Вы находитесь на странице: 1из 57

Keperluan Khas dan Pendidikan Anak-Anak dengan Sindrom Down

Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Bt. Syed Yahya (i) Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (ii) Mantan Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia

Tajuk Penyampaian
Pengenalan Kategori OKU Keperluan Pendidikan bagi Anak-Anak Sindrom Down Memahami Anak-Anak Sindrom Down

Sambungan
Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Dengan SD Keperluan Khas Murid dengan SD

Sambungan
Keperluan Khas Keluarga Keperluan khas Prasarana Sekolah Keperluan Khas Guru

Sambungan
Keperluan Khas Kurikulum/Bahan Pengajaran/Teknik Pengajaran Keperluan Khas Pentaksiran Inspirasi Peluang pada Masa Hadapan

Pengenalan
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 5% - 10% dari penduduk sesebuah Negara terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia mempunyai lebih kurang 1.3 juta 2.6 juta OKU

Pengenalan-sambungan
Pada masa dahulu tidak banyak pendedahan mengenai OKU & juga sindrom Down Pendapat bahawa tidak banyak dapat dilakukan apabila seseorang anak dilahirkan kurang upaya Ibu-bapa mempunyai perasaan negatif malu, sedih, rendah diri, lalu menyorok anak mereka dari pengetahuan umum

Sambungan
Ramai dari anak-anak kurang upaya ini diserahkan kepada Institusi JKM untuk penjagaan selanjutnya Jika tidak, anak-anak ini akan dihantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan tidak ke sekolah

Sambungan
Hanya pada tahun 1990an banyak perubahan berlaku Pada tahun 1995, Program Khas Bermasalah Pembelajaran diperkenalkan di sekolah - sekolah Aliran Perdana Pada mulanya suasana kurang memuaskan semua murid pelbagai kategori bermasalah pembelajaran ditempatkan bersama

Kategori OKU mengikut JKMM


Kurang Upaya Penglihatan Kurang Upaya Pendengaran Kurang Upaya Fizikal Masalah Pembelajaran Cerebral Palsy Lain-Lain

Masalah Pembelajaran
Sindrom Down Autisma Attention Deficit Hyperactive Disorder Lembam (Slow Learner) Dyslexia

Bilangan OKU Berdaftar Dengan JKMM sehingga Disember 2005


Kurang Upaya Penglihatan Kurang Upaya Pendengaran Kurang Upaya Fizikal Masalah Pembelajaran Cerebral Palsy Lain-Lain JUMLAH 16,302 26,294 56,738 66,130 623 4,368 170,455

Keperluan Pendidikan bagi Anak-Anak Sindrom Down

Tafsiran OKU mengikut Rang UndangUndang Orang Kurang Upaya 2008: OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat

Rang Undang-Undang OKU 2008


Bahagian IV Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan OKU Bab 1 Kebolehaksesan

Akses kepada Pendidikan 28 (1), (2) & (3)


28.(1): OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat

Akses kepada Pendidikan 28 (2)


Kerajaan & penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang & kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang & kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain

Memahami Kanak-Kanak Sindrom Down


SD adalah sindrom kongenital yang paling kerap berlaku Ia juga merupakan kelainan kromosom yang paling kerap menyebabkan kecacatan intelektual/akal Di Malaysia ia berlaku lebih kurang 1 dalam setiap 1000 kelahiran (KKM, 2003) Lebih kurang 50,000 individu dengan SD

Sambungan
Dinamakan sempena nama seorang doktor Inggeris Dr. John Langdon Down yang pertama kali membuat penemuan ciri-ciri pada tahun 1866

3 Jenis Sindrom Down


- Trisomy 21 (95%) - Translocation (4%) - Mosaicism (1%) Kesemua kanak-kanak dengan SD mengalami kelambatan pertumbuhan secara keseluruhan Umur biologikal tidak sama dengan umur akal (jurang 3-4 tahun)

Mengikut Fungsi:
Highly Functional Moderately Functional Low Functional

Ciri-Ciri Lain SD:


Mereka juga mungkin mempunyai komplikasi perubatan lain: kelainan jantung(50%) Masalah mengeluarkan perkataan(Speech Production Difficulties) paling ketara Sistem pencernaan (Imperforated Anus)

Sambungan..
Komplikasi pada penglihatan contohnya Rabun Jauh (Short sighted), nystagmus,

cataract

Komplikasi pada pendengaran Glue

Ear

Kanser Darah contohnya leukemia (1%) Penyakit Alzheimers IQ di antara 35 - 70

Kromosom Manusia

Karyotype sindrom Down

Bayi dengan SD yang baru lahir mempunyai ciri-ciri fizikal berikut:


