Вы находитесь на странице: 1из 38

1

1. PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang wajib diikuti oleh setiap pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Selain itu, program ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insane guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi menjayakan program BIG ini, pelatih-pelatih guru yang bakal mendidik anak bangsa di Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Setiap pelatih guru hendaklah mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan kerana melalui aktiviti-aktiviti ini, kita dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri selaras dengan hasrat Negara. Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelak dan social amat diperlukan untuk menjadi guru yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Hal ini kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Sesungguhnya, Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga Negara.

2. RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, diharapkan guru-guru pelatih dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak yang mulia, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan yang tinggi serta aura sebagai seorang guru yang berkualiti dan professional sejajar dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Di samping itu, program ini juga merupakan suatu usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan arkitek yang membina bangsa.

4. OBJEKTIF

Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan akan dapat mencapai objektif berikut:

Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan. Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan. Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaaan. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi dalam menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan.

Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan

mengorganisasi sesuatu program dengan baik. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan social.

5.0 REFLEKTIF PROGRAM 5.1 GOTONG-ROYONG (i) Sebelum Setelah diberi taklimat berkenaan dengan pelaksanaan Bina Insan Guru pada fasa yang kedua, siri ketiga ini, kami mulai berbincang mengikut kumpulan kleas masing-masing, membahagi-bahagikan tugas di mana pertama-tama sekali, kami membentuk ahli jawatankuasa. Melalui jawatankuasa yang kami bentuk, dapatlah kami melaksanakan setiap tugasan yang telah kami peruntukkan pada BIG kali ini dengan lebih terancang. BIG kali ini saya telah mendapat tugas yang agak mencabar sedikit yakni menjadi ahli jawatankuasa dokumentasi. Hal yang sedemikian kerana sebelum ini saya tidak pernah memikul tugas sebagai pendokumentasi program. Sebagai jawatankuasa dokumentasi, kami dikehendaki mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung sebagai bahan bukti bahawa kami sendiri yang telah menjalankan program berkenaan. Walaupun begitu, saya menganggap ia sebagai suatu medang untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Selain daripada itu, kami juga telah sedaya upaya mengemukakan idea-idea bernas untuk menghasilkan satu kertas kerja yang menarik dan memberangsangkan agar pihak atasan tidak akan ragu-ragu untuk memberikan sokongan terhadap program yang akan kami jalankan. Kami bersama-sama memberikan pendapat di samping menapis segala maklumat yang terkumpul dan melakukan penambahbaikan kepada mana-mana yang perlu agar kertas kerja yang terbaik dapat kami hasilkan. Setelah bertungkus lumus, akhirnya, pihak atasan institut telah meluluskan permohonan kami untuk menjalankan program ini termasuklah menggunakan segala peralatan yang diperlukan untuk aktiviti yang kami anjurkan. Setelah berjaya menghasilkan kertas kertas bagi menarik perhatian pihak atasan terutamanya untuk pensyarah pembimbing kami pada BIG siri kali ini, Encik Sofi dan segala permohonan telah diluluskan, kami seterusnya bergegas mencari penceramah pula untuk program Ceramah Akauntabiliti Profesionalisma Keguruan. Akhirnya, kami berjaya mendapat Encik Rosli sebagai penceramah kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Rosli di atas pengorbanan masa beliau
10

menceramah kami berkenaan dengan tajuk ceramah yang kami telah tetapkan iaitu Akauntabiliti Profesionalisma Keguruan. Melalui ceramah beliau itu, saya dapat memahami apa itu akauntabiliti guru yang sebenar dan apakah peranan atau tanggungjawab guru sebagai pendidik yang sebenar-benarnya.

