Вы находитесь на странице: 1из 58

1|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

1|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

2|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

2|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

3|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kerja kursus saya tentang Murid Dan Alam Belajar (EDU 3103) dapat disiapkan tepat pada masanya .Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbgai pihak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Azmi bin Ibrahim pensyarah Pembimbing saya yang terlalu banyak membantu membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau,mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik.

Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Santong khususnya,yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mencari bahanbahan penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus Murid Dan Alam Belajar.

Jutaan penghargaan kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Santong khususnya yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mendapatkan Surat kelulusan untuk melakukan kerja di tempat kajian.

Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua rakan-rakan terutamanya.Rakan-rakan guru telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan denga tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.

Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hambaNya yang sentiasa membantu .

Sekian,terima kasih.
3|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

4|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

4|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

5|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya.

Tanda Tangan Nama No kad Pengenalan Tarikh

: : Zameri Bin Omar : 730119-11-5345 : 6 Oktober 2012

5|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

6|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

BIODATA
PELAJAR

6|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

7|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

BIODATA PELAJAR

Nama Tarikh lahir Tempat lahir Jantina Status perkahwinan Agama Alamat

: Zameri Bin Omar : 19 Januari 1973 : Kampung Mangkuk,Setiu, Terengganu. : Lelaki : Berkahwin : Islam : Lot 8493 Kampung Alor Tempoyak, 23000 Dungun,Terengganu.

No Telefon E-mail Pekerjaan Alamat Tempat kerja

: 019 9701985 : zameriomar6421@yahoo.com : Guru : Sekolah Kebangsaan Santong, 23100 Paka,Terengganu.

Pengalaman Mengajar Matapelajaran yang diajar

: 15 Tahun : Bahasa Melayu Tahun 6 , Matematik Tahun 2, Pendidikan Jasmani Tahun 3

7|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

8|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Nama Isteri No Telefon E-mail Pekerjaan Alamat Tempat Kerja

: Siti Rohaya Binti Yusuf : 019- 9491980 : aya5056@yahoo.com : Guru : Sekolah Kebangsaan Paka 111 , 23100 Paka,Terengganu.

Pengalaman Mengajar Matapelajaran yang diajar

: 15 Tahun. : Kelas Pemulihan Khas.

8|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

9|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

ISI KANDUNGAN

9|EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

10 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

ISI KANDUNGAN 1. SOALAN KERJAS KURSUS MURID DAN ALAM BELAJAR( EDU 3103 ) 2. HALAMAN PENGAKUAN 3. BIODATA PELAJAR 4. PENGHARGAAN 5. PENGENALAN 5.1 TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT 5.2 TEORI BEHAVIORIS 5.3 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.4 MOTIVASI 6. ULASAN TENTANG VIDEO PENGAJARAN MIKRO 7. KEKUATAN PENGAJARAN MIKRO 8. KELEMAHAN PENGAJARAN MIKRO 9. CADANGAN PENAMBAIKAN PENGAJARAN MIKRO 10. REFLEKSI 11. BIBLIOGRAFI 12. BORANG KOLABORASI

10 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

11 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

PENGENALAN TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

11 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

12 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

PENGENALAN
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses-output. Benda hidup menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Setiap diri individu menilai input dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannnya kepada tindak balas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otakjangka pendek.

Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang. Ingatan jangka panjang merupakan bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran.

Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat iaitu:


Peringkat Pertama (Ingatan atau memori sensori) Peringkat Kedua (Pengiktirafan dan Penilaian) Peringkat Ketiga (Ingatan jangka pendek) Peringkat Keempat (Keusangan atau gangguan)

Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh
12 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

13 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

1)Fasa Motivasi Jangkaan Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkanmurid-muridsupayaberusahabelajar.

2)FasaTanggapan Perhatian Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsanganrangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

3)FasaPenyimpanan-Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

13 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

14 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

4)Fasa Penahanan-Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

5)Fasa Mengingat Kembali-Mencari maklumat Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

6)Fasa Generalisasi - Pindaan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa. Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisi empat.

7)Fasa Prestasi-Gerak Balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.

