Вы находитесь на странице: 1из 22

SME6014 : TEACHING OF MATHEMATICS

TUGASAN 1:Sejarah Matematik


Ahli kumpulan: Nor Jamilah Abdullah Norsyazana Kamarudin Nur Amalia Bt Ghazali Norhaida Abu Bakar m20111000346 m20111000457 m20121000044 m20121000109

NAMA PENSYARAH : DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE B ABDULLAH

SEJARAH GEOMETRI Geometri bermula apabila wujudnya keperluan mengukur bentuk dan ruang. Geometri berasal dari bahasa Yunani iaitu geo yang bermaksud bumi dan metri bermaksud pengukuran. Goemetri dipercayai menjadi penting apabila Firaun yang hendak menaikkan cukai kepada petanipetani. Geometri diperlukan bagi mendapatkan ukuran tanah yang tepat untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh petani-petani. Geometri klasik hanya berfokus kepada pembinaan geometri menggunakan jangka lukis dan pembaris. Pada zaman moden, geometri telah dikembangkan kepada beberapa bidang lain seperti kalkulus, algebra abstrak. Pada kerja kursus ini, kami akan mengupas perkembangan geometri daripada Tamadun Yunani, Tamadun Islam, Tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Mesir serta Tamadun Eropah.

TAMADUN MESIR

Kebanyakan geometri Mesir yang kita tahu datang dari Papirus Rhind dan Papirus Moscow. Tetapi sejarah geometri Mesir kuno yang kita tahu sangat terhad. Hanya beberapa masalah yang berkaitan geometri yang yang diketahui melibatkan pengiraan kawasan beberapa bentuk geometri dan isipadu silinder dan piramid. Pada tamadun ini, hanya melibatkan pengiraan dan pernyataan tentang ciri- ciri bentuk geometri yang asas iaitu bulatan, segitiga, segiempat tepat dan piramid. Ahli matematik telah menemui cara yang tepat dalam melakukan pengiraan luas, isipadu dan permukaan kon. Sumbangan terbesar pada tamadun ini ialah pembinaan piramid. Piramid ini diilhamkan oleh Imhotep yang merupakan arkitek pada masa itu. Beliau menjadi yang pertama memikirkan cara menyusun batu-batu di atas satu sama lain untuk membina piramid.

Beliau telah menemui cara penyusunan batu-batu tersebut supaya stabil iaitu dengan menyusun batu-batu tersebut daripada besar ke kecil (paling atas piramid).

Papirus Rhind

Papirus Rhind atau juga dikenali sebagai Papirus Ahmes. Ditulis oleh seorang penulis bernama Ahmes (Ahmose) pada tahun 1550 SM dan dibeli pada zaman moden oleh Alexander Henry Rhind. Papirus Rhind ini menyenaraikan banyak masalah yang meliputi topik dalam geometri, algebra, dan kawasan-kawasan lain dalam matematik. Contoh masalah matematik dalam Rhind Papirus.

Masalah #50 Sebuah padang berbentuk bulat mempunyai diameter 9 khet. Berapakah luas padang itu?

Penyelesaian secara bertulis menyebut, diameter padang ditolak 1 = 8khet. Jadi keluasan padang itu ialah 8 x 8 = 64 setat. Jika dibandingkan dengan formula moden luas bulatan = (d/2) 2 yang mana jika dimasukkan nilai, jawapannya adalah 63.6255. Apabila dibundarkan, jawapannya adalah 64.

Nota: 1 khet ialah 100 kubit, and 1 meter lebih kurang 2 kubit. Setat ialah ukuran untuk luas yang mana dipanggil juga khet (square khet).

Papirus Moscow

Papirus Moscow juga dipanggil sebagai Matematik Papyrus Golenischev, selepas pemilik pertamanya Egyptologist Vladimir Goleniev. Papirus Moscow dipercayai digunakan oleh Tamadun Mesir Purba pada 1700SM di Kingdom Tengah. Papirus Moscow juga adalah lebih kecil daripada Papirus Rhind. Dalam Papirus Moscow ini, masalah yang sering diperkatakan adalah masalah berkaitan isipadu trucented piramid. Contoh masalah matematik yang terdapat dalam Moscow papirus ialah:

Masalah #14: Isipadu dalam frustum piramid

Masalah 14 menyatakan bahawa jika piramid telah dipotong pada bahagian atas yang mana bahagian atas mempunyai panjang 2 unit persegi manakala bahagian bawah mempunyai panjang 4 unit persegi dan ketinggian piramid adalah 6 unit, seperti gambarajah dibawah.