(ii) Semasa Kira-kira pukul 8.00 pagi, selepas bersarapan, semua kumpulan bergegas ke kawasan masing-masing untuk menjalankan tugas. Saya dan rakan-rakan sekelas saya iaitu Kelas Matematik Dua ke Jabatan Matematik untuk melakukan kerja-kerja mengemas dan membersihkan kawasan serta pejabat pensyarah di Jabatan Bahasa. Pada mulanya, saya ditugaskan untuk menyertai kawan-kawan sekumpulan saya untuk membersihkan pejabat pensyarah, tetapi memandangkan kerja-kerja di bahagian Kelas Matematik memerlukan lebih banyak tenaga kerja kerana perlu memindahkan meja-meja dan kerusi yang ada dilam kelas tersebut, pengerusi kami, iaitu Amerul mengarahkan saya untuk beralih tempat bagi membantu mereka membersihkan Kelas Matematik. Ternyata, banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan di situ. Walaubagaimanapun, saya dan rakan-rakan yang lain bekerjasama membersihkan tempat itu. Kami tidak melengah-lengahkan masa. Kami melakukan kerja-kerja pembersihan sehinggalah waktu tengah hari dan pada ketika itu, kerjakerja pembersihan sudah semakin selesai. Setelah penat bekerja melakukan aktiviti pembersihan, kami pun duduk berkumpulan dan makan bersama. Apa yang saya perhatikan, makan bersama-sama pada ketika itu telah mengeratkan lagi hubungan kami sesama kawan kerana sewaktu makan bersama-sama, kami bergurau-senda dan sembang-sembang. Gelak ketawa kami telah membuatkan penat lelah kami hilang begitu sahaja. Apa yang paling penting, walaupun penat bekerja, tetapi kami berasa sangat gembira terutamanya untuk bekerja bersama. Setelah berehat sebentar selepas makan tengah hari, kami pun terus bergegas kembali melakukan semula mana-mana kerja yang belum disempurnakan.

11

(iii) Selepas Lebih kurang pukul 3.00 petang, kerja kami pun selesai. Selepas menulis refleksi untuk dihantar kepada mentor, kami pun berkumpul bersama-sama untuk merehatkan diri dan sambil-sambil itu, kami bersembang dan bersenda gurau. Sewaktu berbual-bual itu, saya dapat rasakan bahawa hubungan silaturahim di antara kami rakan sekelas semakin bertambah erat dan ini semua berpunca daripada program BIG ini. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati sekali kerana semua usaha yang kami curahkan membuahkan hasil. Di samping itu, kami juga dapat memberikan sumbangan kepada IPDA, iaitu institut kami sendiri kerana telah membantu melakukan kerja-kerja amal. Sesungguhnya, kerja amal atau khidmat masyarakat ini tidak akan berjaya dilaksanakan jika tanpa kerjasama dari semua pihak terutama ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Hasil daripada usaha kami semua, kami berasa sangat berpuas hati dan harapan saya pula, semoga program seumpama ini akan terus dijalankan di masa-masa akan datang kerana ianya memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya para pensyarah.

12

5.2 CERAMAH (i) Sebelum Setelah melaksanakan program Khidmat Masyarakat, kami beralih pula kepada penganjuran aktiviti ceramah yang bertajuk Profesionalisme . Para ahli jawatankuasa bertungkus-lumus menyediakan kertas kerja dan mencari pensyarah sebagai penceramah. Saya amat berbangga kerana saya dan semua rakan-rakan saya masing-masing memberikan pendapat dalam penyediaan kertas kerja dan segala perancangan yang diperlukan. Setelah menghantar kertas kerja, akhirnya, kami dapat juga seorang penceramah iaitu seorang pensyarah dari Jabatan Bimbingan dan kaunseling iaitu Encik Rosli. Setelah itu, barulah kami semua boleh menarik nafas lega dan tambahan pula, masih banyak tugasan lain yang perlu kami siapkan pada minggu yang sama termasuklah Ujian Akhir Kursus. Segala masalah yang kami hadapi tidak menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan segala perancangan untuk program Bina Insan Guru ini malah menambahkan lagi semangat kami untuk terus menjalankan segala usaha dengan sedaya upaya. Selain itu, saya juga dapat merasakan bahawa kematangan semakin bertambah dalam diri ini hasil daripada curahan usaha yang saya sumbangkan kepada rakan-rakan dan juga kepada para pensyarah. Guru dan Akauntabiliti

(ii) Semasa Setelah bertungkus-lumus menguruskan hal-hal penganjuran Ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme, akhirnya, pada 26 September 2012 bersamaan dengan hari Rabu, ceramah tersebut pun berlangsung di Dewan Zaba dan penceramah kami ialah Encik Rosli Ahmad yang telah menggantikan Encik Mohamad Shokkeri di atas halangan yang tidak dapat dielakkan. Kira-kira pukul 2.00 petang, sesi pendaftaran pelajar untuk menghadiri ceramah tersebut berjalan dan pada sekitar pukul 2.30 petang acara majlis pun bermula dengan didahului oleh bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, pengerusi
13