14 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

15 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

8)Fasa Maklum Balas-Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.

Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

15 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

16 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

PENGENALAN TEORI BEHAVIOURISME

16 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

17 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Teori Pembelajaran Satu alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran lebih mendalam adalah melalui teori.Teori boleh membawa maksud satu set prinsip dan definisi(Kerlinger,1986,as cited in Noriati,Boon & Sharifah Fakhirah 2009) Dengan berbekalkan fahaman yang mendalam tentang satu-satu teori maka individu mampu menyelesaikan satu masalah yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalah sesuatu perubahan. Toeri pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar.(Noriati,Boon & Sharifah Fakhirah 2009).Oleh itu teori pembelajaran ini berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.Terdapat beberapa toeri yang dicadangkan untuk dibuat kajian yang terperinci untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan kepada murid-murid.

Teori Behaviorisme Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.

17 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

18 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov ) Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis oleh Eddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa

Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah: i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.

18 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

19 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

TEORI PELAZIMAN KLAS ( IVAN PAVLOV) Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal pada 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden.

Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome.

19 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

20 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini.

Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov Menurut Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah: Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur.

Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan.

Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim GT ).

20 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

21 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng.

Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan. Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan.

Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut: Konsep Keterangan Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: makanan Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan. Contoh: lelehan air liur Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama. Contoh: loceng Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan dengan ransangan lama. Contoh: lelehan air liur

Menurut laman sesawang http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi.

21 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

22 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji. Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.

22 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

23 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.

Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov.

KELEBIHAN TEORI BEHAVIORISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID

Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak PRA Sekolah atau Tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.

Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan
23 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

24 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID 1.Pengajaran berpusat guru . Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata.

2.Pengajaran yang dikawal guru. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa
24 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

25 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.

3.Tumpuan buku teks Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

Rumusan Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.JIka guru menggunakan bahasa daerah atau dialek negeri maka keberkesanan pengajaran guru akan terganggu dan menimbulkan masalah kepada murid dan guru.

Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.

25 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

26 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan.

Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkaraperkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

26 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

27 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN Pengenalan; 1.Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memenuhi keperluan; fizikal / biologikal pelaziman operan tingkah laku kognitif afektif sosial

Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

2. Motivasi Entrinsik Motivasi ekstrinsik adalah berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang murid digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran. Motisasi ini diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatuaktiviti yang membawa faedah kepadanya. 3. Motivasi Intrinsik; Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. Motivasi ini diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

27 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

28 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

4) I.

Menurut Perspektif Behavioris: Ahli-Ahli teori behaviorisme menitikberatkan persekitaran luaran bagi

memotivasikan seseorang.

II.

Salvin, 200; motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan.

III.

Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan.

IV.

Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja merangsang penambahbaikan dan kemajuan.

V.

Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan

meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik. VI. Faktor dalaman boleh dikawal sepertimana jika kita lebih berusaha atau tidak boleh dikawal jika kita agak sukar mengubah kebolehan kita.

28 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

29 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid adalah seperti berikut : a) Guru perlu membantu murid dengan memastikan mereka

percaya bahawa mereka adalah mempunyai kebolehan untuk berjaya dalam melakukan sesuatu berjaya dalam bidang yang dibuat dan jika berjaya, mereka akan melipat gandakan usaha mereka.

b)

Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya jika

mempunyai sikap suka berusaha dan tidak mudah berputus asa.

c)

Adalah baik jika guru membantu murid memahami bahawa tingkah laku

mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan.Peranan guru amatlah penting dalam pembentukkan keperibadian murid.

d)

Merangsangkan konsep kendiri murid dan sentiasa berfokuskan kepada

usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.Rangsang ini perlu untuk mendorong keinginan murid dalam usaha mencari atau mencapai kejayaan yang diimpikan oleh semua murid dalam proses penmbelajaran mereka.

Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika motivasi yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk mencari pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabara tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain.