Para matematik Mesir mengira isipadu piramid ini dengan cara mengkuasaduakan 4 hasilnya 16; menggandakan 4 hasilnya 8; mengkuasaduakan 2 hasilnya 2. Kemudian menambah ketiga-tiga jawapan menjadi 28. Kemudian 1/3 daripada 6 ialah 2. Maka 28 x 2 = 56 unit persegi. Penyelesaian kepada masalah ini menunjukkan bahawa orang-orang Mesir kuno tahu formula yang betul untuk mendapatkan isipadu piramid.

TAMADUN YUNANI Permulaan geometri yang pernah direkodkan adalah daripada penemuan sudut cakah pada tamadun Indus dan tamadun Yunani pada sekitar 3000SM. Pada permulaan, geometri merupakan satu koleksi prinsip-prinsip yang empirikal mengenai panjang, sudut, luas dan isipadu yang telah dibangunkan untuk memenuhi beberapa keperluan praktikal dalam pengukuran, pembinaan, astronomi, dan pelbagai kraf. Terdapat empat orang ahli matematik yang telah banyak menyumbang terhadap perkembangan geometri iaitu Thales, Pythagoras, Euclid dan Archimedes.

Pada awal 600 SM- 400 AD, Tamadun Yunani telah membangunkan prinsip-prinsip geometri moden bermula daripada Thales of Miletus (624- 547 SM). Thales mendapat

penghargaan kerana telah membawa konsep sains geometri daripada Mesir ke Greece. Semasa berada di Mesir, beliau telah dapat mengira tinggi piramid dengan menggunakan konsep perkadaran di antara tinggi beliau sendiri dengan bayang-bayangya dan telah mengaplikasikan konsep tersebut kepada piramid. Thales juga mengkaji beberapa segitiga yang sama dan menulis bukti bahawa setiap sisi segi tiga yang sama adalah dalam perkadaran. Beliau juga merupakan ahli matematik pertama yang membuat pembuktian secara deduktif dalam metematik. Terdapat lima pernyataan geometri yang ditulis oleh Thales menggunakan pembuktian deduktif tetapi menemui jalan buntu. Selain itu, beliau telah berjaya membuktikan fakta-fakta berikut:
1) The verticals angels formed by 2 intersecting lines are equal.(properties of equality of

vertical lines) 2) The base angles of an isosceles triangle are equal. 3) A circle is bisected by any line through its center.
4) 2 triangles are congruent if they have two angles and the side between them equal.

Setelah itu, Pythagoras yang merupakan pelajar kepada Thales telah mengembara dari Babylon ke Mesir. Pythagoras dianggap sebagai ahli matematik tulen yang pertama menggunakan logik untuk membuat kesimpulan tentang fakta geometri daripada prinsip-prinsip asas. Sumbangan terbesar Pyhtagoras dalam geometri adalah teorem Pythagoras. Teorem tersebut menyatakan bahawa hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi segitiga bersudut tegak bersamaan dengan kuasa dua hypotenuse.

Pythagoras juga telah membentuk satu kumpulan yang diberi namathe Pythagoreans untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang metematik, sains, muzik dan falsafah. Bersamasama kumpulan tersebut, beliau telah membuat penemuan yang mendalam mengenai panjang yg tidak dapat dibandingkan dan nombor tidak rasional.