majlis pun menjemput pengerusi kami iaitu, Najme untuk memberikan sedikit ucapan sebelum Encik Rosli mengambil alih pentas ucapan untuk menyampaikan ceramahnya. Setelah itu, Encik Rosli pun memulakan bicaranya yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme. Bagi saya, berdasarkan kesimpulan akhir yang saya dapati untuk ceramah tersebut ialah, akauntabiliti guru disifatkan sebagai tanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan dalam mendidik anak bangsa dan sama sekali tidak boleh diabaikan atau dipandang enteng. Menurut Encik Rosli dalam ceramah beliau, guru yang berakauntabiliti mempunyai enam aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah akauntabiliti terhadap diri sendiri, akauntabiliti terhadap tugas dan kerja, akauntabiliti terhadap murid, akauntabiliti terhadap profesion perguruan dan juga akauntabiliti terhadap negara. Keenam-enam jenis akauntabiliti ini wajib ada dalam diri seorang guru bagi membentuk insan yang berguna. Jika salah satu daripada akauntabiliti tersebut tidak ada dalam diri seseorang guru, maka tercemarlah seluruh akauntabiliti lain walaupun ada dalam diri seseorang guru itu bak kata pepatah mengatakan, nila setitik, rosak susu sebelanga. Berdasarkan ceramah itu juga, saya dapat menyedari bahawa ia mampu membina dan membentuk profesionalisme guru pada peringkat permulaan. Bagi kami, sebagai seorang bakal bergelar seorang guru, ceramah yang menjelaskan akauntabiliti keguruan ini telah sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai bekal untuk kami pupuk dan tanam di dalam dada untuk diaplikasikan di kemudian hari.

(iii) Selepas Setelah program ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme selesai, barulah saya dapat menarik nafas lega. Namun begitu, laporan BIG ini masih perlu dihantar. Walau bagaimanapun, semua itu tidak saya hiraukan tetapi apa yang penting, saya dapat mengembangkan diri saya sendiri dari pelbagai aspek di samping menimba pengalaman berguna sebagai bekal di masa hadapan. Saya juga berasa sangat berpuas hati kerana melalui program ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme itu, saya beroleh banyak pengetahuan yang boleh
14

saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya lebih-lebih lagi saya adala bakal seorang guru dan sememangnya, saya patut mengembangkan lagi akauntabiliti dalam diri saya agar menjadi seorang guru yang sangat berdedikasi. Harapan saya, semoga program seumpama ini tetap diadakan di masa akan datang kerana ianya sangat berfaedah dan memberikan manfaat yang banyak kepada para guru pelatih.

15

16

6.0 REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Dua Siri Tiga kali ini sekali lagi telah berlangsung dengan jayanya. Syukur kepada Tuhan kerana telah merahmati segala usaha yang kami curahkan. Semua peserta berkomitmen tinggi dalam menjalankan tugas masing-masing dalam AJK yang telah ditetapkan. Hasilnya, semuanya berjalan dengan lancar. Di sepanjang program, dua aktiviti utama iaitu, Gotong-Royong Perdana dan Ceramah Akauntabiliti Profesionalisma Keguruan telah dijalankan yakni yang telah diaturkan oleh kami sendiri berdasarkan Ahli-ahli Jawatankuasa yang telah kami lantik. Ternyata, aktiviti yang kami anjurkan itu berjalan dengan lancar walaupun menghadapi beberapa halangan masalah dan rintangan berikutan masing-masing juga sibuk menyiapkan tugasan yang selainnya. Namun, usaha dan komitmen yang tinggi serta kekreatifan daripada para jawatankuasa telah melancarkan segala urusan kami. Apa yang penting ialah, kami memperole pengalaman yang amat berharga aktiviti yang telah dijalankan. Misalnya, mengendalikan dan mengurus pembahagian tugas-tugas bagi kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat termasuklah menguruskan dan menyediakan kertas kerja bagi menganjurkan kedua-dua aktiviti tersebut. Aktiviti Gotong-Royong Perdana berlangsung dengan baik di mana setiap kelas telah dibahagikan kepada kawasan masing-masing untuk dibersihkan. Kelas saya, iaitu Matematik Dua bertugas membersihkan Jabatan Matematik. Di sepanjang aktiviti tersebut, saya dapati, kami semua bertungkus-lumus membersihkan kawasan bangunan Jabatan Matematik. Kami bekerja-sama menyiapkan tugas masing-masing dan akhirnya berjaya menghabiskan proses pembersihan dan mengemas manamana yang diperlukan. Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari bahawa sifat kerjasama dan setia kawan amat penting di mana kami masing-masing sedia menghulurkan bantuan kepada mana-mana rakan kami yang memerlukan bantuan, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Setelah menyiapkan kerja-kerja pembersihan, saya berasa amat berpuas hati kerana segala kerja yang kami lakukan dapat dirasai nikmat penat lelah apabila melihat hasilnya. Bagi Ceramah Akauntabiliti Profesionalisma Keguruan pula, penceramah adalah Encik Rosli. Beliau telah menyampaikan ceramah tersebut dengan penuh
17

