Вы находитесь на странице: 1из 23

1.

0 Konsep Kurikulum

Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman terancang yang seelok- eloknya ditimba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009),berpendapat kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapatlah kami merumuskan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan.

2.0 Sinopsis

Untuk mencapai visi serta matlamat transformasi negara yang mahukan pembentukan status negara maju, perubahan dasar-dasar kurikulum pendidikan harus digubal dari masa ke semasa seiring dengan tahap pemikiran pelajar pada ketika itu. Transformasi tersebut diharap dapat melonjakkan mikro ekonomi negara kita dalam kalangan negara maju termasuk menjelang wawasan 2020.

Senario kehidupan rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan budaya, dasar kurikulum pendidikan di Malaysia haruslah menekankan kepada keseimbangan perpaduan di antara kaum supaya kestabilan ekonomi negara dapat dipertahankan dan dikekalkan. Oleh sebab itu, kedudukan sosioekonomi serta latar belakang pendidikan harus diutamakan

dan diberi pertimbangan terutamanya yang tinggal di luar bandar supaya sama dengan tahap pendidikan di bandar untuk mengelakkan wujud risiko jurang ekonomi antara kaum. Jika keadaan itu berlaku, ia boleh pada bila-bila masa bertukar menjadi ancaman kepada perpaduan nasional yang telah terbina sejak sekian lama.

Susulan tragedi 13 Mei, Kerajaan Malaysia pada 1971 di bawah pimpinan Tun Abdul Razak telah merangka pertimbangan sosioekonomi yang kemudiannya membentuk asas kepada rumusan serta perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Isu mengenai pendidikan telah diberi keutamaan ketika itu demi mendidik rakyat supaya lebih cintakan negara serta berdaya saing secara adil untuk memajukan ekonomi negara.

Secara kesimpulannya, salah satu saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana utama dalam membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa. Persoalan-persoalan sensitif mengenai sentiment masyarakat yang berbilang kaum seperti hak-hak keistimewaan, persoalan ketuanan serta peranan mahupun sumbangan setiap kaum sering ditimbulkan. Justeru itu, setiap permasalahan yang timbul haruslah diubah dan bidang pendidikan sebagai sektor penting mendidik anak bangsa. Sistem pendidikan dijadikan sebagai agen perubahan supaya persepsi masyarakat berbilang kaum dapat diubah bagi mencapai hasrat membentuk sebuah negara bangsa sepunya melalui penggubalan system kurikulum pendidikan negara.

3.0 Pendahuluan

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSM), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kita harus mengetahui terlebih dahulu sejarah pendidikan negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Tanpa mengetahui sejarah tersebut, kita tidak akan dapat menghubung kait semua perkara yang berlaku dalam setiap element transformasi yang berlaku dalam setiap perubahan kurikulum pendidikan negara.

4.0 Pendidikan Sebelum Merdeka

4.1 Pendidikan Pondok Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu lebih kepada bentuk bukan formal. Corak pendidikan pada masa itu berjalan mengikut kelapangan guru dan tidak ada sesuatu tempat khas disediakan dan pengajaran berlaku di rumah guru tersebut. Pengajaran yang di ajar pada masa itu ialah bacaan Al-Quran, pengajaran yang menitik beratkan tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

Sistem Pendidikan Pondok pula dimulakan dan dikendalikan oleh ulama Islam yang datang berdagang di tanah Melayu ketika itu dan juga penuntut ilmuwan Islam yang telah belajar di timur tengah mengenai hal-hal agama.

Menurut (Abdullah Sani Yahya, 2003: 1) , pelajar-pelajar akan menuntut di madrasah-

madrasah dan akan tinggal di pondok-pondok yang dibina di sekelilingnya. Menurut fahaman kami, pelajar-pelajar yang datang belajar ketika itu terdiri dari pelajar yang datang dari seluruh pelosok tanah Melayu. Untuk memudahkan pengajian, mereka telah membina pondok-pondok kecil di sekeliling madrasah tempat mereka belajar ilmu agama.

