Вы находитесь на странице: 1из 15

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KPR 5063 TAJUK: MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGATI KRONOLOGI

SEJARAH MENGGUNAKAN KAEDAH 'READ, FEEL AND TELL' DISEDIAKAN OLEH: ZARINA BT ABDULLAH @ ZAINALABIDIN NORNASRIAH BINTI ABDUL WAHAB NURULADHA BT ABU TALIP JULIMAH BT TUKIMIN KUMPULAN: G KOD KURSUS: AT32D - SEJARAH PENSYARAH: PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR (L20092003723) (L20092003703) (L20092003735) (L20092003735)

DPLI JULAI 2009/2010

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Kertas kerja Kajian Tindakan ini akan mengupas mengenai permasalahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran sejarah iaitu cara meningkatkan penguasaan mengingati kronologi dan peristiwa dalam subtajuk sejarah tingkatan 1 dengan menggunakan kaedah 'read, feel and tell'. Bab ini akan menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian, soalan kajian, hipotesis, definisi dan juga kesignifikanan kajian.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Umumnya, matapelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang menjadi kegemaran pelajar. Terlalu banyak isu yang telah dibangkitkan mengenai pendidikan Sejarah, salah satunya Sejarah merupakan matapelajaran yang kurang diminati (Juriah, Halimah, Zalizan, 1992). Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan dan seringkali timbulnya rasa mengantuk semasa proses pembelajaran. Menurut Omardin dan Yunus (1996), punca atau sebab-sebab pelajar kurang meminati mata pelajaran Sejarah adalah kerana guru menggunakan kaedah mengajar bercorak hafalan.

Rohana (1987) menyatakan masalah minat dan pencapaian yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran sejarah bukanlah masalah yang baru dalam sistem pendidikan negara. Walaupun begitu, masalah ini terus menjadi isu penting yang menarik untuk dikaji kerana jalan penyelesaiannya masih kabur. Menurut beliau lagi, matapelajaran Sejarah dianggap sebagai kurikulum yang mati. Para pelajar tidak ragu-ragu untuk menyingkirkan mata pelajaran Sejarah. Satu pungutan suara (Poll, 1979) dalam Abdul Rahim (1983), yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa masyarakat

memandang matapelajaran Sejarah tidak memberi manfaat jika dibandingkan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan kursus-kursus lain.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Badiah (1990) merumuskan penguasaan pengetahuan Sejarah di kalangan pelajar-pelajar di Wilayah Persekutuan hanya mencapai tahap 50 peratus sahaja. Pernyataan ini dibuat berdasarkan pencapaian-pencapaian para peserta Pertandingan Kuiz Aminuddin Baki kali ke-5 peringkat Wilayah Persekutuan. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan juga menjelaskan sebab utama berlakunya perkara tersebut ialah kurangnya minat pelajar terhadap Sejarah. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar tidak seharusnya memandang ringan terhadap kepentingan matapelajaran Sejarah.

Sikap pelajar terhadap matapelajaran Sejarah sering menimbulkan masalah kepada guru-guru untuk menyampaikan matapelajaran tersebut dengan berkesan di bilik darjah. Anuar dalam Juriah (1998) menyatakan seringkali kedengaran keluhan guru-guru bahawa tugasnya agak mencabar terutama dalam membentuk dan menarik minat pelajar kepada matapelajaran Sejarah. Sehubungan dengan itu, guru-guru mata pelajaran sejarah terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran ini. Kenyataan ini disokong oleh Zainal Abidin (1992), bahawa Sejarah bukanlah satu matapelajaran yang mudah diajar, jadi komitmen daripada semua pihak terutamanya guru amatlah penting dalam menceriakan subjek ini.

Kami telah menemubual seorang guru Sejarah iaitu Encik Nafihazrin bin Juhari di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir, Muar Johor pada 7 Ogos 2009 untuk mengenalpasti permasalahan sebenar yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah. Menurut beliau, semasa menanda kertas peperiksaan Sejarah pertengahan tahun pada bulan Jun 2009, beliau mendapati kebanyakan pelajar tidak menjawab hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan. Ada daripada

kertas jawapan yang ditanda tidak mempunyai jawapan langsung. Ini mewujudkan kemusykilan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya tentang penguasaan mereka dalam subjek sejarah. Ini kerana skop soalan yang diberikan kepada para pelajar merangkupi hanya bab 1 hingga bab 3, dimana jika dilihat ia adalah mudah kerana melibatkan 3 bab sahaja.

Isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam ketiga-tiga bab ini berada pada aras sederhana dan dan tidak bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar. Kelas 1 Harapan mempunyai jumlah murid seramai 37 orang dan merupakan kelas yang terakhir sekali dalam tingkatan 1. Segelintir pelajar di dalam kelas ini tidak boleh membaca dan ada yang masih tidak pandai menulis. Oleh yang demikian, para pelajar tidak boleh menjawab soalan objektif yang diberikan. Encik Nafihazrin juga telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namun masih ramai pelajar tidak dapat mengingati peristiwa dan kronologi dalam satu-satu bab sejarah. Penguasaan pelajar dalam membaca dan menulis sememangnya memberikan impak yang agak ketara dalam pembelajaran mereka. Jika seseorang pelajar itu tidak tahu membaca atau menulis, maka mereka agak lemah untuk memahami apa sebenarnya yang diceritakan dalam setiap bab sejarah. Hanya dengan kaedah 'chalk and talk' sahaja tidak mampu membantu pelajar dalam memahami matapelajaran sejarah.

1.3

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengingati kronologi dan peristiwa dalam sub tajuk terhadap matapelajaran Sejarah. Walaupun masalah utama di sini pada dasarnya ialah kelemahan pelajar dalam kaedah membaca dan menulis, kajian ini memfokuskan kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami setiap bab dalam matapelajaran sejarah. Selepas kajian ini dijalankan, para pelajar tingkatan 1 khususnya dari kelas yang lemah akan dapat mencapai objektif berikut:

i.

Pelajar dapat meningkatkan penguasaan mengingati kronologi dan peristiwa dalam sub tajuk Sejarah menggunakan kaedah 'Read, Feel and Tell'.

ii. Pelajar dapat mengingati kronologi dan turutan peristiwa dalam sub tajuk yang terdapat di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1. iii. Pelajar dapat mengingati watak-watak yang terlibat di dalam tajuk yang difokuskan. iv. Pelajar dapat meningkatkan peratusan markah yang cemerlang dalam matapelajaran sejarah.

1.4

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian di atas, maka kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut: a) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat meningkatkan penguasaan mengingati kronologi dan peristiwa dalam sub tajuk Sejarah menggunakan kaedah 'Read, Feel and Tell'? b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat mengingati kronologi dan turutan peristiwa dalam sub tajuk yang terdapat di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1? c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat mengingati watak-watak yang terlibat di dalam tajuk yang difokuskan? d) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat meningkatkan peratusan markah yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah? 1.5 Ho1 HIPOTESIS KAJIAN Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat meningkatkan penguasaan mengingati kronologi dan peristiwa dalam sub tajuk Sejarah menggunakan kaedah 'Read, Feel and Tell'. Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat mengingati kronologi dan turutan

peristiwa dalam sub tajuk yang terdapat di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1.

Ho3

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat mengingati watak-watak yang terlibat di dalam tajuk yang difokuskan.

Ho4

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pelajar dapat meningkatkan peratusan markah yang cemerlang dalam mata pelajaran sejarah.

1.6

DEFINISI ISTILAH

1.6.1 MENINGKATKAN Menurut Kamus Dewan Edisi Empat meningkatkan ialah meninggikan kedudukan seperti taraf dan lain-lain. 1.62 PENGUASAAN

Penguasaan merupakan pengawalan, pemerintahan, pengarahan, penumpuan, penaklukan, penawanan, penjajahan, penumpasan, penaungan, pencapaian, pendapatan, pemahaman (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 1998). 1.6.3 MENGINGATI

Menurut Kamus Pelajar (1992), mengingati ialah sentiasa ingat akan, tidak melupakan dan mengenang. 1.6.4 KRONOLOGI

Kronologi merupakansusunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan (Kamus Dewan Edisi Empat, 1998). 1.6.4 SEJARAH