penghayatan di mana beliau telah meneangkan dan menjelaskan sifat-sifat akauntabiliti guru yang patut ada dalam diri seorang guru bagi melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada nusa dan bangsa. Menurut beliau lagi, seorang guru yang berakauntabiliti merupakan seorang guru yang tidak mudah lepas tangan atau dengan lebih jelas lagi, bertanggungjawab. Seorang guru yang berdedikasi juga bertanggungjawab kepada dirinya sendiri, ibu bapa, murid-murid dan juga kepada negara. Berdasarkan kepada kedua-dua aktiviti yang kami adakan, para peserta atau pelajar dituntut untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab masing-masing dan apa yang paling penting ialah sikap kerjasama dan sifat setia kawan perlu ada dalam diri setiap pelajar. Setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan itu merupakan kesan daripada nilai kerjasama yang diamalkan oleh semua peserta. Yang amat membanggakan sekali ialah di sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, kesemua pelajar yang terlibat masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing bagi menjana idea-idea yang bernas agar penganjuran aktiviti dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Kesannya, kami telah berjaya melaksanakan suatu program yang dikira agak besar dan memerlukan tenaga kerja dan pemikir yang kreatif dan kritis. Sesungguhnya, ini merupakan banyak nilai yang telah kami timba melalui pelaksanaan setiap aktiviti tersebut dan nilai-nilai tersebut sememangnya wajib ada dalam diri seorang guru. Selain itu, melalui program seumpama ini, banyak nilai-nilai yang mampu mengajar setiap peserta sebagai bakal insan yang bergelar guru. Selain daripada nilai kerjasama dan sifat setia kawan, kami juga telah mempelajari tentang bagaimana untuk memberikan perhatian yang secukupnya dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Contohnya, masalah-masalah yang dihadapi sepanjang melaksanakan program ini. Jika seorang guru itu menghadapi masalah, dia hendaklah fokus kepada pencarian jalan penyelesaian. Justeru itu, tumpuan yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil iaitu satu jalan penyelesaian yang terbaik. Ini amat penting kerana bagi seorang guru, tidak lari daripada menghadapi masalah tidak kiralah masalah apa yang dihadapi tetapi seorang guru hendaklah mengatasi masalah yang dihadapi dengan bijak agar masalah tersebut tidak melarat dan seterusnya memberikan tekanan yang lebih teruk lagi kepada seseorang guru itu. Dengan itu,
18

guru sebagai penjana modal insan dan pendidik anak bangsa merupakan aset yang penting untuk negara. Tidak hairanlah, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan majoritinya menyentuh tentang peranan guru yang sangat penting untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk di negara ini. Pendek kata, setiap masalah yang mendatang pasti ada jalan penyelesaiannya. Di samping itu, melalui program ini juga, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai kepentingan falsafah kehidupan khususnya kepada seorang guru. Setiap insan perlu ada falsafah hidupnya yang tersendiri bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pensyarah yang telah menganjurkan program seumama ini kepada para pelajar kerana program seumpama ini juga mampu melahirkan falsafah penting dalam kehidupan. Oleh hal yang sedemikian, dapatlah saya simpulkan bahawa falsafah kehidupan merupakan satu matlamat murni yang patut ada dalam setiap insan. Dengan adanya matlamat hidup, kejayaan mampu dikecapi dan tidak ada apa yang mustahil. Bagi pendapat saya, program Bina Insan Guru ini tidak memerlukan apa-apa penambahbaikan kerana kesemua perancangan semuanya teratur rapi dan hanya memerlukan komitmen daripada para peserta untuk menjayakan program ini. Ini kerana, sesuatu program itu tentulah tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kerjasama dan komitmen yang tinggi oleh pelajar dalam penglibatan mereka bagi menjayakan suatu program kerana program tersebut tidak boleh dilakukan berseorangan tetapi mestilah dilakukan secara bersama. Tambahan pula, setiap perkara dalam tentatif program perlu dilaksanakan melalui campur tangan semua pelajar dalam jawatankuasa yang telah dilantik dan kemudian barulah ianya berlangsung dengan jayanya seperti yang diingini oleh semua pihak. Pihak pensyarah berpuas hati, apatah lagi para peserta yang menginginkan markah yang tinggi dalam subjek ini. Namun begitu, pemarkahan itu bukanlah pertimbangan semata-mata yang dianggap oleh pelajar melainkan mereka dituntut agar menimba pengalaman sebanyak mungkin di sepanjang program ini. Kesimpulannya, saya sangat-sangat berharap agar program seumpama ini diteruskan kerana ianya sangat-sangatlah berguna dan memberi manfaat kepada insan bakal guru. Hal yang sedemikian adalah kerana, di samping memberikan
19

pengalaman kepada para peserta, ia juga mampu memupuk sifat setia kawan kepada para pelajar dalam menjalani apa jua program.