4.2 Pendidikan Era Penjajah

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku lebih jelas semasa zaman penjajahan British. Pendidikan pada peringkat ini mengamalkan sistem pecah dan perintah dan ini telah memudahkan pentadbiran British mengawal keamanan berbagai kaum ketika itu. Menurut bahan rujukan yang kami temui sekolah-sekolah ini hanya dibuka di perkampungan yang majoritinya dihuni oleh hanya satu kaum sahaja dan atas inisiatif mereka sendiri.

4.3 Pendidikan Vernakular

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 dan sekolah Inggeris di negeri-negeri Melayu yang lain ditubuhkan agak lewat. Antaranya ialah King Edward VII di Taiping (1883) dan Victoria Institution di Kuala Lumpur (1894).

Kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan di kawasan-kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulum sekolah Inggeris ini bercorak Grammar School of Great Britain yang mana bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi

keperluan pentadbiran ketika itu.

Amalan dan dasar kurikulum pendidikan pada zaman penjajah adalah sangat berbeza dan Kerajaan British pada masa itu mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan British. Jenisjenis persekolahan tersebut ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Inggeris, dan Sekolah Agama Madrasah.

4.4 Pendidikan Sekolah Melayu

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 adalah bagi membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa-desa, mewarisi kemiskinan keluarganya dan membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat menjadi petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad. Mereka diajar Al-Quran, membaca, menulis dan mengira serta kemahiran kerja tangan seperti menganyam.

4.5 Pendidikan Sekolah Cina Dasar tertutup dan tidak campur tangan dalam hal ehwal sosial kaum pendatang oleh kerajaan Inggeris ketika itu menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris sehinggalah kepada tahun 1920-an. Ketika itu kurikulum mereka hanya menumpukan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina dan mengikut kurikulum pendidikan di negara China.

Pada tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan kerajaan Inggeris tentang kuasa kaum Cina ketika itu yang mana telah mendominasi pendudukan kaum-kaum di tanah Melayu ketika itu. Kerajaan Inggeris telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan suatu undang-undang bagi mengelakkan sekolah itu daripada terasing serta dapat mengawal aktiviti sekolah-sekolah kaum Cina.

Bermula pada tahun 1924, sebahagian daripada sekolah-sekolah Cina telah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Inggeris.

4.6 Pendidikan Sekolah Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar terdiri dari keturunan India ditempatkan di situ. Pada tahun 1923, Negeri-negeri Melayu bersekutu telah meluluskan suatu rang undang-undang yang dinamakan Ordinan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1923. Suatu peruntukan dimasukkan ke dalam ordinan, iaitu majikan ladang-ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.

Dari segi pentadbiran, sekolah-sekolah Tamil ini diuruskan oleh komuniti kaum India itu sendiri. Sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan daripada segi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan kurikulum di sekolahsekolah pendidikan mereka. Pendidikan ketika itu lebih berdasarkan mengikut negeri di negara asal mereka, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks yang mana telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya juga menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira seperti sekolah kaum-kaum lain.

4.7 Laporan Barnes 1950

Pada tahun 1950 jawatankuasa Barnes telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah yang berbilang kaum yang ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

Sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan. Jawatankuasa Barnes juga telah mengesyorkan kepada kerajaan ketika itu untuk menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara lain, menyarankan supaya persekolahan di peringkat rendah dijadikan sebagai asas pendidikan untuk menyatukan perpaduan dan masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

Berasaskan pandangan itu, Jawatankuasa Barnes telah mengeluarkan satu laporan penuh kepada kerajaan British yang dikenali sebagai laporan Barnes pada tahun 1951.

Antara syor yang dikemukakan ialah:

1 . Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di sekolahsekolah rendah di peringkat sekolah menengah.