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (1977), Sejarah adalah masa lalu secara sewenang-wenangnya dimaksudkan mengandungi semua kajian dan peristiwa masa lalu. Abd. Rahim Abd. Rashid (1990)

menyatakan bahawa perkataan Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud mengkaji, menyiasat dan melakukan penyelidikan terhadap peristiwa silam dengan berasaskan bukti yang kukuh. Dalam kajian ini, pelajar-pelajar tingkatan empat mempelajari satu mata pelajaran di mana di dalamnya terdapat perkara-perkara lepas yang telah berlaku. Di peringkat KBSM, Sejarah lebih bersifat kepada pendidikan Sejarah dengan bermatlamatkan kepada penerapan nilai moral, kemanusiaan kepada generasi muda. Pelajar-pelajar yang mempelajari Sejarah diharapkan dapat menjadikan pengetahuan atau fakta Sejarah sebagai bahan rujukan, teladan dan dapat mengukuhkan semangat nasionalisme kapada negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1990). 1.6.5 KAEDAH READ, FEEL AND TELL

Dari sudut bahasa, read adalah perkataan Bahasa Inggeris yang membawa maksud membaca dan mentafsir (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Keempat : 2008). Menurut Prof. Dr. Sidek Baba dalam blognya http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/tabiat-membaca-menyempurnakan-hidup.html amalan membaca merupakan suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang kepada ilmu pengetahuan dan peistiwa. Manakala bagi konsep feel pula, ianya membawa maksud berasa, merasa, dan juga rasa serta merujuk kepada keinginan (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Keempat : 2008). Dari sudut perkembangan psikologi, ianya amat berkait rapat dengan proses pembelajaran. Seseorang pelajar yang diransang perasaannya untuk belajar akan lebih bersemangat untuk belajar, contohnya dalam Teori Pelaziman Operan Skinner yang merujuk kepada kesan Peneguhan Positif ( Positive Reinforcement). Istilah tell dalam Bahasa Melayu membawa makna memberitahu melalui tulisan atau kata-kata atau memberi keterangan, mengucapkan, mendedahkan, menentukan dan sebagainya (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Keempat : 2008). Dalam konteks kajian yang dijalankan, kaedah ini memberikan peluang pada pelajar untuk mengekspresikan diri mereka.

1.7

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang penting kepada para guru Sejarah mengenai

cara untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengingati

kronologi dan peristiwa dalam

subtajuk Sejarah tingkatan 1 dengan menggunakan kaedah 'read, feel and tell'. Maklumat yang terdapat di dalam kajian ini diharapkan dapat membantu guru dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan sikap sesetengah pelajar yang tidak menggemari mata pelajaran Sejarah.

Guru Sejarah hendaklah membina persekitaran bilik darjah yang memberangsangkan idea pelajar supaya dapat memupuk minat terhadap sejarah, imiginatif dan pemikiran kreatif pelajar-pelajar. Keadaan demikian boleh menggalakan pelajar-pelajar maju dalam mata pelajaran Sejarah. Sikap positif terhadap sesuatu matapelajaran dapat dilihat dari tingkah laku pelajar dengan sukarela melakukan kajian-kajian dan bacaan-bacaan selanjutnya mengenai mata pelajaran tersebut walaupun ia mempunyai pilihan untuk berbuat demikian (Bloom, 1976).

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan, seperti perancang kurikulum Sejarah, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, Institusi Awam atau Swasta, sekolah-sekolah mahupun orang perseorangan yang berminat untuk mengetahui kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat memberikan input kepada para penyelidik yang ingin membuat kajian lanjutan tentang sikap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan terhadap mata pelajaran Sejarah.

Kajian ini juga dapat membuka minda masyarakat supaya tidak memandang remeh terhadap pendidikan Sejarah. Sejarah merupakan asas sesebuah bangsa yang bertamadun. Berbanding mata pelajaran lain seperti Georafi, Bahasa Melayu, Sains, Agama dan Moral, mata pelajaran Sejarah merupakan satu-satunya saluran yang sesuai dalam menerapkan unsur perpaduan dan nilai kewarganegaraan (Tan,1997). Jika pelajar hari ini tidak kenal erti sejarah, maka sikap cinta kepada tanah air sendiri tidak akan dapat diwujudkan di dalam hati sanubari mereka. Sejarah juga bukanlah

sekadar satu matapelajaran biasa yang di ajar di dalam bilik darjah. Pengaruh Sejarah adalah lebih besar kepada pembentukan jati diri seseorang pelajar supaya mereka kenal dan cinta kepada warisan bangsa dan budaya mereka.

