Вы находитесь на странице: 1из 5

KEPENTINGAN SUKAN REKREASI DALAM KURIKULUM Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.

Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.

Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, Seseorang individu boleh mempelajari nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikan jasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek ini antaranya : 1. Pelajar cergas dan sihat Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakanrakannya yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3 komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti skipping atau jump rope dapat menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi modal insan kelas pertama. 2. Pelajar dapat menangani tekanan Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajarpelajar akan merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian mereka. 3. Meningkat kemahiran bersosial Kemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis kerana kemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakat sekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggi kerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek Sukan Rekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapat banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga kepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebas dan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Maka guru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik. Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan-rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan rakan

mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yan baik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskan pergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting. 4. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar Sukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkan peribadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkan pertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jarring dan sebagainya. Sudah menjadi adat permainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerima kekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkan pelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh,namun mereka harus berdiri dan membaiki kesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperolehi. Sesuatu kumpulan perlu bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab demi kumpulan mereka , bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal ini secara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nila-nilai murni. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

4. Jenis-jenis Rekreasi Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi Aktif Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu,kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama, aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada modal insane kelas pertama kepada Negara. Rekreasi pasif Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasi ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk window shopping , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenagkan diri di tempat kerja mahupun di rumah. Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif Aktif Aktiviti aktif melibatkan tenaga Seorang individu boleh menghiburkan diri dalam bentuk menggembirakan emosi dan psikologi Contoh : 1. Berenang 2. Mendaki bukit Pasif Aktiviti pasif kurang menggunakan fizikal dan bersifat relaksasi Seorang individu mbersosial dengan baik dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama Contoh : 1. Melawat muzium 2. Membeli belah

Вам также может понравиться