Вы находитесь на странице: 1из 18

Hei, sakit tahu tidak hish kotor baju saya!

marah Julia, baju yang baru \ baharu dibeli ibunya sudah pun kotor terkena tanah. Eh, maafkan saya! Mari hulurkan tangan awak kata Anna dengan niat ingin membantu. Hish, tidak perlulah awak ni buta ke ? suka hati awak saja mahu langgar orang! herdik Julia.

Tapi kan saya sudah minta maaf , awak pekak ke? lawan Anna kali ini dia tidak akan berdiam diri setelah di herdik gadis itu. Lalu Julia membulatkan matanya sebagai tanda protes terhadap Anna, tanpa mereka sedari pertengkaran mereka diperhatikan cikgu Ayu . Ya allah, Anna, Julia berhenti bertengkar! arah cikgu Ayu. Bukan apa cikgu tadi Anna terlanggar Julia jadi dia terjatuh Anna sudah minta maaf sambil hulurkan tangan untuk dia lagi tapi dia bangun terus marah Anna bukan baju dia sahaja kotor terang Anna bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh. Lalu, Hei, awak ingat baju saya kain buruk ke suka hati awak nak kotorkan .Baju ni jenama Canggih tahu sudah lah mahal! kata Julia. Alah baju saja jenama Canggih bukannya boleh tukar jadi mesin basuh ke apa ke Anna merungut dalam hati. Sudah , Julia awak tidak boleh berpelakuan sebegini kan Anna sudah minta maaf. Kata cikgu Ayu.

Selesai sesi ceramah bersama cikgu Ayu mereka berdua pergi menuju ke haluan masing-masing. Anna pun berlalu menuju ke kelasnya lalu pengawas datang ke kelasnya untuk memberitahu bahawa waktu solat zuhur sudah pun masuk, di sekolah sememangnya mereka akan solat berjemaah bersama guru-guru.Sewaktu rehat kantin akan dibanjiri pelajar yang berpusu-pusu menuju ke kantin apa tidaknya perut ini sudah membuat pesta muzik menandakan mereka memerlukan guru muzik apa lagi makanan lah!

Wahai tuhanku, jangan lah kau temukan aku dengan singa betina itu mohon Anna. Sebaik sahaja Anna berdoa Julia pun berjalan dengan lenggang-lengguknya menuju ke kantin. Astaga, dia datang pula! kata Anna sambil menepuk dahi.Anna mengambil keputusan untuk cepat-epat membeli makanan untuk dimakan di dalam kelas. Eh, ada pula si bedebah ni dekat sini! saja Julia berkata sebegitu untuk menyakitkan hati Anna. Bagi menjernihkan keadaan Anna meminta maaf atas segala kejadian yang terjadi sebentar tadi walaupun

bukanlah seratus peratus Anna yang bersalah memang itu yang diajar ibunya sentiasa beralah baru lah hidup aman. Namun Julia tetap berkeras hati kerana sepanjang dia bersekolah di sini tiada siapa yang berani melawan kata-katanya apatah lagi mengotorkan bajunya, maklumlah anak orang berada lah katakan .

Setiap manusia mesti menanamkan sifat-sifat pemaaf , barulah hidup berkat.

Tanpa berlengah Anna terus berlalu meninggalkan Julia yang pasti Anna tidak rasa bersalah lagi kerana Anna sudah pun meminta maaf kepada Julia sedangkan nabi pun mengampunkan umat apa sajalah yang nak dibandingkan salah Anna. Kringg, Kringg, loceng sudah berbunyi menandakan sekolah akan melepaskan pelajar pulang ke rumah ,Sebaik sahaja Anna memasuki kereta Proton Saga yang dipandu ibunya Macam mana sekolah hari ini ? soal ibu Anna. Anna hanya berdiam diri apakah jawapan yang patut diberi kepada ibunya adakah Anna hari ini dalam keadaan baik di sekolah ah, semestinya tidak hampir saja Anna tidak dibaham singa betina itu! Mmmm, ibu tadikan Anna ada perselisihan faham dengan seorang budak ni, Anna terlanggar dia jadi dia pun jatuh apa lagi kotor lah baju dia tapi baju Anna pun kotor juga, ibu tengok ni! Anna menunjukkan kesan bajunya yang kotor terkena tanah kepada ibunya.

