Вы находитесь на странице: 1из 2

gaya hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT (5 jam) Pengenalan Konsep dan Definisi GHS Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang. Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Mendapat rehat yang cukup Berfikiran positif Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan Patuh kepada ajaran agama Amalan GHS penting untuk mengelakkan ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Seseorang yang tidak mengamalkan GHS seperti merokok, meminum alkohol, tidak melakukan senaman dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti : Penyakit jantung koronari Kegemukan Malnutrisi Hipertensi Strok Kanser Diabetes Penyakit paru-paru Individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia), hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan mengalami hipertensi. KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT Pemakanan (jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan) Kebersihan diri Penyalahgunaan bahan Rehat yang cukup Senaman A. Pemakanan Yang Seimbang Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang : 1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi. 2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan 3. Kumpulan susu dan hasil tenusu 4. Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang.

5. Kumpulan minyak, lemak dan gula. Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN

Вам также может понравиться