Вы находитесь на странице: 1из 5

BAHASA MELAYU

Kesalahan penggunaan bahasa

Cap jari merupakan tanda eksklusif yang paling kerap sekali digunakan dalam sistem identifikasi. Berbeza daripada warna rambut, bentuk dan rupa fizikal yang berubah mengikut peredaran masa, cap jari kekal tidak berubah sepanjang hidup seseorang individu. Proses untuk merekodkan cap jari ini telah dilakukan oleh orang Babylon bagi mengelakkan pemalsuan dalam transaksi peniagaan beribu-ribu tahun yang lalu. Kini, cap jari digunakan dalam pemprosesan dokumen rasmi, penyiasatan jenayah, dan mengenal pasti mangsa bencana alam.

Bil. 1

kesalahan

Sebab kesalahan

pembetulan

Paling kerap sekali..

Binaan frasa adjektif ini mengandungi Paling kerap kesalahan lewah. Oleh sebab kata penguat paling sudah menyatakan darjah penghabisan, maka kata penguat sekali yang juga menunjukkan darjah penghabisan tidak diperlukan.

Peniagaan Penggunaan apitan peN--an tidak tepat perniagaan kerana peN--an mempunyai hubungan dengan kata kerja berawalan meN-. Apitan yang sesuai ialah peR--an yang berkaitan dengan kata kerja berawalan beR-, iaitu kata perniagaan terhasil daripada kata kerja berniaga. Mengenal pasti .Kata kerja majmuk mengenal pasti Pengenatidak sesuai digunakan dalam binaan Pastian kata sendi nama + gabungan frasa nama atau rumus KS + (FN + FN + FN). Sepatutnya, kata nama pengenalpastian digunakan.

Usaha untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan nasional mesti diutamakan memandangkan semangat ini amat penting untuk mempastikan kesinambungan pembangunan negara kita sebagai sebuah negara yang selamat, aman, dan progresif. Perpaduan menjadi asas yang mana kita membina masyarakat dan negara yang harmoni. Semangat ini perlu bermula dari setiap individu kerana jika perpaduan wujud dalam pemikiran dan emosi seseorang, semangat ini akan dipaparkan menerusi perlakuannya terhadap orang lain.

Bil. 1

Kesalahan

Sebab kesalahan

Pembetulan

Mempastikan

Kata dasar pasti merupakan kata asli memastikan bahasa melayu dan oleh itu, alomorf yang diperlukan ialah me- , iaitu huruf p digugurkan dan digantikan dengan fonem sengauan /m/ yang daerah artikulasinya sama dengan fonem /p/.

menjadi asas yang mana kita membina masyarakat

Frasa yang mana merupakan terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris which dan tidak boleh digunakan sebagai kata hubung dalam bahasa melayu. Dalam bahasa Melayu, frasa yang mana membawa maksud pertanyaan.
Kata sendi nama dari tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan maksud manusia.

menjadi asas untuk kita membina masyarakat

Dari setiap individu

Daripada setiap individu

Вам также может понравиться