Вы находитесь на странице: 1из 9

KErja Kursus Geografi Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra,06000, Kedah Darul Aman

Kajian Geografi Tempatan 2011

Komposisi Penduduk di Kampung Teluk Nibong,Jitra Serta Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk

Nama Murid:Muhammad Farizudin B. Ramli Tingkatan:2 Cemerlang Nama Guru:En Azmi

Senarai Kandungan

Tajuk

Muka Surat

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan

Penghargaan

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun demikian,saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra,Tuan Abu Seman yang telah memeberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan Cikgu Azmi,guru Geografi Tingkatan 2 Cemerlang.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.Terima kasih kepada ayah dan ibu saya yang memberikan dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini.

Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Kajian Ini dijalankan selepas waktu sekolah.Muridmurid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-masing.Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di Tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk Taburan Dan Komposisi Penduduk Di Kampung Teluk Nibong serta Kaitannya Dengan Pekerjaan Penduduk.Kami menyiapkan kajian ini dalam maa lapan minggu.Kemudian,saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara individu seperti yang disyaratkan.

Objektif Kajian

Kajian saya ini merangkumi objktif-objektif yang berikut: (a)memrhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian (b)mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian (c)menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

Kawasan Kajian Kampung Teluk Nibong terletak di negeri Kedah,iaitu di Daerah Kubang Pasu.Lihat peta 1.0 dan 1.1.Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu.Keluasan Kampung Teluk Nibong ialah 7000 meter persegi(sumber:Pejabat Daerah Kubang Pasu).Kawasan ini dahulunya merupakan sebuah hutan pokok nibong.Nama Kampung Teluk Nibong diambil sempena perkara ini.Kedudukannya terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat Bandar. Peta 1.0 Peta 1.1 Kawasan Kampung Teluk Nibong bertanah rata dan sangat sesuai untuk bercucuk tanam.Ia juga terletak berdekatan dengan Sekolah Kebansaan Sultan ahmad Tajuddin.Lihat peta 1.2

Peta 1.2

Kaedah Kajian

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(a)Pemerhatian:saya membuat pemerhatian terhadap taburan dan komposisi penduduk di Kampung Teluk Nibong (b)Temu Bual:Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Kampung Teluk Nibong secara lisan dengam menemu bual 22 orang penduduk kampong (c)Rujukan Kepustakaan:Saya membuat rujukan di Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk mendapatkan maklumat lanjut tantang kawasan Kampung Teluk Nibong

Hasil Kajian

Kampung Teluk Nibong merupakan kawasan perumahan yang agak jarang penduduknya.Penduduk di sini seratus peratus melayu. Saya telah menemu bual 22 orang penduduk. Kesemuanya sudah berumah tangga.Bidang pekerjaan mereka adalah sektor pertanian dan perniagaan. Terdapat 9 orang menjalankan perniagaan sendiri dan 2 orang pekerja kerajaan (Pegawai Polis [pekerja kerajaan]) Untuk makumat lebih lanajut rujuk jadual 1.0

Penduduk/J enis pekerjaan

Peniaga

Petani

Kakitangan kerajaan

Suri Rumah

Lain-Lain

Melayu

14

10

Graf 1.0 Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung Teluk Nibong.Kebanyakan penduduk di sini berusia 40 tahun dan keatas.Mereka juga rata-ratanya telah mempunyai anak. Ramai antara mereka bekerja di kawasan ladang dan sawah.Mereka ini sudah lama tinggal di Kampung Teluk Nibong iaitu antara 20 hingga 40 tahun.kebanyakan daripada mereka merupakan pesara-pesara kerajaan.

Rujukan

1.internet

2.Buku Teks Geografi Tiingkatan 2

3.Pejabat Daerah Kubang Pasu

4.Perpustakaan

Вам также может понравиться