Вы находитесь на странице: 1из 10

SIKAP BELIA TERHADAP KESUKARELAWANAN: PENGARUH FAKTOR JANTINA, PEGANGAN NILAI AGAMA, TINGKATAN PENGAJIAN DAN PERSEPSI PENGLIBATAN

BELIA

Adi Fahrudin Mohamad Azhar Mohammad Nor Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah Rainy Sintia SMK Mat Salleh, Ranau, Sabah

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan hasil kajian tentang sikap belia terhadap kesukarelawanan di Sabah. Seramai 276 orang belia yang juga pelajar dua buah sekolah menengah di Kota Kinabalu dan Ranau dipilih sebagai subjek kajian ini. Alat kajian utama yang digunakan dalam kajian ini adalah Ohio's Adults Attitudes Toward Service (Safrit, 1994) yang telah diubahsuai. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana sikap belia terhadap kesukarelawanan. Selain itu untuk melihat pengaruh faktor-faktor jantina, pegangan nilai agama, tingkatan pengajian dan persepsi belia terhadap keperluan belia terlibat terhadap sikap kesukarelawan belia. Berdasarkan kepada keputusan kajian, proses pembinaan sikap kesukarelawan belia turut dibincangkan.

PENGENALAN Salah satu tujuan utama kesukarelawanan belia adalah untuk membina belia menjadi warga negara yang aktif. Hal ini diyakini bahawa melalui kesukarelawanan, belia akan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang permasalahan sosial, mencuba untuk memecahkan masalah tersebut, mengelakkan diri terlibat gejala sosial tidak sihat, mengembangkan social solidarity dan keprihatinan serta penyayang. Penglibatan belia dalam kegiatan kesukarelawan diharapkan juga memberi pengaruh positif ke atas motivasi untuk berprestasi baik di sekolah mahupun di tempat kerja. Di Malaysia, hasrat untuk menggalakkan belia dalam kegiatan kesukarelawanan sememangnya menjadi salah satu fokus pembangunan belia. Pelbagai dasar dan program kepada golongan belia telah diperkenalkan seperti Rakan Muda, Belia Wawasan, dan lain sebagainya. Program seumpama ini pada intinya ingin

