh dunia. Tidak dapat dinafikan yang umat manusia berada di atas satu pentas yang telah didekatkan serta saling kebergantungan akibat dari kemajuan teknologi maklumat dan internet. Dalam tamadun sains dan teknologi ini jelas sekali kuasa terkuat yang muncul hari ini adalah pihak media. Mereka berupaya bercanang, mereka-reka, dan membina persepsi yang tidak berlandaskan realiti semasa. Pengaruh media menjadi dominan dan berjaya serta berkesan membentuk persepsi dalam semua persoalan. Persepsi boleh membentuk pemikiran, pegangan dan keputusan sama ada semasa berdepan dengan krisis ataupun di luar krisis. Masyarakat setempat dan antarabangsa tidak dapat lari daripada hakikat ini. Media alternatif telah menyentuh dan menentukan hala tuju dalam pelbagai bidang termasuk politik domestik dan antarabangsa. Justeru, kebebasan demokratik seharusnya diteraskan kepada wasatiyyah atau kesederhanaan bagi mencapai keseimbangan dalam melaksanakan tanggungjawab di antara hak individu dan masyarakat. Komunikasi dan penyampaian maklumat yang bergerak begitu pantas dengan insiden dan kejadian semasa memerlukan kerajaan berada di hadapan. Pada hari ini, Malaysia sedang melalui proses transformasi yang amat hebat dalam sejarah politik dan ekonomi negara. Ia dilaksanakan untuk menaikkan taraf hidup, melahirkan peluang perkerjaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi serta terhubung di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain atau dari satu tempat ke tempat yang lain. Pemimpin dan mereka yang berada di persekitaran pemimpin perlu dapat menguasai setiap nadi dan pergerakan dasar, sama ada tersurat ataupun tersirat. Mereka harus mengerti dan memahami niat dan tujuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), ProgramTransformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan ( GTP) yang luhur dan murni itu dapat dirasai dan dikecapi oleh rakyat. Dalam konteks ini amalan dan implementasi akan diyakini oleh golongan yang hendak dimanfaatkan. Jika program-program dapat dilaksanakan dengan telus dan sempurna maka akan terbitlah keyakinan terhadap pemimpin dan kerajaan dan kredibiliti pemerintah akan dapat ditingkatkan. Bila dapat diajukan dasar, sasarannya dan maklumat dengan telus dan tepat maka susah untuk dimanipulasikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk memenuhi agenda mereka bagi melahirkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Persepsi negatif hanya boleh dikalahkan dengan kebenaran. Tetapi jika kebenaran tersembunyi, akhirnya pembohongan yang diulang-ulangkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan diterima sebagai kebenaran. Justeru, kejayaan dan kegagalan kerajaan pada dewasa ini bergantung banyak kepada bagaimana pemimpin dan jentera dianggap cekap dan autoratif dalam menengahkan kebenaran sebagai realiti. Sekali gus pihak yang lain tidak dapat membentuk persepsi negatif terhadap setiap dasar atau tindakan kerajaan. Kerajaan tidak boleh hanya respons setelah sesuatu terjadi dan persepsi negatif telah diatur bentuk oleh 'Dr. Spin' pihak lawan. Apabila itu berlaku mereka akan mewarnakan kebenaran melalui persepsi mereka. Begitu juga kerajaan tidak boleh membiar atau mengizinkan manipulasi fakta oleh pihak lain dan kemudiannya kelam-kabut menyediakan jawapan. Dasar pemerintah sebenarnya hendaklah diterjemah dan diimplimentasi agar dapat dilihat sendiri manfaatnya oleh rakyat dan bukan sesuatu yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Dalam hal ini kerajaan tidak boleh bersikap

defensif dan apologetik. Sudah banyak sentuhan yang dihulurkan melalui program dan tindakan sama ada untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Media arus perdana dan alternatif harus digunakan untuk melaporkan pencapaian sebenar program dan tindakan tersebut, bukan hanya setakat untuk melaungkan persepsi transformasi. Pemimpin pula perlu perihatin membicara menggunakan bahasa dan memahami kecenderungan setiap peringkat masyarakat . Jika tidak, jurang realiti dan persepsi akan dibentuk oleh orang lain dan akan merugikan pemerintah. Sekiranya ingin berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kerajaan perlu menangani pertarungan persepsi ini dengan cara yang bijak dan berkesan. Persepsi yang pemimpin kerajaan atau politik tidak bersih atau sombong atau hidup mewah atau susah untuk ditemui perlu dapat diatasi melalui pendekatan yang sungguh mesra rakyat dan terbuka dengan cara bertawaduk seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Pada masa yang sama dari sekarang hingga PRU-13, insya-Allah masyarakat tidak didedahkan dengan cerita-cerita skandal, salah laku sama ada bersifat jenayah ataupun tidak, yang membangkitkan kemarahan dan keraguan rakyat atau menyinggung sensitiviti mereka sehingga boleh menjejaskan sokongan dan minat kepada kerajaan dalam PRU-13. Seharusnyalah parti pemerintah dapat mengatasi pihak pembangkang dengan memaparkan keupayaan, keikhlasan dan ketelusan kerajaan. Sebenarnya pemerintahlah penterjemah dan pelaksana kepada pembinaan satu negara bangsa berteraskan 1Malaysia untuk semua rakyat mengecapi kemajuan dan kesejahteraan. Bahan ini diperoleh daripada : Akhbar Utusan Malaysia Isnin, 13 Ogos 2012