Euclid of Alexendria (325-265 SM) merupakan salah seorang daripada pelopor goemetri Yunani yang terkemuka dan digelar sebagai Bapa Geometri Moden. Euclid sangat dikenali melalui buku beliau yang bertajuk The Elements of Geometry. Euclid Elements mempunyai 13 buah buku yang menghuraikan geometri dalam bentuk axiom yang ideal dan dikenali sebagai Euclidean Goemetry. 4 buku yang pertama mengandungi sudut, garis, bukatan, segitiga, kubus dan lain-lain yang kini digunakan dalam satah geometri. Buku beliau The Elements of Geometry merupakan salah satu daripada hasil kerja yang penting di dalam sejarah perkembangan geometri dan telah memberi impak yang sangat penting kepada pembangunan tamadun Barat. Euclid memulakan bukunya dengan beberapa asas, 23 definisi, 5 andaian dan 5 axiom umum. Axiom adalah satu kenyataan yang diterima sebagai benar. Euclid sendiri telah menulis lapan lagi bukubuku mengenai geometri lanjutan. Walaupun buku Euclid bukan rujukan geometri yang pertama, tetapi buku beliau merupakan yang terbaik sehingga rujukan lain tidak digunakan lagi dan hilang. Euclid Elements telah membentuk asas kepada geometri yang masih digunakan hingga kini.

Berikut adalah merupakan 5 axioms yang telah ditulis semula supaya lebih mudah difahami.

1) Any two points can be joined by a straight line. 2) Any finite straight line can be extended in a straight line. 3) A circle can be drawn with any center and any radius. 4) All right angles are equal to each other.
5) If two straight lines in a plane are crossed by another straight line (called the transversal),

and the interior angles between the two lines and the transversal lying on one side of the transversal add up to less than two right angles, then on that side of the transversal, the two lines extended will intersect (also called the parallel postulate).

Archimedes of Syracuse (287-212 SM) dianggap sebagai ahli matematik terbesar matematik Yunani dan juga pencipta banyak peranti mekanikal termasukthe screw, the pulley, dan the lever.The Screw adalah alat untuk menaikkan air dari paras yang rendah kepada yang paras lebih tinggi. Ciptaan ini masih digunakan sehingga hari ini. Archimedes juga membuat penulisan bertajuk Measurement of Circle yang mengandungi analisis luas bulatan, dan karya agung beliau yang bertajuk On the Sphere and the Cylinder yang mana beliau menentukan luas permukaan dan isipadu bagi sfera dan silinder. Antara karya beliau yang melibatkan geometri ialah On the equilibrium of planes, On the equilibrium planes, On Spirals dan On Conoids and Spheroids. Beliau juga membangunkan kaedah yang sama dengan sistem koordinat geometri analisis, dan proses had didalam pengkamiran.

Selepas Archimedes, era kegemilangan geometri semakin ke penghujungnya. Proclus (410485 SM) yang merupakan penulis Commentary on the First Book of Euclid adalah ahli

matematik penting yang terakhir. Beliau adalah seorang ahli geometri yang berwibawa, tetapi yang lebih penting, beliau adalah seorang pengkritik yang hebat terhadap hasil kerja sebelumnya.

TAMADUN INDIA Era Vedic

Manuskrip Rigveda dalam rumi

Geometri India pada era ini dapat dijelaskan di dalam ulba Stras. Shulba Sutra adalah sebahagian teks korpus yang dipanggil Shrauta Sutra, ia dianggap sebagai lampiran Vedas. Ia juga merupakan sumber maklumat berkenaan matematik India dari era Vedic. Terdapat perbezaan teori tentang asal-usul geometri yang terdapat dalam Shulba sutra, dan geometri secara umum. Menurut teori asal-usul upacara geometri, bentuk yang berbeza melambangkan idea-idea agama yang berbeza, dan keperluan untuk memanipulasi bentuk ini membawa kepada penciptaan matematik yang berkaitan dengannya. Ahli matematik : Baudhyana, (fl. c. 800 BCE) , dikenali dengan hasil kerja berkaitan mengira nilai pi dan teorem Pythagoras.

Baudhayana (c. 8 abad SM) mengarang Baudhayana Sulba Sutra, yang mengandungi contohi ganda tiga mudah Pythagoras, seperti: , iaitu : 5 3 4 37 12 35 7 24 8 15 25 17 5 12 13 , , , dan

Di dalam teks ini juga terdapat kenyataan teorem Pythagoras untuk sisi segi empat, iaitu : "tali yang merentangi pepenjuru segi empat menghasilkan luas yang menggandakan saiz empat segi yang sebenar." Ia juga mengandungi kenyataan umum teorem Pythagoras (bagi sisi segiempat tepat): "tali yang diregangkan sepanjang pepenjuru segiempat tepat menghasilkan luas di mana sisi menegak dan sisi mendatar bersambung.

