Вы находитесь на странице: 1из 6

Hiburan da Permainan (Dipetik daripada buku Halal & Haram Dalam Islam tulisan Dr Yusuf Qaradhawi)

Islam adalah agama yang realiti, tidak tenggelam dalam dunia khayalan tatau terikat dengan contoh-contoh yang tidak jelas. Tetapi, islam berdiri dengan manusia di atas hukum hakikat yang nyata. Islam juga tidak menganggap manusia itu seperti malaikat yang mempunyai dua, tiga atau empat sayap. Akan tetapi islam mengaggap manusia itu sebagai makhluk Allah yang memerlukan makanan dan minuman serta berjalan menuju ke pasar. Oleh itu, islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungan sebagai berfikir, semua pendengaran hanyalah al-Quran dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan islam mengikitiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah buat mereka. Allah menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan bermain-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum. Nyanyian dan Bermain Muzik Antara hiburan yang menyenangkan jiwa, melapangkan dada dan meberikan nikmat kepada halwa telingan ialah nyanyian. Islam membolehkan nyanyian selama mana ia tiada unsur maksiat, kata-kata yang kotor, lirik yang lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah. Tidak mengapa jika ianya diiringi dengan alat-alat muzik yang tidak membangkitkan syahwat. Malah digalakkan juga upacara-upacara yang menggembirakan untuk menampakkan perasaan suka dan riang untuk menghiburkan jiwa umpamanya pada hari raya, hari perkahwinan, aqiqah dan hari menyambut kelahiran bayi. Daripada Aisyah R.Anha: Bahawa dia pernah menghantarkan pengantin perempuan ke tempat lelaki daripada seorang ansar. Nabi SAW berkata kepadanya: Hai Aisyah! Apakah mereka disertai dengan hiburan? Kerana sesungguhnya orang-orang ansar itu suka mengadakan hiburan! (Riwayat al-Bukhari) Ibn Abbas R.Anhuma berkata: Aisyah R.Anha pernah hadir upacara perkahwinan salah seorang kerabatnya daripada kaum ansar. Lalu datang Rasulullah SAW bertanya kepadanya; Apakah sudah engkau berikan hadiah kepada pengantin perempuan itu? Jawabnya: sudah. Baginda bertanya lagi: sudahkan kamu aturkan seseorang untuk menyanyi di sana? Jawabnya: tidak. Maka

rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya golongan ansar itu suka kepada nyanyian Ghazal(sambut menyambut), kalau dapat seorang yang menyanyi seperti kami datang kepada kamu! x2, selamat bagi kami, selamat bagi kamu! (riwayat Ibn majah) Di dalam sebuah hadis yang lain, daripada Aisyah R.Anha Bahawa Abu Bakar RA(bapanya) telah menziarahinya ketika di Mina(hari raya Haji) sedang berada di sisinya 2 orang jariah yang bernyanyi dan memukul gendang, padahal nabiSAW sedang berkelubung dengan pakaiannya. Lalu Abu Bakar RA menengking kedua jariah tadi, maka Nabi SAW pun membuka kelubungnya dari wajahnya dan berkata: Biarkanlah mereka itu bernyanyi hai Abu Bakar! Bukankah ini hari rata! (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Imam Ghazali telah mnyebut dalam kitabnya ihya Ulum al-Din beberapa hadith tentang nyanyian 2 orang jariah ini, juga tentang permainan pedang orang-orang Habsyi di Masjid Nabawi dan betapa Nabi sendiri telah menggalakkan mereka untuk bermain-main pedang dengan berkata: Tunjukkanlah permainan kamu wahai kaum Arfidah! Kemudian pertanyaan Nabi SAW kepada Aisyah R.Anha: Apakah kamu mahu melihat orang-orang Habsyi bermain pedang? Kemudian baginda sendiri telah menemani Siti Aisyah untuk melihat permainan itu sehingga Aisyah berasa puas dan jemu, kemudian Baginda membiarkan Aisyah bermain-main boneka dengan kawan-kawannya. Imam Ghazali menyatakan smeua hadith-hadith tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Muslim Jelaslah di sini bahawa adanya nas yang sahih yang menunjukkan nyanyain dan permainan seumpama ini tidaklah diharamkan. Bahkan menjadi dalil yang membolehkan, iaitu:

i.

Permainan orang-orang Habsyi dan permainan semacam ini tidak sepi dari berjoget dan berdansa

ii. iii.

Permainan itu pula berlaku di halaman masjid dengan disaksikan orang ramai Sabda Nabi SAW sendiri kepada orang-orang Habsyi itu: Tunjukkanlah wahai kaum Arfidah permainan kamu Bukankah ini suatu suruhan supaya mereka bermain-main dan meminta ditunjukkan permainan itu! Bagaimana pula boleh dikatakan haram?

iv.

Laranagn Nabi SAW kepada Abu Bakar dan Umar RA suaya meraka jangan menginkari apa yang dilihatnya atau membantah, mengubah disebabkan ketika itu adalah hari raya iaitu masa untuk bergembira dan bersuka ria.

v.