memajukan golongan belia supaya terlibat aktif dalam kesukarelawanan yang pada akhirnya dapat mendorong kepada pembangunan komuniti. Kecenderungan dalam pendidikan sekolah menengah adalah untuk mendorong, jika tidak menuntut agar para pelajar turut serta dalam aktiviti di sekolah. Aktiviti sekolah selain bertujuan untuk pembentukan disiplin dan sahsiah pelajar juga mendorong pelajar agar menjadi warga negara yang prihatin, penyayang, bersedia berkorban demi kebajikan orang ramai, dan bertanggungjawab (good citizenship). Kesemuanya itu merupakan manifestasi dari tingkah laku seorang sukarelawan. Kesukarelawanan dapat diertikan sebagai suatu pekerjaan tanpa upah (Shweiki & Mauck, 1993). Manakala menurut Knauft (1992), kesukarelawanan diertikan sebagai segala aktiviti yang berusaha membantu orang lain dan tidak bertujuan untuk mencari uang. Sikap terhadap kesukarelawanan pula diertikan sebagai persepsi mengenai tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam kesukarelawanan, pentingnya kesukarelawanan dan kemampuan untuk mempengaruhi perubahan melalui kesukarelawanan. Banyak kajian yang memaparkan kebaikan kegiatan kesukarelawanan kepada belia khususnya pelajar sekolah. Kajian Sauer (1991) misalnya memaparkan sebuah program yang dirancang untuk kaum belia yang berisiko droup out sekolah dengan cara melibatkan mereka bersama warga tua dalam program khidmat sosial. Hasil kajian menunjukkan 95.3% daripada 113 pelajar terlibat dalam program sukarelawan tersebut menghadiri kelas secara teratur jika dibandingkan dengan 84% populasi sekolah keseluruhan. Selepas dua tahun program, angka kehadiran pelajar dalam program khidmat sosial mengalami peningkatan sehingga 81%. Sauer mencatat bahawa beberapa pelajar termasuk dalam senarai penerima penghargaan, menunjukkan peningkatan kemampuan akademik selari dengan kehadiran dalam program khidmat sosial. Dapatan kajian Sauer ini menyokong dapatan Tarshis (1990) yang melaporkan bahawa 20% pelajar yang berisiko gagal setelah menyertai program khidmat sosial berhasil secara akademik. Dean dan Murdock (1992) melaporkan dapatan kajian rintisnya yang dirancang untuk menentukan adakah hubungan antara penglibatan belia dalam kesukarelawanan dengan motivasi mereka untuk belajar. Motivasi untuk belajar dioperasionalkan menggunakan senarai semak tingkah laku dalam kelas (item-item termasuk 'menghadiri kelas tepat waktu', penglibatan dalam kelas, mengembalikan kerja rumah). Hanya dua tingkah laku yang menunjukkan perubahan yang konsisten iaitu bertanya dengan soalan yang tepat dan penglibatan dalam kelas. Dari kedua kes ini, perubahan tingkah laku yang lebih baik pada sebahagian besar pelajar. Tambahan pula, lebih dari 50% peserta mengalami peningkatan PNGK. Knauft (1992) mendapati lebih 61% belia yang dikaji terlibat dalam kegiatan sukarela. Manakala jantina tidak memainkan peranan samada seseorang terlibat dalam kesukarelawanan atau tidak. Kebanyakan khidmat dilakukan berkaitan dengan agama, sekolah atau organisasi sosial. Knauft berkesimpulan bahawa belia yang lebih sering terlibat dalam kesukarelawanan mempunyai pengalaman masa kecil yang positif dengan kesukarelawanan, lebih menyukai terlibat dalam organisasi

keagamaan, mempunyai sistem nilai yang menempatkan keutamaan untuk membantu orang lain, merasa kasihan terhadap orang yang memerlukan dan dorongan melakukan sesuatu untuk mengatasi yang penting, dan terlibat aktif dalam banyak aktiviti yang berbeza. Sundeen dan Raskoff (1994) melaporkan karakteristik belia yang terlibat dalam kesukarelawanan iaitu lebih memiliki status sosio-ekonomi yang tinggi, mempunyai PNGK yang lebih tinggi, hidup dalam Bandar kecil, mempunyai ibubapa yang menjadi sukarelawan (khususnya ayah), dan terlibat dalam organisasi keagamaan. Sundeen dan Raskoff (1995) juga mendapati belia yang mempunyai afiliasi nilai yang kuat dengan nilai charity lebih menyukai menjadi sukarelawan berbanding belia yang mempunyai orientasi nilai wang. Data juga menunjukkan bahawa kesenangan, pentingnya sekolah, dan penggunaan kemahiran dan talent adalah prediktor yang penting kepada tingkah laku kesukarelawanan.

TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat bagaimana sikap belia terhadap kesukarelawanan. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh jantina, pegangan nilai agama, tingkatan pengajian, dan persepsi belia tentang keperluan terlibat dalam kesukarelawanan. SIGNIFIKANSI KAJIAN Kajian seumpama ini amatlah penting. Pertama, data yang dikumpulkan berasal dari belia iaitu pelajar-pelajar di sekolah menengah kerajaan. Ini penting sebab dasar semasa mengenai penglibatan belia dalam kegiatan kesukarelawanan menggunakan sekolah sebagai fasilitator kegiatan kesukarelawanan. Kedua, kajian ini dapat memberikan maklumat yang penting mengenai apakah peranan yang dapat dilakukan oleh sekolah dan agensi yang berkaitan untuk menyokong penglibatan belia dalam kesukarelawanan.