Selain itu penulisan beliau dalam geometri ialah berkaitan kiraan nilai pi iaitu dengan membuat perubahan suatu bentuk geometri kepada bentuk geometri yang lain. Ini termasuk mengubah suatu segi empat sama kepada segi empat tepat, trapezium kaki sama, segitiga kaki sama, rombus, dan bulatan, serta mengubah bulatan kepada segi empat. Sebagai contoh, untuk mengubah bulatan ke segi empat, diameter bulatan dibahagikan kepada 15 bahagian dan kemudian ditolak dua bahagian; ini memberikan anggaran sisi segi empat yang dikehendaki. Di mana binaan ini memberikan nilai sebagai 3.004.

Satu lagi masalah geometri yang ditangani oleh Baudhyana adalah menyegiempatkan bulatan. Ia adalah masalah yang dicadangkan oleh geometri purba. Iaitu cabaran membina segi empat dengan luas yang sama dengan suatu bulatan dengan cara menggunakan langkah tertentu bersama kompas dan garis lurus seperti rajah di bawah :

Era klasik

Di dalam manuskrip Bakhshali (merupakan manuskrip matematik Purba India yang ditulis pada kulit pokok birch yang telah ditemui berhampiran kampung Bakhshali pada tahun 1881), terdapat segelintir persoalan geometri (termasuk persoalan tentang isipadu pepejal yang tidak sekata). Manuskrip Bakhshali juga "menggunakan sistem nilai tempat perpuluhan dengan titik sifar."

Ahli matematik : Aryabhata Statue of Aryabhata

Salah seorang ahli matematik-astronomi pada era klasik matematik India

Aryabhatas Aryabhatiya (499 CE) membuat penghampiran untuk nilai pi (). Dalam bahagian kedua Aryabhatiyam (gaitapda 10), beliau menulis: "Tambah empat kepada 100, darab dengan lapan, dan kemudian tambah 62.000. Mengikut peraturan ini lilitan bulatan dengan diameter 20,000 boleh diperolehi."

Ini menunjukkan bahawa nisbah lilitan kepada diameter ialah ((4 + 100) 8 + 62000) / 20000 = 62832/20000 = 3.1416, di mana tepat kepada lima angka bererti.

Ia adalah spekulasi bahawa Aryabhata menggunakan perkataan sanna (menghampiri), bermakna bahawa bukan sahaja ini anggaran tetapi nilai ini adalah yang tidak dapat dibandingkan (atau tidak rasional). Selepas Aryabhatiya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab (c. 820 CE) penghampiran ini telah disebutkan di dalam buku Al-Khawarizmi berkaitan algebra.

Brahmagupta Brahmagupta (598668 AD ) menulis kerja astronomi beliau, Brahma Sphua Siddhanta pada 628 CE. Bab 12, mengandungi 66 ayat-ayat bahasa Sanskrit, yang telah dibahagikan kepada dua bahagian: "operasi asas" (termasuk punca kuasa tiga, pecahan, nisbah dan perkadaran, dan barter) dan "matematik praktikal" (termasuk campuran, siri matematik, pengiraan satah, menyusun bata, menggergaji kayu, dan cerucuk gandum). Dalam bahagian kedua, beliau menyatakan teorem pepenjuru sisiempat kitaran, iaitu : Teorem Brahmagupta: Jika sisiempat kitaran mempunyai pepenjuru yang serenjang antara satu sama lain, maka garis serenjang dilukis dari titik persilangan pepenjuru ke mana-mana sisi satu sisiempat akan sentiasa membahagi dua sisi bertentangan.

