Вы находитесь на странице: 1из 14

SEJARAH BAHASA MELAYU

Istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan juga sempit. Dalam pengertian yang luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Astronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulaupulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia sekarang ini. Sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang-pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah Negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia, dalam satu Negara yang dinamakan Melayu Raya. Dalam pengertian yang lebih luas, pada tahun 1972, UNESCO menggunakan nama Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang Melayudi Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Pengertian yang dibawa oleh UNESCO itu lahir dari projeknya yang dinamakan The Malay Culture Study Project yang meliputi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas. Penggunaan istilah Melayu yang lebih am ialah merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dikenal sebagai bahasa Malaysia, dan sebagai bahasa kebangsaan Indonesia dikenali sebagai bahasa Indonesia. Di Malaysia pengertian Melayu mempunyai kesan keagamaan Islam, kerana dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan antara lain sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu. Dilihat dari satu segi, takrif yang seperti ini menyempitkan pengertian Melayu, tetapi dari segi yang lain takrif itu menjadikan satu bangsa Melayu sebagai satu system terbuka. Dalam

perkataan lain, siapa sahaja boleh menjadi ahlisuku bangsa Melayu asal dia memenuhi keperluan dalam takrif tersebut. Bahasa tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Walaupun pertuturan itu wujud hasil kegiatan seseorang sebagai individu, namun bahasa tidak dapat wujud dalam sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka antara satu sama lain. Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, bukan kepunyaan satu-satu individu tertentu. Pengakajian linguistik terhadap bahasa-bahasa Nusantara dan bahasa-bahasa Austronesia bermula sejak datangnya kuasa-kuasa penjajah dari barat dalam kurun ke-18. Kebanyakan sarjana pada masa itu menjalankan kajian linguistik perbandingan. Mereka datang dari Eropah dan terdiri daripada para sarjana, pegawai pentdbir dan ahli-ahli dakwah Kristian. Terdapat beberapa orang Eropah seperti Hedrick Kern dan Von Heine-Geldern telah menyiasat asal-usul bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu termasuklah bahasa Melayu. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat dua golongan pengembara yang telah sampai ke Kepulauan Melayu. Mereka ini dipercayai berasal dari Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan dikatakan berhijrah di Tanah Melayu pada Zaman Batu Baru iaitu 2500 sebelum Masihi. Mereka inilah menjadi penduduk asal Asia Tenggara. Kumpulan inilah yang melahirkan keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kira-kira dalam tahun 1 500 sebelum Masihi iaitu ketika Asia Tenggara mengalami Zaman Logam, satu puak yang lain pula telah keluar mengembara ke selatan. Mereka inilah merupakan kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka dikatakan lebih bijak dan mahir daripada orang-orang Melayu Proto. Mereka telah menyebabkan orang-orang Melayu Proto tadi melarikan diri ke kawasan gunung-gunung dan ke hutan-hutan rimba di pedalaman. Kumpulan Melayu Deutro ini pula menduduki kawasan pantai dan lembah di

Asia Tenggara. Mereka ini dikatakan bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Mereka telah belayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan membuat kediaman di seluruh Nusantara. Mereka inilah yang melahirkan keturunan Melayu di Malaysia. Kedua-dua golongan pengembara ini, kumpulan pertama dan kedua ini dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Bahasa Melayu Proto ini mulanya menuturkan satu bahasa yang sama, tetapi lama kelamaan, sebab mereka terpisah oleh laut dan gunung, maka perhubungan di antara satu sama lain terputus. Bahasa tadi berpecah menjadi bahasa yang berlainan seperti bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak, Visaya dan sebagainya. Bahasa-bahasa ini mempunyai kata-kata dan bunyi yang berlainan, tetapi apabila diselidiki maka nyatalah bahawa bentuk dan sistem bahasanya seasal. Malah dalam perbendaharaan kata bahasa-bahasa itu terdapat banyak persamaan-persamaan yang menunjukkan semua bahasa ini berasal dari satu induk. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu ini dari tanah asalnya, Srivijaya. Walau bagaimanapun, pergolakan politik di kawasan ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan politik iaitu Indonesia di bawah pemerintahan Belanda dan Tanah melayu di bawah Inggeris. Pemisahan politik ini menyebabkan bahasa Melayu itu berkembang dengan kadar yang berlainan di kedua-dua negara ini. Di Indonesia, bahasa Indonesia telah berkembang dengan pesatnya sejak Sumpah Pemuda pada tahun 1928. Bahasa ini terus berkembang dengan pesatnya. Di Tanah Melayu, perkenbangannya agak perlahandan hanya mula berkembang pesat sejak tahun 60-an ini. Walau bagaimanapun, sekarang sudah ada usaha untuk menyelaraskan kembali perkembangan kedua-dua bahasa tersebut. Ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu; bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno

merupakan bahasa keluarga Nusantara. Bahasa ini mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-7 hingga abad ke-13, pada zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya. Pada zaman ini, bahasa ini digunakan sebagai lingua franca dan dijadikan bahasa pertuturan dalam pentadbiran negara. Bahasa Melayu Kuno ini dipilih menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Hal ini akan menjadikan bahasa ini senang dipelajari oleh orang dari negara luar. Selain itu, bahasa ini jugatidak terikat dengan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan boleh bertutur menggunakan bahasa yang sama tanpa mengira darjat ataupun taraf. Di samping itu, bahasa Melayu Kuno juga mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa dan bahasa-bahasa yang lain. Jadi tidak hairanlah bahasa Melayu Kuno ini dipilih sebagai lingua franca pada zaman itu. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang sekaligus menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan cirri-ciri kesarjanaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu yang mana pada masa itu disebarkan oleh para pedagang yang datang dari India. Bahasa Sanskrit juga dikatakan terletak di dalam kelas bangsawan dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Justeru itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur sedikit sebanyak menyebabkan bahasa ini dipengaruhi oleh bahasa Sankrit ini. Bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 ditulis dengan huruf Pallawa. Buktinya, terdapat batu bersurat yang dijumpai dengan tulisan tersebut. Antaranya ialah di Kedudukan Bukit, Palembang (683 M), Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan di Karang Brahi,Meringin, daerah Hulu Jambi(686 M). Namun begitu, batu bersurat yang dijumpai pada 823 Masihi yang dijumpai di Gandasuli, Jawa Tengah dijumpai ditulis huruf Nagiri.

Kedatangan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13 sedikit sebanyak menyumbang kepada peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik. Oleh hal yang demikian, dikatakan bahasa Melayu telah mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,struktur ayat dan kosa kata. Peralihan ini dapat dibuktikan melalui penemuan batu bersurat-batu bersurat. Batu bersurat yang dijumpai pada tahun1356 yan ditemui di Pagar Ruyung, Minangkabau ditulis dalam huruf India dan mengandungi beberapa prosa bahasa Melayu Kuno serta sajak dalam bahasa Sanskrit. Namun begitu, bahasa yang ditulis pada batu bersurat ini berbeza dengan batu bersurat yang dijumpai pada abad ke-7. Batu bersurat yang kedua pula yang ditemui di Minye Tujuh, Acheh pada 1380 pula masih ditulis dengan huruf India, tetapi buat pertama kalinya terdapat beberapa kalimah Arab seperti nabi, Allah dan rahmat. Manakala batu bersurat yang terakhir yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu pada 1303 hingga 1387 ditulis sepenuhnya dengan tulisan Jawi, membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat itu merupakan bukti catatan yang terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14,muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Tahap ketiga dalam bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Klasik. Kegemilangan bahasa Melayu Klasik ini boleh dibahagikan pada tiga zaman iaitu pada zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Pada zaman ini, lahirnya para penulis yang tersohor di Asia Tenggara. Antaranya ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Bermula pada abad yang ke-19, hasil tulisan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan kepada zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi , berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem

pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Terdapat beberapa ciri bahasa Melayu. Antaranya ialah bahasa sebagai alat komunikasi. Seperti yang kita tahu, setiap manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Setiap bangsa mempunyai satu atau lebih bahasa. Hal ini adalah kerana, sesuatu bangsa itu berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa mereka dan terpaksa menggunakan bahasa yang lain bagi berhubung dengan bangsa yang lain. Sekitar tahun 1970-an, ahli bahasa telah menyelidik bahasa binatang. Eksperimen yang dikenali sebagai Eksperimen Cimpanzi Washoe, melibatkan cimpanzi yang diajarkan perkataan dan ayat dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, ahli-ahli bahasa ini mendapati bahawa mereka tidak mampu menggunakan bahasa manusia. Maka terbuktilah bahawa binatang tidak dapat menggunakan bahasa seperti manusia sebaliknya mempunyai sistem sendiri untuk berhubung. Bahasa juga merupakan satu sistem. Menurut Ferdinand de Saussare pada tahun 1959, bahasa ialah angue (khasa) dan parole (pertuturan atau loghat). Bahasa ialah seluruh sistem atau peraturan-peraturan bahasa yang mana keadaannya adalah abstrak. Kajian secara saintifik tentang bahasa dikenali sebagai ilmu linguistik. Kajian linguistik melalui pemerhatian yang empiris dan deskripsi sistem iaitu tatabahasa menyebabkan sistem bahasa terbentuk. Bahasa sebagai sistem ini boleh dibahagikan kepada tiga bidang besar iaitu fonetik dan fonologi, morfologi dan sintaksis serta ilmu semantik. Selain itu, bahasa juga bersifat arbitari. Hal ini adalah kerana hubungan antara bentuk dengan fungsi terjadi secara arbitari. Tidak ada hubungan yang menentukan kejadian kerana ianya berlaku secara sewenang-wenangnya. Sebagai contoh perkataan tenuk diganti dengan tapir. Walaupun bentuknya berbeza namun maksud yang ingin disampaikan tetap sama.

Bahasa juga merupakan satu simbol. Bahasa terdiri daripada bentuk-bentuk tertentu. Bentuk merupakan bunyi yang dituliskan. Bentuk juga dikenali sebagai pola-pola perhubungan abstrak yang ditentukan oleh bahasa. Hal ini boleh dilihat dalam sistem ejaan yang mana terdapat dua pola iaitu pola konsonan dan juga pola vokal. Dengan adanya kedua-dua pola ini, kita dapat membentuk perkataan dengan mudah. Bahasa juga mempunyai kelainan atau kepelbagaian dalam bentuk. Oleh yang demikian, bahasa juga bersifat variasi. Semakin besar jumlah penutur sesuatu bahasa, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Kita ambil contoh, bahasa Melayu mempunyai variasi kerana wujud disebabkan faktor sosial latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi. Dengan ini timbulnya pelbagai dialek seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ialah variasi yang berlaku dalam kumpulan penutur manakala idiolek merujuk kepada perbezaan atau kelainan individu seperti sifat fisiologi atau alat pertuturan yang kurang sempurna seperti sengau atau gagap. Hakikat variasi memang diakui oleh ahli bahasa tetapi hanya satu variasi dipilih untuk sesuatu bahasa tertentu dan akan menjadi ukuran iaitu bahasa baku. Bahasa yang dipunyai oleh sesuatu bangsa masing-masing mempunyai sifat yang istimewa, tersendiri dan lain dari yang lain, sama ada dari segi bentuk dan fungsinya. Oleh hal yang demikian, bahasa juga disifatkan sebagai unik. Bahasa juga bersifat sejagat yang mana meliputi seluruh bangsa di dunia ini. Setiap bangsa mempunyai sekurang-kurangnya satu bahasa atau lebih. Bahasa juga bersifat dinamis atau luas yang mana ini merujuk kepada bahasa yang mempunyai daya yang untuk berkembang, berubah-ubah dan mengalami pembaharuan dari semasa ke semasa. Walaupun hanya mempunyai 25 huruf yang melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu, namun merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, terdapat 3500 perkataan dapat dibentuk menerusi huruf-huruf ini.