29 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

30 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Berikut adalah antara cara guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat yang berkenaan : Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran a) Guru-guru mesti membuat rancangan mengajar dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat-alat bantuan pengajaran yang akan digunakan. b) Guru-guru mesti merancang bagaimana dapat menimbul & mengekalkan rasa minat murid-murid sepanjang pelajaran dan selepas tamat pengajaran. c) Guru mesti menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid. 4 prinsip penting bagi memberi motivasi dalam bilik darjah;

Merangsang murid-murid dalam bilik darjah Menarik perhatian dan menumpukan murid-murid agar terus berusaha dalam bilik darjah.

Memenuhi kehendak murid-murid yang berbeza dan bertindak segera atas keperluan murid-murid.

Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan mereka Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan marah dengan positif terhadap rakanrakan yang tidak berkelakuan baik.

Meransang murid-murid supaya memotivasikan diri sendiri mewujudkan semangat persaingan dengan penyediaan tawaran ganjaran.

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru menggunakan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. a) Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi mereka.
30 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

31 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

b) Pembelajaran pembelajaran.

yang

jelas

matlamatnya

akan

meningkatkan

proses

c) Murid-murid yang memahami tentang apa yang disampaikan akan sentiasa mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran. d) Sesuatu pembelajaran itu adalah bermakna apabila perkara yang dipelajari dapat diingati dan diaplikasikan dalam situasi baru. e) Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar. f) Murid-murid yang mempunyai motivasi tinggi akan segera melibatkan diri dalam apa jua akiviti.

Antara motivasi-motivasi yang boleh diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut; a) Galakkan melalui kata-kata lisan dan isyarat tubuh badan b) Penawaran ganjaran c) Penujukkan sikap positif d) Memenuhi keperluan murid-murid

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid-murid perlu diberikan waktu untuk membuat renungan/refleksi. Proses refleksi ini membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Antara motivasi yang boleh diwujudkan selepas proses pengajaran dan pembelajaran adalah; a) Maklumbalas hasil daripada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid. b) Aktiviti-aktiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran. c) Sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

31 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

32 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk memotivasikan murid adalah seperti berikut :

Memberikan bantuan pengajaran Penerangan yang jelas Pemberian ganjaran Tetapkan matlamat Ambil berat Penglibatan murid Penuhi keperluan murid. Lebihkan pembelajaran visual. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

Terima murid seadanya. Berikan kata perangsang

Kesan motivasi Terdapat pelbagai kesan motivasi terhadap seseorang murid. Berikut adalah antara kesan yang biasa mereka alami dan boleh diperhatikan oleh guru : a. Perubahan sikap individu. Dari sikap yang buruk kepada sikap yang baik Kurang harga diri kepada sikap yang positif Peneguhan positif seperti kata perangsang, pujian dapat membantu murid nakal membuang sikap negatif Murid yang tidak serius dalam pembelajaran dimotivasikan secara ekstrinsik melalui ganjaran kecil apabila memperolehi kejayaan Murid dengan perasaan harga diri yang rendah sukar dipujuk untuk mengubah sikap melalui ganjaran mungkin disebabkan oleh sosioekonomi yang serba kekurangan Melalui galakan dan dorongan daripada guru, sikap ini dapat diubah kepada yang lebih baik

32 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

33 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

b.

Perasaan ingin tahu sesuatu yang dipelajari. Secara semulajadi murid-murid mempunyai perasaan ingin tahu. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan motivasi intrisik dengan merangsang naluri asasi mereka seperti menggunakan persembahan slaid ketika mengajar bagi mencetuskan perasaan ingin tahu.

c.

Kebimbangan terhadap harapan yang diharapkan. Bimbang sekiranya tidak berjaya Guru menetapkan hukuman keras mengakibatkan murid gagal kerana risau kepada hukuman yang diberi Sebahagian murid-murid perlukan tahap kerisauan yang sederhana untuk berjaya.

33 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

34 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

ULASAN BERDASARKAN KEPADA KLIP VIDEO

MIKRO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU (10.13 MINIT)

34 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

35 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

PENGENALAN

Klip video memaparkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam sebuah kelas.Mata pelajaran yang diajar oleh guru berkenaan ialah mata pelajaran matematik Tahun 2.Tajuk pengajaran guru pada hari itu ialah berkaitan Bentuk 2 Dimensi(2D) dan 3 Dimensi(3D)

1. Berdasarkan klip video pengajaran guru itu,penggunaan bahan bantu mengajar seperti bola,bongkah empat segi,dadu,kad perkataan,kertas

manjung dan sebagainya.