Baginda sendiri meluangkan masa yang lama untuk menyaksikan permainan itu serta mendengar dendangannya untuk menemani Aisyah R.Anha. Ini menunjukkan betapa baiknya tingkah laku Nabi SAW untuk menyenangkan hati wanita dan anak-anak

kecil supaya melihat permainan itu dan tentulah lebih baik daripada bersikap keras kerana kezuhudan dan bersikap sederhana dalam menahan diri dan melarang kepadanya. vi. Nabi SAW berkata kepada Aisyah R.Anha pada permulaannya: Apakah engkau ingin melohat orang-orang Habsyi bermain pedang?(riwayat al-Bukhari) vii. Memperkenalkan nyanyian dan memukul kompang daripada kedua jariah tersebut, sebagaimana yang baru kita sebutkan sebelum ini dari nukilan Imam al-Ghazali dalam kitabnya. Selain itu diriwayatkan sebahagian para sahabat dan tabiin RA, bahawa mereka juga mendengar nyanyian dan mengaggap hal itu tidak menjadi kesalahan. Adapun mengenai hadith-hadith Nabi SAW yang menyebutkan tentang hukum nyanyian, maka semuanya tidak sunyi daripada kecacatan dan illah dan tiada suatu hadith pun yang terselamat daripada celaan di kalangan ahli hukum periwayat hadith dan ulamanya Al- Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi(Ibn Arabi) berkata: Tidak ada satu hadith yang sahih dalam mengharamkan nyanyian Ibn Hazm berkata: Semua yang diriwayatkan tentang pengharaman nyanyian adalah batal dan merupakan hadith maudhu(palsu) Pada kebiasaannya bila ada nyanyian dan muzik, selalunya disediakan khmar(arak), dan pesta maksiat. Oleh yang demikian, kebanyakan ulama mengharamkan nyanyian dan muzik malah membencinya. Sesetengah ulama mengatakan nyanyian itu termasuk dalam Lahwulhadith, iaitu hiburan yang sia-sia. Firman Allah: Maksudnya: Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjankan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan(dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan(surah Luqman:6) Ibn Hazm berkata: Sesungguhnya ayat ini menyebut tentang suatu sifat. Barangsiapa yang melakukannya menjadilah dia kafir tanpa khilaf lagi iaitu apabila dia menganggap jalan kepada Allah itu sebagai permainan atau hiburan. Begitu juga jika dia membeli al-quran untuk menyesatkan orang daripada jalan Allah SWT dan menjadikannya sebagai permainan nescaya dia menajdi kafir. Inilah yang dicela oleh Allah SWT. Jika dia menyertai Lahwulhadith iaitu hiburan yang sia-sia untuk menggembirakan dirinya, melapangkan fikirannya dan tidak bermaksud untuk menyesatkan orang dari jalan Allah SWT, maka ia tidak termasuk

dalam celaanNYA. Ibn Hazm juga telah menolok dakwaan orang yang menyatakan nyanyian itu bukanlah dikira hal hak iaitu benar. Maka kalau bukan hak, dia itu adalah menyesatkan sesuai dengan firman Allah SWT; Maksudnya: Maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja?( surah Yunus:32) Ibn Hazm berkata: Apa faedahnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya semua amalan(perbuatan) itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang(akan diira) dengan apa yang diniatkannya ( riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tegasnya, sesiapa yang berniat mendengar nyanyian itu untuk membantunya membuat dosa dan maksiat, maka jelaslah dia fasik(berdosa). Ini termasuk apa saja selain nyanyian. Sesiapa yang berniat menenangkan dirinya supaya dapat mengembalikan kekuatan tenaganya untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT, membuat amal kebajikan maka perbuatannya dikira daripada yang hak atau benar. Begitu juga sesiapa yang tidak berniat untuk melakukan ketaatan mahupun maksiat, ianya dikira laghwun, hiburan sematamata termasuk yang dimaafkan umpama seorang yang bersiar dalam taman, atau suka menyendiri dan sebagainya. Terdapat beberapa syarat dalam nyanyian, antaranya: i. Hendaklah topik nyanyian itu patuh kepada perundangan yang tidak bertentangan dengan adab dan tatasusila Islam dan pengajarannya. Jika nyanyian mengagungkan masalah arak dengan mengajak orang ramai mencuba dan meminumnya, maka nyanyian seperti ini adalah haram. Orang yang mendengarnya pun hukumnya haram. ii. Nyanyian tidak bertentangan dnegan pengajaran dan petunjuk Islam tetapi penyanyi tersebut yang tidak mengawal dan menjaga tata-susila dan norma-norma ketimuran dengan membangkitkan perasaan berahi yang tidak mampu dikawal maka hukumnya haram. iii. Jika berhibur dengan nyanyian tanpa memperdulikan perkara wajib iaitu solat lima waktu maka hiburan ini dianggap melalaikan dan membazirkan waktu kerana berlebih-lebihan yang melampau dengan mengabaikan kutamaan ibadah yang wajib iv. Pendengar itu sendiri harus tahu mengawal diri dan memastikan hiburan atau nyanyian yang boleh merosakkan jiwa dan mendatangkan fitnah yang melampau kepada agama, maka tindakan yang matang harus dilakukan untuk menyelamatkan diri atau masyarakat sekeliling1

v.