1.8 RUMUSAN

Matapelajaran Sejarah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah matapelajaran Sejarah yang dipelajari di tingkatan satu. Bab ini bertujuan untuk memberikan pengenalan awal terhadap kajian ini. Kajian ini bukanlah satu kajian yang baru. Walaubagaimanapun, penulis ingin melihat sendiri bagaimana sikap pelajar tingkatan 1 dalam cara meningkatkan penguasaan mengingati kronologi dan peristiwa dalam subtajuk sejarah menggunakan kaedah 'read, feel and tell'..

Bab 3: Metodologi kajian 3.1: Rekabentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1: pengenalpastian isu dan masalah Langkah 2: perancanagan tindakan Langkah 3: pelaksanaan tindakan Langkah 4: pemerhatian dan menganalisis data Langkah 5: refleksi dan penilaian Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah- Tinjauan awal masalah Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk mempelajari dan memahami subjek sejarah. Mereka bukan sahaja kurang membaca, malah tidak mampu mengingati peristiwa dan kronologi yang berlaku dalam sejarah. Penerangan dan panduan dari guru sangat penting dalam membantu pelajar mempelajari subjek sejarah. Oleh itu, soal selidik akan dilakukan untuk mencari dan memahami perkara- perkara yang dapat menarik perhatian pelajar selain daripada kaedah biasa yang sering digunakan oleh guru- guru.

Dapatan daripada soal selidik ini akan digunakan untuk menarik minat mereka dalam subjek ini. Langkah 2: Perancangan tindakan- Pemadanan watak Terdapat banyak watak dalam subjek sejarah yang susah diingati oleh para pelajar kerana kurang berminat untuk mengenalinya. Untuk menarik minat pelajar, seharusnya watak- watak ini disamakan denagn cerita- cerita kartun atau komik yang paling digemari dan dikenali. Contohnya, Parameswara boleh diibaratkan sebagai Doraemon, pengiringnya seperti Nobita dan kawan- kawannya. Apa yang perlu dilakukan ialah meletakkan watak- watak komik tersebut ke dalam situasi yang sama dilalui oleh Parameswara semasa beliau menemui Melaka pada zaman dahulu. Pemadanan watak seperti ini dapat menarik minat dan perhatian pelajar denagn lebih mendalam lagi. Oleh kerana kebanyakan mereka kurang mahir membaca dan menulis, maka salah satu cara untuk memahami ialah melalui lukisan yang biasanya pelajar tertarik kepada kaedah penceritaan seperti komik dan kartun. Langkah seterusnya ialah menterjemahkan peristiwa sejarah ke dalam bentuk kartun, seperti peristiwa Parameswara menemui Melaka. Ini akan menarik minat pelajar untuk membaca dan memahami peristiwa tersebut. Apa yang perlu di ambil kira ialah tujuan menterjemahkan peristiwa ini bukanlah untuk memperlekehkan peristiwa sejarah sehingga pelajar tertawa terhadap peristiwa ini tetapi tujun asalnya ialah untuk memudahkan pelajar memahami watak dan jalan cerita sejarah. Kesannya, pelajar akan dapat menjawab soalan- soalan yang dikeluarkan daripada tajuk ini. Langkah 3: Pelaksanaan tindakan- kaedah Read, Feel and Tell Dalam kaedah ini, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai beberapa orang ahli yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Ini bertujuan supaya pelajar yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang lebih tinggi tahap kecerdasannya. Dalam kajian yang akan dijalankan ini, kelas 1 Harapan yang mempunyai 36 orang pelajar akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Ini bermakna,1 kumpulan terdiri daripada 6 orang. Setiap kumpulan akan diberi satu subtopik yang terdapat dalam bab 4: pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. READ: Setiap pelajar akan mempelajari satu subtajuk yang telah diberikan oleh guru dalam kumpulan. FEEL: Pelajar akan diberi masa untuk memahami subtajuk tersebut dengan mendalam. Lukisan komik akan digunakan dalam membantu pelajar memahami satu persatu subtajuk dengan cepat dan mudah. Jika terdapat pelajr yang tidak faham, pelajar yang telah pun memahaminya akan mebantu pelajar tersebut. A Aktiviti ini mungkin akan mengambil masa yang panjang sekitar 20 minit.