2. Suasana pengajaran guru boleh dikatakan terkawal kerana murid-murid memberi perhatian dan memberi kerjasama kepada guru dalam proses guru mengajar.

3. Murid berada dalam bentuk kumpulan.Terdapat 6 kumpulan susunan meja dan kerusi yang sangat sesuai untuk pembelajaran murid.

4. Strategi pengajaran guru adalah berpusatkan kepada guru kerana penglibatan murid adalah minima sekali.Guru yang banyak memberi penerangan kepada murid.

5. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru ini menggunakan teknik bersoaljawab dengan murid

6. Penglibatan murid dalam aktiviti bersoal jawab sangat menggalakkan kerana hampir semua murid cuba memberi jawapan kepada guru.

35 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

36 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

KEKUATAN MIKRO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

1. Guru ini menggunakan pendekatan induktif a) Pendekatan Induktif bermula daripada spesifik kepada umum iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960) b) Pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. (B. Seaton, 1982) c) Satu kaedah di mana guru memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk sesuatu konsep. d) Menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. e) Sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran khususnya matematik, sains dan bahasa.

Jenis-jenis Pendekatan Induktif I. II. III. IV. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.

Prinsip-prinsip I. II. III. Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Guru membimbing pelajar untuk membuat membuat kesimpulan. Guru beri peluang kepada pelajar kepada untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. IV. Guru rancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada kesimpulan umum.

36 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

37 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

V.

Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan tapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk pelajar mengenalpasti.

VI. VII.
VIII.

Bahan Bantu Mengajar yang disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan kefahaman dan mencapai objektif pembelajaran. Mesti mengikut urutan yang tepat

2. Suara guru yang kuat dan jelas merupakan satu kelebihan kepada guru ini kerana dapat berkomunikasi dan memberi penerangan yang jelas kepada semua murid yang berada dalam kelas. 3. Bahan Bantu Mengajar perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mengajar murid-murid Tahap 1. Guru ini mempunyai bahan bantu mengajar yang baik dan dapat memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-muridnya.Bahan bantu mengajar maujud dapat dilihat oleh murid-murid dapat memberi kelebihan dan keberkesanan pengajaran guru berdasarkan tajuk yang diajar.Objektif pengajaran dapat tercapai dengan adanya BBM ini. Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas. Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dog-salivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran,
37 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

38 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambargambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

38 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

39 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkansikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronikseperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model,surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293): The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it." Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ),

39 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

40 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatanjabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya. Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran .

Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor .

Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh
40 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

41 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

, guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan, kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya.

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran. Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang
41 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

42 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah:

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

42 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

43 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

43 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

44 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar iv.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: i. memberi rangsangan dan minat murid-muird. ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh caracara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa

44 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

45 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat danberbagai fenomena di sekelilingnya. Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahanbahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

45 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

46 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Suasana kelas yang terkawal menunjukkan guru ini mempuyai kawalan kelas yang baik.Murid-murid tidak bermain dan memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.

Penglibatan semua murid daalam akitviti pembacaan menunjukkan pengajaran guru menarik minat murid.Dengan penglibatan ini murid dapat memahami dengan berkesan pengajaran guru.

Proses pengukuhan yang dibuat guru dapat mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid terhadap pengajaran guru berkenaan tajuk 2D dan 3D .Proses membaca kad perkataan dapat melancarkan sebutan dan ejaan murid-murid

Susun atur kerusi dan meja yang dibuat oleh guru dalam kelas ini dapat memberi keselesaan kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