Kesepakatan ulama dalam pengharaman nyanyian apabila disertai dengan perkaraperkara yang haram, umpama pesta seks(maksiat), meminum minuman keras, tarian lucah dan sebagainya. Inilah yang diingatkan oleh Rasullullah SAW kepada orangorang yang menyertainya dan mendengarnya dengan seksaan yang amat berat, sabdanya: Maksudnya: Akan datang masanya di mana orang-orang dari kaumku akan meminum khamar yang kemudian dinamakanya dengan nama-nama yang lain, diri mereka akan dihiburkan dengan rentak dan nyanyian para wanita, maka Allah SWT akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan mereka monyet-monyet dan khinzir(riwayat Ibn Majah)

Tidak semestinya mereka akan disumpah menjadi seekor monyet atau khinzir. Sumpah di sini lebih tepat mengatakan jiwa mereka umpama binatang-binatang tersebut tetapi masih dalam kelihatan rupa manusia.

Penutup Pada hakikatnya, sesetengah sahabat Nabi SAW telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi dalam hiudp mereka sehingga mereka menyangka bahawa bersungguh-sungguh dan kekuatan beribadat yang jitu menjadi sifat mereka di dalam kehidupan. Bahkan mereka perlu mengenepikan semua kesenangan hidup dan keindahan dunia sehingga mereka tidak boleh lagi bersuka ria. Malah segala pemikiran mereka mestilah ditujukan hanya kepada akhirat semata-mata serta terhindar daripada dunia dan kesenangannya. Seterusnya marilah kita hayati kisah seorang sahabat yang bernama Hazhalah al-Usaidi, iaiatu salah seorang daripada menulis wahyu Nabi SAW, beliau memberitahu kita tentang dirinya, dengan berkata: Pada suatu hari, ketika beliau sedang berjalan, beliau telah ditemui oleh Saidina Abu Bakar RA, lalu ditanya: Apa khabar wahai Hanzhalah? soal Abu Bakar. Hanzhalah telah berlaku munafik, jawab beliau. Subhnallah! Apa yang enagkau katakan itu? ujar Abu Bakar. Beliau menjawabBagaimana tidak, bukankah apabila kira berada di sisi Rasullullah SAW, Baginda mengingatkan kita tenatang neraka dan syurga sehingga kita seolah-olah dapat melihatnya dengan mata kita sendiri. Akan tetapi, apabila kita keluar daripada sisi Baginda, kita telah dilalaikan dengan anak-anak dan harta benda kita sehingga kita melupakan peringatan daripada Rasullullah SAW. Memang benar apa yang dikatakan olehmu wahai Hanzhalah sambut Abu Bakar.Aku juga merasakan sama seperti itu, beliau menyambung.

Hanzhalah terus menceritakan peristiwa itu lagi lalu beliau berkata: Aku bersama-sama Abu Bakar terus berjumpa dengan Rasullullah SAW dan kami duduk di sisi baginda, lalu aku berkata:Hanzhalah telah berlaku munafik wahai Rasullullah, katakuApa yang telah kamu lakukan wahai Hanzhalah, tanya Rasullullah SAW. Aku pun menajwab Hai Rasululllah! Apabila kami di sisimu, kamu mengingatkan kami tentang neraka dan syurga seolah-olah kami dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi, apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatan itu Lantas Rasulullah SAW bersabda Maksudnya: : Demi jiwaku yang berada di dalam tanganNYA! Sesungguhnya jika kamu menepati kedadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan disamakan dengan Malaikat di tempat-tempat duduk kamu dan di jalanjalan kamu. Tetapi, wahai Hanzhalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! Disebutkan ungkapan ini sampai tiga kali.(riwayat Muslim)

-Dr Yusuf al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah anatar lain menyebut: Oleh itu, adalah lebih

baik bagi seorang Muslimagar menjaga agamanya dengan mengambil azimah dan takutkan perkara-perkara syubhah. Dia juga perlu menjauhkan dirinya dari ruamg yang akan menyukarkannya untuk keluar dari perkara yang haram. Siapa yang mengambil rukhsah, mestilah berhati-hati dan bersungguh-sungguh menjaga dirinya. Dia hendaklah memilih sesuatu yang selamat daripada terjerumus ke lembah dosa setakat yang termampu. Apabila hal ini terpakai kepada pendengar, maka tentulah bagi orang-orang yang mencari rezeki dengan menyanyi, hal ini lebih ketat dan menakutkan. Ini kerana bergelumang dnegan dunia seni seperti yang mereka katakan, adalah satu bahaya besar kepada agama seseorang. Jarang orang dapat keluar dari dunia seni dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Вам также может понравиться