Bahasa melayu telah memainkan peranan penting sejak munculnya bahasa ini sendiri. Tidak dapat diragukan lagi bahawa bahasa Melayu itu memang tersebar sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu pada masa itu. Ada banyak bukti yang dapat dikemukakan untuk menjelaskan perkara ini. Ada bukti yang dapat mengatakan bahawa bahasa ini wujud sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu ini lebih awal dari kurun ke-13. Seorang pengembara Cina bernama I Tsing telah singgah di Srivijaya pada TM 672, dalam perjalanannya dari negeri China ke India. Dia telah merakamkan bahawa dalam perjalanannya itu, dia mendapati bahasa Melayu telah dipakai luas. Demikian juga seorang penjelajah bangsa Portugis, Gadinho do Eredia juga ada menyebuttentang luasnya bahasa Melayu dipakai sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu. Francois Valentyn, pula menyebut tentang kerajaan Melayu Melaka pada TM 1726. Di dalam catatannya, dia telah mengatakan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja digunakan di Melaka, tetapi juga difahami di seluruh Kepulauan Melayu. Jadi bahasa Melayu memang telah lama berfungsi sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi dam bahasa perpaduan. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga etnik yang terbesar. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah diperaku sebagai bahasa rasmi. Kedudukannya itu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telah digunakan secara meluas dalam urusan-urusan rasmi seperti yang melibatkan pentadbiran kerajaan, majlis-majlis rasmi kerajaan serat bahasa penghantaraan di sekolah-sekolah. Walaupun usaha ini dibuat secara berperingkat-peringkat, namun kita dapat menilai bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi agen perpaduan dan penyatuan masyarakat. Selain itu, setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini bernaung di bawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal ini pastinya

akan dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang keutuhan sesebuah negara. Jelasnya, penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyrakat majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat. Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan negara berbilang bangsa dan agama. Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telahpun digunakan sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting dan utama dalam hakikat keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa imu, bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektual bahasa ini dapat dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam ilmu pengetahuan moden. Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari segi ayat, frasa, klausa, ejaaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi penggunaan ayat misalnya, ia harus betul strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami. Penekanan

juga harus diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini terutama dalam aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Hal ini adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya. Kesuluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahas Melayu dengan baik. Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolahsekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dengan pengantar bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk membia sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketerampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan akhlak yang tinggi. Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini telah memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal.

Kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai bahasa pada hari ini adalah berbeza dengan amalan lama yang hanya menganggap bahasa itu sebagai satu mata pelajaran sahaja. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam konsep Bahasa Merentas Kurikulum yang menitikberatkan kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai keterampilan berbahasa dalam hal lisan, bacaan dan penulisan untuk memenuhi tujuan-tujuan perseorangan, sosial dan pendidikan. Pelajar juga diharap dapat menggunakan bahasa untuk memahami, menghayati dan menghargai pengalaman mereka serta mengetahui mengetahui bagaimanakah bahasa itu digunakan untuk mempengaruhi perkembangan kognitif dan afektif seseorang individu. Dalam konteks negara Melaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam keseluruhan peringkat persekolahan, matlamat ini hanya akan tercapai apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan baik. Bahasa merupakan alat komunikasi. Lantaran itu, hubungan antara bahasa dan masyarakat sangatlah rapat. Masyarakat menggunakan bahasa untuk melahirkan perasaan, menjanakan pemikiran dn juga untuk menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Berdasarkan pernyataan di atas, bahasa Melayu dalam konteks perbincangan kita merupakan bahasa yang dapat berfungsi sebagai bahasa perhubungan. Perhubungan ini pula mencakup pelbagai bidangdan penggunaannya pula mengikut situasi. Bukanlah sesuatu yang aneh atau janggal sekiranya kita terjumpa dengan dua orang yang bukan Melayu namun bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah diterima pakai sebagai bahasa yang dapat menyalurkan idea secara lebih jelas. Selain itu, laras-laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa itu lebih hidup. Misalnya, laras bahasa yang digunakan dalam situasi formal berbeza dengan laras bahasa yang digunakan dalam prbualan telefon.

Semua yang telah dinyatakan ini dilihat sebagai satu cetusan idea bahawa bahasa Melayu mampu bertapak dan berkembang secara lebih meluas sebagai bahasa komunikasi masyarakat penggunanya. Bahasa sebagai satu sistem semiotik dan perlembagaan digunakan oleh manusia untuk hidup dalam komuniti, dalam berhubung antara satu sama lain untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dalam hidup berkomuniti. Bahasa mempunyai fungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan fungsi yang amat penting. Bahasa merupakan alat dalam menjadikan alam kehidupan manusia mlebih baik dari segi fizikal dan kebendaan mahupun dalam hal-hal yang yang bersifat abstrak, sebagai satu realiti. Tanpa bahasa hidup manusia tidak bererti. Hal ini menunjukkan bahasa memberi lambang kepada tiap-tiap sesuatu yang dilihat,didengar atau yang dirasa oleh manusia. Bahasa apapun mempunyai sejumlah unit-unit seperti morfem,rangkai kata, kata, klausa dan ayat. Tiap-tiap bahasa itu merupakan hasil dari pencatuman unit-unit tersebut. Pencantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu. Dari bilangan unit yang sangat banyak dalam sesuatu bahasa pencatuman tidak boleh terjadi tetapi ada cara-cara dan peraturan mengenainya. Tugas sistem ini ialah aturan yang telah ditetapkan oleh susunan bahasa itu.