46 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

47 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

KELEMAHAN MIKRO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

1. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru ini sangat minima.Ini kerana penerangan guru yang terperinci dan panjang lebar berkenaan dengan tajuk yang diajarkan oleh guru berkenaan.Ini boleh menimbulkan rasa bosan murid terhadap prosesw pengajaran guru.Terdapat beberapa orang murid melihat kearah lain dan tidak menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. 2. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan tidak diberikan kepada murid-murid untuk dipegang atau disentuh.Murid hanya melihat BBM tersebut yang dipegang oleh guru. 3. Peneguhan atau motivasi kurang diberikan oleh guru ini.Hanya ada beberapa perkatan ok diberikan oleh guru ini.Peneguhan amat perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru kerana dengan memberi peneguhan atau motivasi kepada murid dapat merangsangkan semangat murid untuk belajar serta memberi perhatian kepada proses pengajaran guru. 4. Penerangan guru tidak menyeluruh kerana ciri-ciri bentuk seperti kubus,silinder,pyramid tidak diterangkan sekali dalam pengajaran ini.

47 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

48 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

CADANGAN UNTUK MIKRO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan Mikro Pengajaran dan Pembelajaran guru ini berikut adalah cadangan-cadangan yang boleh dibuat untuk membaiki kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Berdasarkan kepada klip video yang dilihat,dicadangkan agar beberapa teori yang dipelajari diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik dan khusus mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaraannya. Selain itu matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. 2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.Oleh sebab itu Objektif hendaklah khusus. Setiap satu objektif bagi satu langkah kecil. 3. Buat analisis tugasan. Guru hendaklah membahagikan proses pengajaran.Selain itu pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkahlangkah kecil.

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat-peringkat.Ini ada memudahkan pengajaran guru. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah mempunyai susunan langkah.Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.

5. Guru hendaklah langkah memastikan penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya.

6. Guru hendaklah menggunakan aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. Dalam proses pengajaran ini dan pembelajaran , peneguhan berterusan hendaklah dibuat semasa proses pembentukan tingkahlaku. Peneguhan berkala hendaklah dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Ini dilakukan selepas pembentukan tingkah- laku
48 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

49 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

dikuasai.Selain itu teknik yang sesuai digunakan berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah 7. Guru hendakan menggunakan aplikasi hukum kesediaan.Ini memerlukan guru mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada murid.Guru hendaklah menyediakan situasi yang merangsangkan minat murid terhadap pengajaran guru.Dengan rangsangan ini dapat mencungkil rasa ingin tahu murid dan dap memotivasi pelajar tersebut.

8. Guru perlu mengaplikasi hukum latihan. Guru perlu memperbanyakkan pengulangan dan latih tubi dalam pengajaran guru.Selain itu sediakan latihan yang banyak dan pelbagai bentuk .Dengan cara ini pemahaman murid lebih berkesan dan Berjaya.

9. Guru perlu menggunakan aplikasi hukum kesan/ akibat. Selain itu aktiviti pengukuhan perlu terutama kepada murid-murid yang cemerlang.Guru juga memilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai dengan tahap percapaian murid mereka. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

10. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. Guru perlulah mempunyai amalan rutin belajar,amalan rutin keceriaan,mengadakan peraturan bilik darjah yang positif dan baik.Selain itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran,amalan dinamika kumpulan hendaklah dilakukan untuk menambah kebekesanan pengajaran guru.Pembelajaran koperatif dan kolaboratif hendaklah diterapkan dan proses ini.

49 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

50 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

REFLEKSI

50 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

51 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Refleksi Alhamdulillah atas limpah dan kurnia-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan juga rakan sekumpulan atas bimbingan, sokongan dan bantuan daripada mereka dalam tempoh menyiapkan tugasan ini. Pada 8 September 2012 yang lalu, saya telah menerima soalan kerja kursus bagi subjek Murid Dan Alam Belajar ( EDU 3103 ).Bagi merancang, merangka dan menghasilkan satu pemerhatian masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Soalan juga meminta saya menonton klip video pengajaran guru selama 10 minit.Untuk itu kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran guru didalam kelas akan diberikan kekuatan atau cadangan bagi menghasilkan pengajaaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Kerja kursus ini merupakan kerja secara individu. Pelbagai ilmu ditimba ketika dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya mencari sebanyak maklumat yang boleh untuk dibuat sebagai rujukan dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Dalam tugasan ini saya juga telah memperoleh pengalaman baru antaranya mencadangkan cara pengajaran berdasarkan toeri toeri yang telah dipelajari. Dalam proses mendapatkan sumber bahan bagi kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan di pusat sumber dan internet bagi mendapatkan buku-buku rujukan dan artikel-artikel yang berkaitan. Walaupun begitu, terdapat juga maklumatmaklumat yang saya perolehi dalam bahasa Inggeris menyukarkan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk membaca serta memahami petikan tersebut. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan persediaan awal bagi mengajar murid-murid di dalam kelas. Selain itu juga, guru mestilah sentiasa peka dengan perkembangan bahasa
51 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

