You are on page 1of 5

Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan bolehditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau

pertukaran maklumat di antaradua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Denganperkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi sosial di antara orang melaluiaktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan ataubukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatubentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan) sebagaimedium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisan sebagai suatu bentukkomunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan danmemek muka. Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentukkomunikasi bukan lisan.Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan muridsemasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan muridsemasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya guru menyampaikan pengajarannyadengan suara yang jelas, kuat dan lantang serta menggunakan perkataan-perkataanyang ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, guru juga dapat memberikanpeneguhan positif kepada murid melalui komunikasi bukan lisan bagi memberidorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka dalam pembelajaranseperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka mencuba sesuatu. Justeru, amat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi danmempertingkatkan kemahirannya dari semasa ke semasa kerana komunikasi yangtepat membantu guru meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran danpembelajaran.Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) menegaskan bahawa guru yang cekapsemestinya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sifat peramah sertadapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kelompok sosial yang berbeza memerlukanguru menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Penguasaan dan penggunaanbahasa yang baik dan cekap sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yangberkesan. Kemahiran komunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorangguru dapat menyampaikan pengajarannya dengan lancar, jelas dan mudah difahami.Adalah lebih baik sekiranya, seseorang guru mampu menguasai beberapa bahasa agardapat mendedahkan dirinya dengan dunia sosial yang lebih luas dan intelektual yanglebih menyeluruh. Menurut Asmah Bee Mohd Noor (1999), ahli teori kognitif percaya bahawapemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkah laku manusia. Jika individu mengubahcara berfikir, maka perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahanmelalui modifikasi tingkah laku. Oleh itu, teori ini

memfokuskan kepada proses disebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhatikanadalah petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori inimenerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan danpenyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingatoleh pelajar (Prof. Aminah Ayob, 2005). Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormatipelajar. Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dandisanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkankemahiran komunikasinya bagi membolehkan pelajar mudah bergaul dengan merekadan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-

duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dandimuliakan (Abdullah Hasan, 1999). Hal ini pastinya dapat membantu guru dalammengatasi masalah tingkah laku di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah. Abd. Rahim b. Abd Rashid (1999) menyatakan bahawa punca tingkah lakubermasalah di kalangan pelajar ialah wujudnya proses demoralizing pelajar di dalamkelas. Terdapat amalan yang tidak sihat dan bersifat demoralizing pelajar sama adasecara sengaja atau tidak sengaja oleh guru dan juga dalam amalan sistem sosial yangtidak sihat di sekolah. Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral pelajarsehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai.Kecaman yang sering dilemparkan oleh guru terhadap pelajar serta memburuk-burukkan pelajar boleh membunuh segala motivasi dan harga diri pelajar. Pelajarmenjadi benci dan anti sosial kepada sekolah dan masyarakat. Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu proses demoralizing yang boleh memusnahkanmaruah pelajar. Motivasi diri menjadi hancur disebabkan proses demoralizing yangdialami secara berterusan oleh individu.Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik danmelaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk merekaketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan pelajar tidak bebas dan berfikir.Pelajar perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatanpembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskankeupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yangrendah dan negatif terhadap pelajar juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikutdaripada berfikir. Hal ini kerana jangkaan guru yang rendah dan negatif memberi kesanburuk terhadap pencapaian pelajar. Pelajar akan berasa guru kurang menunjukkanperhatian dan minat untuk membantu meningkatkan kebolehan mereka. Sikap atau imejnegatif ini terbentuk disebabkan jangkaan guru yang tidak mendorong kemajuan pelajarterutama di kelas-kelas yang lemah. Persepsi negatif guru dan jangkaan guru yangrendah pastinya melemahkan lagi semangat dan harapan mereka. Motivasi menjadiberkecai dan lumpuh disebabkan jangkaan guru yang tidak merangsangkan kemajuanpelajar-pelajarnya.Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologibehavioral seperti John B. Watson, Ivan Pavlov, Edward L. Thorndike dan B. F. Skinnermerupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan perubahantingkah laku. Mereka menjalankan kajian ke atas haiwan bagi membuktikan teori ini dankemudian mengaplikasikannya terhadap tingkah laku manusia yang boleh dilihat dandiukur di dalam pembelajaran dengan tujuan untuk menghurai, menerang, meramal danmengawal tingkah laku manusia. Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini berpendapat bahawatingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitran dan bolehdiperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep peneguhan dan jadualpeneguhan. (Nora Mislan, 2007) Mereka juga menekankan bahawa perkaitan gerakbalas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang

baru dan teori pembelajaran ini disebut sebagaiTeori Rangsangan dan Gerak Balas. (Mok Soon Sang, 2003) Skinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankantentang proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakanbeberapa rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut beliau, pembelajaranberlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yangpenting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu, peneguhanpositif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidakdiingini sekaligus menjayakan proses pembiasaan ini. Manakala peneguhan negatifpula membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi tingkahlaku operan yang diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran,konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

Menurut Mook Soon Sang (2003), komunikasi secara lisan dan bukan lisansering berlaku berlaku semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarandi dalam bilik darjah. Misalnya, di dalam aktiviti soal jawab, guru biasanyamengemukakan soalan secara lisan (komunikasi secara lisan), murid kemudiannyaakan mengangkat tangan sebagai isyarat yang menyatakan keinginannya untukmenjawab soalan (komunikasi bukan lisan). Murid akan menjawab soalan tersebut(komunikasi secara lisan), jika jawapan yang diberikan betul, guru akan memberipeneguhan dengan mengangguk kepala, senyum dan membalas denganmenggunakan perkataan seperti baik, bagus dan sebagainya (komunikasi bukanlisan dan secara lisan).

