Вы находитесь на странице: 1из 5

Bicara Tokoh Pengukuhan Rantaian Perniagaan Runcit Koperasi : Pemborongan Merentasi Sempadan Satu Alternatif, Membuka Dimensi Baru

u Dalam Industri Peruncitan Dan Pemborongan Koperasi Di Malaysia

Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan (ReCEnt)

telah menganjurkan

Program Bicara Tokoh yang berlangsung pada 13 September 2012, di Hotel Impiana Ipoh. Program ini merupakan salah satu program yang terdapat dalam kalendar tahunan Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Tajuk yang dipilih ialah Pengukuhan

Rantaian Perniagaan Runcit Koperasi : Pemborongan Merentasi Sempadan Satu Alternatif.

Tajuk ini dipilih adalah berdasarkan teras Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011- 2020 telah menetapkan lima bidang keberhasilan ekonomi utama oleh sektor koperasi.

Industri peruncitan dan pemborongan merupakan salah satu bidang ekonomi yang sedang diterokai, dijana dan digembeling sebagai penyumbang yang signifikan kepada Pendapatan Negara Kasar (PKN). Sehingga 2009, sektor koperasi telah menyumbang hanya 1% sahaja. Umum mengetahui harapan sasaran sumbangan koperasi sebanyak 5% kepada PNK menjelang 2013 dan 10% pada 2020. Tambahan pula menjadi hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar industri pemborongan yang sedia ada diceburi oleh sektor koperasi bagi memantapkan lagi saluran rantaian bekalan peruncitan dan pemborongan.

Objektif utama Program Bicara Tokoh ini antaranya ialah memberi pendedahan tentang hal ehwal perniagaan industri pemborongan tempatan dan luar negara yang masih baru dalam gerakan koperasi di negara ini. Di samping itu, menerangkan prosedur dan teknik-teknik yang harus dilakukan oleh koperasi untuk menceburi perniagaan pemborongan dan perkara yang paling penting ialah perkongsi pengalaman, isu serta cabaran dalam perniagaan pemborongan masa kini.

Antara penceramah yang menjayakan Program Bicara Tokoh ini ialah

En.

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman, seorang tokoh konsultan perniagaan

pemborongan yang terkenal di Malaysia hari ini. Beliau menerangkan dan berkongsi pengalaman Peluang, isu dan cabaran dalam pemborongan di luar negara . Fokus sesi pembentangan tersebut adalah mengenai peluang pemborongan dari Negara China. Beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti pemborongan luar negara. Gerakan koperasi yang berminat perlu mempunyai perancangan terhadap produk yang ingin dipilih mengikut keadaan semasa, contohnya memilih produk unik dan menarik yang masih belum meluas di pasaran, namun mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan di Malaysia.

Seterusnya ialah penceramah daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu En. Rozdeen Bin Mohd Jaafar iaitu Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membincangkan tentang

Perkembangan Industri Pemborongan dan Peruncitan Koperasi iaitu galakan dan Bantuan SKM. Penceramah daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) iaitu En. Ahmad Marzuki Bin Ismail, Pengurus Pelajaran 4P menerangkan peranan ANGKASA bagi Meningkatkan Pendapatan Koperasi Melalui Aktiviti

Pemborongan. Jumlah keseluruhan peserta yang menghadiri Program Bicara Tokoh ini ialah seramai 300 orang dan kebanyakan peserta yang hadir adalah daripada Negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Majoriti peserta amat berterima kasih kepada MKM kerana sentiasa peka terhadap perubahan dan perkembangan persekitaran perniagaan dengan memberi pendedahan kepada gerakan koperasi terutamanya dalam bidang pemborongan dan peruncitan.

Secara keseluruhannya, program ini telah membuka minda para koperator bahawa perniagaan pemborongan dan peruncitan merupakan satu peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan yang tinggi. Hasrat kerajaan untuk melihat koperasi menyumbang 5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara mungkin dapat dipercepatkan sekiranya koperasi berani menceburikan diri dalam bidang pemborongan dan peruncitan. Oleh yang demikian, MKM sebagai institusi latihan dan pendidikan koperasi akan terus peka kepada program-program yang sesuai dengan

persekitaran bagi membantu gerakan koperasi dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk lebih berdaya maju, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Oleh: Dino Faizal Abdullah Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan Maktab Koperasi Malaysia

Вам также может понравиться