52 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

murid yang kita ajar. Jangan alpa. Sekali kita leka, maka ia akan memudaratkan pelajar kita. Jika ini dapat dilakukan, kita telah menjadi guru yang terbaik. Guru juga mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet. Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada rakanrakan sekelas kerana memberi tunjuk ajar serta kerjasama yang amat baik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing dalam memberi panduan dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan ini. Sekian.terima kasih.

52 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

53 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

BIBLIOGRAFI

53 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

54 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

BIBLIOGRAFI Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar BahasaMelayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,Longman Malaysia Snd. Bhd.

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan).Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.

Noriarti A.Rashid,Boon Pong Ying &Sharifah Fakhirah Syed Ahmad.(2012)Murid Dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini.Siri Pendidikan Guru.Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Laman Sesawang http://fuadmje.wordpress.com/2011/11/05/aplikasi-teori-behavioristik-dalam-prosesbelajar-mengajar/ http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/ http://jtpipgperlis.webs.com/documents/Aplikasi%20Teori%20Pembelajaran.pdf http://simahmamat.blogspot.com/2008/01/teori-pembelajaran-tingkahlaku.html/


54 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

55 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

BORANG KOLABORASI

55 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

56 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (EDU 3103)

IPG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

: : : : :

ZAMERI BIN OMAR

730119-11-5345
PPG/PJJ(FEB/02/KPM)PKB 1

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR ENCIK AZMI BIN IBRAHIM

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN,NAM A DAN COP RASMI(JIKA ADA)

8 JULAI 2012

Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran

Membuat rangka tentang tajuk dahulu.

10 JULAI 2012

Memahami kehendak soalan dan Mendapat perbincangan dengan rakan pendapat rakan sekelas sekelas.

20 JULAI 2012

Bertanya kepada guru-guru disekolah tentang topik yang hendak dibuat

Mendapatkan penjelasan daripada orang yang berpengetahuan

Mencari maklumat dari internet,buku dan modul

Cetak maklumat dari internet

56 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

57 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Membuat nota ringkas Catatan bibliografi

5 OGOS 2012

Berbincang dengan guru pendidikan khas SK Kampung Nyior untuk mendapatkan maklumat Menyediakan draf tugasan

Memberi penerangan dengan jelas

20 OGOS 2012

Menyusun maklumat Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat yang releven Membuat huraian secara terperinci

26 OGOS 2012

Pergi ke SK Kampung Nyiur kali ke 2 untuk maklumat lanjut mengenai tugasan yang diberikan. Mencari maklumat tentang tugasan ini

Untuk kenal pasti perancangan dan pelaksanaan program pendidikan khas yang diperlukan

3 Semakkan tugasan Membetul ejaan SEPTEMBER Dan Kerja mengumpul maklumat 2012 Menyusun maklumat ikut keutamaan Memperincikan huraian

57 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

58 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Tugasan dijilid dengan kemas

8 Menghantar draf tugasan untuk SEPTEMBER dilihat dan disemak pensyarah 2012

Membetul dan menyemak semula tugasan berdasarkan kehendak soalan yang dikehendaki oleh pensyarah.

4 OKTOBER 2012

Membuat semakan semula,menambaikani maklumat dari internet,buku dan modul

Mencetak,menyu sun Dan menyiapkan tugasan.

6 OKTOBER 2012

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah

58 | E D U 3 1 0 3 M U R I D D A N A L A M B E L A J A R

Вам также может понравиться