Вы находитесь на странице: 1из 18

KERTAS KERJA 2 :

PROFIL PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN 1. PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan untuk meneliti kekuatan kumpulan sokongan satu khasnya jawatan Penolong Pegawai Pertanian (PPP) yang akan melaksanakan misi dan visi RISDA berasaskan dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan masa kini. Kumpulan inilah yang akan menterjemahkan slogan Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan. Prestasi RISDA bergantung kepada PPP untuk mengenalpasti potensi, merancang, melaksana dan memantau setiap projek supaya berjaya dengan cemerlang. 2. PENYEDIAAN KERTAS KERJA 2.1. Penglibatan AHLI KUMPULAN ahli kumpulan adalah melalui lantikan Mesyuarat AJK

Pelaksanaan Konvensyen Penolong Pegawai Pertanian pada : Tarikh Masa Tempat : 26 Mei 2011 : 9.00 pg hingga 1.30 ptg : Pejabat RISDA Negeri Selangor

Satu orang dari kalangan ahli mesyuarat telah dilantik sebagai fasilitator untuk menyediakan satu kertas kerja dengan tajuk Kerjaya Penolong Pegawai Pertanian dalam Perkhidmatan RISDA .Jawatankuasa juga bersetuju melantik ahli kumpulan lain untuk bersama-sama menyediakan kertas kerja ini iaitu : i. Rahsenani Binti Sulong ( Fasilitator ) ii. Rohani@ Rosmey Bin Hamid iii. Siti Zaleha Binti Mohd Ali iv. Nor Rina Binti Tumin v. Nurul Hidayah Binti Jaafar - BTSP - BTSP - PRD Hulu Selangor - PRJ Kuala Krai - PRN Perak

2.2. Untuk

PERBINCANGAN KUMPULAN mengumpulkan maklumat, membincangkan fakta-fakta dan

mendapatkan cadangan dan buah fikiran, Fasilitator iaitu Pn.Hjh Rahsenani bt. Sulong hanya sempat mengadakan satu perjumpaan sahaja pada 8 Jun 2011, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Tanam Semula. 2.3. SKOP KERTAS KERJA

Ahli bersetuju profil PPP diminta daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusai (BPSM) sahaja kerana fokus kertas kerja ini berkaitan profil PPP sahaja. Data akan diminta kepada pegawai rujukan yang dipersetujui iaitu daripada Encik Mohamad Asmizi bin Alias.

3.

OBJEKTIF 3.1.1. Membuka minda pihak pengurusan untuk mengkaji peranan meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai objektif RISDA. 3.1.2. Mengkaji semula potensi dan kerjaya PPP supaya kumpulan ini dapat bekerja dalam satu pasukan untuk berinteraksi secara berkesan dengan pengurusan atasan dan kumpulan sokongan lain serta pekebun kecil. dan

beban tugas jawatan Penolong Pegawai Pertanian supaya dapat

4.

SUMBER MAKLUMAT/DOKUMEN Sumber maklumat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RISDA

Ibu Pejabat. Status data adalah setakat 30 April 2011.

5.

DEFINISI Mengikut tafsiran kertas kerja ini kerjaya Penolong Pegawai Pertanian didefinisikan sebagai perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh RISDA kepada individu yang memenuhi kelayakan Penolong Pegawai Pertanian melalui skim yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan maksud untuk bertugas dalam jabatan dan melaksanakan tugas-tugas diberi dengan gred permulaan G27 dan mempunyai 2 tingkat kemajuan kerjaya setakat ini iaitu kepada Gred G32 dan Gred G36 (tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan berkaitan) . Perkhidmatan RISDA pula didefinisikan sebagai semua tugas dan

tanggungjawab yang diberi kepada Penolong Pegawai Pertanian mengikut perincian yang digariskan oleh perkhidmatan RISDA mulai dari hari lantikan pertama sehingga hari berpencen.