Ton otot yang lembik (muscle hypotonia) Profil muka yang leper, hidung kecil (flat facial profile, including a somewhat depressed nasal bridge and small nose) Mata melonjak ke atas (upward slant to the eyes) Telinga berbentuk tidak normal & kecil (abnormal shape and small size of the ears) Satu garis dipermukaan telapak tangan(single deep crease across the center of the palm - simian crease) Berkeupayaan lebih untuk menggerakkan sendi (excessive ability to extend the joints) Lipatan kecil kulit di tepi sebelah dalam mata (epicanthic folds) Kelebihan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua (excessive space between large and second toe) Lidah lebih besar dari mulut (enlargement of tongue in relationship to size of mouth)

Epicanthic folds

Hypotonia Abnormal shape and small size of the ears (dysplastic ears)

Tingkahlaku Kanak-Kanak SD
Mempunyai kesukaran berkomunikasi Mempunyai kesukaran mengurus diri umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti

Sambungan
Kerapkali bercakap bersendirian seolaholah berkomunikasi dengan seseorang Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan

Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbelibelit

Sambungan
Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya Kanak-Kanak SD yang telah menjalani Program Pemulihan (Occupational Therapy, Speech Therapy & PhysioTherapy) dapat mencapai lebih dari kanakkanak SD yang tidak menjalani program tersebut

Sambungan
Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci. Contoh kes-kes yang hilang Mesti dilatih menjaga maruah diri & memberitahu apa yang tidak boleh dilakukan. Umpamanya memakai tuala semasa mandi

Tingkahlaku Murid SD
Dapat menguruskan diri serta melakukan apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik dengan nilai-nilai murni umpamanya mencium tangan, bersalam, makan sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf Belajar melalui pemerhatian - contoh

Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Dengan SD:


Umur biologikal tidak sama dgn umur akal; Otak manusia berkembang pesat dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu kanak-kanak dgn SD perlu menjalani ISP pada tahap umur 0-3 tahun dan EIP dari 3 6 tahun sebelum menjalani pendidikan khas di sekolah

Sambungan
Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu memerlukan RPI yang bersesuaian Memerlukan bahan pengajaran yang berpandukan deria penglihatan dan bukan deria pendengaran Mempunyai kesukaran mengeluarkan katakata (tidak dapat bertutur sebagaimana beliau memahami pertuturan)

Sambungan
Program Pemulihan perlu berjalan seiring disekolah Pemulihan Pertuturan, Pemulihan Cara-Kerja dan Fisioterapi (Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas3PK); Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan am yang kurang jika dibanding dgn murid biasa;

Sambungan
Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi; Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan; Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif.

Keperluan Khas Murid dengan SD


Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga dan Masyarakat Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga Menjalani Program ISP, EIP dari lahir Menjalani Program Pemulihan Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)

Sambungan
Menjalani Ujian Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan Hidup Berumah-Tangga Surjit & Carrie Kesejahteraan Hidup di Usia Emas

Keperluan Khas Keluarga


Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan Sabar Sokongan Padu sesama Ahli Keluarga, Keluarga Terdekat & Masyarakat Mendapat Maklumat Bagi Membesarkan Anak dengan SD Menjadi Ahli Persatuan

Keperluan Khas Prasarana Sekolah


Suasana Selamat Pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan Masyarakat Sekolah Pengetua, Guru, Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SD Asesibiliti kelas yang sesuai Tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah

Keperluan Khas Guru


Sabar, Penyayang & Passionate Memahami Tingkahlaku murid SD dan bagaimana untuk menangani sekiranya timbul masalah Mendapat latihan secukupnya mengenai RPI(Student-Based) dan Teknik Mengajar yang bersesuaian

Sambungan
Garispanduan untuk perlaksanaan kurikulum dibekalkan kepada Guru Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN & JPK Kreatif di dalam Pengajaran & Pembelajaran Bekerjasama dengan Ibu-Bapa Murid SD bagi kesinambungan P&P

Keperluan Khas Kurikulum/Bahan Pengajaran/Teknik Pengajaran


Kurikulum Alternatif Bahan Pengajaran Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam huruf besar Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat Bantu Mengajar,

Softwares, Picture Enhance Communication System.

Sambungan
Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-

Curricular
Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam perlaksanaan pembelajaran dari kalangan guru-guru melalui forum atau simposium berkala

Keperluan Khas Pentaksiran


Pentaksiran serta pensijilan alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran dan diiktirafkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia & Kementerian Sumber Manusia Pentaksiran berbentuk formatif dan bukan summatif

Inspirasi Peluang pada Masa Hadapan

Rumah PSDM 79 Lingkungan U Thant 55000 Kuala Lumpur

Sekian, Terima Kasih

Вам также может понравиться