METOD KAJIAN
Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan satu set soalselidik tadbiran sendiri (self administered). Soalselidik ditadbirkan kepada pelajar di dalam kelas selama 15 minit. Alat Kajian Dalam kajian ini, alat kajian berupa satu set soalselidik yang terdiri 2 bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan data sosio-demografi. Manakala bahagian kedua berkaitan dengan sikap terhadap kesukarelawanan. Ohio's Adults Attitudes Toward Service (Safrit, 1994) telah diubahsuai dan dipergunakan dalam kajian ini. Skala sikap terhadap kesukarelawanan ini diubahsuai untuk kegunaan belia menggunakan empat skala iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak

setuju. Koefisien Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan alat ukur ini adalah tinggi iaitu .798. Subjek Kajian Subjek kajian adalah pelajar-pelajar dari 2 buah sekolah yang mewakili Bandar dan Luar Bandar. Pelajar sekolah Bandar diwakili sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, manakala pelajar sekolah Luar Bandar diwakili sebuah sekolah menengah di Daerah Ranau. Seramai 276 pelajar terlibat dalam kajian ini.

DAPATAN KAJIAN
Deskripsi Subjek Kajian Seperti dalam jadual 1, subjek kajian terdiri dari 276 orang pelajar sekolah menengah dari dua buah sekolah di Kota Kinabalu dan Ranau. 66.7% daripadanya adalah perempuan sedangkan 33.3 adalah lelaki. Umur subjek berkisar antara 12 tahun sehingga 19 tahun (M=15.90, SP=1.80).

Majoriti subjek adalah kaum Kadazan-dusun (65.6%) selebihnya kaum Bajau, Melayu, Cina, India, Brunei dan lain-lain kaum. Agama yang dianut subjek adalah berimbang antara agama Islam (47.8%) dan Kristian (50%) dan sisanya agama Hindu, Buddha dan lain-lain agama. Manakala pegangan nilai agama subjek majoritinya adalah sederhana (63.8%), kuat (24.6%) diikuti sangat kuat (7.2%), lemah (3.6%) dan sangat lemah (0.7%). Majoriti subjek adalah pelajar tingkatan lima (40.9%). Manakala dari segi lokasi tempat tinggal majority subjek tinggal di kampung (81.5%), diikuti Bandar (18.5%). Majoriti subjek tidak tinggal di asrama (89.9%) dan hanya 10.1% sahaja yang tinggal di asrama. Dari segi kehadiran dalam ceramah kesukarelawanan, 79.3% subjek mengatakan tidak pernah menghadiri ceramah kesukarelawanan dan hanya 20.7% sahaja yang pernah menghadiri ceramah berkenaan. Meskipun 59.8% subjek belum terlibat dalam kegiatan kesukarelawan berbanding 40.2% yang telah melibatkan diri, namun kajian mendapati, 51.8% subjek mengatakan belia khususnya pelajar sekolah perlu terlibat dalam kesukarelawanan.

Jadual 1

Data sosio-demografi subjek


No
1

Pembolehubah
Jantina a. Lelaki b. Perempuan Umur a. 12 tahun b. 13 tahun c. 14 tahun d. 15 tahun e. 16 tahun f. 17 tahun g. 18 tahun h. 19 tahun Kaum a. Melayu b. Cina c. India d. Kadazan-dusun e. Bajau f. Brunei g. Lain-lain Agama a. Islam b. Kristian c. Buddha d. Hindu e. Lain-lain Pegangan Nilai Agama a. Sangat kuat b. Kuat c. Sederhana d. Lemah e. Sangat lemah Tingkatan Pengajian a. Tingkatan 1 b. Tingkatan 2 c. Tingkatan 3 d. Tingkatan 4 e. Tingkatan 5 f. Tingkatan 6 Lokasi Tempat Tinggal a. Kampung b. Bandar Kediaman di asrama a. Ya b. Tidak Kehadiran dalam ceramah kesukarelawanan a. Pernah b. Tidak pernah Persepsi perlunya belia terlibat dalam kesukarelawanan a. Sangat perlu b. Perlu c. Tak pasti d. Tak perlu

