Вы находитесь на странице: 1из 3

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.

Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit

sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Memelihara dan mencintai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan haruslah dititikberatkan oleh masyarakat kita bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam pelbagai disiplin ilmu dan kecanggihan teknologi telah membuktikan bahawa penciptaan alam ini adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Dalam membincangkan kecintaan kepada alam sekitar, ianya amat berkait rapat dengan penjagaan dan pemuliharaan. Pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua yang golongan, terutamanya golongan memainkan pencinta peranan alam alam dalam sekitar.

atauenviromentalist menyedarkan

bersungguh-sungguh tentang betapa

masyarakat

pentingnya

menjaga

Pemuliharaan untuk menyelamatkan alam ini untuk tujuan kegunaan manusia. Usaha untuk melestarikan alam sekitar adalah penting kerana manusia dan hidupan lain menjadi semakin terancam akibat perbuatan rakus pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat perlu menghayati kepentingan mencintai alam

demi untuk

mengecapi kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Umumnya kualiti alam sekitar di negara ini masih berada di tahap yang baik. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kejadian yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar seperti pembakaran terbuka di beberapa kawasan, pencemaran bau, pembuangan sampah merata-rata, pelepasan asap kenderaan, banjir kilat dan seumpamanya.

Beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku kebelakangan ini telah mengakibatkan gangguan kepada eko-sistem di negara ini. Walaupun tidak terlalu serius, pihak kerajaan dan agensi- agensi berkenaan sentiasa memberikan perhatian dan berusaha menanganinya dari masa ke semasa. Pelbagai program dan mekanisme

telah dilaksanakan untuk mengawal dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Semua lapisan masyarakat perlu berusaha secara bersepadu untuk menentukan alam sekitar sentiasa bersih dan selamat. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh sektor swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi-institusi pendidikan dan masyarakat umumnya. Walaupun kita tidak berhak untuk melarang seseorang meneroka kawasan yang merupakan haknya sendiri untuk tujuan menambah pendapatan, tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan.

Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.

Hutan merupakan khazanah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepentingannya, kenyamanan dan kehijauan yang menjadi penawar kerunsingan fikiran. Flora dan fauna ialah sumber ekonomi negara dan rezeki rakyat. Bagi mengekalkan kelestarian hutan pihak kerajaan telah menjalankan perusahaan hutan ladang di Malaysia seperti kawasan lombong yang kurang subur dimajukan untuk mengekalkan kelestarian hutan.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha murni kerajaan untuk menjaga alam semulajadi yang ada di Negara ini demi kebaikan generasi akan datang, dikemukakan beberapa saranan untuk dihayati dan diamalkan kita perlulah mendalami pengetahuan mengurus dan mentadbir alam, ilmu agama sebagai asas dan mereka perlu pelajari sains sosial, sains hayat, sains teknologi dan geografi. Orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan alam persekitaran.

Selain itu, menjalankan kempen kesedaran mengenai undang-undang kepada semua pihak yang melanggar peraturan atau Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia.

Tambahan pula, mengadakan penyelidikan berkaitan kepelbagaian flora dan fauna di Negara ini. Seterusnya, mengawal kerja pembukaan dan pembersihan hutan untuk tujuan projek pembangunan bagi mengelakkan keruntuhan tanah, banjir dan sebagainya dan mengadakan kempen kasih sayang terhadap semua makhluk

termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh sekiranya binatang dibunuh, sudah tentu alam sekitar akan tercemar dengan bangkai binatang yang

bergelimpangan. Ini akan mencemar alam sekitar dan mengganggu kehidupan di muka bumi terutama manusia. Begitulah juga dengan tumbuh- tumbuhan dan pokok juga perlu dipelihara kerana ia dapat memberi manfaat kepada manusia.

Jadilah individu yang memberi sumbangan kearah kebaikan bagi melestarikan alam sekitar yang dicintai. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan dan kemusnahan alam semulajadi hendaklah dihentikan segera.

Вам также может понравиться