Вы находитесь на странице: 1из 1

Contoh Jawapan Amalan berbudi bahasa sering diperkatakan dalam kalangan masyarakat.

Hal ini kerana amalan , ini mempunyai banyak kepentingannya. Amalan berbudi bahasa ini penting diamalkan oleh setiap individu supaya lebih dihormati oleh orang. Sekirangnya seseorang itu tidak berbudi bahasa, sudah tentu orang itu dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, amalan berbudi bahasa juga penting unutk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Masyarakat yang harmoni menyumbang kepada suasana yang aman dan damai. Di samping itu, amalan berbudi bahasa juga dapat menarik hati para pelancong untuk berkunjung ke Negara kita. Apabila mereka tertarik hati dengan budi bahasa kita, sudah tentulah imej Negara kita akan meningkat. Kesimpulannya, sungguh banyak kepentingan amalan budi bahasa. Oleh itu, setiap anggota masyarakat haruslah menjadikan slogan Budi Bahasa Budaya Kita sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Вам также может понравиться