Bilangan
92 184 3 47 28 16 34 101 44 3 12 6 1 181 59 1 16 132 138 4 1 1 20 68 176 10 2

Peratusan
33.3 66.7 1.1 17 10.1 5.8 12.3 36.6 15.9 1.1 4.3 2.2 0.4 65.6 21.4 0.4 5.8 47.8 50 1.4 0.4 0.4 7.2 24.6 63.8 3.6 0.7

50 30 11 30 113 42 225 51 28 248

18.1 10.9 4 10.9 40.9 15.2 81.5 18.5 10.1 89.9

57 219

20.7 79.3

10

80 143 48 5

29 51.8 17.4 1.8

Sikap Terhadap Kesukarelawanan

Secara keseluruhannya, sikap belia terhadap kesukarelawanan adalah positif (M=26.75, SP=3.77) dengan julat 10 44 (lihat jadual 2). Jadual 2 Statistik Deskriptif Skala Sikap Terhadap Kesukarelawanan No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Item-item Skala Sikap Terhadap Kesukarelawanan Remaja sepatutnya dapat membantu menyelesaikan masalah sosial Pelajar sekolah menengah harus menjadi sukarelawan Orang memandang positif jika mereka menjadi sukarelawan Saya dapat melakukan sesuatu yang lain melalui kegiatan sukarela Banyak orang boleh membantu mengatasi masalah sosial Adalah penting memperlakukan orang dengan sewajarnya Saya mengenepian kesenangan pribadi saya untuk kesenangan orang lain Saya sedia melakukan kegiatan sukarela dalam situasi apapun Saya senang melibatkan diri dalam aktiviti lain yang lebih menguntungkan Kegiatan sukarela sepatutnya memberi inspirasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran Sikap Terhadap Kesukarelawanan N 276 276 276 276 276 276 276 276 276 276 276 M 2.96 2.65 2.63 2.93 2.86 2.18 2.09 2.59 2.62 3.19 26.75 SP .705 .704 .998 .843 .928 1.01 .915 .849 .950 .904 3.77

Sikap Terhadap Kesetiakawanan Berdasarkan Jantina. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan sikap terhadap kesukarelawanan antara belia Bandar dan Luar Bandar. Dalam kajian ini belia Bandar lebih positif berbanding belia luar Bandar (Jadual 3)

Jadual 3

Sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan lokasi dan jantina Pembolehubah Terikat Sikap kesukarelawanan Remaja sepatutnya dapat membantu menyelesaikan masalah sosial Pelajar sekolah menengah harus menjadi sukarelawan Orang memandang positif jika mereka menjadi sukarelawan Saya dapat melakukan sesuatu yang lain melalui kegiatan sukarela Banyak orang boleh membantu mengatasi masalah sosial Adalah penting memperlakukan orang dengan sewajarnya Saya mengenepian kesenangan pribadi saya untuk kesenangan orang lain Saya sedia melakukan kegiatan sukarela dalam situasi apapun Saya senang melibatkan diri dalam aktiviti lain yang lebih menguntungkan Kegiatan sukarela sepatutnya memberi inspirasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran Jantina Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan N 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 92 184 M 25.9 27.1 2.95 2.97 2.53 2.71 2.66 2.61 2.81 2.98 2.83 2.88 1.94 2.29 2.01 2.14 2.31 2.73 2.72 2.57 3.16 3.20 SP 4.10 3.55 .709 .704 t 2.45 -.181 k .015* .857

.804 -2.068 .641 1.08 .341 .956 .959 -1.619 .775 .940 -.412 .925 .953 -2.760 1.02 .883 -1.117 .930 .797 -3.959 .842 .984 1.255 .931 .986 .862 -.376

.040* .734 .107

.681 .006* .265

.000* .211

.707

Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara belia lelaki dan belia perempuan dalam hal sikap terhadap kesukarelawanan. Belia perempuan lebih positif sikap mereka terhadap kesukarelawanan berbanding belia lelaki.

