Вы находитесь на странице: 1из 9

MTE 3112 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

KADAR FAEDAH PINJAMAN

Definisi Kadar Faedah: Kadar faedah adalah kadar di mana faedah dibayar oleh peminjam bagi penggunaan wang yang mereka meminjam dari pemberi pinjaman.

Jenis Kadar Faedah


Kadar Tetap (flat rate) Kadar Tahunan (Yearly rests) Kadar Bulanan (Monthly rests) Kadar Harian (Daily rests)

Kadar Tetap
Kebiasaanya digunakan semasa kita berurusan

dengan jual beli kenderaan. Kadar ini amat disukai oleh penjual kerana ianya menguntungkan. Bagi pelanggan dan pembeli juga gemar menggunakan kadar ini kerana ianya mudah untuk difahami Namun, inilah kadar yang secara terang dan jelas pelanggan ditipu hidup2.

Katakan pinjaman sebanyak RM50,000 dengan kadar faedah 5%, pembayaran balik adalah selama 9 tahun. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM77,500 dengan bulanan RM672. Faedah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM22,500 atau sebanyak 45% dari jumlah pinjaman. ( RM50,000 x 5% x 9 tahun + RM50,000 )

Kadar Tahunan
Sinonim dengan pembelian barang2 pengguna

seperti barangan elektrik atau perabut. Kadar tahunan dikira berdasarkan kepada baki keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku. Sebagai contoh kita pinjam RM50,000 dan kadar faedah adalah sebanyak 5% dengan bulanan sebanyak RM672, jumlah bulanan selama 7 tahun 8 bulan sebanyak RM61,414. Faedahnya sebanyak RM11,414 atau 22.8% dari jumlah pinjaman. Kadar tahunan ini adalah lebih baik daripada kadar tetap.

Kadar Bulanan
Pengiraan kadar bulanan adalah dikira

berpandukan kepada hutang keseluruhan pada akhir setiap bulan. Kadar ini biasanya untuk pinjaman perumahan. Contoh rumah berharga RM50,000 dengan faedah sebanyak 5% juga dan bayaran sebanyak RM672 dalam tempoh 7 tahun 4 bulan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM59,136. Jadi faedah dalam bentuk nilai adalah sebanyak RM9,136 atau dengan peratusan sebanyak 18.2% dari keseluruhan pinjaman. Kadar ini adalah agak baik dari kadar tahunan

Kadar Harian
Sinonim dengan pinjaman menerusi overdraft dan

kad kredit. Ramai orang menganggap kadar ini adalah tinggi. Ia lebih menguntungkan kerana apabila kita mempunyai wang kita boleh membuat pembayaran dan mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan. Faedah ini dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman. Perbezaan antara kadar bulanan dan kadar harian adalah pembahagi yang digunakan.

Untuk kadar bulanan adalah 12 manakala kadar harian

adalah 365. Jika dikira secara kasar hutang sebanyak RM50,000, perbezaan faedah kadar bulanan sebanyak RM50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 berbanding kadar harian berjumlah RM50,000 x 5% x 30/365 = RM205.48. Penjimatan sebanyak RM2.85 dapat dikutip melalui faedah kadar harian

Вам также может понравиться