6.

SKOP KERTAS KERJA Kertas kerja ini akan membentangkan profil PPP masa kini seperti berikut : 6.1. 6.2 6.3. 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. 6.8. Perlantekan Taburan PPP Mengikut Negeri Beban Tugas dan Matlamat Tugas Teras RISDA Generasi PPP Persaraan Kenaikan pangkat Pengiktirafan Cadangan Pertanian. Penambahbaikan Perkhidmatan Penolong Pegawai

STATISTIK PERKHIDMATAN G36/G32/G27

PENOLONG

PEGAWAI

PERTANIAN

Statistik perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian ini adalah untuk memberi gambaran tentang kedudukan secara keseluruhan bagi memberi maklumat kepada peserta konvensyen. Statistik ini adalah setakat 30 April 2011. 6.1 JADUAL PERLANTIKAN PPP

Mulai tahun 1990an perlantekan nya tidak dibuat berikutan dengan dasar kerajaan pada masa itu.Taburan bilangan perlantekan mengikut tahun adalah seperti jadual dibawah:TAHUN 1970an 1980an 1990an 2000 dan keatas JUMLAH BILANGAN 22 60 1 117 200 PERATUS 11 30 0.5 58.5 100

Hampir 60% seramai 118 orang adalah perlantekan tahun 2000 dan keatas. 6.2. JADUAL BILANGAN PPP MENGIKUT NEGERI BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. NEGERI JOHOR MELAKA N.SEMBILAN SELANGOR PERAK PAHANG TERENGGANU KELANTAN P. PINANG PERLIS KEDAH SABAH SARAWAK IBU PEJABAT IKPK JUMLAH 18 16 3 3 22 7 8 26 3 200 BIL.PPP 23 2 14 8 19 28 PERATUS 11.5 1.0 7.0 4.0 9.5 14.0 9.0 8.0 1.5 1.5 11.0 3.5 4.0 13 1.5 100

Nota: Ibu Pejabat termasuk yang cuti belajar (4 = 2%) dan ERAS (4)

JADUAL MATLAMAT TANAM SEMULA TSGG ( CORE BUSINESS RISDA ) MENGIKUT NEGERI 2011

BIL

NEGERI

BIL. PPP 23 2 14 8 19 28 18 16 3 3 22 7 8 171

MATLAMAT TANAM SEMULA SEMASA (hek) -TSGG 300 170 940 110 450 800 210 680 40 50 530 2260 2450 8990 mengikut

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

JOHOR MELAKA N.SEMBILAN SELANGOR PERAK PAHANG TERENGGANU KELANTAN P. PINANG PERLIS KEDAH SABAH SARAWAK JUMLAH

MATLAMAT TANAM SEMULA BERTURUT (hek) -TSGG 6964 3353 18113 1270 9228 15790 5129 14500 250 563 18773 490 803 95226 keluasan tanam semula

Bilangan PPP ditempatkan kenegeri tugas teras tersebut.

sebagai core bisnes RISDA dan lain-lain tugas yang menyokong kepada kejayaan

6.3.

BEBAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G36/G32/G27

Tugas PPP sebenarnya unik dalam perkhidmatan RISDA. Kedudukan jawatan dan tugas yang diperincikan dalam RISDA banyak mendedahkan PPP terhadap tugas pentadbiran, kewangan, pembangunan dan khidmat sosial kepada staf dan pekebun kecil.

6.3.1. Senarai tugas PPP G36/G32/G27 Secara Am 1. Membantu PRD merancang program pembangunan RISDA Daerah dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak RISDA. 2. Membantu PRD mengawal, menyelaras, menyelia dan membimbing semua anggota RISDA Daerah untuk mencapai matlamat RISDA Daerah. 3. Membantu PRD melaksanakan semua dasar pentadbiran dan pengurusan kewangan RISDA Daerah untuk mencapai tahap cemerlang. 4. Melaksanakan dan mengurus program tanam semula dan yang berkaitan sebagaimana peruntukan dan matlamat yang telah disediakan. 5. Menerima arahan dari masa ke masa.