2. Memansuhkan sekolah rendah vernakular mengikut kaum dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan.

3. Menubuhkan satu sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan yang dibuka kepada semua murid daripada berbagai-bagai kaum yang mana diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan.

4 .Umur murid diseragamkan di semua sekolah mulai umur mereka enam tahun. 5. Didikan di sekolah diberikan secara percuma.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes telah mencetuskan penentangan yang hebat oleh kumpulan-kumpulan masyarakat yang ada terutamanya masyarakat Cina yang menganggapnya sebagai satu percubaan bagi menindas dan menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka.

Bagi mengurangkan ketegangan penentang-penentang kaum Cina, pentadbiran British telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan Cina pada tahun 1951 di bawah seliaan Dr. Fenn dan Dr. Wu bagi membuat laporan mengenai pendidikan sekolah-sekolah Cina di tanah Melayu. 4.8 Laporan Fenn-Wu 1951

Jawatankuasa Fenn-Wu telah membuat kajian mengenai sosial persekolahan Vernakular Cina dan

mengemukakan laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu. Menurut mereka sekolah vernakular Cina boleh berperanan untuk membina bangsa yang bersatu padu secara berasingan. Antara penambahbaikan yang dikemukakan ialah; 1. Penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diteruskan. 2. Menyokong penggubalan sistem pendidikan kebangsaan, tetapi sekolah aliran Cina perlu dikekalkan dengan sukatan pelajarannya dan disesuaikan mengikut persekitaran masyarakat tempatan.

4.9 Ordinan Pelajaran 1952

Jawatankuasa Penasihat Pusat berkenaan pendidikan telah dibentuk bagi mengkaji pendapatpendapat yang bercanggah yang dicadangkan oleh kedua-dua laporan yang membangkitkan perdebatan yang meluas serta hebat di seluruh negara. Perdebatan jawatankuasa ini yang merupakan satu kompromi di antara pendapat-pendapat yang berlainan dan seterusnya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.

Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu usaha yang unggul dibuat oleh British dalam usaha untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri kebangsaan. Dasar-dasar penting yang terdapat dalam Ordinan 1952 adalah; Bagi memajukan suatu sekolah kebangsaan dengan pengenalan dwibahasa secara beransuransur kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Tamil melalui pengenalan kelas-kelas bahasa kebangsaan.

Mengehadkan kadar kemasukan pelajar ke sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris. Mengembangkan sekolah-sekolah menengah vokasional.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan menghadapi masalah kewangan berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang mana wang tersebut terpaksa dibelanjakan untuk menghadapi keadaan darurat ketika itu. Ordinan pelajaran 1952 ini tidak mendapat sambutan yang baik, menyebabkan majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik Jawatankuasa Khas untuk mencari penyelesaian bagi melaksanakan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952.

5.0 Kesimpulan awal. Kesimpulan awal yang boleh dibuat mengenai sistem pendidikan kurikulum di Tanah Melayu pada awalnya lebih menumpukan kepada kestabilan sosial masyarakat yang mana telah menggunakan pendidikan sebagai agen menyatupadukan berbagai-bagai kaum yang ada di tanah Melayu.

6. Sejarah Asas Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

Sebaik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan selaras untuk mengatasi masalah perkauman yang telah dibiarkan 10

meluas pada zaman penjajahan Inggeris. Tugas utama kerajaan ketika itu ialah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terbesar supaya dapat membentuk perpaduan kaum. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Permasalahan bahasa telah wujud ketika itu kerana bahasa rasmi kerajaan Malaya ketika itu ialah bahasa Inggeris. Bahasa itu juga telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah dasar dan sekolah menegah Inggeris. Sesudahnya merdeka, kehendak-kehendak kerajaan ketika itu supaya bahasa penjajah ini digantikan dengan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu yang mana ketika itu telah diangkat menjadi bahasa rasmi negara. Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini mengenai kurikulum sebelum merdeka, tidak ada satu pun dasar kurikulum yang menekankan pembelajaran melalui bahasa Melayu. Bahasa Melayu hanya diajar pada peringkat dasar sahaja dan tidak diangkat untuk berkembang di peringkat lebih tinggi. Dasar kerajaan ketika sengaja mengabaikan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, usul yang dibuat oleh Laporan Razak tentang bahasa Melayu telah mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara apabila mencapai kemerdekaan. Laporan Razak telah disemak oleh penyemak mata pelajaran 1960 dan usul itu kemudiannya termaktub dalam akta pelajaran