RUJUKAN 1. Abdullah Hassan . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Kuala Lumpur . Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd 2. Kamarudin Haji Husin Siti Hajar Hj Abdul Aziz . (1997) . Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur . Arbaie b. Sujud Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd 3. Abdul Rashid Melebek . (2006) . Bahasa Melayu Klasik dan Persuratan Melayu . Amat Juhari Moain Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd 4. Asmah Hj Omar . (1985) . Susur Galur Bahasa Melayu . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka

NAMA PELAJAR : ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF MATA PELAJARAN : SEJARAH BAHASA MELAYU KUMPULAN : PPISMP KOHORT 5 MATEMATIK AMBILAN JULAI 2008 NO K/P : 900407-06-5134 NAMA PENSYARAH : PN NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL

Вам также может понравиться

  • Laporan Tahunan 2020
    Laporan Tahunan 2020
    Документ10 страниц
    Laporan Tahunan 2020
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Kuiz Tahun 5
    Kuiz Tahun 5
    Документ5 страниц
    Kuiz Tahun 5
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Pengakap RPT 2021
    Pengakap RPT 2021
    Документ4 страницы
    Pengakap RPT 2021
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Lencana Wajib Basikal
    Lencana Wajib Basikal
    Документ8 страниц
    Lencana Wajib Basikal
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Ujian Ahli
    Ujian Ahli
    Документ6 страниц
    Ujian Ahli
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Pelan Operasi Pengakap
    Pelan Operasi Pengakap
    Документ2 страницы
    Pelan Operasi Pengakap
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Sejarah Pergerakan Pengakap
    Sejarah Pergerakan Pengakap
    Документ1 страница
    Sejarah Pergerakan Pengakap
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Pengurus Bilik Darjah
    Pengurus Bilik Darjah
    Документ14 страниц
    Pengurus Bilik Darjah
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Документ2 страницы
    Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Jaded Jade
    50% (2)
  • 5 Prinsip Rukun Negara
    5 Prinsip Rukun Negara
    Документ1 страница
    5 Prinsip Rukun Negara
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR 1
    PKSR 1
    Документ8 страниц
    PKSR 1
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR 2
    PKSR 2
    Документ7 страниц
    PKSR 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Esaimen
    Esaimen
    Документ17 страниц
    Esaimen
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Kemahiran Belajar
    Kemahiran Belajar
    Документ6 страниц
    Kemahiran Belajar
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Minit Mesyuarat
    Minit Mesyuarat
    Документ7 страниц
    Minit Mesyuarat
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • pksr2 Kertas 2
    pksr2 Kertas 2
    Документ7 страниц
    pksr2 Kertas 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Soklan Diagnostik
    Soklan Diagnostik
    Документ3 страницы
    Soklan Diagnostik
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Fully Cyap BMK
    Fully Cyap BMK
    Документ57 страниц
    Fully Cyap BMK
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • KRONOLOGI
    KRONOLOGI
    Документ18 страниц
    KRONOLOGI
    annnoa
    100% (2)
  • Agama Islam
    Agama Islam
    Документ12 страниц
    Agama Islam
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Pengantar Pendidikan
    Pengantar Pendidikan
    Документ18 страниц
    Pengantar Pendidikan
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Muka Depan Math THN 4
    Muka Depan Math THN 4
    Документ2 страницы
    Muka Depan Math THN 4
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Sej. Bhs Melayu
    Sej. Bhs Melayu
    Документ14 страниц
    Sej. Bhs Melayu
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR2 Kertas 2
    PKSR2 Kertas 2
    Документ6 страниц
    PKSR2 Kertas 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Car A
    Car A
    Документ25 страниц
    Car A
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Bola Jaring
    Bola Jaring
    Документ11 страниц
    Bola Jaring
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Документ3 страницы
    Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Jaded Jade
    71% (7)