Secara Khusus 1. 2. 3. 4. 5. Memberi kelulusan semua bantuan tanam semula melibatkan peruntukan sehingga RM5 Juta atau lebih. Dipertanggungjawabkan mengawal peruntukan fizikal dan kewangan Tanam semula. Menangani segala aduan tanam semula. Mengawal sistem penyampaian RISDA, supaya piagam RISDA mencapai 100%. Sekiranya terdapat penyelewengan / kesilapan dalam pengurusan tanam semula PPP dipertanggungjawabkan hampir sepenuhnya. 6. Membenarkan bayaran peruntukan pembangunan / pengurusan dilakukan sebelum diluluskan oleh Pegawai Kerja Akaun.

7. 8. 9. 10. 11.

Mengawal peruntukan program pembangunan serta yang berkaitan. Menjadi orang perantara (Jambatan) antara PRD dan ketua stesen. Bertanggungjawab sebagai ketua pentadbiran sekiranya ketiadaan PRD/PRJ/PRB. Mewakili PRD/PRJ/PRB di dalam mesyuarat dan majlis rasmi peringkat daerah. Menyelesaikan tugas-tugas semasa yang memerlukan perhatian segera di lapangan. 6.3.2. Senarai Tugas mengikut Arahan Pentadbiran Bil 42 Tahun 2010 di PRD/PRJ/PRB adalah mengikut bidang seperti berikut :1. Bidang Tanam Semula, Bekalan dan Pengembangan 2. Bidang Produktiviti dan Pemasaran. 3. Bidang Pembangunan Usahawan 4. Bidang Program Khas. Dilihat secara kasar tugas ini seperti lebih spesifik. Jika dihalusi tugas diatas

tidak seimbang diantara satu sama lain.

Bidang Tanam Semula,

Bekalan dan Dimana

Pengembangan amat berat untuk dipikul oleh G32 di PRD/PRJ/PRB. dan Pengembangan).

sebelum ini , tugas ini dilaksanakan oleh G32 (Tanam Semula) dan G27 (Bekalan

JADUAL MATLAMAT TANAM SEMULA TSGL MENGIKUT NEGERI 2011 BIL NEGERI BIL. PPP 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. JOHOR MELAKA N.SEMBILAN SELANGOR PERAK PAHANG TERENGGANU KELANTAN P. PINANG PERLIS KEDAH SABAH SARAWAK JUMLAH 6.4 GENERASI 23 2 14 8 19 28 18 16 3 3 22 7 8 171 MATLAMAT (hek) 7170 663 2340 467 5192 3911 1446 1400 103 0 1060 65 31 8990 MATLAMAT (hek) 2920 30 250 250 1361 1677 301 1 42 0 95 0 0 95226

TSGL < 5 HEK TSSS < 2 HEK

Perlantikan PPP yang dibuat tidak ada perancangan untuk kesinambungan kerja, dimana ada jurang dalam pengalaman bekerja. Staf yang baru berkhidmat terpaksa bekerja keras untuk menyamai taraf pengalaman kerja dengan staf yang lebih senior. Staf ini dikategorikan mengikut generasi seperti berikut:-

GENERASI SATU

TAHUN BERKHIDMAT > 25

BIL PPP 117

PERATUS 59

10

DUA TIGA JUMLAH

10 - 25 < 10

8 75 200

4 37 100

6.5.PERSARAAN PPP yang akan meninggalkan perkhidmatan RISDA dapat dianalisa seperti jadual dibawah :

11

BIL 1. 2. 3. 4. JUMLAH

TAHUN 5 10 15 > 15

BIL PPP 38 31 18 113 200

PERATUS 19 15 9 57 100

Merujuk kepada jadual dan carta diatas, dalam masa 5 tahun 19% ,15 % dalam masa 10 tahun. Selepas 15 tahun akan PPP akan bersara ialah 43%. Selepas ini generasi ketiga akan mengambil tanggungjawab yang dipikul oleh PPP generasi satu sekarang. Tuan-tuan adalah peneraju kepada generasi baru ini untuk meneruskan perjuangan membela arah tuju pekebun kecil negara kita.