11

1961 berhubung taraf kedudukan Bahasa Kebangsaan. Antara usul laporan pelajaran 1960 ialah bahawa semua peperiksaan umum hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi negara Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam hendaklah diadakan dalam bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara, matlamat pendidikan hendaklah menghapuskan sekolah menengah yang bercorak perkauman daripada sistem kebangsaan sekolah bantuan penuh dan menjamin supaya murid-murid daripada berbagai-bagai keturunan menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu keperluan bagi dasar ini ialah bahawa segala peperiksaan awam di peringkat menengah diadakan dalam bahasa rasmi negara.( Report of Education Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46) Dalam hal ini jawatankuasa penyemak mata pelajaran telah mengusulkan supaya kelas-kelas khas yang disebut Tingkatan Peralihan ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah bertujuan untuk menyediakan murid-murid mengambil peperiksaan dalam satu bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Untuk pelajar kelas pemulihan ini, murid yang dipilih ialah dalam kalangan murid yang belajar di sekolah aliran Cina yang mana ingin menyambung ke sekolah menengah aliran Melayu. Mereka yang memasuki kelas pemulihan ini diberikan tempoh masa selama setahun dan pelajaran yang diajar di kelas pemulihan lebih tertumpu pada pengajaran Bahasa Melayu. Antara lain perkara yang diusulkan oleh jawatankuasa penyemak pelajaran 1960 mengenai usul Laporan Razak ialah mengenai sebilangan kanak-kanak akan tamat secara rasminya apabila mereka mencapai umur 12 atau 13 tahun. Setelah mendapat pandangan daripada jawatankuasa Penasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan (Professional and the Finance General Consultative Committee), jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, mengusulkan supaya umur berhenti sekolah di12

naikkan kepada umur 15 tahun. Pada ketika itu, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah diwujudkan dan sekolah ini menyediakan tiga tahun pendidikan yang mana menitikberatkan pendidikan vokasional bagi murid yang tidak mendapat tempat di sekolah menengah akademik. Lanjutan dari usul ini juga pada tahun 1962, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Pelajaran Lanjutan yang memberikan kursus tiga tahun dengan menitikberatkan pendidikan vokasional manakala bagi pendidikan dasar pula, kelas diambil selama enam tahun dan proses naik turun darjah adalah secara automatik. Berdasarkan keputusan peperiksaan, hanya 30% daripada murid-murid darjah 6 terbaik sahaja yang di tempatkan di sekolah-sekolah menengah akademik termasuklah sekolah lanjutan kampung.

7.0 Kurikulum Lama Sekolah Rendah

Apabila Akta Pelajaran 1961 dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Pengenalan sistem ini telah memberi impak kepada pendidikan di negara pada ketika itu.

Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani. Permasalahan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah ialah isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang 13

terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini telah menyebabkan murid menjadi bosan dan tidak gemar untuk belajar.

Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorism . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.

Dalam aspek peperiksaan pula, semua murid-murid haruslah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam. Selain dari itu juga, mata pelajaran KLSR lebih kepada pembasmian buta huruf. Peperiksaan LCE telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP pada tahun 1978.

Peperiksaan Umum yang wujud pada masa itu ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga dan pada tahun 1973, Ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal.