Rencana ini ditulis oleh : NURUL ANUAR KARI anuar.kari@utusan.com.my Penindasan yang dihadapi etnik Rohingya bukannya sesuatu yang baru dan telah diketahui dunia sejak sekian lama, termasuk di Malaysia yang telah menerima berpuluh ribu pelarian Myanmar sejak beberapa dekad lalu. Etnik Rohingya yang memohon suaka politik di Malaysia jauh lebih bernasib baik berbanding saudara mereka di Myanmar yang masih diserang dan dihalau dari tempat tinggal mereka tanpa sebarang pembelaan. Walaupun masyarakat Rohingya telah hidup sebagai pelarian selama beberapa generasi di negara ini dan beberapa negara anggota ASEAN lain, hak kerakyatan etnik minoriti itu masih disekat kerajaan Myanmar kerana dikatakan tidak termasuk dalam 130 etnik asal. Sekitar 750,000 warga Rohingya yang tinggal di kawasan barat negeri Rakhine diklasifikasikan kerajaan Myanmar sebagai masyarakat Islam Bengali yang masuk dari Bangladesh tetapi tiada negara sendiri.

Bangladesh pula dilaporkan menolak pelarian Rohingya yang ingin menyelamatkan diri daripada penindasan di Myanmar dan terbaru telah menghalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa menyampaikan bantuan kepada pelarian berkenaan. Kesal dengan sikap masyarakat antarabangsa menangani isu tersebut, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan meminta kebenaran kerajaan Myanmar bagi menghantar misi pencarian fakta ke negara itu untuk mencari penyelesaian terbaik. Dengan jumlah kematian yang semakin meningkat dan lebih 100,000 etnik Rohingya kehilangan tempat tinggal, masyarakat Islam seluruh dunia tertanya-tanya apakah agenda kerajaan Myanmar dan mengapa tragedi melibatkan masyarakat Islam sering dipandang enteng masyarakat antarabangsa. Walaupun sistem pemerintahan di Myanmar kini dikatakan semakin baik tetapi mampukah perubahan ke arah demokrasi yang dilaung-laungkan itu menyelesaikan masalah penindasan etnik yang telah berpuluh tahun berlarutan? Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan menjelaskan, masalah Rohingya telah lama berlarutan sejak zaman junta tentera sehingga di bawah kerajaan awam kini. "Apa pun, Myanmar tidak mahu dan tidak akan mengiktiraf etnik Rohingya, yang datang dari Bangladesh, sebagai rakyat mahupun pelarian. Ini berlaku sejak negara itu dikenali sebagai Burma dahulu lagi. "Kini di bawah kerajaan baru, etnik asal Myanmar mempunyai motivasi baru untuk menghapuskan etnik minoriti itu tanpa sekatan daripada pihak pemerintah," katanya. Menurut beliau, Myanmar sememangnya dalam proses ke arah demokrasi tetapi dalam hal ini, pihak pemerintah dan pembangkang termasuk Aung San Suu Kyi sendiri sepakat untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya. Tambahnya, masalah tidak akan selesai selagi dibiar Myanmar menguruskan situasi itu sendirian sementara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pula melihat perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak penting. Oleh itu, beliau menganggap langkah OIC menghantar pasukan sendiri sebagai langkah terbaik untuk campur tangan bagi mengelakkan situasi semakin melarat. "OIC badan terbaik untuk campur tangan memandangkan ASEAN tidak boleh diharap kerana memegang pendirian tidak campur tangan politik dalaman anggotanya sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula dikawal AS dan Eropah. OIC dapat memberi pendedahan dan membuka mata dunia terhadap penindasan berterusan etnik Rohingya serta situasi mereka yang ditolak oleh Bangladesh dan negara ketiga," ujarnya. Jelasnya, etnik Rohingya yang dilihat tiada kemahiran untuk menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara menjadi punca mereka ditolak semua pihak termasuk negara asal dan kerajaan Myanmar sendiri. Tegasnya lagi, setelah berpuluh tahun ditindas, situasi mereka tidak diendahkan lagi dunia kerana ia tidak memberi keburukan kepada geopolitik antarabangsa. Menurut Azmi, berbeza dengan situasi rakyat Palestin yang memberi impak kepada dunia, apa yang berlaku kepada warga Rohingya kini tiada kesan besar kerana jumlah mereka kecil dan tiada negara sendiri. "Cara terbaik dalam jangka pendek adalah untuk memaksa Myanmar sekurang-kurangnya mengiktiraf etnik minoriti ini sebagai pelarian dan melalui konvensyen khas pelarian PBB, kerajaan negara itu perlu membantu warga Rohingya. Malaysia dan Thailand selaku penerima pelarian Rohingya terbanyak boleh menunjukkan contoh baik layanan adil kepada pelarian terbabit sebagai satu langkah simbolik dalam ASEAN," jelasnya. Namun, beliau secara peribadi merasakan campur tangan OIC itu tidak akan membawa penyelesaian mahupun kesan kesan positif dalam jangka pendek. "ASEAN sendiri perlu campur tangan tetapi masalahnya mereka tidak mahu merencatkan proses demokrasi di Myanmar. Persoalannya kini, yang mana lebih penting - Rohingya atau demokrasi," soal beliau. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Proffesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak juga bersetuju ASEAN sendiri yang sepatutnya menyelesaikan masalah di depan 'halaman' mereka itu. "Ini bukannya campur tangan politik dalaman, ini tragedi kemanusiaan yang menjejaskan imej ASEAN sendiri kerana selama ini mereka paling banyak membela Myanmar daripada campur tangan Barat. ASEAN tidak

