Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
1.
PENGENALAN
Dewasa ini, pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan bidang yang dipelajari semasa di peringkat pengajian menengah dan pengajian tinggi menjadi keutamaan kepada semua pelajar. Namun begitu, keadaan semasa dan ekonomi dunia turut memerlukan bakal pekerja yang kompetetif dalam bekerja dan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Bau (SMK Bau) mensasarkan untuk menganjurkan Karnival Kerjaya SMK Bau 2012 sebagai memenuhi kehendak pelajar dan agensi pekerjaan. Karnival Kerjaya SMK Bau ini merupakan satu medium yang baik bagi mendedahkan pelajar ke alam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bidang kerjaya semasa. Perkongsian dan makluman terkini dari alam pendidikan ke alam kerjaya dapat membantu pelajar bersedia dengan lebih baik untuk mengharungi kehidupan selepas alam pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti bengkel penulisan resume dan persediaan menghadiri temuduga yang akan memberikan pelbagai pendedahan awal untuk menghadiri temuduga.
2.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program dijangka dapat memberikan pendedahan awal tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya-kerjaya yang ingin diceburi oleh para pelajar.
3.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah :Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diingini. Dapat mengenalpasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti yang dimiliki. Mendapatkan pendedahan awal tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia serta kelayakan untuk menceburi kerjaya berkenaan. Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para pelajar mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud di sekitar mereka. 1
Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Membantu pelajar yang masih belum mempunyai hala tuju yang jelas selepas tamat SPM dan STPM
4.
KUMPULAN SASARAN
Program ini dirangka khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 dan seluruh warga SMK Bau.
5.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN Tarikh Masa Tempat : 18 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012 (Isnin - Khamis) : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari : Dewan Krian, SMK Bau
6.
Karnival Kerjaya SMK Bau ini akan diadakan dalam pelbagai bentuk dan acara. Antaranya adalah pertandingan melukis poster kerjaya, ujian inventori personaliti, kuiz kerjaya, pameran kerjaya dan bengkel penulisan resume dan persediaan menghadiri temuduga. Tentatif Karnival Kerjaya rujuk Lampiran A. 7. AHLI JAWATANKUASA
Pn. Hjh Zakiah Abdul Hamid En. Paul Ahbui Cik Gloria Raphael Cik Zurina Binti Omar En. Jikim Ak Ringep Cik Hidayati Binti Abdul Rahman Pn. Liew Siew Choo Pn. Catherina Nelson Cik Zurina Binti Omar
Publisiti Urusetia
Buku Program
Persiapan Dewan
Sebelum : En. Jem Ak Dawel Pelajar Selepas : En. Nuhip @ Nyogging Pelajar
Hiasan Dewan
Disiplin
Siaraya/PA System
Pengacara Majlis
Perasmian
En. Michael Jeali Ak Nyokin Pn. Martha Ayu Pn. Nurul Diyana Bt Mohd Khifit
Banner/Backdrop
Kebersihan
12.
PENUTUP
Semoga Karnival Kerjaya SMK Bau 2012 ini dapat memberikan pelbagai maklumat berguna kepada para pelajar dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Disediakan oleh : .. (ZURINA BINTI OMAR) Setiausaha Minggu Kerjaya Sekolah Menengah Kebangsaan Bau Tarikh :
Disahkan oleh :
.............................................................. (PUAN HJH. ZAKIAH ABDUL HAMID) Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bau
Tarikh :.................................
PROGRAM Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Kuiz Kerjaya Pertandingan Buku Skrap Kerjaya Kaunter Inventori Kaunter Internet Kerjaya Perasmian Karnival Kerjaya SMK Bau 2011 oleh Pn. Hjh. Zakiah Abdul Hamid, Pengetua SMK Bau Pelancaran Facebook UBK SMK Bau Pameran IPTA/S Pameran Kerjaya Kaunter Kesihatan Kaunter AADK
8.00am 12.30pm
Lawatan Kerjaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Jabatan Penerbangan Awam (Aviation) Institut Pendidikan Guru Batu Lintang
(Melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas) 21 Jun 2012 (Khamis) 8.00am 12.30pm Bengkel Penulisan resume Persediaan Menghadiri Temuduga Majlis Penutupan Minggu Kerjaya SMK Bau
SENARAI IPTA/S DAN AGENSI-AGENSI YANG AKAN DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA KARNIVAL KERJAYA SMK BAU 2012
Pameran IPTA/S Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Institut Kemahiran MARA Kuching (IKM) Kolej Komuniti Mas Gading Politeknik Kuching Institusi Pendidikan Guru Batu Lintang Maktab Perguruan Kota Samarahan Sunway College Kuching Swin Burn College Tecnology College of Sarawak (TCS) Master Skills INTI College Internatinol College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) Pusat Teknologi dan Pembangunan Lanjutan (PTPL) Segi college i-System College Institut Teknologi SARAWEL Institut Latihan Perindustrian Pusat Giat Mara Institut Kemahiran Belia Negara
Pameran Kerjaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Bau Kolej Kejururawatan Bersekutu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Air Asia Mas Airlines Kastam 6
Akademi Imigresen Malaysia CIDB Lembaga Hasil Dalam Negeri Bank Rakyat