20

21

7.0 PENUTUP Syukur kepada Tuhan kerana di atas rahmat-Nya, Program Bina Insan Guru Fasa dua Siri ketiga ini dapat berlangsung dengan jayanya secara terancang dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini semua berkat tunjuk ajar serta dorongan para pensyarah pembimbing terutamanya Encik Sofi dan juga mentor kelas Matematik Dua, Puan Saruvari di atas penglibatan aktif mereka sepanjang menjayakan aktiviti-aktiviti program Bina Insan Guru pada fasa kali ini. Di atas usaha para pensyarah dan ditambah pula dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang membanting tulang telah menyempurnakan program BIG yenag melibatkan dua aktiviti besar yang dianjurkan iaitu Gotong-Royong Perdana dan juga Ceramah Akauntabiliti Profesionalisma Keguruan dengan lancarnya. Segala perancangan Program Bina Insan Guru serta persediaan untuk melaksanakan dapat berjalan dengan baik walaupun berbagai rintangan dihadapi. Sesungguhnya, segala pengalaman untuk mengendalikan program ini amat berguna kepada kami kerana ia mampu melatih kami agar lebih matang dan mengetahui halatuju pengendalian sesuatu program tersebut. Selain itu, melalui progam ini, ia juga telah menguji dan meningkatkan akauntabiliti dan sifat setia kawan para pelatih guru. Oleh hal yang sedemikian, saya berharap agar program seumpama ini terus diadakan kerana ia memberikan manfaat yang banyak kepada para peserta. Banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba melaluinya. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang telah banyak memberikan panduan dan bimbingan kepada kami dalam melaksanakan program ini. Akhir kata, semoga program ini tetap diadakan dan para peserta mengambil kesempatan itu untuk mencapai objektif sebenar program tersebut.

22

23

24

25

26

27

28

1. MESYUARAT

Gambar 1.0 Kami sekelas sedang sibuk berbincang untuk persediaan menganjurkan aktiviti bagi program BIG

Gambar 1.1 Masing-masing memberikan pendapat

29

Gambar 1.2 Mesyuarat diadakan sebelum program BIG dijalankan bagi pelantikan AJK dan pembahagian tugas

Gambar 1.3 Pengerusi, Amerul sedang khusyuk memberi taklimat

30

2. KHIDMAT MASYARAKAT

Gambar 2.0 Sebelum menjalankan program khidmat masyarakat atau gotongroyong, kami bersarapan nasi lemak.

Gambar 2.1 Mengambil gambar kenangan sebelum memulakan gotong-royong di Jabatan Matematik

31

Gambar 2.2 Saling tolong menolong. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

Gambar 2.3 Bekerjasama membersihkan bilik Matematik

32

Gambar 2.4 Setelah selesai membersih dan mengemas.

Gambar 2.5 Setelas penat bekerja, kami makan tengah hari bersama-sama

33

3. CERAMAH GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISMA

Gambar 3.0 Berlangsung pada 26 September 2012

Gambar 3.1 Pendaftaran peserta

34

Gambar 3.2 Ketibaan penceramah, Encik Rosli, disambut oleh pengerusi BIG, Fasa 2, Siri 3, Najme

Gambar 3.3 Ucapan alu-aluan oleh Boniface dan Naqiuddin

35

Gambar 3.4 Sebelum ceramah dijalankan, doa dibacakan oleh Azmi dari Kelas Matematik 1

Gambar 3.5 Ucapan sepatah dua kata oleh pengerusi besar BIG Fasa 2 Siri 3, Najme

36

Gambar 3.6 Encik Rosli menyampaikan ceramah beliau dengan penuh bertauliah

Gambar 3.7 Encik Rosli menjelaskan maksud sebenar guru yang berakauntabiliti

37

Gambar 3.8 Para pelajar memberikan perhatian kepada ceramah yang disampaikan

Gambar 3.9 Setelah ceramah selesai, cenderahati disampaikan kepada penceramah, Encik Rosli oleh Najme

38

Вам также может понравиться