Вы находитесь на странице: 1из 3

NAMA NO KAD PENGENALAN KUMPULAN SEMESTER PENSYARAH

: ZAINAB BINTI AWANG : 711125115292 : PPG MATEMATIK 1 AMBILAN JUN 2012 : 3 : MISS TAN KIM LAN

TAJUK ARTIKEL

: PERKENALKAN KONSEP MATEMATIK KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

RINGKASAN ARTIKEL

Artikel ini menerangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep matematik kepada kanak-kanak prasekolah. Kaedah yang paling berkesan dalam mengajar konsep nombor kepada kanak-kanak prasekolah adalah melalui penggunaan bahan manipulatif,

Penglibatan ibu bapa di peringkat awal merupakan aspek yang amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ibu bapa merupakan orang pertama yang mendidik kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif terhadap kanak-kanak. Mereka dapat merasakan bahawa pembelajaran boleh diteruskan di rumah dan bukannya diperolehi di sekolah sahaja.

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan kepada perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Pada usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Ini selaras dengan teori Jean Piaget yang berpendapat bahawa asas kepada semua pembelajaran adalah aktiviti kanakkanak itu sendiri . Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan orang lain disekelilingnya untuk menggalakkan perkembangan mental.

Dalam pendidkan matematik, kanak-kanak diajar dengan menggunakan benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik akan datang.

Kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara bagi meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru.

Вам также может понравиться