Hasil Brahmagupta yang paling terkenal dalam geometri adalah formula untuk luas sisiempat kitaran. Dengan memberikan nilai panjang sisi, formula Brahmagupta dapat memberi anggaran dan nilai yang tepat untuk luas sisiempat kitaran. Ia dijelaskan di dalam Bab 12 , formula bagi luas sisiempat kitaran (generalisasi daripada formula Heron), dengan penerangan lengkap segitiga kaki sama, seperti berikut:

Formula Brahmagupta: Luas, A, sisiempat kitaran dengan sisi panjang a, b, c, d, masing-masing, yang diberikan oleh : Luas , A = di mana t, semi perimeter, yang diberikan oleh:

TAMADUN CINA Kajian terawal mengenai geometri di China adalah Mo Jing, satu falsafah Cina yang dibangunkan oleh pengikut Mozi pada 470 SM-390 SM. Ia telah disusun bertahun selepas kematiannya oleh pengikut beliau pada sekitar tahun 330 SM. Mo Jing menjelaskan pelbagai aspek dalam bidang yang berkaitan dengan sains fizikal, dan matematik. Ia memberikan definisi

titik-geometri,

lilitan,

diameter,

jejari

dan

isipadu.

Sembilan Bab pada Seni Matematik: Pertama kali disusun pada 179 Masihi, dengan ulasan yang ditambah dalam abad ke-3 oleh Liu Hui..

Manual Sea Island Matematik : Oleh Liu Hui pada abad ke-3.

Sembilan Bab mengenai Seni Matematik

Sembilan Bab mengenai Seni Matematik, ialah tulisan yang bermula pada 179 Masihi dan telah disunting dan diulas oleh ahli matematik abad ke-3, Liu Hui dari Kerajaan Cao Wei. Buku ini mengandungi persoalan berkaitan penggunaan geometri , seperti menentukan luas permukaan bagi segi empat dan bulatan, menentukan isipadu pepejal dalam bentuk tiga dimensi, dan penggunaan teorem Pythagoras. Buku ini juga terkandung dialog bertulis antara Bangsawan Zhou

dan Shang Gao berkenaan sifat segitiga sudut tegak dan teorem Pythagoras. Selain itu terdapat juga penulisan berkaitan bulatan dan persegi, serta ukuran ketinggian dan astronomi gnomon.

Gnomon adalah bilah segi tiga yang terdapat pada matahari . Manakala editor Liu Hui dalam penulisannya menyatakan nilai pi sebagai 3.141014

dengan menggunakan poligon bersisi 192, dan nilai pi ini ditelitikan sebagai 3.14159 menggunakan poligon bersisi 3072. Ini adalah lebih tepat berbanding dengan kiraan yang dibuat oleh Wang Fan, seorang ahli matematik dan ahli astronomi dari Timur Wu, yang memberikan nilai pi sebagai 3.1555 dengan menggunakan 142/45. Liu Hui juga menulis berkaitan matematik dalam menentukan ukuran jarak kedalaman, ketinggian, lebar dan luas permukaan.

Dari segi geometri pepejal, beliau mendapati bahawa pepejal dengan tapak segiempat tepat dan kedua-dua sisi cerun boleh dibahagikan kepada bentuk piramid dan tetrahedral. Beliau juga beranggapan bahawa pepejal dengan asas trapezoid dan kedua-dua sisi cerun boleh dibuat untuk menghasilkan dua tetrahedral yang dipisahkan oleh piramid.

Tetrahedron Trapezoid

Liu Hui juga menerangkan berkenaan isipadu menggunakan prinsip Cavalieri dan kaedah penghapusan Gaussian. Dari Sembilan Bab, ia menyenaraikan formula geometri berikut : [Dinasti Han (202 SM-9 CE)].

Luas

Segi empat sama Segi empat tepat Bulatan Segitiga kaki sama

paralelogram trapezoid trapezium Double Segmen bulatan anulus ('cincin' antara dua bulatan sepusat)

Isipadu

paralelipiped dengan dua permukaan segi empat paralelipiped dengan tiada permukaan segi empat Piramid frustum piramid dengan tapak segi empat

kiub Prisma Baji dengan tapak segiempat tepat dan kedua-dua belah condong

frustum baji jenis kedua (yang digunakan untuk aplikasi dalam bidang kejuruteraan)