Sikap Kesukarelawanan Berdasarkan Pegangan Nilai Agama, Tingkatan Pengajian dan Persepsi Perlunya Belia Terlibat Dalam Kesukarelawanan Hasil kajian seperti dalam jadual 4 menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan kekuatan pegangan nilai agama (seperti dalam jadual 4).

Jadual 4

Sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan pegangan nilai agama, tingkatan pengajian dan persepsi belia Pembolehubah Terikat Sikap Terhadap Kesukarelawanan Pembolehubah Bebas Pegangan Nilai Agama Sangat kuat Kuat Sederhana Lemah Sangat lemah Tingkatan Pengajian Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6 Persepsi Perlunya Belia Terlibat Kesukarelawanan Sangat perlu Perlu Tak pasti Tidak perlu N M SP F k

20 68 176 10 2

26.7 26.7 26.8 26.5 27.5

3.32 3.81 3.88 3.13 3.53

.096

.984

50 30 11 30 113 42

28.1 25.2 24.3 27.1 26.2 27.8

2.78 2.69 4.31 4.47 4.21 2.58

4.58

.000*

80 143 48 5

27.3 26.8 26.1 20.0

3.60 3.66 3.76 3.16

7.06

.000*

Bagaimanapun ada perbezaan yang signifikan sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan tingkatan pengajian. Ujian Post Hoc diketahui terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkatan 1 dan tingkatan 2 dalam hal sikap terhadap kesukarelawanan. Kajian ini juga mendapati sikap belia terhadap kesukarelawanan adalah berbeza berdasarkan persepsi mereka tentang perlu tidaknya terlibat dalam kegiatan kesukarelawanan. Ujian Post Hoc mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara belia yang merasakan sangat perlu, perlu dan tak pasti belia terlibat dalam kesukarelawanan dengan belia yang merasa tidak perlunya belia terlibat dalam kesukarelawanan.

PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, sikap belia terhadap kesukarelawanan adalah positif. Dapatan kajian ini memberi indikasi bahawa belia mempunyai potensi untuk dibina dan dikembangkan menjadi sukarelawan dalam masyarakat. Persoalan pokok yang perlu dijelaskan adalah bagaimana mencari mekanisme yang sesuai untuk membina belia supaya mereka merasakan penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan merupakan suatu keperluan complementary kepada tugas-tugas perkembangan mereka sebagai belia. Dengan mekanisme yang sesuai maka pembangunan kesukarelawanan belia di Bandar mahupun di Luar Bandar mempunyai garis