Oh, patutlah anak ibu ni mulutnya macam ada jongkong emas berat saja mulut dia, habis Anna minta maaf dengan dia tidak? soal ibunya . Ibu ini kan anak ibu mestilah Anna minta maaf tapi dia marah Anna. Alah tidak mengapalah asalkan Anna sudah minta maaf dekat dia kata ibunya. Pak Ali , bawa kereta ni laju sikit Julia mahu jumpa mama sekarang juga! marah Julia. Mak Nab, Mak Nab, buka pintu ni cepat lah ! jerit Julia yang mampu meruntuhkan istana tersergam indah mereka itu hinggalah didengari mamanya. Julia awak ni sudah kenapa? soal Hartini, mama kepada Julia . Ma, mama tidak nampak ke baju anak mama ni kotor tahu ! kata Julia sambil tangannya menunjukkan kesan tanah di bajunya itu.

Alah sebab itu saja Julia bising satu rumah, Julia itu tanah saja lah bukannya tahi kucing tidak mengapa nanti suruh lah Mak Nab basuh. Lagi satu siapa yang buat Julia

jatuh? soal mamanya. Mama, Julia ni teranaya tahu tidak hish malu lah Julia, budak yang buat semua ni sudah lah pelik berani pula dia melawan Julia . Tengok lah dia nanti Julia gayang dia cukup-cukup. Baiklah mama mahu tahu satu benda saja dia ada minta maaf dengan Julia tidak?. Ada itu ada lah mama tapi Julia geram lah.kata Julia. Aduh, aduh , mama sakit lah jangan tarik telinga Julia malu lah! luah Julia . Nor Julia Bt Hanafiah awak ni bukannya keturunan diraja faham! Kalau dia sudah minta maaf dia sudah tidak bersalah lagi tahu tidak marah mamanya sememangnya Puan Hartini tidak mahu anaknya dimanjakan sangat sehingga besar kepala. Hish, mama ni sudah tidak sayang Julia lagi ke ? Julia ni ada mama sahaja tapi mama pukul-pukul Julia pantul Julia yang tidak sengaja berkata sebegitu sememangnya Julia tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana mamanya mengambil keputusan untuk berpisah dan sejak kecil Julia lah tempat kemarahan bapanya namun Julia sentiasa menyanyangi bapanya .

Suasana menjadi sepi seketika memang benar Puan Hartini amat mengasihani anaknya kerana kehilangan kasih sayang seorang ayah namun mamanya tekad untuk berpisah daripada Julia sering dipukul apabila sering bergaduh dengan suaminya . Sayang , Julia fahamkan kenapa mama tidak mahu hidup dengan papa, nanti Julia yang jadi mangsa , Julia seorang sahaja permata mama, hidup mati mama untuk Julia sahaja kata mamanya tanpa disedari Julia sudah bergelinang air matanya . Lalu mereka berpelukan dan Julia berjanji tidak akan mengunkit kisah ini lagi.

Ibu, Anna tengok ibu macam letih saja tidak mengapa biar Anna habiskan lipat baju ni ya, ibu pergi tidur dulu esok ibu nak uruskan dobi itu lagi penat , ibu kena banyak rehat . arah Anna yang selalu membantu ibunya dalam segala urusan termasuklah kelengkapan adik- beradiknya . Boleh anak ibu? Tanya ibunya . Mestilah boleh kata Anna. Angah , alang , acik sudah habis kerja sekolah , kemas buku ya lepas itu masuk tidur arah Anna sebagai sulung . baju sekolah along? soal adiknya. Itu tidak mengapa nanti along gosokkan. Balas Anna.

Dan esoknya di sekolah,

Bangun semua, selamat sejahtera cikgu! ucap ketua darjah kelas tingkatan 1 Citra . Selamat sejahtera semua , baik semua boleh duduk . Hari ini cikgu ingin beritahu pihak sekolah mahu buat pertandingan membuat replika bangunan yang megah yang ada

Вам также может понравиться