12

PPP generasi tiga hendaklah prihatin mengenai perkara ini kerana proses pembelajaran informal mengambilmasa untuk dipelajari. Pengalaman dan kemahiran para generasi satu dan dua hendaklah diserap dan ditauladani. Dalam masa yang sama, kreativiti dan ubah suai pendekatan nya dengan keadaan semasa supaya kejayaan projek akan berganda dan hasil dapat dinikmati lebih cepat oleh kumpulan sasar. Walau bagaimana pun pihak pengurusan atasan ( ibu pejabat,

PRN/PRD/PRJ/PRB ) hendaklah memainkan peranan supaya PPP di pusat tanggungjawab boleh berinteraksi diantara satu sama lain supaya pengalaman dan kemahiran dapat diterap kepada mereka. Contoh : Generasi 1 : tugas utama tanam semula Generasi 3 : tugas pemasaran dan produktiviti PRN/PRD/PRJ/PRB : berkuasa untuk mengarahkan PPP Generasi 3 dengan menjadualkan ( 1 minggu sekali ) mereka membuat taksiran tanam semula berturut. Mungkin apabila kemahiran telah meningkat mereka akan membuat taksiran tanam semula semasa. PPP Generasi 1 semasa meluluskan RISDA 7 kenalah menyemak dengan teliti samada taksiran mereka teratur atau salah. berlaku. 6.6. PENOLONG PEGAWAI PEGAWAI PERTANIAN MENGIKUT GRED Dari sini proses pembelajaran

Peluang kenaikan pangkat amat kurang. Perkara ini mendorong kepada rasa tidak puas hati. Rata-rata merasakan peluang di RISDA tidak memuasakan jika dibandingkan dengan agensi pertanian lain seperti Jabatan Pertanian. Perkara ini pernah dibincangkan dalam konvensyen tahun 2009.

13

Jadual bilangan PPP mengikut Gred setakat 30/04/2011 adalah seperti berikut:-

BIL GRED 1. 36 2. 32 3. 27 JUMLAH

BIL PPP 4 74 122 200

PERATUS 2 37 61 100

Jika dilihat kenaikan pangkat generasi kedua telah bermula bagi gred G32. Mereka bekerja dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun. Jika dibanding dengan generasi satu, Gred G32 disandang selepas 20 tahun bertugas. Dengan itu peluang kenaikan pangkat generasi kedua dan ketiga kepada G36 hendaklah lebih banyak bilangan nya dan lebih cepat jangkamasa nya kerana mereka

14

akan bertugas hampir 20 tahun lagi.

Jika kenaikan pangkat tidak direalisasikan

dikhuatiri semangat bekerja mereka akan menurun. Pengurusan RISDA hendaklah menjadikan Penyusunan Struktur Organisasi RISDA Kali Kedua ( PSOR ) memberi penumpuan kepada PPP ini dalam kenaikan pangkat. Peranan PPP ini sama penting nya dengan kumpulan pengurusan dan profesional untuk mencapai visi dan misi RISDA. 6.7. PENGIKTIRAFAN PPP

Beban tugas yang hampir sama dengan Gred pengurusan dan Professional terutama nya jika bertugas di pusat tanggungjawab tetapi apabila dinilai prestasi, alangkah sedih nya kerana PPP dinilai bersama gred 26/22/17. PPP pada peringkat ini telah diturun taraf sama dengan para pembantu tadbir dan pembantu pertanian dilapangan. Sedangkan mereka ini lah yang dipantau dan diberi tunjuk ajar dan Peranan PPP sebagai pegawai penyelia yang pentadbir dan nasihat oleh PPP.

memantau dilupa selepas prestasi tahunan setiap pusat tanggungjawab dicapai. Hargai lah PPP ini dengan yang tidak berpeluang mengecap kenaikan pangkat, diberi pengiktirafan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang atau lawatan sambil belajar keluar negara atau setaraf dengan nya sebagai motivasi untuk terus mencurah bakti dalam tahun-tahun akan datang yang lebih mencabar.