panduan yang sama. Gagasan kerajaan berupa Program Khidmat Negara boleh jadi pemangkin dan ianya dapat merupakan mekanisme pembangunan kesukarelawanan belia di peringkat kebangsaan. Sementara itu, faktor jantina memainkan peranan penting dalam sikap kesukarelawanan. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara belia lelaki dan belia perempuan dalam hal sikap terhadap kesukarelawanan. Belia perempuan lebih positif sikap mereka terhadap kesukarelawanan berbanding belia lelaki. Dapatan ini tidak menyokong dapatan kajian Knauft (1992) yang mendapati faktor jantina tidak memainkan peranan sama ada seseorang itu terlibat dalam kesukarelawanan atau tidak. Dalam banyak kajian tentang kesukarelawanan seperti Knauft (1992) dan Sundeen dan Raskoff (1994), selalunya faktor agama dan pegangang nilai agama memainkan peranan penting dalam kesukarelawanan. Bagaimanapun dalam kajian ini ternyata tiada perbezaan yang signifikan sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan kekuatan pegangan nilai agama seseorang. Dapatan ini boleh jadi menggambarkan bahawa sebenarnya kesukarelawanan merupakan nilai universal yang harus ada pada semua umat manusia tidak kira agama atau kuat lemahnya pegangan agama seseorang. Meskipun belum dijumpai kajian terperinci mengenai tingkatan pengajian dengan kesukarelawanan. Namun kajian ini mendapati ada perbezaan yang signifikan sikap terhadap kesukarelawanan berdasarkan tingkatan pengajian belia sekolah menengah. Pelajar tingkatan 1 mempunyai min sikap kesukarelawanan paling tinggi berbanding pelajar tingkatan lain. Dapatan kajian memberi petunjuk semakin tinggi tingkatan pengajian maka sikap terhadap kesukarelawanan semakin berkurang. Hal ini boleh jadi disebabkan bebanan pelajaran yang lebih banyak jika dibandingkan dengan tingkatan awal di sekolah. Selain itu dapatan kajian ini membuktikan bahawa keperluan pembinaan semangat dan sikap kesukarelawanan sepatutnya diberikan pada tahap awal lagi di alam persekolahan mereka. Terakhir persepsi belia mengenai kegiatan kesukarelawanan juga perlu dikenalpasti. Belia yang mengganggap adalah perlu mereka terlibat dalam sukarelawanan maka semakin positif pula sikap belia terhadap kesukarelawanan. Kajian ini menunjukkan sikap terhadap kesukarelawanan adalah berbeza yang signifikan berdasarkan persepsi mereka tentang perlu tidaknya terlibat dalam kegiatan kesukarelawanan tersebut. Dapatan kajian ini memberi petunjuk tentang perlunya pendedahan awal untuk memberikan pengetahuan, pemahaman dan merubah persepsi belia tentang kesukarelawanan. Perubahan ini diyakini boleh merubah sikap belia terhadap kesukarelawanan yang pada akhirnya dapat mendorong penglibatan mereka secara aktif dalam kesukarelawanan. Penglibatan belia yang aktif dapat mendorong kepada kemajuan dan pembanguan masyarakat dan secara tidak langsung memberikan tindakan preventive kepada belia agar tidak terjebak dengan gejala sosial tidak sihat.

RUMUSAN

Kesukarelawanan merupakan nilai universal yang harus dipupuk sejak dini lagi. Belia perlu memperoleh pendedahan mengenai kesukarelawanan agar mereka dapat menjadi warga negara yang prihatin, bertanggungjawab dan penyayang (good citizenship). Penyusunan model dan program pembangunan kesukarelawanan belia yang tidak bersifat one shot yang merangkumi semua karakteristik belia sama ada di Bandar atau di Luar Bandar amat perlu agar nilai kesukarelawanan yang ditanamkan kepada belia menjadi bahagian nilai kehidupan belia pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian galakkan dari sekolah, ibubapa, guru-guru dan orang dewasa adalah penting untuk mendorong belia terlibat dalam aktiviti sukarela. RUJUKAN Dean, L. & Murdock, S. W. (1992). The effect of voluntary service on adolescent attitude toward learning. Journal of Volunteer Administration, 10, 5-10. Parker, L. M. & Franco, M. L. (1999). Empowering youths to build community through service: Youths' attitudes toward service and extent of their service activities. Social Work in Education, Vol. 21 (3), 163-175. Knauft, E. B. (1992). America's teenagers as volunteers. Washington, DC: Independent Sector. Sauer. J. (1991). Volunteerisme by students at risk. Journal of Volunteer Administration, 10, 33-38. Sunden, R. A. & Raskoff. S.A. (1994). Volunteering among teenagers in the United States. Non profit and Voluntary Sector Quarterly, 23, 388-403.. Sunden, R. A. & Raskoff. S.A. (1995). Teenage volunteers and their values. Non profit and Voluntary Sector Quarterly, 24, 337-357.

Shweiki, O. & Mauck, B. (1993). Service. Youth Policy, 15(2&3), 7. Tarshis, L. (1990). Community service 101. Scholastic Update: Teacher's Edition. 122(12), 17-18.

10

Вам также может понравиться