boleh cuci tangan dan membiarkan OIC membuat kerja mereka. Jika terus berdiam diri, tiada bezanya ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) yang membiarkan Serbia menyembelih etnik Bosnia dahulu," tegasnya. Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan ASEAN terlalu 'menghormati' Myanmar dan mengekalkan dasar tidak campur tangan sedangkan pelanggaran hak asasi manusia dan mungkin juga pembersihan etnik sedang berlaku di depan halaman mereka sendiri. Tambahnya, pemerintah Myanmar juga memang dikenali berkeras dalam mengawal tindaktanduk etnik asal negara itu, inikan pula terhadap etnik-etnik minoriti lain yang ingin disingkirkan seperti masyarakat Rohingya. Beliau turut mempersoalkan motif penindasan etnik minoriti itu memandangkan masyarakat Rohingya tidak menuntut wilayah sendiri mahupun memberontak tetapi hanya mahukan perlindungan dan keadilan. "Motif keganasan terbaru ini kurang jelas tetapi mungkin kerana mereka takut dengan sokongan etnik minoriti akan cenderung kepada penentang kerajaan serta pejuang demokrasi. Sudahlah hidup serba kekurangan dalam kedaifan dan kini penindasan sistematik oleh kerajaan yang mahu singkirkan mereka. Apabila Bangladesh dan negara ketiga juga menolak mereka, Rohingya mungkin berhadapan dengan pembersihan etnik pula," katanya. Beliau berharap ASEAN segera mencari jalan untuk membantu atau kredibiliti mereka akan terjejas kerana membiarkan etnik Rohingya seperti mana EU mengabaikan etnik Bosnia. "Persoalannya kini, adakah ASEAN akan terus berdiam diri dan melihat pembersihan etnik seperti mana EU lakukan dalam perang Bosnia dahulu," ujarnya. Bahan ini diperoleh daripada : Akhbar Utusan Malaysia Jumaat, 10 Ogos 2012

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan gambar permukaan planet Marikh pada 9 Julai 2012. Gambar itu dirakamkan kenderaan penjelajah planet itu, Opportunity milik NASA. Terdapat jejak pergerakan kenderaan tersebut di dalam gambar itu. Perumpamaan paku yg telah dicabut dari kayu... masih ada bekasnya... dan tidak dapat ditutupi... jangan sampai menyakiti perasaan orang lain.. kerana walaupun sudah dimaafkan... lubang yang telah dibuat di hati.. tidak boleh ditutupi...makanya berhati-hatilah menjaga hati... Mengapa perlu mengalah Jika kehidupan masih panjang Fitrah kehidupan Walau perit dan pahit bagaimana pun kehidupan Harus berani ditelan Tidak perlu rasa lemah Jika masih ada tanggungjawab yang masih belum tertunai Bangkitlah dari kesengsaraan Bukan hidup cari kesempurnaan Cukuplah tadah tangan mohon pada Nya Setiap persoalan ada jawapannya Setiap kesakitan ada penawarnya

Setiap kesusahan pasti ada jalannya Yang pasti hidup harus diteruskan Usah hidup mengundur Tapi... Hiduplah maju kehadapan...selamat pagi kawan2 semua ...puasa elok2 ok.. Jadikan telinga kanan untuk mendengar kebaikan orang lain agar kita dapat mencontohinya. Jadikan telinga kiri untuk mendengar keburukan diri sendiri agar kita dapat membaikinya. Bila kita tidur, jantung jalan bila kita berjalan, jantung jalan bila kita berhenti jantung jalan bila jantung berhenti, kita yang jalan...eheheh Sesungguhnya lubang jarum tidak terlalu sempit bagi dua orang yang saling mencintai. Sebaliknya, dunia ini tidak cukup luas bagi dua orang yang bermusuhan.

Вам также может понравиться