TELL: Setelah memahami subtopik tersebut, guru akan menyuruh 5 orang daripada setiap kumpulan memasuki kumpulan lain dan mula bercerita tentang apa yang telah mereka fahami tanpa melihat kepada buku atau lukisan kartun yang digunakan pada awal tadi. Pelajar akan dibiarkan bercerita kepada ahli kumpulan yang lain dengan menggunakan cara atau kaedah penyampaian mereka sediri, seperti bercerita kepada kawan- kawan mereka apabila berbual di luar kelas. Ini dapat membantu pelajar memahami apa yang berlaku dalam peristiwa sejarah dan memudahkn mereka mengingati kronologi tersebut. Kaedah ini secara tidak langsung menambahkan kemahiran interaksi antara pelajar dengan menggunakan olahan ayat dan pemahaman sendiri. Kaedah ini boleh difahami melalui gambarajah di bawah. GUR U

SUBTOPIK no.1

SUBTOPIK no.2

SUBTOPIK no.3

SUBTOPIK no.4

SUBTOPIK no.5

S SUBTOPIK no.6

Gambarajah 1: pelajar dibahagikan mengikut kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. Setiap ahli akan menguasai 1 subtopik.

GUR U

SUBTOPIK no.1

SUBTOPIK no.2

SUBTOPIK no.3

SUBTOPIK no.4

SUBTOPIK no.5

SUBTOPIK no.6

Gambarajah 2: pelajar bergerak ke dalam kumpulan yang lain. Setiap kumpulan akan memiliki ahli kumpulan yang berbeza- beza daripada kumpulan asal. Pelajar akan bercerita tentang apa yang mereka fahami dan mengajar kepada rakan- rakan yang lain. Langkah 4: Pemerhatian dan menganalisis data Pelajar akan diperhatikan sebelum, semasa dan selepas kaedah ini dijalankan. Sebelum: Keputusan ujian sebelum kaedah ini dijalankan akan di ambil kira dari segi skor. Semasa: Guru akan memerhatikan pemahaman dan penyampaian pelajar kepada rakan- rakan mereka. Selepas: Satu lagi ujian selepas (pos) akan dilakukan ke atas pelajar untuk menguji sejauh mana pemahaman mereka dari segi skor. Skor sebelum dan selepas ujian akan dibandingkan untuk mengukur

sejauh mana keberkesanan teknik ini. Langkah 5: Refleksi dan penilaian Berasaskan kepada dapatan kajian yang akan dianalisis, penyelidik akan berbincang dan membuat penilaian berdasarkan tindakan yang akan dijalankan. 3.2: Partisipan Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kumpulan pengkaji, guru- guru yang terlibat dalam mengajar subjek sejarah tingkatan satu dan sebuah kelas tingkatan 1 Harapan (37 orang). Kebanyakan pelajar tingkatan ini berlatar belakangkan keluarga melayu yang tinggal di kawasan pedalaman. Rata- rata pelajar ini tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). 8. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Jenis bahan 1 Bahan dan alat bantuan mengajar: - alat lukisan - kertas A4 Percetakan: - percetakan soal selidik - ujian - laporan kajian Mesyuarat Katrij pencetak Lain- lain Jumlah Instrumen Kajian Dalam kajian ini akan digunakan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu: 1) Soalan-soalan ujian dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan pasca ujian akan dijalankan bagi mengukuhkan tahap pemahaman para pelajar sebelum dan selepas melakukan aktiviti feel and tell bagi melihat perkembangan yang akan dialami oleh para pelajar kelas 1 H tersebut. Melalui perbandingan iaitu ujian sebelum dan selepas bagi memastikan aktiviti yang dijalankan sama ada berkesan atau tidak. 2) Temu bual temu bual terhadap para pelajar juga akan dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka sama ada aktiviti yang dijalankan ini akan membantu memperkuat daya ingatan Kuantiti x harga seunit 6 set x RM6 10 x RM10 36 x RM1 72 x RM2 5 x RM5 RM150 1 x RM30 Jumlah kos RM36 RM100 RM36 RM144 RM25 RM150 RM30 RM100 RM621

