Вы находитесь на странице: 1из 3

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tarikh / Hari Masa Tahun Bil murid Mata Pelajaran Tajuk : : : : : : 29 Ogos 2007 (Rabu) 7.45 9.15 pagi (90 minit) 4 AZAM 35 pelajar ( 15 perempuan,20 lelaki ) Bahasa Melayu Kemerdekaan Negara Kita Pada akhir pelajaran ini murid dapat: i. Menyatakan tiga nilai murni yang terdapat di dalam lirik lagu. ii. Membina lima ayat majmuk berdasarkan nilai-nilai murni dan menulisnya di dalam buku tatabahasa. iii. Menyatakan lima kata nama am yang terdapat di dalam lirik lagu dengan menggariskannya. Fokus Utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan teks puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (ii): Menyatakan nilai berdasarkan bahan yang dibaca. Fokus Sampingan: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks. Aras 1 (i): Sistem Bahasa Pengisian Ilmu Nilai-Nilai Murni Membina ayat tunggal dan ayat majmuk. : : : Tatabahasa (Ayat majmuk dan kata nama am). Kajian tempatan. Bersyukur, berilmu, patriotik, pengorbanan dan cintakan negara. Kemahiran Berfikir (menjana idea dan menganalisis) dan Kecerdasan Pelbagai (verbal linguistik). : Gambar kemerdekaan, komputer riba, pembesar suara, kad perkataan, kad ayat, lembaran kerja dan lirik lagu.

Hasil Pembelajaran :

Kemahiran Bernilai Tambah:

Bahan Bantu Mengajar

Pengetahuan Sedia Ada Murid :

Murid mengetahui maksud kemerdekaan melalui pengalaman dan bacaan mereka. Murid juga mempunyai pengalaman semasa menyambut Hari Kebangsaan. ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN

LANGKAH / MASA Set Induksi ( 5 minit) Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 Bapa Kemerdekaan

PEMBELAJARAN

Mempamerkan gambar mengenai Kemerdekaan Malaysia. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai makna kemerdekaan dan pengalaman murid menyambut Hari Kebangsaan.

Bahan Bantu Mengajar: Gambar Kemerdekaan Malaysia.

Langkah 1 ( 15 minit) Lagu Keranamu Malaysia.

Guru mengedarkan lirik lagu Keranamu Malaysia. Guru memainkan lagu untuk didengari murid. Murid diminta berdiri dan menyanyi bersama-sama.

Bahan bantu mengajar: Lirik lagu, komputer riba dan pembesar suara.

Lirik lagu Keranamu Malaysia. Langkah 2 ( 20 minit) Nilai: Bersyukur, berilmu, patriotik, pengorbanan dan cintakan negara.

Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai lirik lagu Keranamu Malaysia. Guru meminta murid menganalisis lirik lagu untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi membantu murid mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat di dalam lirik lagu. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai nilai-nilai murni yang terdapat di dalam lirik lagu. Guru mempamerkan kad perkataan dan kad ayat yang menunjukkan maksud setiap nilai-nilai murni yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut. Bersyukur Berilmu Patriotik

Kemahiran berfikir: Menjana idea dan menganalisis Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik Bahan bantu mengajar: Lembaran kerja, lirik lagu, kad perkataan dan kad ayat.

Pengorbanan

Cintakan negara

Langkah 3 ( 20 minit) Membina ayat

Guru meminta murid membina ayat majmuk berdasarkan lima nilai yang terdapat di dalam lirik lagu. Guru membimbing murid di dalam aktiviti penulisan.

Buku tatabahasa

Sistem bahasa: Kata nama am Langkah 4 ( 20 minit) Contoh: cikgu, pisang dan rumah

Guru memberi maksud kata nama am dan memberi contoh. Murid diminta mencari kata nama am yang terdapat di dalam lirik lagu dan menggariskan perkataan tersebut. Murid diminta menyebut kata nama am yang diperolehi. Guru mempamerkan kad perkataan kata nama am dan menampal di papan hitam. Murid diminta membandingkan jawapan mereka dengan jawapan guru. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai pengukuhan.

Bahan bantu mengajar: Kad perkataan dan lembaran kerja.

Penutup ( 10 minit)

Rumusan / Refleksi

Guru dan bersama murid-murid merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini. Guru menerapkan nilai-nilai murni. Murid diminta menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos 1957 dengan diiringi muzik.

Bahan bantu mengajar: Komputer riba dan pembesar suara Nilai: Bersyukur, berilmu, patriotik, pengorbanan dan cintakan negara.

Вам также может понравиться