Silinder Kon dengan tapak membulat frustum kon Sfera

Baji dengan tapak trapezoid dan kedua

frustum piramid dengan tapak segiempat tepat sisi yang tidak sama rata

dua belah condong baji tetrahedral

Dinasti Han (202 BC-220 AD) pula merupakan tempoh China menyaksikan berkembang baru matematik. Salah satu teks matematik Cina tertua yang membentangkan perkembangan geometri adalah Suan Shu Shu (186 SM), semasa era Han Barat. Ahli matematik, pencipta, dan astronomi Zhang Heng (78-139 Masehi) menggunakan formula geometri untuk menyelesaikan masalah matematik. Walaupun anggaran kasar untuk nilai pi () telah diberikan di Zhou Li (disusun dalam abad ke-2 SM), Zhang Heng merupakan orang pertama yang berusaha untuk mewujudkan formula yang lebih tepat untuk nilai pi. Namun nilai pi ini seterusnya dibuat lebih tepat oleh Zu Chongzhi (429-500 Masihi). Zhang Heng mengganggarkan nilai pi sebagai 730/232 (atau kira-kira 3.1466), walaupun dia menggunakan satu lagi formula pi dalam mencari isipadu sfera, iaitu dengan punca kuasa dua 10 (atau lebih kurang 3.162). Penghampiran Zu Chongzhi itu yang terbaik adalah antara 3.1415926 dan 3.1415927, dengan 355/113 ( , Milu, anggaran terperinci) dan 22/7 ( , Yuelu, anggaran kasar) menjadi penghampiran ketara yang lain.

TAMADUN ISLAM

Bidang Matematik yang berlandaskan geometri dalam dunia Islam bermula dengan geometri yang hanya melibatkan praktikal pada awalnya namun ianya mula diperkembang kepada aspek-aspek teori termasuklah konsep magnitud dan prinsip-prinsip bagi mencari isipadu sesuatu bahan pepejal. Objektifnya ialah untuk mengukur keluasan yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi seperti bentuk tiga dimensi.

Kewujudan geometri Arab yang terawal diperkenal oleh Abu Adullah Mohammad Ibnu Musa atau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi (780M-850M). Penulisan beliau merupakan suatu hasil kompilasi bagi asas-asas yang melibatkan kaedah pengukuran yang mana begitu penting dan amat berguna kepada ahli ukur pada zaman tersebut dan digunakan sehingga kini. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang geometri ini ialah asal usul geometri dan rujukan utamanya ialah kitab al-Ustugusat (The Elements) hasil karya Euclid. Berdasarkan catatan lembaran sejarah, Geometri telah wujud sejak zaman Firaun iaitu 2000 Sebelum Masihi. Kemudian, Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu ilmu Sains dalam kurun abad ke 6 Sebelum Masihi dan kemudiannya kaedah ilmu ini telah disempurnakan oleh Al-Khawarizmi pada abad ke 9 Sebelum Masihi. Salah satu sumbangan AlKhawarizmi ialah telah memperkenalkan beberapa prosedur dalam pengiraan luas dan isipasu suatu pepejal.

Salah seorang tokoh geometri dalam tamadun Islam ialah Thabit bin Qurrah. Beliau hidup sekitar 836-929 Masihi dan terkenal sebagai seorang pakar geometri pada zaman pemerintahan Abbasiyah. Beliau melanjutkan usaha-usaha al-Khawarizmi dan menterjemahkan tujuh daripada lapan buku Apollonius tentang bahagian-bahagian keratin kon ke bahasa Arab. Beliau juga menterjemah beberapa karya Euclid, Archimedes dan Ptolemy yang akhirnya menjadi buku teks

piawaian. Beliau telah menulis beberapa buah buku tentang geometri dan diberi penghormatan kerana Introduction to the Book of Eucli, sebuah risalahnya tentang geometri. Beliau menyelesaikan kes istimewa persamaan kuasa tiga secara kaedah geometri yang hanya kemudiannya diberi tumpuan khusus pada tahun 1000 M.

Selain itu, di antara tokoh-tokoh Islam bagi bidang Geometri yang lain ialah Abu Sahl Wayjan Ibn al-Kuhi. Beliau boleh dikatakan sebagai salah seorang ahli geometri Islam yang amat disegani pada abad ke sepuluh. Walaupun Abu Sahl Wayjan Ibn al-Kuhi lebih ke arah menulis risalah mengenai geometri, namun penerangannya terhadap pembinaan heptagon adalah merupakan salah satu contoh inovasi sebagai seorang ahli geometri dan antara lain sumbangannya ialah menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah yang dianggap mustahil untuk diselesaikan menggunakan teori-teori Matematik.