8.0 Sejarah Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983

14

susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan Sistem KLSR kepada KBSR; 1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ini telah menyebabkan murid cepat menjadi bosan dan susah untuk memahami satu-satu isi mata pelajaran yang di ajar oleh guru.

2. Sukatan Pelajaran KLSR terlalu banyak dan mengambil banyak masa untuk guru menghabiskan satu-satu isi pelajaran yang telah ditetapkan.

3. Guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Ini menyebabkan murid - murid terbeban dengan mata pelajaran yang ada.

4. Pengajaran dan pembelajaran hanya bertumpu kepada buku teks yang dibekalkan tanpa menggunakan bahan bantu belajar yang lain.

5. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berasingan dan tiada kaitan dengan pembelajaran bilik darjah.

Pada asasnya, percubaan KBSR telah dimulakan di 305 sekolah di seluruh Malaysia merangkumi sekolah yang berada di dalam dan di luar bandar pada tahun 1982.

15

Menurut sumber hasil daripada maklumat guru-guru yang sudah bersara, mereka menyatakan bahawa pada tahun 1982, guru-guru ketika itu telah dihantar berkursus secara berperingkatperingkat untuk memulakan pengajaran KBSR. Sistem pendidikan KBSR telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983.

9.0 Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukarkan nama kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pada asasnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini masih sama dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kandungan Kurikulumnya masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah murid perlu menguasai serta mengetahui dengan baik dan memuaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping menjadikannya sebagai alat perpaduan. Fokus terhadap aspek 3M ditekankan iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain dari itu juga, murid yang lemah diberikan pemulihan ataupun untuk mengulangi ujian.

Selain dari itu fokus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh telah diberi penekanan iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembaharuan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini amat berfaedah kepada murid-murid terutamanya dalam mencapai

16

matlamat pembentukan sahsiah diri dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilainilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara.

Selain dari itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini juga telah menyemai perpaduan kaum serta memperkukuhkan lagi kesepaduan integrasi nasional melalui sistem pendidikan.

10. Sejarah Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah diwujudkan atas dasar ucapan Perdana Menteri ketika itu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006. Dalam dasar ucapannya, beliau telah menuntut supaya pendidikan lebih menekankan kepada pembangunan modal insan, melahirkan pelajar yang lebih cerdik mindanya dan pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran serta maklumat melalui pendidikan.

Dalam hal ini, matlamat beliau ialah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta boleh menghayati nilai-nilai murni. Selain dari itu, beliau juga berhasrat untuk memastikan anak bangsa Malaysia dapat memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan, kemahiran serta boleh menerapkan nilai dalam setiap aspek kehidupan.

17

Atas dasar ucapannya itu, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Proses dalam pembentukan KSSR ini telah mengalami bentuk perubahan yang holistik kepada organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Hasil usaha kementerian pelajaran, pegawai-pegawai pendidikan yang berkelayakan telah dihantar ke setiap negara maju untuk mengkaji sistem pendidikan di negara-negara tersebut. Atas dapatan laporan yang diterima, mesyuarat di peringkat atasan telah memutuskan supaya sistem kurikulum diubah mengikut tahap kebolehan murid semenjak dari awal pra persekolahan.

Bermula dari tahun 2009, perkara utama yang ditekankan ialah mewujudkan sebanyak mungkin kelas pra-sekolah di sekolah-sekolah milik kerajaan supaya pembelajaran di peringkat awal boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah. Penekanan utama mengikut tahap kematangan murid ini telah di bahagikan secara sistematik iaitu; 1. Pra-sekolah: Penekanan terhadap sosio-emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah serta perkara asas persediaan murid untuk ke sekolah rendah yang mana memberi pendedahan kemahiran 3M dan menaakul.

18

2. Tahap 1 ( Tahun1-3 ). Murid diajar menguasai kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas Teknologi Maklumat Komunikasi, perkembangan sosio-emosi, kerohanian, fizikal, kognitif dan nilai.