3 4 5

mereka atau tidak. Di samping itu juga temu bual yang dijalankan ini juga bagi mendapatkan maklum balas sama ada aktiviti yang dijalankan itu mampu menghilangkan kebosanan mereka yang selama ini lebih menumpu kepada pembelajaran yang statik iaitu duduk dan mendengar pengajaran yang dibawakan oleh guru semata-mata. 3) Pemerhatian sewaktu aktiviti sedang diajalankan pemerhatian terhadap para pelajar akan turut dijalankan. Hal ini bagi melihat reaksi para pelajar semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Seterusnya daripada pemerhatian akan disemak dan segala maklumat akan dianalisis daripada catatan yang diambil kesan daripada pemerhatian yang akan dijalankan. Teknik Pengumpulan Data Sewaktu pengumpulan data sedang dijalankan terdapat beberapa langkah yang perlu dijalankan antaranya mengenal pasti dan menyediakan sempadan atau parameter kajian (Othman Lebar) dan emapat parameter tersebut adalah latar, individu atau kumpulan, peristiwa dan proses. Manakala langkah yang kedua pula adalah mengumpul maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dokumen dan bahan-bahan visual berserta dengan data atau jenis data yang akan dikumpul dan menyediakan rasional untuk pengumpulan data. a) Soalan-soalan Ujian Ujian akan diberikan kepada pelajar sebelum aktiviti dijalankan dan selepas dijalankan di dalam kelas 1 H, kemudian markah yang diperoleh akan dibuat perbandingan. Ujian yang dijalankan berkemungkinan berbentuk soalan objektif dan berstruktur. b) Temu bual Menurut Kahn dan Cannell, mereka mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dengan bertujuan dan tujuan utama temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus (Osman Lebar). Tambah Osman Lebar lagi temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau pun boleh merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam kajian. Antara teknik yang boleh digunakan sewaktu menebual adalah dengan menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual dan ketiga mengingat sebanyak yang mungkin maklumat temu bual kemudian merekod seberapa banyak maklumat yang diingat. c) Pemerhatian Menurut Kidder sebagai seorang penyelidik, pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, dirancang dengan rapi, direkod secara sistematik dan diperiksa dan dikawal kesahan dan kobolehpercayaannya (Osman Lebar). Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alat teknikal. Pemerhatian secara langsung tanpa alat melibatkan pengkaji mencatat nota tentang sebarang aktiviti yang diperhatikan manakala dengan alat bantuan adalah seperti menggunakan alat kamera, video dan audio. Selain itu, nota pemerhatian juga mempunyai pelbagai format yang antaranya berbentuk protokol yang mengandungi lajur atau nota deskriptif di sebelah kiri dan nota reflektif dilajur sebelah

kanan. Lajur nota reflektif adalah penting kerana ia termasuk pandangan analitik serta komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan. Teknik Analisis Data a) Soalan Ujian Markah yang bakal diperolehi melalui ujian yang akan dijalankan adalah merupakan data numerik yang boleh diukur secara kuantitatif. Perbandingan markah dapat dilakukan antara soalan yang diberikan kepada pelajar sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. sekiranya terdapat peningkatan markah pada soalan ujian selepas aktiviti dijalankan bermakna aktiviti tersebut adalah sangat berkesan dalam merangsang daya ingatan para pelajar. Melalui markah yang akan diperoleh juga boleh disertakan dengan graf dan jadual dalam ringkasan yang disediakan agar memudahkan proses menganalisis data mudah dijalankan. b) Temu bual Membuat transkripsi rakaman temu bual adalah merupakan pangkalan data yang terbaik. Justeru log temu bual adalah merupakah yang terbaik untuk dilaksanakan kerana log temu bual ini mengandungi maklumat tentang nama, tarikh serta maklumat lain yang bersesuaian yang akan diletakkan dibahagian atas log. Kemudian penyelidik akan memainkan pita rakaman untuk mendapatkan perkara-perkara yang penting dan signifikan yang diperkatakan dalam temu bual dan menuliskannya sama ada perkataan atau frasa atau keseluruhan ayat pada log temu bual. Untuk memudahkan dirujuk semula di lajur sebelah kanan log adalah merupakan ruang bagi penyelidik untuk menulis komen tentang apa yang diperkatakan. Kemudiannya data daripada log temu bual ini boleh dikodkan mengikut tema-tema atau kategori-kategori yang muncul semasa fasa analisis data. Malah log temu bual ini juga sesuai digunakan di akhir kajian untuk tujuan mengesahkan dapatanyang dikira tentatif. c) Pemerhatian Semasa menjalankan pemerhatian adalah penting protokol atau borang untuk merekod pemerhatian. Protokol boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur bagi memisahkan nota deskriptif dan reflektif. Nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa tertentu dan aktiviti-aktiviti tertentu.

Вам также может понравиться