Ibrahim Ibnu Sinan (946M) merupakan cucu kepada Thabit Ibn Qurra seorang ahli Matematik terkenal dan juga merupakan seorang penterjemah karya agung Achimedes. Ibrahim Ibnu Sinan membuat beberapa pemulihan terhadap luas suatu segmen sebuah parabola, dan dikatakan sebagai suatu penerangan yang paling mudah disampaikan berbanding dengan tahun sebelum zaman Renaissance. Ibrahim Ibnu Sinan menyatakan bahawa beliau telah mencipta suatu pembuktian atas keperluan untuk menjaga reputasi keluarganya sebagai ahli Sains setelah beliau mendengar dakwaan orang bahawa kaedah yang diperkenalkan oleh datuknya terlalu panjang. Beliau prihatin terhadap kaedah dan teori-teori bagi menyelesaikan masalah seperti yang ditunjukkan di dalam karyanya iaitu On the Method of Analysis and Synthesis in Geometrical Problem. Karyanya On Drawing The Conic Section pula menunjukkan beberapa perbincangan dan pembuktian terhadap kaedah untuk melukis parabola dan elips.

Abu Nasr al-Farabi (870M-950M) juga merupakan salah seorang ahli Matematik yang menulis beberapa karya berkaitan dengan geometri serta pembinaan geometri. Beliau menulis beberapa risalah dan antaranya bertajuk A Book of Spiritual Crafts and Natural Secrets in the Detail of Geometrical Figures yang mana kemudiannya diperbadankan di dalam karya Abu alWafa Buzjani iaitu On Those Parts of Geometry Needed by Craftsman

Al-Khindi (801M) juga memberikan sumbangan dalam geometri. Beliau menggunakan model Matematik berbentuk geometri dan memberikan pembuktian seperti jasad sistem alam mestilah berbentuk sfera, bumi mestilah berbentuk sfera dan bertempat di pusat sistem bumi dan ada kemungkinan permukaan air berbentuk sfera dan kegunaannya dalam sistem alam. Ibnu Haitham (965-1041M) telah menggunakan geometri gunaan dengan meluas dalam pengkajiannya mengenai optik. Salah satu usahanya tentang optik ialah perkiraan saintifik yang awal tentang pembiasan atmosfera yang mengandungi penyelesaian secara geometri masalah mencari titik fokus cermin cekung, iaitu sinaran dari satu titik mesti berlaku supaya menghasilkan pembalikan ke satu titik yang lain.

Sesungguhnya, orang Islam menitikberatkan pengajian geometri dalam kurikulum mereka kerana ia mempunyai kegunaan yang praktis dalam bidang ilmu ukur dan astronomi di samping dapat membantu pengajian algebra dan fizik.

TAMADUN EROPAH Pada pertengahan zaman pertengahan Eropah, konsep geometri bermula dengan menterjemahkan karya-karya daripada tamadun islam dan tamadun yunani. Ia dibukukan menjadi

sebuah buku yang bertajuk The Practica of Geometriae ( The Practice of Geometry). Seterusnya pada abad ke-15 iaitu Renaissance, ahli matematik telah mengkaji unjuran bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi ke bentuk 2 dimensi untuk melihat ciri-ciri kekal dan bagaimana ciri-ciri lain berubah. Konsep ini di kenali sebagai Projective Geometry Konsep ini sangat menyumbang di dalam penghasilan lukisan. Seterusnya, konsep ini dikembangkan kepada bentuk 3 dimensi pada abad ke 18. Seterusnya, bidang geometri ini di aplikasikan ke dalam bidang yang lain seperti Analytic Geometry, Projective and Descriptive Geometry, Algebraic Geometry, Differential Geometry, Noneuclidean Geometry, Topology dan Differential Equations.

RUJUKAN Internet http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_geometry http://www.thegeodes.com/templates/geometryhistory.asp http://www.apisbp.net/topics/artikel/2011/al-khawarizmi/ http://www.docstoc.com/docs/108356538/tamadun-islam-Sejarah-Matematik-Tamadun-Islam2011 http://en.wikipedia.org/wiki/Egyptian_pyramids

Book Roger Cooke(1997).The history of Mathematics. United State Of America:John Wiley & Sons Inc

Оценить