3. Tahap II ( Tahun 4-6 ). Pengukuhan dan mengaplikasikan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas Teknologi Maklumat Komunikasi, Perkembangan sosio-emosi, kerohanian, fizikal, sikap serta nilai-nilai murni.

Dalam masa yang sama juga, pakar-pakar pendidik telah dijemput bersama-sama dengan bahagian peperiksaan untuk berbincang serta menggubal isi mata pelajaran supaya bersesuaian dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan dikelolakan oleh bahagian Pendidikan Guru dan juga Bahagian Pembangunan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Putrajaya.

Tahun 2010, pembangunan rangkaian peperiksaan telah dibangunkan bersama pakar-pakar pengaturcaraan komputer bersama-sama Bahagian Peperiksaan untuk mewujudkan satu sistem Penilaian Peperiksaan yang mana kini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah untuk menggantikan sistem peperiksaan UPSR.

Hasil dari perbincangan tersebut, satu laporan telah dibuat dan diserahkan kepada Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Seterusnya Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan penukaran kurikulum baru dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010.

19

Kurikulum KSSR ini telah dijalankan secara berperingkat dan mula diperkenalkan kepada murid-murid tahun1. Program ini terus dilaksanakan dari tahun ke tahun semasa dan tahun ini merupakan tahun ke dua dilaksanakan. Pendedahan mengenai KSSR disebarkan kepada guru-guru yang telah dibuat secara berperingkat mengikut mata pelajaran mulai Januari 2011. Penyebaran maklumat ini dilakukan secara besar-besaran ke seluruh negeri termasuk semua daerah.

Dari masa ke semasa, penambahbaikan KSSR telah dilaksanakan dari segi mata pelajaran dan juga isi kandungan buku teks mengikut kesesuaian persekitaran pelajar sehinggalah ke hari ini. Menerusi sistem pendidikan KSSR, semua murid dinilai berdasarkan kebolehan, penglibatan, tahap penguasaan, pencapaian serta kematangan mereka. Suatu skala standard untuk pengukuran pencapaian telah disediakan dan semua murid dikehendaki melepasi standard yang telah ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai murid hendaklah diukur dengan jelas, adil dan telus supaya boleh mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran.

11. Kesimpulan

Berdasarkan kepada sumber-sumber yang telah kami dapati melalui bahan rujukan, pendapat, perbincangan serta isu-isu semasa dapatlah kami simpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa transformasi. Apa yang jelas transformasi ini telah membawa banyak perubahan positif yang membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

20

Melalui pembangunan kurikulum, rakyat Malaysia boleh dibentuk untuk menjadi warganegara yang lebih relevan dengan cabaran yang semakin mencabar ke abad 21 seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana telah menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Proses ini akan membantu negara untuk membentuk modal insan yang seimbang di samping menitikberatkan soal agama, nilai-nilai murni dan semangat patriotisme cintakan negara.

Kurikulum merupakan rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum juga boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kandungan kurikulum telah banyak membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.

Perubahan kurikulum yang sentiasa berlaku dari semasa menunjukkan telah berkalu pemanbahbaikan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun begitu kita harus jelas bahawa segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Justeru itu, sebagai warga pendidik kita harus sentiasa peka dan mengikuti perkembangan kurikulum di negara kita terutama yang berkaitan dengan penambahbaikan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam 21

membentuk insan yang berketrampilan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah penggubal dasar, pengurusan kurikulum ibu bapa serta juga pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dan negara.

12. RUJUKAN

1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3) Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003 4)Tiada Penulis. Sukatan Pelajaran KBSR.

22

http://www.ppk.smkdpk.com/hsp/hsp_seni.html#. Dilayari pada 09 Februari 2010. 5)Tiada penulis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. dilayari pada 09 Februari 2010 6) Report of Education Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46 7) Report of the Committee on Malay Education: op. cit., m.s. 73 8) Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

23

Вам также может понравиться