You are on page 1of 9

PENGENALAN

Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting. Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid.

PENGERTIAN MAKLUMAT DAN KEMAHIRAN MAKLUMAT

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. MENGENALPASTI SUMBER PEMBELAJARAN

Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton. Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu: Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia, atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan, buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks). Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video, kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser). Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan Internet).

Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dan kualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber.

MENGENALPASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT

Gunakan teknik imbasan dan luncuran. Pilih bahan, baca, dengar dan tonton. Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder. Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan bukti alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah. Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan tugasan.

Kemahiran Memperoleh Maklumat; Kemahiran memperoleh Maklumat boleh dilakukan melalui pelbagai cara, antaranya seperti berikut; Pelbagai media dalam Pusat Sumber Pelayaran Internet

Eksperimen Membuat Rujukan Membaca Mendengar Secara Aktif Mencatat Nota

Kemahiran Membuat Rujukan Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. Kaedah mengesan maklumat dan merujuk bahan di pusat sumber perpustakaan dengan menggunakan kad katalog, alat baca mikrofis atau dengan komputer OPAC. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku. Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku dan CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Maklumat ini termasuklah definisi, keterangan, sejarah, perangkaan dan bibliografi yang disusun mengikut urutan abjad. Kemahiran Merujuk Kamus Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang disusun mengikut urutan abjad.

Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).Semua komputer yang membentuk rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan maklumat.Dibawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google. Kemahiran Belajar Sesi persekolahan yang terhad membuatkan pelajar sukar memperoleh semua maklumat terkini. Mereka perlu mencari sendiri untuk mendapat semua maklumat tersebut. Pendek kata belajar sendiri. Kemahiran belajar harus dikembangkan di kalangan pelajar dan merupakan kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh yang demikian, pelajar harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya. Kemahiran-Kemahiran Dalam Proses Belajar Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
1) Menerima dan mendaftar data atau maklumat: a) Pelajar anda boleh menerima dan mendaftar data atau maklumat di mindanya dengan

membaca, mendengar atau membuat sesuatu. b) Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar mengggunakan ketiga-tiga cara itu. 2) Memahami apa yang diterima: a) Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi

b) Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu. 3) Mengingat apa yang telah dipelajari: a) Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari. b) Pada asasnya, prinsip dalam proses mengingat ialah mengulang. 4) Mengaplikasi apa yang telah dipelajari:
a) Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif, membuat

keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Dalam setiap langkah belajar di atas, pelajar harus: i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah ii. memotivasi diri iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi iv. berfikir secara kritis dan kreatif v. menggunakan kemahiran belajar lain. Kemahiran Mengurus Masa Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. Guru harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.

Kemahiran Perpustakaan

Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran perpustakaan. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan system klasifikasi bahan rujukan dan peraturan, kemahiran dalam merujuk melalui kad catalog atau computer dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.

Kemahiran Memperoleh Maklumat Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:
1) Menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:

Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau bertanya.
2) Mengumpulkan maklumat itu:

Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau internet.
3) Menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.


4) Menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

Kemahiran Membaca Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran sseumur hidup. Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Pada asasnya, pelajar harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R): i. Skim: Baca sepintas lalu Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki. iii. Read: Membaca Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. iv. Recite: Menyebut kembali Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan v. Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Kemahiran Membuat Nota Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat. Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalin atau mencatat nota. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau

sumber lain. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah: i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber. ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya. iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.

Rumusan Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar. Guru harus mengembangkan kemahiran belajar itu semasa p&p.

Rujukan: Backer,Joe.Boolean Searching For the Web.Berkeley,CA:University of Califofnia,2002. Eisenberg,Mike A Big Six Skills Overview Fayetteviile,NY:Big6 Associates,LLC,2003. ERIC. Panduan Mencari Maklumat. 2006. Irma Idayu dan Yusyiana mansor.Terbitan PTS Profesional.Sdn. Bhd. http://www.eric.ed.gov http://www.big six skills.com http://www.lib.bekeley.edu/Teaching/Guides/Internet/Boolean.pd http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html http://www.uni.edu/walsh/linda7.html http://www.sdc.uwo.ca/learning http://www.coun.univac.ca/learn http://www.isd77.k12.mn.us/resources