22 Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan perananyang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebutberlaku dalam hampir semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktivitisoal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dansebagainya. Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangatbergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru.Komunikasi berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan carayang mudah dan mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Olehitu, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-perkataan yang mudah difahami pelajar semasa menyampaikan pelajaran.Kementerian pendidikan juga telah meletakkan kaedah pengajaran berpusatkanpelajar, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi fokus utama dalam pengajaran danpembelajaran menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Denganperubahan tersebut, kurikulum latihan perguruan di institusiinstitusi perguruan telahdiubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isikandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalammelaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti (Lai KimLeong,et. al., 2001) Bahkan kini kerajaan sedang berusaha untuk membestarikansekolah-sekolah di negara kita agar lebih banyak sekolah yang dilengkapi denganpelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang

merangkumi pelbagaimedia. Ini bertujuan dapat mencetus dan menarik minat pelajar serta dapatmemaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran demimembangunkan potensi pelajar khususnya dari segi kecerdasan, bakat, kemahiran dankreativiti pelajar. Sekiranya hal ini tidak dapat dilaksanakan, pelajar akan mudah berasabosan dan gelisah, mereka mungkin memberontak dan seterusnya menimbulkanmasalah tingkah laku di dalam kelas sehingga menjejaskan keberkesanan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan. Pendek kata, guru juga perlu kreatif dalammencorakkan budaya belajar di bilik darjah.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk Alatan Mengajar DalamPengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yangpadu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubunganantara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu ataumempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh EdgarDale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana prosespembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebihabstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dan merupakan sebahagiankeperluan daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.Walau apa jua kaedah pengajaran yang digunakan, guru tetap perlu menyediakanbahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. DavidBerlo (Musa Sulaiman, 1999) menyatakan bahawa terdapat empat ciri penting dalamproses komunikasi iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaransebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu mengajar dantulisan. Ciri-ciri tersebut diperlukan bagi pelajar menguasai empat jenis kemahirankomunikasi iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru perlumenggunakan pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,beberapa bahan bantu mengajar termasuk yang lama dan baru bagi mempercepatkanproses pengajaran dan pembelajaran.

Setiap rangsangan akan mewujudkan gerak balas dan seterusnya prosespembelajaran akan berlaku. Proses pembelajaran dikatakan berlaku apabilaterdapatnya perubahan tingkah laku. Mok Soon Sang (2003) berpendapat tingkah lakupositif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. Dalam proses pengajaran,guru hendaklah menggunakan rangsangan yang menyeronokkan dan tidak membawakesan yang negatif. Rangsangan yang positif juga berperanan dalam memotivasikanmurid supaya mereka berminat untuk belajar. Terdapat perkaitan langsung antararangsangan dan gerak balas iaitu latihan pengulangan yang efektif, ganjaran,peneguhan, pemulihan, motivasi, persediaan dan suasana pembelajaran yangmenyeronokkan.Ganjaran merupakan peneguhan terhadap sesuatu pembelajaran. Sekiranyasesuatu pembelajaran tiada peneguhan, tingkah laku tersebut mungkin akan terhapusbegitu sahaja. Guru boleh memberikan peneguhan boleh melalui kata-kata pujian ataupenghargaan terhadap seseorang pelajar apabila mereka telah berjaya menyelesaikansesuatu latihan atau menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh perkataanbagus, syabas, tahniah, teruskan, anda berjaya dapat mempengaruhi minat dankesungguhan pelajar untuk terus berusaha atau beralih ke aktiviti-aktiviti lain yangsemakin mencabar. Hal ini akan menjadikan pelajar berasa seronok dan akan berusahauntuk

mencuba menguasai aktiviti pembelajaran seterusnya.Peneguhan dan rangsangan positif membuatkan pelajar berasa segala usahamereka amat dihargai dan hasilnya mereka akan memberi tindak balas dan perilakuyang menggalakkan dan hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih erat dan mesra. Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan seterusnya melancarkan prosespengajaran dan pembelajaran.

Dari segi humanistik, Omardin Ashaari (1999) pula berpendapat guruseharusnya mewujudkan hubungan yang sesuai dan mesra serta kerap berbincangdengan pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajaran mereka di sampingmenggalakkan suasana pembelajaran. Guru juga harus tegas dengan arahan danketetapan yang telah dibuatnya. Adalah lebih mudah mengurangkan ketegasandaripada melebihkannya apabila kekuasaan sudah musnah. Jika guru terlalu rapatdengan pelajar seolah-olah sebagai rakan biasa dan sentiasa pula mengubah fikirandan keputusan, ini akan mengurangkan kesan kepimpinan. Pelajar akan hilangkepercayaan dan kurang menghormati guru.Mengikut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) amat penting bagi guru untuk memberipenghormatan dan penghargaan terhadap kerjakerja dan sebarang daya usaha yangditunjukkan oleh pelajar. Di samping, guru perlu berperanan sebagai pendorong kepadapelajar kerana sokongan dan dorongan guru amat bermakna kepada mereka. Guru juga harus sentiasa bermurah hati memberi pujian dan menggunakan pujian bagi mengukuhan konsep kendiri pelajar-pelajar. Pembelajaran di bilik darjah dan sekolahperlu menyuburkan rasa kejayaan di kalangan pelajar.