7.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN.

15

Cadangan yang baik dalam konvensyen tahun 2009 dikekalkan kerana masih tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan RISDA. Dibawah ini disenaraikan cadangan penambahbaikan jawatan PPP adalah : 1. Kenaikan gred / jawatan dilihat bersama melalui sistem time-based Pergerakkan kenaikan gred mengikut tahun perkhidmatan: G27 ke G32 : 5 - 15 tahun berkhidmat G32 ke G36 : 3 - 7 tahun selepas menyandang G32 2. Bagi PPP jawatan khas untuk penyandang dipanjangkan kepada gred 32. Selepas menyandang jawatan G32 selama 3 tahun layak diberi pertimbangan untuk jawatan G36 ( KUP). 3. Bilangan jawatan G36/32 ditambah ke setiap PT selaras dengan pertambahan kumpulan pengurusan dan profesional di PT dan G26/22 di stesen. 4. Anugerah khidmat cemerlang kepada PPP diberi kuota khas untuk dipertimbangkan anugerah tersebut di antara kumpulan sokongan satu dan dua. 5. Untuk meningkatkan motivasi, lawatan sambil belajar ke luar negara dipertimbangkan kuotanya kepada kumpulan perkhidmatan penolong pegawai pertanian.

6. PPP yang telah berkhidmat dengan RISDA melebihi 25 tahun diberi penghargaan dengan ganjaran menunaikan umrah (muslim) atau lawatan ke luar negara ( bukan muslim).

16

7.

Ganjaran wang tunai sebagai insentif menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan sama ada peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat.

8.

Klasifikasi tugas dikaji semula sebagaimana Arahan Pentadbiran Bil. 42 Tahun 2010. Tugas hakiki, penyeliaan dan lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa hendaklah diambilkira semasa susunan tugas ditetapkan oleh pihak pengurusan. Dicadangkan : PPP diagih tugas seperti berikut:G36/G32 : Tanam Semula Dan Bekalan Input Pertanian. G32/G27 : Pengembangan dan Pembangunan Usahawan. G32/G27: Produktiviti dan Pemasaran. G27/G26 : Program Khas

Setiap

pusat

tanggung

jawab

(PT)

sepatutnya

ada

orang

PPP.

PRD/PRJ/PRB diberi kuasa untuk mengagihkan tugas PPP mengikut jawatan dan disesuaikan dengan matlamat projek yang ada di PT. 9. Kuota cuti belajar ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara dinaikkan kepada 5% berbanding sekarang hanya 2%. 10. PPP juga dicalunkan untuk mendapat pingat /gelaran darjah kebesaran daripada kerajaan negeri atau persekutuan. 11. Wujudkan kemudahan melancong ke luar negara atau Sekurangkurang nya dalam negeri bersama suami/ isteri sebelum bersara. 8. PENUTUP

17

Diharap pihak pengurusan dapat meneliti cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan PPP. Akhir kata, selamat berkonvesyen ,selamat maju jaya ,tekun dan sabar menjalankan amanah yang disandang kepada semua rakan seperjuangan Penolong Pegawai Pertanian RISDA atau lebih mesra lagi R.O sekalian.

Sekian, terima kasih. Sempena Konvensyen Penolong Pegawai Pertanian 2011 20 Julai 2011

18

Вам также может понравиться