Вы находитесь на странице: 1из 1

Assalamualaikum Wbt, Pertama sekali marilah sama-sama diri ini mengucapkan kalimah syukur ke Hadratillah dengan sebenarbenar syukur

sebagai menandakan diri kita ini termasuk dikalangan mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Marilah juga kita memaksa diri kita yang banyak lalai ini untuk berselawat ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW dengan sesungguh hati kita sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda SAW. Syafaat yang akan kita tuntut di akhirat tidak lain dan tidak bukan hanyalah syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam terus-menerus turut kita sampaikan kepada keluarga Baginda, para sahabat-sahabat Baginda, kepada Tabie, TabiTabie, Auliya- auliya, mujahidin dan seterusnya mereka yang menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kerana memberi ruangan ini untuk sama-sama kita mengambil yang bermanfaat darinya. Keghairahan kita melalui 14 minggu di Universiti Pendidikan Sultan Idris mula berakhir. Paluan gendang perang untuk kita menghadapi final exam mula kedengaran. Majlis-majlis solat hajat dan bacaan Yaasin mula dilaksanakan. Alhamdulillah, kesibukan kita sebelum ini akhirnya kita akan mencari Tuhan yakni Allah Azzawajala. Itulah hakikat kehidupan manusia. Munajat untuk mencapai apa yang dihajati mesti diteruskan. Jagalah hubungan dengan Allah setiap masa. Tetapi, bila hajat yang diminta tidak ditunai, jangan sesekali diri kita bersangka buruk akan Allah Azzawajala. Kata ulama Tasauf tak layak atau tak sepatutnya kita ini bersangka buruk pada Allah, kerana banyak sangat pemberian nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Masukkanlah sifat Qanaah suatu perkara yang dituntut pada agama. Sifat Qanaah bermaksud kita sebagai hamba ini berasa berpuas hati dengan nikmat yang Allah Taala kurniakan. Namun, bukan pula melarang untuk mencari kekayaan atau kesenangan. Saya yang telah dibebankan atau ditaklifkan sebagai presiden persatuan pendidikan islam mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir tahun kepada seluruh Mahasiswa/ wi UPSI. Semoga sama-sama kita mendoakan antara satu sama lain. Sejuta kemaafan ditaburkan. Sekian,

Yang Benar,

Nikshafiq
Nik muhamad shafiq nasren bin ismail Presiden Persatuan Pendidikan Islam (PPI) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Вам также может понравиться